Full Report Ctu 555 Sejarah Malaysia Kumpulan 2 PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 32

KERTAS KERJA CTU555 SEJARAH MALAYSIA

KUMPULAN 2

PIAGAM MADINAH:
MODEL PERPADUAN KAUM

PENSYARAH: USTAZ AZRI BIN BHARI

AHLI KUMPULAN:
MOHD ZULHILMIE BIN MOHD SOFI (2016691812)
NABIL IMRAN BIN MOHD NAJIB (2016691774)

FAKULTI KEJUTERAAN KIMIA


UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SHAH ALAM, SELANGOR
2017
PIAGAM
MASLAHAH SEBAGAI MADINAH:
SATU JUSTIFIKASI TERHADAP
MODEL PERPADUAN
KEHARUSAN KAUM
SAMBUTAN
MAULIDUR RASUL DI MALAYSIA

DISUSUN OLEH:
MOHD ZULHILMIE BIN MOHD SOFI
NABIL IMRAN BIN MOHD NAJIB
AZRI BIN BHARI

KERTAS PROJEK INI DIKEMUKAKAN


UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA
KEPERLUAN IJAZAH SARJANA MUDA
KEJURUTERAAN MINYAK DAN GAS EH243

FAKULTI KEJUTERAAN KIMIA


UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SHAH ALAM, SELANGOR
2017

i
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SEJARAH MALAYSIA (CTU555)

TAJUK KERTAS KERJA :


PIAGAM MADINAH: MODEL PERPADUAN KAUM

NAMA FAKULTI : Fakulti Kejuruteraan Kimia


SEMESTER : Sesi 2 MAC –JULAI 2017
KUMPULAN : EH2432

AHLI KUMPULAN :
BIL NAMA NO.MATRIK
1 MOHD ZULHILMIE BIN MOHD SOFI 2016691812
2 NABIL IMRAN BIN MOHD NAJIB 2016691774

PENILAIAN :
SKOP PENILAIAN MARKAH CATATAN
PENDAHULUAN /1
ISI / HURAIAN /8
CADANGAN /
/2
KESIMPULAN
RUJUKAN / BIBLIOGRAFI /2
ETIKA & PROFESIONAL /2
JUMLAH MARKAH /15
PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya.

……………………………………
MOHD ZULHILMIE BIN MOHD SOFI
No. Matrik: 2016691812

……………………………………
NABIL IMRAN BIN MOHD NAJIB
No. Matrik: 2016691774

iv
ISI KANDUNGAN

BIL. TAJUK MUKA SURAT


1.0 ABSTRAK 1
2.0 KONSEP PIAGAM MADINAH
1. Definisi Piagam Madinah
2-3
2. Asas Piagam Madinah
3. Kandungan Piagam Madinah
3.0 SEJRAH PIAGAM MADINAH 4-5
4.0 PERKARA DALAM PIAGAM MADINAH YANG
MENYENTUH HUBUNGAN ANTARA KAUM
1. Sumber Perundangan
2. Ketua Negara
3. Syura
6-12
4. Keselamatan
5. Kerjasama Sosial
6. Pembangunan Ekonomi
7. Kebebasan Asasi
8. Keadilan Universal
5.0 PERSAMAAN ANTARA PIAGAM MADINAH DAN
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
1. Kebebasan Beragama
13-20
2. Jaminan Hak Asasi Manusia
3. Ketaatan Kepada Pemimpin
4. Hak Mendapat Perlindungan Daripada Kezaliman
6.0 PERBEZAAN ANTARA PIAGAM MADINAH DAN
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
1. Sumber
21-22
2. Pengasas
3. Tujuan Digubal
4. Perkara atau Fasal
7.0 PENUTUP 23
8.0 RUJUKAN 24-26
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji dipanjatkan kehadrat Ilahi, selawat dan salam buat
junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarga baginda, para sahabat, para
pendokong kebenaran dan keadilan serta pencinta kedamaian.

Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan ditujukan khas kepada Ustaz
Azri bin Bahri selaku pensyarah CTU 555 bagi kelas EH2433 di atas kesudian dan
kesungguhan beliau memberi bimbingan, komentar dan cadangan yang membina
dalam meneliti penulisan ini dengan penuh keperihatinan dan kesabaran sehingga ke
helaian yang akhir.

