Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

x

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN


DATO’ UNDANG MUSA AL–HAJ

KERTAS KERJA
BENGKEL KEMAHIRAN PPKI
2019

DISEDIAKAN OLEH :

JURAIZA BINTI HASHIM @ AWANG


Setiausaha Program
1. PENDAHULUAN

Program Pendidikan Khas merupakan satu sistem yang dijalankan terhadap golongan berkeperluan
khas yang terdiri daripada Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, Masalah Pendengaran
dan Penglihatan. Selain memberi pendedahan kepada bidang akademik, bidang kemahiran juga
merupakan satu aktiviti yang dapat membantu pelajar-pelajar pendidikan khas hidup berdikari,
membentuk perkembangan diri yang positif dan memberi pendedahan kepada persekitaran. Bengkel
kemahiran yang dicadangkan bersesuaian dengan tahap keupayaan murid PPKI yang mempunyai
pelbagai potensi. Justeru itu, pelaksanaan program ini secara tidak langsung dapat memberi
pendedahan dan pengalaman sebenar, keseronokan dan penerapan nilai-nilai murni melalui aktiviti
yang dijalankan.

2. MATLAMAT

2.1 Mengurangkan perasaan rendah diri dalam kalangan pelajar terhadap kekurangan yang
dimiliki.
2.2 Mendidik pelajar hidup berdikari, bersaing secara sihat dan bersosial dengan rakan sebaya.
2.3 Memberi kesedaran kepada pelajar tentang potensi diri setanding dengan pelajar normal.

3. OBJEKTIF

3.1 Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif dalam melahirkan idea dan bakat tersendiri.
3.2 menggalakkan aktiviti berkelompok dan menggalakkan pergaulan yang sihat.
3.3 mencungkil bakat terpendam murid dalam bidang kemahiran.
3.4 melatih kesabaran dalam diri setiap murid dalam melakukan sesuatu kerja.
3.5 menambah kemahiran praktikal dalam diri pelajar.

4. TARIKH, MASA DAN TEMPAT PROGRAM


Tarikh : 17/04/2019
Hari : Rabu
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : PPKI

5. SASARAN
Murid- murid PPKI, guru-guru PPKI, Pembantu pengurusan murid.
7. AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Tuan Norazman bin Mohd Amin


Naib Pengerusi 1 : En. Rusman bin Jaafar
Naib Pengerusi II : En. Mansor B Md Said
Naib Pengerusi III : Pn. Samsiah bt Hasan
Penyelaras : Pn. Mismah bt Salman
Setiausaha : Pn. Juraiza bt Awang @ Hashim
Bendahari : Cik Nurul Asyikin bt Abu Bakar
AJK Makanan : Pn Nur Aini’ bt Mahat / Pn. Azlina Bt Bahazin
AJK Peralatan : En. Mazlan bin Musrukin / En. Ahmad Azly bin Abdul Razak
AJK Fotografi : Pn. Ku Nor Nadzirah bt Che Ku Azam
AJK Kebajikan : Pn. Mismah bt Salman

8. SUMBER KEWANGAN

BIL. SUMBER KEWANGAN JUMLAH


1. Sumbangan PIBG RM 300.00
2. Sumbangan guru/PPM/murid ( 32 orang X RM 25.00 ) RM 800.00
JUMLAH RM 1100.00

9. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERBELANJAAN JUMLAH


1. Makanan dan minuman – pagi /tengahari RM 300.00
2. Yuran pendaftaran (32 orang X RM 25.00) RM 800 .00
JUMLAH RM 1100.00

10. TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI
7.30 pagi Sarapan pagi di sekolah
8.00 pagi Penerangan /demonstrasi/proses kerja bengkel
8.30 pagi
9.00 pagi
1.00 tengahari

11. CADANGAN SENARAI LATIHAN KHAS DI KOLEJ KOMUNITI JELEBU

BIL CADANGAN KURSUS HARGA


1.
2.
3.
4.
5.

10. PENUTUP

Diharap agar bengkel kemahiran yang dirancang ini dapat memberi manfaat berguna kepada murid
PPKI di samping dapat mengembangkan bakat dan potensi yang ada dalam diri murid PPKI yang
mahir dalam bidang ini. Selain ilmu yang diperolehi dapat dipraktikkan untuk menghasilkan produk
untuk dijual di pasaran dan dapat melatih murid dalam bidang keusahawanan. Semoga kemahiran
yang diberi dapat melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.

Disediakan oleh:

……………………………
( JURAIZA BINTI HASHIM @ AWANG )
Setiausaha Program
SMK Dato Undang Musa Al-Haj

Disahkan oleh:

…………………………………….
( NORAZMAN BIN MOHD AMIN )
Pengetua,
SMK Dato Undang Musa Al-Haj

You might also like