Kertas Kerja Penubuhan Kelab

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KUSB/HEP/KERTAS KERJA PENUBUHAN/

KERTAS KERJA PENUBUHAN / PERLEMBAGAAN KELAB / PERSATUAN PELAJAR


BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
KOLEJ UNITI

PERKARA 1 1.0 PENGENALAN

1.1 Semoga kertas kerja cadangan ini tiba di pangkuan pihak


Tuan di kala setiap pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej
Uniti sihat dan sejahtera kehendak-Nya, inshaa Allah wa
Alhamdulillah
1.2 Kertas cadangan ini adalah bertujuan untuk melahirkan anak
murid yang berkepimpinan tinggi dan aktif dalam kehidupan
seharian
1.3 Mengadakan aktiviti ke arah mendekatkan ahli-ahli dalam
bidang sukan atau kejohanan di samping memberi peluang
kepada ahli-ahli mendalami ilmu pengetahuan berkaitan
sukan bola tampar

PERKARA 2 2.0 OBJEKTIF


2.1 Menganjurkan aktiviti rekreasi atau aktiviti luar bilik darjah
kepada ahli kelab
2.2 Menerapkan nilai-nilai murni dan disiplin sewaktu
melaksanakan aktiviti kelab
2.3 Memberi pendedahan kepada ahli mengenai perlawanan
mahupun kejuaraan bola tampar di peringkat universiti
2.4 Menyalurkan segala bentuk keilmuan dan kemahiran dalam
sukan bola tampar

PERKARA 3 3.0 FAEDAH


3.1 Dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang sukan
3.2 Dapat memanfaatkan masa dengan menyertai aktiviti yang
berfaedah seperti latihan dan perlawanan
3.3 Dapat menerapkan rasa aktif dan disiplin

PERKARA 4 4.0 NAMA DAN ALAMAT PERSATUAN


4.1 Nama Kelab : Volleyball Club UNITI
4.2 Alamat : Kolej UNITI, Persiaran UNITI Village Tanjung Agas,
Pasir Panjang 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan

5.0 KEAHLIAN

5.1 Syarat Keahlian

1
KUSB/HEP/KERTAS KERJA PENUBUHAN/

5.1.1 Dibuka kepada semua pelajar Kolej UNITI


PERKARA 5 5.1.2 Cara menjadi ahli adalah dengan mengisi borang yang
disediakan
5.1.3 Ahli-ahli mestilah bersetuju berpegang kepada
perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cerdas
bagi menjayakan tujuan kelab ini

5.2 Hak Ahli


5.2.1 Memberi maklum balas terhadap aktiviti yang dijalankan
5.2.2 Memberi cadangan untuk menjalankan aktiviti lain
5.2.3 Menyuarakan pendapat untuk penambahbaikan kelab

5.3 Kewajipan Ahli


5.3.1 Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang
dijalankan oleh kelab sepanjang tahun

5.4 Pemberhentian Dan Pemecatan Ahli


5.4.1 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-
turut dikehendaki menulis surat penyata kehadiran

6.0 JAWATANKUASA PERSATUAN DAN MENSYUARAT AGONG


TAHUNAN

6.1 Ahli Jawatankuasa (AJK)


PERKARA 6 * MT perlu masukkan nama, no.matrik, NO Kad Pengenalan dan no.
telefon
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

6.2 Pemilihan Jawatankuasa


6.2.1 Dilantik semasa mesyuarat agung

2
KUSB/HEP/KERTAS KERJA PENUBUHAN/

6.2.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai AJK


6.2.3 Pemilihan ahli jawatankuasa adalah secara undian

6.3 Penaung Dan Penasihat Persatuan


PENASIHAT : Encik Mohamad Fazlie Bin Abdul Razak

7.0 PERANAN DAN TUGAS UTAMA JAWATANKUASA

7.0 TUGAS – TUGAS JAWATANKUASA

7.1 Tugas Dan Kuasa Pengerusi


PERKARA 7
7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan
bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat
7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala
keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya
7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
penasihat dari semasa ke semasa