Pada kesempatan ini juga, penghargaan teristimewa penulis lakarkan buat


ayahanda tercinta Encik Mohd Sofi dan Encik Mohd Najib, bonda tersayang Puan
Wahiza dan Puan Raja Noor Ima. Tidak lupa juga kepada adik beradik tercinta, Mohd
Zulhaikal, Mohd Zulhakim, Nur Zahirah Auni dan Atrisyia Amani serta Aqil Hakimi.
Terima kasih di atas segala sokongan dan penulis sentiasa merindui kalian.

Penghargaan juga diucapkan kepada rakan-rakan kelas sekalian kerana


memberi sokongan dan memberi pentelitian penuh ketika pembentangan kertas kerja
kami. Terima kasih di atas pengertian dan persahabatan yang telah diberikan.
Kenangan bersama kalian selama ini akan diabadikan sebagai sejarah yang cukup
bermakna dalam hidup ini.

Akhirnya, terima kasih buat semua pihak yang telah banyak membantu sama
ada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga setiap kerjasama
yang diberikan akan diberi ganjaran yang sewajarnya oleh Allah S.W.T.

Sekian, Wassalam.
1.0 ABSTRAK

Malaysia semestinya terkenal dengan rakyatnya yang berbilang kaum


terumanya kaum Melayu, Cina dan India. Walaupun berlainan bangsa dan agama,
rakyat Malaysia boleh hidup bersama secara aman damai dengan penuh toleransi
antara satu sama lain. Sejak Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada 31
Ogos 1957 daripada kerajaan British, perpaduan kaum sememangnya menjadi
matlamat utama bagi kepentingan negara serta menjayakan usaha kemerdekaan
yang diterajui oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia pertama.
Dalam konteks perpaduan kaum, terdapat satu peristiwa yang menunjuk
perpaduan kaum boleh dikecapi iaitu penggubalan Piagam Madinah oleh baginda
Rasulullah S.A.W pada tahun 622 Masihi.

Untuk memahami konsep perpaduan kaum pada suatu ketika dahulu, kajian
ini akan berbincangkan tentang Piagam Madinah, perkaitan Piagam Madinah di
dalam konteks perpaduan etnik serta Persamaan dan Perbezaan di antara Piagam
Madinah dan Perlembagaan Malaysia

Kajian berbentuk kualitatif ini dilaksanakan dengan menggunakan metode


pengumpulan data dan analisis data ini memfokuskan kepada sejarah dan
kandungan Piagam Madinah dan juga Perlembagaan Malaysia yang dirangka oleh
kerajaan Malaysia yang boleh didapati di laman web agensi kerajaan berkenaan.

Hasil kajian ini menunjukkan terdapat beberapa persamaan di dalam


Piagam Madinah dan Perlembagaan Malaysia dan juga iktibar yang boleh diambil
di dalam Piagam Madinah untuk dipraktikkan pada masa kini di dalam Malaysia.

Halaman | 1
2.0 KONSEP PIAGAM MADINAH

1. DEFINISI PIAGAM MADINAH

Piagam Madinah (Mithaq al-Madhinah atau Syahifah al-Madhinah


dalam Bahasa Arab) merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia yang
digubal oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W pada tahun 622 Masihi. 1

Nama-nama lain bagi Piagam Madinah, juga dikenali sebagai


Perjanjian Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah. Selain itu
Piagam Madinah juga boleh dikaitkan dengan Perlembagaan Madinah kerana
kandungannya membentuk peraturan-peraturan yang berasaskan Syariat Islam
bagi membentuk sebuah negara Islam (Daulah Islamiyah) yang menempatkan
penduduk yang berbilang bangsa atau kaum. 2

2. ASAS PIAGAM MADINAH

Di dalam Piagam Madinah, terdapat beberapa asas dan prinsip-


prinsip yang diterapkan untuk diikuti oleh penduduk kota Madinah untuk
memastikan kota Madinah kekal aman damai. Pertama sekali, sumber hukum
negara adalah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. Kedua, perpaduan ummah
dan kedaulat negara amat dititikberatkan. Ketiga, Rasulullah S.A.W adalah
ketua negara bagi kota Madinah. Keempat, hak dan tanggungjawab penduduk
Madinah untuk mempertahankan negara. Kelima, penduduk Madinah terjamin
keselamatan dengan penambahan undang-undang seperi hukum Qisas.
Keenam, penduduk Madinah diberi kebebasan beragama dan menjaga
tanggungjwab negara terhadap orang bukan Islam Madinah.3

[1]&[2]
Piagam Madinah. https://ms.wikipedia.org/wiki/Piagam_Madinah
3
Prinsip Piagam Madinah. https://ms.wikipedia.org/wiki/Piagam_Madinah

Halaman | 2
3. Kandungan Piagam Madinah

Kandungan Piagam ini mempunya 10 bahagian dan 47 fasal (kata


lain ialah perkara). 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan
antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin.
24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam
dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi. 4

4
Piagam Madinah. https://ms.wikipedia.org/wiki/Piagam_Madinah

Halaman | 3
3.0 SEJARAH PIAGAM MADINAH
Sebelum Piagam Madinah digubalkan, terdapat beberapa peristiwa
yang berlaku yang mendorong kepada penggubalan Piagam Madinah.

