Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID BIL 3 2023/2024

SEKOLAH KEBANGSAAN TEMENGGONG KOH

TARIKH : 22/11/2023
MASA : 3.30 PM – 5.30 PM
TEMPAT : BILIK MESYUARAT, SK TEMENGGONG KOH

KEHADIRAN: Rujuk Lampiran A

TIDAK HADIR DAN MOHON MAAF:

AGENDA:
1. Ucapan Pengerusi
1.1 Ucapan Penyelaras
1.2 Ucapan Guru Besar
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Bil 2 2023/2024
3. Perkara berbangkit
4. Agenda
4.1 Kehadiran APDM dan Asrama
4.2 SKPA
4.3 SPKS
4.4 SSDM
4.5 SPBT
4.6 Sepkm/Psikometrik/Saringan Minda SIhat
4.7 Prokem/Menu Makanan Asrama/Dewan
4.8 Portfolio Warden Asrama/PPM
4.9 Peruntukan dan Penggunaan Baki BMA/PPM
4.10 BAP/KWAPM/Bantuan Pakaian Seragam Yayasan Sarawak Murid Tahun 1
4.11 Pendaftaran Tahun 1
4.12 Kemasukan ke Tingkatan 1
4.13 Baju Jaket Keselamatan
4.14 Program HEM
5. Hal-hal lain
6. Penangguhan Mesyuarat

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Ucapan Penyelaras
1.1.1 Cikgu Eddy mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua kakitangan
sekolah atas kehadiran mesyuarat kali ketiga bagi sesi tahun 2023-2024.

1.2 Ucapan Guru Besar.


1.2.1 Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru dan staf kerana telah berjaya
melaksanakan tugas-tugas/aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun ini.
1.2.2 Beliau mengingatkan semua penolong kanan untuk merancang dan membuat TAKWIM
setiap unit pada awal sesi persekolahan (Januari) supaya perjalanan aktiviti semua unit
berjalan dengan lancar dan terancang.
1.2.3 Beliau juga menyatakan bahawa tugas Unit HEM sangat banyak. Oleh itu, separuh guru
dan staf berada di bawah Unit HEM untuk membantu PK HEM melaksanakan semua
tugasan atau aktiviti dibawah Unit HEM.
1.2.4 Beliau menetapkan KPI Unit Hem untuk 2023-2024 iaitu menjadikan asrama, dapur dan
dewan makan tersenarai sebagai 20 Asrama Terbaik, Dapur Sekolah terbaik dan juga
Dewan Makan Sekolah Terbaik di antara 45 buah sekolah di bahagian Kapit.

Tindakan: Semua PK dan makluman semua

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Bil 2 Sesi 2022/2023


2.1 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Murid Bilangan 2 Sesi 2022/2023 telah diterima dan
disahkan.
2.1.1 Cadangan untuk disahkan: Encik Laurence Kendawang
2.1.2 Cadangan disokong : Encik Saging anak Ijaw

Tindakan: Makluman semua


3. Perkara berbangkit

3.1 Tiada perkaran berbangkit

Tindakan: Makluman semua

4. Agenda
4.1 Kehadiran APDM dan Asrama
4.1.1 Cikgu Eddy mengingatkan semua guru kelas untuk mengemaskini kehadiran murid setiap
hari sebelum sesi sekolah tamat.
4.1.2 Beliau menyatakan bahawa KPI bagi kehadiran murid sekolah rendah yang terkini iaitu
sebanyak 90%.
4.1.3 Beliau juga menyatakan bahawa kehadiran murid ke sekolah dan asrama juga semakin
merosot pada bulan Oktober dan November. Oleh itu, beliau meminta cadangan daripada
semua guru dan staf untuk mengatasi masalah ini.
4.1.4 Puan Lisa mencadangkan semua murid tahun 1 sehingga tahun 6 diwajibkan untuk tinggal
di asrama pada tahun hadapan.
4.1.5 Guru Besar mencadangkan pihak sekolah untuk memberi pengiktirafan/penganugerahan
kepada rumah panjang untuk kategori murid yang paling tinggi kehadiran pada setiap
bulan/tahun.