7.2 Tugas Dan Kuasa Timbalan Pengerusi


7.2.1 Membantu pengerusi dalam tugas dan tanggungjawab yang
diberi
7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat sewaktu ketiadaan pengerusi
7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
penasihat dari semasa ke semasa

7.3 Tugas Dan Kuasa Setiausaha


7.3.1 Menguruskan hal-hal surat mesyuarat
7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat atau
laporan kegiatan-kegiatan
7.3.3 Mencatat kehadiran ahli
7.3.4 Memyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan
7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
penasihat dari semasa ke semasa

7.4 Tugas Dan Kuasa Bendahari


7.4.1. Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan kelab
7.4.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua
perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya
7.4.3 Menyediakan penyata kira-kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya
7.4.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta dalam
mesyuarat ahli jawatankuasa

3
KUSB/HEP/KERTAS KERJA PENUBUHAN/

7.4.5 Menyediakan laporan kewangan untuk diaudit dan


dibentangkan dalam mesyuarat agung
7.4.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
penasihat dari semasa ke semasa

7.5 Tugas Dan Kuasa Ketua–Ketua Biro


7.5.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan
aktiviti yang dijalankan
7.5.2 Mempengerusikan biro apabila dilantik
7.5.3 Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh penasihat
dari semasa ke semasa

8.0 KEWANGAN

8.1 Tahun Kewangan


8.1.1 Tahun kewangan pada tahun 2022
PERKARA 8
8.2 Yuran Keahlian
8.2.1 Yuran keahlian yang telah ditetapkan dalam mesyuarat
agung ialah RM 5 bagi seorang ahli setiap semester
8.3 Tabung Persatuan

8.3.1 Sumber tabung kewangan persatuan


1. Yuran ahli
2. Derma khas
3. Melalui aktiviti

8.3.2 Kegunaan Wang Tabung


1. Aktiviti dan program
2. Membeli peralatan yang diperlukan

8.4 Pentadbiran Kewangan Persatuan


8.4.1 Kolej UNITI dan Volleyball Club UNITI

8.5 Pemeriksa Kira-Kira


8.5.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan laporan
kewangan tahunan dan bertanggungjawab ke atasnya
8.5.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul

9.0 PEMBUBARAN
9.1 Kolej diberi kuasa untuk membubarkan kelab jika didapati
melanggar perlembagaan dan falsafah pendidikan Negara
PERKARA 9
9.2 Segala hutang wajjb dijelaskan dan baki kewangan
diputuskan dalam mesyuarat tergempar

4
KUSB/HEP/KERTAS KERJA PENUBUHAN/

10.0 PENUTUP
10.1 Diharapkan cadangan ini diterima untuk dipertimbangkan.
Kami mengharapkan maklum balas positif dari pihak berkenaan.
PERKARA 10 10.2 Kerjasama dari semua pihak sama ada secara langsung
atau tidak langsung kami sertakan dengan ucapan setinggi
penghargaan terima kasih

Disediakan oleh,

________________________
Nama

Jawatan : Setiausaha

Disemak oleh,

________________________
Nama

Jawatan : Pengarah

Disokong oleh,

________________________
Nama: Encik Mohamad Fazlie Bin Abdul Razak

Jawatan: Penasihat Volleyball Club UNITI

5
KUSB/HEP/KERTAS KERJA PENUBUHAN/

LAPORAN KEWANGAN

Volleyball Club UNITI

PENDAPATAN PENGELUARAN

Tarikh Butiran Jumlah (RM) Tarikh Butiran Jumlah (RM)

Yuran Ahli 105

JUMLAH 105 JUMLAH

(Ini adalah contoh untuk laporan tahunan kewangan bagi kelab/persatuan)

You might also like