Sebelum ketibaan baginda Rasulullah S.A.W di Madinah, terdapat 2


perjanjian yang telah dilakukan oleh baginda sendiri bersama orang Yatthrib
iaitu Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua.

Perjanjian Aqabah Pertama berlaku pada tahun 621 Masihi di mana


12 orang rombongan haji daripada Yathrib datang berjumpa Nabi
Muhammad S.A.W untuk disampaikan dakwah oleh baginda sendiri. Oleh
sebab tertarik akan Islam, mereka melakukan bai’at (perjanjian) kepada
Rasulullah S.A.W dengan memeluk Islam dan lahirnya Perjanjian Aqabah
Pertama.

Perjanjian Aqabah Kedua berlaku pada tahun kemudian iaitu tahun


622 Masihi di mana rombongan haji daripada Yathrib datang ke Mekah
untuk melakukan ibadat haji dan bilangan rombongan tersebut berjumlah 73
orang lelaki dan 2 orang wanita. Sama seperti Perjanjian Aqabah Pertama,
rombongan haji tersebut juga tertarik dengan agama Islam dan memeluk
Islam serta melakukan bai’at kepada Rasulullah S.A.W. Di sini bermulanya
Perjanjian Aqabah Kedua dan selepas perjanjian sebut dimerterai,
Rasulullah S.A.W membuat keputusan untuk berhijrah ke kota Yathrib untuk
berdakwah tanpa gangguan daripada Arab Quraisy di kota Mekah. 5 6

5
Perjanjian Aqabah, Perjanjian Bersejarah yang Menentukan Masa Depan Islam.
http://urusandunia.com/perjanjian-aqabah/
6
Asal Usul Perjanjian Aqabah. http://www.muttaqin.id/2016/05/asal-usul-perjanjian-aqabah.html

Halaman | 4
Kaum Ansar (terdiri daripada Bani Aus dan Bani Khazraj)
bertelingkahan sesama sendiri dan kaum Muhajirin pula miskin kerna
menginggalkan harta demi penghijrahan ke Madinah. Setelah baginda Nabi
Muhammad SAW sudah menetap di Kota Madinah, beliau mengawali
kehidupan di sana dengan menyusun dan memperbaiki hubungan dan
kehidupan masyarakat di Madinah dengan menggubal peraturan yang
dipanggil watsiqah ataupun piagam.

Rasulullah s.a.w. dalam merangka piagam Madinah, beliau telah


mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat
Madinah ketika itu. Terdapat tiga langkah yang diambil oleh Rasulullah
dalam membentuk piagam Madinah.

Langkah pertama ialah Rasulullah mendirikan sebuah masjid untuk


dijadikan sebagai tempat orang Islam beribadat, tempat Rasulullah
menyampaikan dakwah Islam dan tempat pentadbiran Rasulullah S.A.W.

Langkah kedua ialah mengikat tali persaudaraan di antara kaum


Muhajirin dan Ansar bagi mewujudkan kesefahaman dan perpaduan serta
membantu kaum Muhajirin untuk memulakan kehidupan baru di Madinah
dengan bantuan kaum Ansar.

Langkah ketiga dan terakhir ialah mengadakan perjanjian dengan


orang Yahudi supaya bersama-sama mempertahankan Madinah dari
ancaman luar dengan balasan penjagaan hak dan keselematan orang
Yahudi. 7

Oleh itu, pada tahun 622 Masihi telah Berjaya melahirkan Piagam
Madinah pada tahun pertama Hijrah dan menjadikan Piagam Madinah
menjadi perlembagaan bertulis pertama di dunia.

7
Perangkaan Piagam Madinah. http://www.kitabklasik.net/2008/05/piagam-madinah.html

Halaman | 5
4.0 PERKARA DALAM PIAGAM MADINAH YANG MENYENTUH
HUBUNGAN ANTARA KAUM

1. Sumber Perundangan
Piagam Madinah diggubal mengikum sumber Al-Quran dan
Sunnah. Piagam Madinah ialah piagam pertama yang berasaskan
undang-undang syiar Islam dalam membentuk peraturan yang perlu
diikuti oleh penduduk Kota Madinah.