Tindakan: Guru Kelas, Warden Asrama, Peyelia Asrama, PPM Asrama

4.2 SKPA

4.2.1 Cikgu Eddy menyatakan bahawa tahun lepas beliau tidak mengisi skor SKPA kerana
sekolah kita belum ada guru besar pada ketika itu. Oleh itu, pada tahun ini, beliau akan
mengisi skor tersebut sebelum ‘deadline’.

Tindakan: Makluman semua

4.3 SPKS
4.3.1 Cikgu Eddy memaklumkan bahawa beliau telah mengisi marah SPKS dan markahnya
sebanyak 85.73%.

Tindakan: Makluman semua

4.4 SSDM
4.4.1 Cikgu Eddy mengingatkan semua guru dan staf untuk bersama-sama melapor dan
mengisi SSDM dari semasa ke semasa bergantung kepada kelakuan/sahsiah murid
tersebut.
Tindakan: Makluman semua
4.5 SPBT
4.5.1 Cikgu Josephine melaporkan bahawa ‘ordering’ untuk buku teks sudah dibuat dan beliau
meminta semua guru kelas memeriksa buku teks murid kelas masing-masing serta
mengumpul ‘box’ buku teks murid di dalam Pusat Sumber Sekolah sebelum cuti penggal
ini.
Tindakan: Guru kelas dan makluman semua

4.6 Sepkm/Psikometrik/Saringan Minda SIhat


4.6.1 Cikgu Josephine melaporkan Ujian Psikometrik untuk murid tahun 4 dan 5 sudah dibuat
dan untuk murid Tahun 6 akan dibuat pada minggu hadapan.
Tindakan: Makluman semua

4.7 Prokem/Menu Makanan Asrama/Dewan


4.7.1 Puan Marie melaporkan bahawa laporan Prokem sudah dibuat sampai bulan Oktober.
4.7.2 Puan Marie mencadangkan untuk menyimen lantai stor makanan sekolah dan singki
dapur sekolah yang telah rosak.

Tindakan: Pentadir dan makluman semua

4.8 Portfolio Warden Asrama/PPM


4.8.1 Cikgu Eddy meminta semua warden dan PPM bertugas mengikut jadual masing-masing
dan sentiasa membuat pemantauan terhadap keselamatan murid di asrama atau di
kawasan sekolah.
4.8.2 Beliau juga mengingatkan semua warden dan PPM Asrama untuk sentiasa mengemasini
buku log masing-masing.
4.8.3 Beliau memaklumkan bahawa elaun warden sudah dikreditkan dan diterima oleh semua
warden.
Tindakan: Semua warden, PPM Asrama

4.9 Peruntukan dan Penggunaan Baki BMA/PPM


4.9.1 Cikgu Eddy meminta En Saging untuk sentiasa ‘update’ baki BMA dan meminta pegawai
aset untuk memberi senarai barang yang dibeli menggunakan wang BMA kepada beliau.
4.9.2 Cikgu Eddy mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Puan Marie kerana telah
memasang langsir di asrama lelaki dan perempuan serta di dewan makan.
4.9.3 Beliau juga menyatakan bahawa untuk pemasangan kipas di asrama akan dilakukan
secara gotong-royong dengan secepat mungkin.

Tindakan: Pembantu tadbir, pegawai Aset dan makluman semua

4.10 BAP/KWAPM/Bantuan Pakaian Seragam Yayasan Sarawak Murid Tahun 1


4.10.1 Cikgu Eddy melaporkan tentang status bantuan BAP, KWAPM dan pakaian seragam
telah berjaya disalurkan kepada murid-murid yang berkenaan dengan jayanya.
4.10.2 Bagi murid yang tercicir bantuan KWAPM seramai 6 orang juga telah berjaya dipohon
dan telah mendapat bantuan tersebut.
4.10.3 Untuk pakaian seragam, sekolah telah mendapat 5 set bantuan pakaian seragam sekolah
tapi pakaian tersebut hanya boleh diberikan kepada murid-murd tahun 1 sahaja. Jadi
hanya 4 set sahaja yang diserahkan kepada 4 orang murid tahun 1 sesi persekolahan
2023-2024.

