Ctu553 - Ethnic Relations

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Templat Penyediaan Rangka Utama Kertas Kerja_20224 | CTU552/CTU554

Ahli 1. Muhammad Rushdi Bin Zulkifli


Kumpulan 2. Fatin Nabilah Binti Abdul Razak
3. Nur Mufidah Binti Mohamed @ Jamal
4. Siti Aisyah Binti Isa
5. Husna Nabihah Binti Hairuddin
6. Nurfatihah Binti Kamarul Ramizu

Tema Kepelbagaian Etnik Mewarnai Malaysia

Pernyataan Malaysia telah pun mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun dan seharusnya
Masalah hubungan etnik antara kaum seharusnya bersifat dinamik dan baik. Namun begitu,
fenomena Malaysia pada lima tahun terkini sangat merisaukan. Kesepaduan sosial
yang dipandang enteng akan menjejaskan keharmonian sejagat (Institut Kajian Etnik
(KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 2020). Pelbagai usaha harus
diteruskan dalam memantau hubungan masyarakat supaya tidak timbul konflik dan
ketegangan terutamanya di dalam isu beragama dan memartabatkan budaya
masing-masing (Lina Mastura Jusoh & Zaleha Embong, 2021).

Agama adalah salah satu daripada identiti etnik masyarakat Malaysia. komposisi
etnik antaranya berasaskan kepada kebebasan beragama. Agama Islam contohnya
merupakan identiti yang penting kepada pengenalan orang Melayu persis hak
eksklusif untuk mereka (Muhammad Faisal Ashaari & Muhamad A’riff Khushairi,
2019). Namun begitu, kefahaman mengenai agama yang kurang pada generasi
terkini menyebabkan perbezaan antara budaya dan agama menjadi permasalahan
yang serius (M Star, 2022). Oleh yang demikian, (Nor Shela Saleh, Norizan Rameli,
et al, 2019) sejarah dan kronologi perkembangan sistem pendidikan negara perlu
dikenal pasti secara mendalam bagi memupuk kesedaran dan semangat
kebangsaan. Penubuhan amalan berasingan kepada integrasi adalah salah satu
bentuk praktikal perpaduan etika melalui interaksi dan komunikasi yang berkualiti.

Tahap integrasi antara etnik di Malaysia masih berada dalam keadaan yang belum
kukuh walaupun terdapat pandangan yang bervariasi tentang perkara ini. Shaari
Ayob, Zakaria & Yusof (2019) mendapati bahawa semua etnik di Malaysia
sebenarnya mempunyai keinginan untuk berkenalan dengan orang lain yang terdiri
daripada etnik yang berbeza-beza. Tidak dinafikan juga bahawa isu-isu yang
berkaitan integrasi etnik di Malaysia agak rumit. Hal ini kerana sifat perkauman yang
ada pada setiap etnik, sejarah, pendidikan, media, parti politik dan pertubuhan
bukan kerajaan adalah antara peyumbang kepada masalah etnik dan ia
meninggalkan kesan terhadap interaksi dan hubungan antara etnik.

Faktor persekitaran sekolah juga menyumbang kepada masalah ini. Hal ini kerana
seseorang anak kecil mudah terpengaruh dengan jagaan dan didikan dalam
persekitaran etnik tersebut (Hasbullah et al., 2017). Seterusnya, selagi pelbagai
etnik di negara ini mengikuti pendidikan vernaskular perpaduan antara kaum tidak
akan tercapai (Berita Utama, 2021).

Persoalan 1. Apakah elemen asas yang membentuk masyarakat di Malaysia?


Kajian
2. Apakah penyebab masalah etnik di Malaysia?

3. Apakah asas kesepaduan sosial kepelbagaian etnik yang mendorong kepada


bersifat kukuh dan dinamik?

Objektif 1. Mengkaji komposisi asas masyarakat pelbagai etnik di Malaysia.


Kajian
2. Mengenalpasti cabaran membina hubungan kesepaduan etnik di Malaysia.

3. Mengkaji asas kesepaduan sosial masyarakat pelbagai etnik di Malaysia.

Rangka Tajuk PENGHAYATAN TERHADAP ASAS KESEPADUAN SOSIAL


Asas Kertas kertas KEPELBAGAIAN ETNIK DI MALAYSIA
Kerja kerja
Templat Penyediaan Rangka Utama Kertas Kerja_20224 | CTU552/CTU554

1.0 PENDAHULUAN
1.1 PERNYATAAN MASALAH
1.2 OBJEKTIF KAJIAN
1.3 PERSOALAN KAJIAN
1.4 METODOLOGI KAJIAN
2.0 KOMPOSISI ASAS MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK DI
MALAYSIA
3.0 CABARAN MEMBINA KESEPADUAN ETNIK DALAM
KALANGAN MASYARAKAT DI MALAYSIA
4.0 ASAS KESEPADUAN SOSIAL MASYARAKAT PELBAGAI
ETNIK DI MALAYSIA
5.0 KESIMPULAN
RUJUKAN
Senarai Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). (2020).
rujukan Hubungan Sosial Rentas Etnik ke Arah Pengukuhan Kesepaduan
Sosial di Malaysia. UKM Journal Article Repository.

Muhammad Faisal Ashaari & Muhamad A’riff Khushairi. (2019).


Isu-isu Agama Dalam Hubungan Antara Kaum di Malaysia.
International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences.

Lina Mastura Jusoh & Zaleha Embong. (2021).


Cabaran Memperkukuh Kesepaduan Sosial dalam Masyarakat
Superdiversity di Malaysia. Online Journal of Language,
Communication, and Humanities.

Nor Shela Saleh, Norizan Rameli, et al. (2019).


Integrasi Etnik dalam Ideologi Pendidikan. Journal of Techno-Social.

Shaari Ayob, Zakaria, & Yusof, (2021)


Konsep Integrasi Etnik Dari Perspektif Pembangunan Berteraskan Islam Di
Malaysia The Concept Of Ethnic Integration From The Perspective Of
Islamic-Based Development In Malaysia.

Hasbullah et al., (2017)


Prinsip Toleransi Islam Dalam Menangani Konflik Kepelbagaian Kaum Di
Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia

Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). (2020).


Hubungan Sosial Rentas Etnik ke Arah Pengukuhan Kesepaduan Sosial
di Malaysia. UKM Journal Article Repository.

Muhammad Faisal Ashaari & Muhamad A’riff Khushairi. (2019).


Isu-isu Agama Dalam Hubungan Antara Kaum di Malaysia.
International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences.

You might also like