Mengikut fasal 23, apabila timbul perbezaan pendapat di


antara kamu di dalam suatu soal, maka kembalikanlah
penyelesaiannya pada (hukum) Tuhan dan (keputusan) Muhammad
SAW. Ini bermaksud, jika penduduk Madinah mempunya kekeliruaan
tentang sesuatu hendaklah mereka kembali kepada sumber-sumber
wahy iaitu menggunakan Al-Quran atau meminta bantuan dari
Rasulullah S.A.W.8

2. Ketua Negara
Untuk memastikan sesebuah negara dapat hidup dalam aman
dan saksama, sesebuah negara tersebut perlulah diketuai oleh
seorang pemimpin yang berkaliber dan berwibawa dalam kepimpinan
dan tinggi intelektual dalam menangani masalah-masalah negara.
Ketika Piagam Madinah digubal, seluruh penduduk Madinah
bersetuju dengan menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai ketua
Negara Madinah.

Terdapat beberapa fasal di dalam piagam yang menunjukkan


kekuasaan ketua negara dalam mentadbir Madinah iaitu Fasal 23,
Fasal 36 dan Fasal 42.

8
Naskah Piagam Madinah. Von Edison. M.s. 6 dan 7

Halaman | 6
Fasal 23 menyatakan apabila timbul perbezaan pendapat di
antara kamu di dalam suatu soal, maka kembalikanlah
penyelesaiannya pada (hukum) Tuhan dan (keputusan) Muhammad
SAW.

Fasal 36 (1) Tidak seorang pun diperbolehkan bertindak


keluar dari negara Madinah, tanpa izin Muhammad S.A.W.

Fasal 42 menyatakan bahawa Tidak boleh terjadi suatu


peristiwa di antara peserta piagam ini atau terjadi pertengkaran,
melainkan segera dilaporkan dan diserahkan penyelesaiannya
menurut (hukum) Tuhan dan (kebijaksanaan) utusan-Nya,
Muhammad SAW.

Ketiga-tiga fasal diatas menunjukkan betapa hebatnya kuasa


Rasulullah S.A.W. dalam menangani krisis dan pertelingkahan dalam
sesuatu negara dan menunujukkan kredibiliti Rasulullah S.A.W
sebagai ketua Negara.9

3. Syura
Syura ialah perkataan Arab untuk mesyuarat atau rundingan.
Apabila berlakunya kekeliruan atau perbalahan antara satu sama
lain, majlis syura akan diadakan untuk menyelesaikan masalah atau
kecelaruan yang telah berlaku.

Di dalam Piagam Madinah, fasal 23, fasal 42 dan fasal 45 (1)


menyentuh berkaitan dengan mengadakan majlis syura. Fasal 45 (1)
menyatakan apabila mereka diajak dalam pendamaian dan membuat
perjanjian damai, mereka tetap sedia untuk sedia untuk berdamai.10

9
Naskah Piagam Madinah. Von Edison. M.s. 4,6 dan 7
10
Naskah Piagam Madinah. Von Edison. M.s. 6 dan 7

Halaman | 7
4. Keselamatan
Keselamatan penduduk sesuatu rakyat seharusnya menjadi
perkara wajib dalam memastikan sesebuah negara itu selamat dari
mana-mana ancaman luar yang ingin merosakkan atau
memusnahkan sesebuah negara.

Di dalam Piagam Madinah, terdapat beberapa fasal yang


menjaminkan keselamatan seluruh penduduk Kota Madinah
termasuk orang Yahudi iaitu fasal 16, fasal 18, fasal 43 dan fasal 44.

Fasal 16 menyatakan bahwaa sesungguhnya kaum-bangsa


Yahudi yang setia kepada (negara) kita, berhak mendapatkan
bantuan dan perlindungan, tidak boleh dikurangi haknya dan tidak
boleh diasingkan dari pergaulan umum. Di sini, orang Yahudi diberi
perlindungan keselamatan dengan syarat mereka haruslah menjaga
Madinah daripada musuh-musuh Islam.

Fasal 18 menyatakan setiap penyerangan yang dilakukan


terhadap kita, merupakan tantangan terhadap semuanya yang harus
memperkuat persatuan antara segenap golongan.Seluruh warga
Kota Madinah seharusnya bekerjasama menangani musuh-musuh
negara.