Tindakan: Makluman semua

4.11 Pendaftaran Tahun 1


4.11.1 Encik Saging telah berjaya mendaftar murid tahun 1 bagi sesi persekolahan 2023-2024
seramai 3 orang.
Tindakan: Makluman semua

4.12 Kemasukan ke Tingkatan 1


4.12.1 Cikgu Odelia telah mendaftar murid-murid tahun 6 untuk kemasukan ke tingkatan 1 di
SMK Balleh dan sekarang hanya tunggu pengesahan sahaja. Pendaftaftaran kemasukan
murid ke tingkatan 1 boleh dilakukan sehingga Januari 2024 dan pengesahan akan dibuat
pada bulan Februari. Seterusnya, sekiranya murid ingin memohon ke sekolah lain,
mereka harus memohon perpindahan di SMK Balleh.

Tindakan: Makluman semua

4.13 Baju Jaket Keselamatan


4.13.1 Cikgu Eddy memaklumkan bahawa jaket keselamatan yang sedia ada telah ‘expired’ dan
beliau akan memohon jaket keselamatan yang baharu dengan secepat yang mungkin.
Tindakan: Makluman semua

4.14 Program HEM


4.14.1 Cikgu Eddy mengucapkan tahniah kepada semua guru dan staf kerana telah menjayakan
program HEM dan berjaya memanggil orang luar untuk sama-sama menjayakan program
Unit HEM pada tahun ini.
4.14.2 Beliau menyarankan supaya tahun depan kita boleh menjemput agensi Anti-dadah untuk
program HEM.
4.14.3 Cikgu Josephine mengingatkan bahawa, Progam Lan Ngabas wajib dibuat kerana sekolah
perlu membuat dan mengahantar laporan program tersebut setiap tahun.
4.14.4 Kertas kerja Program asrama terbuka dan malam bakat murid asrama telah dibuat dan
bakal dilaksanakan pada tarikh yang sesuai.
Tindakan: Makluman semua

5. Hal-hal lain

5.1 Guru Besar telah menubuhkan satu Organisasi Bencana Banjir sebagai langkah-langkah berjaga
sekiranya berlaku banjir di sekolah pada masa akan datang. Carta organisari banjir tersebut seperti
berikut:

PENGERUSI Encik Peter Kedit Anak Ngalambong


PENYELARAS Encik Eddy Anak Abau
AHLI - Semua guru, AKP dan Pekerja Swasta
1) Puan Odelia Anak Kassim
2) Puan Mirasherra Benya Anak Julin
TUKANG MASAK
3) Puan Beten Anak Lubang
4) Puan Lorita Anak Sanga
1) En Peter Kedit
DEWAN MAKAN
2) En Tanjung
1) En Eddy
DAPUR
2) Puan Ensin
RUMAH PUAN MARY 1) Puan Maureen
RUMAH PUAN LISA 1) En Laurence Kendawang
RUMAH CIKGU DUBAU 1) En Alan/En Usop
RUMAH CIKGU ROSYIATY 1) En Boki
RUMAH CIKGU ARIF 1) En Alan/En Usop
RUMAH EN SAGING 1) En Kamarau

5.2 Cikgu Laurence melaporkan tentang murid tahun 1 yang bermasalah (Nur Arissa) yang
mengakibatkan ramai murid dan juga guru membuat laporan mengenai tingkah laku di dalam kelas
dan di luar kelas. Oleh itu, beliau memohon pihak HEM untuk memanggil ibu bapa murid tersebut
untuk bertemu dengan guru kelas dan PK HEM.
Tindakan: Makluman semua

6. Penangguhan Mesyuarat
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang

Disediakan oleh: Disemak oleh:

_____________________________ ________________________________
(ROSYIATY BINTI SAPIEE) (EDDY ANAK ABAU)
Setiausaha Hal Ehwal Murid Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Temenggong Koh. SK Temenggong Koh.

Disahkan oleh:

___________________________________
(PETER KEDIT ANAK NGALAMBONG)
Guru Besar
SK Temenggong Koh.

Tarikh: 23 November 2023

You might also like