Fasal 42 menyatakan sesungguhnya (musuh) Quraisy tidak


boleh dilindungi, begitu juga segala orang yang membantu mereka di
mana penduduk Kota Madinah dilarang sama sekali bersekutu dan
membantu musuh-musuh.

Halaman | 8
Fasal 43 menyatakan di kalangan warga negara sudah terikat
janji pertahanan bersama untuk menentang setiap musuh yang
menyerang Kota Yathrib.11

5. Kerjasama Sosial
Di dalam piagam madinah terdapat beberapa fasal menyentuh
tentang kerjasama sosial sebagai antara wadah yang penting bagi
membentuk sebuah bangsa yang kuat dan setia.

Dalam pasal ada menyebut tentang semua penduduk


Madinah ditegah bermusuhan atau menanam hasad dengki sesama
sendiri dan orang-orang Islam diwajibkan hidup bermasyarakat
sesama mereka secara aman.

Fasal 18 secara jelas menyatakan, ketika perang berlaku kita


seharusnya saling bantu-membantu. Fasal 22 menyebut setiap
orang, sebagai anggota masyarakat, berhak atas jaminan sosial dan
berhak melakukan dengan perantaraan usaha-usaha nasional dan
kerjasama internasional dan sesuai dengan sumber-sember
kekayaan dari setiap negara, hak-hak ekonomi, sosial dan
kebudayaan yang perlu guna martabatnya dan guna perkembangan
bebas peribadinya.

6. Pembangunan Ekonomi
Dari segi pembangunan ekonomi, Nabi Muhammad S.A.W
telah mengariskan beberapa panduan dalam merangka pelan
ekonomi Negara madinah membangun pesat menjadi Negara Islam
yang di segani.

11
Naskah Piagam Madinah. Von Edison. M.s. 2, 4,6 dan 7.

Halaman | 9
Walaupun pada mulanya Madinah merupakan negara yang
kecil dan mempuyai sedikit hasil bumi, di pecahkan pulak oleh
golongan-golongan yang tidak bersepadu dari sifat assabiah yang
terlampau kuat serta ancaman pihak luar yang berterusan mengugut
kaum muslimin dan muslimat selepas hijrah.

Antara langkah-langkah awal yang dilakukan Nabi


Muhammad S.A.W di madinah membangun konstitusi Negara,
meletakkan dasar-dasar kewangan Negara. Pendapatan madinah
12
bedasarkan pendapatan pertama dan skunder.

Antara fasal yang menyebut tentang pembangunan ekonomi


ialah Fasal 23.

7. Kebebasan Asasi
Dari Kamus Sewan, kebebasan asasi adalah bedasarkan
kepada perisytiharan yang dibuat oleh perhimpunan agung bangsa-
bangsa bersatu. Perkara-perkara yang berkaitan dengan ketakutan,
kemahuan, bersuara, dan kepercayaan.

Di dalam Fasal 16, Piagam Madinah, menyatakan orang


Yahudi yang menyertai kita (orang Islam) hendaklah mendapatkan
pertolongan dan pimpinan dengan tidak menzalimi dan tidak boleh
ada pakatan tidak baik terhadap mereka. Selain itu, Fasal 40 pula
menyatakan bahawa jiran tetangga hendaklah diperlakukan sebagai
diri sendiri, tidak boleh dilakukan terhadapnya sebarang bahaya dan
dosa. Fasal 41 menyatakan larangan menghampiri sebarang
kehormatan wanita melainkan dengan izin keluarganya.

12
Ekonomi madinah https://foseiusu.wordpress.com/artikel/karya-tulis-dan-opini/sistem-
perekonomian-pada-masa-permerintahan-nabi-muhammad-saw/

Halaman | 10
Fasal yang menerangkan tentang hak asasi manusia adalah
16, 25, 40 dan 41.13

Fasal 16 menyatakan bahawa Sesungguhnya orang Yahudi


yang mengikuti kita berhak atas pertolongan dan santunan,
sepanjang (mukminin) tidak terzalimi dan ditentang (olehnya).
Fasal 25 menyatakan bahawa Kaum Yahudi dari Bani ‘Awf
adalah satu umat dengan mukminin. Bagi kaum Yahudi agama
mereka, dan bagi kaum muslimin agama mereka. Juga (kebebasan
ini berlaku) bagi sekutu-sekutu dan diri mereka sendiri, kecuali bagi
yang zalim dan jahat. Hal demikian akan merusak diri dan
keluarganya.

Fasal 40 menyatakan bahawa Orang yang mendapat jaminan


(diperlakukan) seperti diri penjamin, sepanjang tidak bertindak
merugikan dan tidak khianat.

Fasal 41 menyatakan bahawa tidak boleh jaminan diberikan,


kecuali seizin ahlinya

Seperti yang dinyakatakan penduduk madinah bebas


menjalankan aktiviti seharian mereka dengan senang hati tanpa
halangan dari mana-mana pihak selagi mana tidak mengancam
agama Islam. Setiap penduduk diberi hak sama rata tanpa
dikriminasi. Mereka (orang bukan Islam) diberi perawatan yang
sama.

13
Fasal 16, 40 dan 41 Teks Piagam Madinah

Halaman | 11
8. Keadilan Universal
Adil merujuk kepada meletak sesuatu perkara pada
tempatnya. Nabi telah menyusun piagammadinah ini seadil mungkin
bagi semua penduduk madinah tidak mengira kaum dan agama.
Beliau meletakkan keadian itu sebagai komponen penting bagi
membentuk satu masyarakat baru yang holistik. Hampir setiap fasal
menyatakan keadlian antara orang mukmin itu sendiri.

Fasal 2 menyatakan Kaum Muhajirin dari Quraysy sesuai


keadaan (kebiasaan) mereka, bahu-membahu membayar diat di
antara mereka dan mereka membayar tebusan tawanan dengan cara
yang baik dan adil di antara mukminin.

Halaman | 12
5.0 PERSAMAAN ANTARA PIAGAM MADINAH DAN PERLEMBAGAAN
MALAYSIA

Jika di zaman baginda nabi Muhammad S.A.W beliau mewujudkan dan


mengasaskan piagam madinah sebagai sumber perundangan utama untuk
penduduk madinah pada ketika itu. Antara tujuan diasaskan pada masa itu adalah
untuk menghadapi masyarakat majmuk Madinah, membentuk peraturan yang
dipatuhi bersama semua penduduk, Ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum,
mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan, mewujudkan keamanan
di Madinah, menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi Muhammad dan penduduk
setempat14. Piagam madinah juga merupakan perlembagaan bertulis pertama
didunia dan dijadikan sebagai model rang undang – undang bagi pemimpin
negara- negara Islam pada masa kini. Negara –negara Islam seperti Turki, Arab
Saudi, Mesir, dan tidak terkecuali Malaysia.

Malaysia mempuyai undang – undangnya tersendiri dalam membentuk


masyarakat majmuk yang berbilang bangsa seperti Melayu, Cina dan India. Bagi
memastikan semua rakyatnya berada dalam keadaan harmoni. Pelembagaan
Malaysia digunakan rakyat Malaysia dalam membangunkan Malaysia dan tidak
boleh lari ataupun melanggar mana – mana perkara dalam perlembagaan.

Kajian tentang piagam madinah dan perlebagaan madinah dilakukan bagi


mengenal pasti tentang persamaan antara dua undang – undang tertinggi bagi
dua negara ini berikutan kedua dua Negara ini mempuyai corak yang sama dari
segi demografinya iaitu berbilang kaum. Madinah merupakan sebuah negara
Muslim dan Malaysia adalah Negara yang majoritinya beragama Islam. Secara
asas isi kandungan piagam madinah digelar fasal. Bagi perlembagaan Malaysia
pula ia digelar perkara. Kedua istilah ini merujuk kepada perkara yang sama.

14
https://ms.wikipedia.org/wiki/Piagam_Madinah

Halaman | 13
1. Kebebasan Beragama

Persamaan yang pertama kali dapat dilihat dari segi kebebasan


beragama kepada semua kaum. Ianya bermaksud apa doktrin
kepercayaan yang diamalkan oleh seseorang mahupun tetangga boleh
dilakukan selagi mana tidak menggangu gugat agama lain.
Dalam piagam madinah fasal menyatakan 25 menyatakan Kaum
Yahudi dari Bani ‘Awf adalah satu umat dengan mukminin. Bagi kaum
Yahudi agama mereka, dan bagi kaum muslimin agama mereka. Juga
(kebebasan ini berlaku) bagi sekutu-sekutu dan diri mereka sendiri, kecuali
bagi yang zalim dan jahat. Hal demikian akan merusak diri dan
keluarganya. 15
Bedasarkan petikan diatas dinyatakn tentang peraturan bahawa
kaum yahudi dan bani ‘Awf adalah satu umat dan dinyatakan bahawa
agama mereka (yahudi) merupakan urusan sendiri bermaksud mereka
bebas mengamalkan pegangan agama masing –masing selagi mana
perbuatan itu tidak menzalimi orang lain. Dengan melihat tolenrasi
beragama ini menunjukkan Islam menerima perbezaan.
Terdapat juga persamaan antara fasal diatas dengan perkara yang
terkandung dalam perlembagaan Malaysia. Di dalam Perlembagaan
Malaysia perkara yang menyentuh tentang kebebasan beragama ialah
perkara 3 dan 11. 16

3. (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain


boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian
Persekutuan. (Dipetik dari teks perlembagaan persekutuan pindaan
164/2009)

15
Fasal 25 Teks Piagam Madinah
16
Perkara 3 dan 11 Undang – undang Malaysia ,Perlembagaan Persekutuan mengandungi
pindaan terkini – P.U.(A) 164/2009

Halaman | 14
11. (1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan
agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.
(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang
persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa
doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti
agama Islam.
(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang
berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan
dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.
Di dalam Perlembagaan Malaysia pula, walaupun Perkara 3 telah
menggariskan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, tetapi Perkara 11
menyatakan agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di
mana-mana bahagian Persekutuan. Apa-apa fahaman yang menggugat
islam wajar di sekat.

2. Jaminan Hak Asasi Manusia

Perkara yang kedua di mana terdapat persamaan antara Piagam


Madinah dan Perlembagaan adalah jaminan hak asasi manusia adalah
Perisytiharan ini yang dikenali sebagai Perisytiharan Hak Asasi Manusia
Sejagat (UDHR) telah membahagikan hak asasi manusia kepada empat
kebebasan utama iaitu kebebasan daripada ketakutan ,kebebasan
daripada kemahuan, kebebasan bersuara, kebebasan kepercayaan17.Ia
menyenaraikan pelbagai hak asasi manusia, daripada
hak sivil dan politik sehinggalah hak ekonomi, sosial dan kebudayaan.

17
Hak asasi manusia https://ms.wikipedia.org/wiki/Hak_asasi_manusia

Halaman | 15
Fasal yang menerangkan tentang hak asasi manusia adalah 16, 40
dan 4118.
16. Sesungguhnya orang Yahudi yang mengikuti kita berhak atas
pertolongan dan santunan, sepanjang (mukminin) tidak terzalimi dan
ditentang (olehnya).
40. Orang yang mendapat jaminan (diperlakukan) seperti diri
penjamin, sepanjang tidak bertindak merugikan dan tidak khianat.
41. Tidak boleh jaminan diberikan, kecuali seizin ahlinya

Dapat diceritakan fasal 16 disini bahawa orang yahudi yang


menyertai atau bersama orang Islam wajib keatas orang Islam untuk
menjaga adab kita dan keselamatan mereka seperti orang Islam itu sendiri
dan tiada mana – man pakatan yang menentang mereka selagi mana
mereka tidak menentang orang islam. Fasal 40 pula menyebut tentang
jiran tetangga yang wajib kita jaga seperti diri sendiri. Fasal 41 menyatakan
kewajiban rakyat madinah untuk menjaga kehormatan wanita.
Di dalam perlembagaan Malaysia pula, perkara 819 menyatakan:
8. (1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan
berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.
8. (2) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh
Perlembagaan ini tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara
semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina
dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa
jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau
dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan
dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau
berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apa-apa pertukangan,
perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.

18
Fasal 16, 40 dan 41 Teks Piagam Madinah
19
Perkara 8 Undang – undang Malaysia ,Perlembagaan Persekutuan mengandungi pindaan terkini
– P.U.(A) 164/2009

Halaman | 16
8. (3) Tidak boleh ada diskriminasi yang memihak kepada mana-
mana orang atas alasan bahawa dia seorang rakyat Raja bagi mana-mana
negeri.
8. (4) Tiada pihak berkuasa awam boleh mendiskriminasikan mana-
mana orang atas alasan bahawa dia bermastautin atau menjalankan
perniagaan di mana-mana bahagian Persekutuan di luar bidang kuasa
pihak berkuasa itu.

Perkara 8, Perlembagaan Malaysia, menyatakan semua orang


adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat
perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang kecuali sebagaimana
yang dibenarkan dengan nyatanya oleh perlembagaan ini tidak boleh ada
diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras,
keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang
atau dalam perlantikan kepada apa-apa jawatan dan tidaklah boleh ada
pembezaan bagi faedah seseorang oleh sebab ia seorang rakyat Raja
(negeri beraja seperti kedah, Kelantan dan sebagainya) bagi mana-mana
negeri.

3. Ketaaatan kepada pemimpin

Ketaatan atau kepatuhan kepada pemimpin amatlah penting kepada


pembentukkan sebuah negara untuk menjadi sebuah negara bangsa.
Ketaatan kepada menentukan tahap kestabilan sesebuah negara, tiada
yang menentang seperti demonstrasi jalanan seterusnya memacu ekonomi
sesebuah Negara. Sebuah Negara yang rakyatnya taat kepada pemimpin
sangat kebal dan sukar dari ancaman musuh seperti buat masa sekarang
Korea Utara, bagaimana sebuah negara yang kecil yang amat digeruni
musuh sekelilinya.

Halaman | 17
Di dalam Piagam Madinah, Nabi Muhammad S.A.W di letakkan
sebagai pemimpin seperti yang dinyatakan dalam fasal 2320:
23. Apabila kamu berselisih tentang sesuatu, penyelesaiannya
menurut (ketentuan) Allah ‘azza wa jalla dan (keputusan) Muhammad saw.

Mereka wajib mentaati Nabi Muhammad S.A.W sebagai ketua


negara. Seperti yang dinyakan Nabi Muhammad S.A.W sebagai khalifah
dalam menyelasaikan perbalahan yang terjadi dan sumber hukum yang
digunakan adalah Al-quran dan Allah S.W.T.

Apabila melihat kepada perlembagaan Malaysia perkara 3(2) dan


3(3) menyatakan21:
3. (2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak
mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di
Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh
Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala
hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai
Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa
perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-
Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut
diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya
sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong
mewakilinya.
3. (3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang,
Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi
memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam
di Negeri itu.
Perkara 8 merujuk ketua agama Islam adalah raja di setiap negeri
beraja dan bagi negeri yang tidak beraja pula agama Islam wajar mengikut

20
Fasal 23 Teks Piagam Madinah
21
Perkara 3 Undang – undang Malaysia ,Perlembagaan Persekutuan mengandungi pindaan terkini
– P.U.(A) 164/2009

Halaman | 18
perlembagaan negeri itu dan jika ada amalan yang bertentang dengan
persetujuan majlis raja- raja wajarlah di jauhi.

4. Hak mendapat perlindungan daripada kezaliman

Hak mendapat perlindungan di sini merujuk kepada hak penduduk


disebuah Negara mendapat perlindungan dari sebarang bentuk
penindasan yang dilakukan seperti jenayah. Undang – undang di kedua-
dua buah negara walaupun berbeza tempat dan masa, tetap mempuyai
persamaan bagi melindungi rakyat masing-masing.

Untuk penduduk Madinah fasal 2122menerangkan tentang hak itu:


21. Barangsiapa membunuh orang beriman dan cukup bukti atas
perbuatannya, harus dihukum bunuh, kecuali wali si terbunuh rela
(menerima diat). Segenap orang beriman harus bersatu dalam
menghukumnya.

Dalam Piagam Madinah, hak rakyat dijamin dibawah undang-undang


qisas (hukaman balas) tidak kira sama ada orang yang melakukan
kesalahan dan kezaliman itu dari kaum keluarga sendiri.Jadi, penerangan
menunjukkan mana – mana rakyatnya yang melakukan kesalahan wajar di
hukum bagi menuntut keadilan.

Bagi rakyat Malaysia pula, untuk hak melindungi dari kezaliman.


Mereka perkara 5(1) 23 menerangkan:
5. (1) Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan
kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang.

22
Fasal 21 Teks Piagam Madinah
23
Perkara 5(1) Undang – undang Malaysia ,Perlembagaan Persekutuan mengandungi pindaan
terkini – P.U.(A) 164/2009

Halaman | 19
Pelembagaan Malaysia pula menyatakan hak keselamatan rakyat jatuh
dibawah tanggungjawab Yang Dipertuan Agong untuk melindungi rakyat Malaysia
daripada kezaliman dalaman manakala tugas perundangan pula
dipertanggungjawabkan ke atas mahkamah tinggi termasuk memastikan
kesahihan pertuduhan agar yang tertuduh tidak dianiaya.

Secara kesimpulannya, kami membuat satu senarai jadual terhadap


persamaan antara piagam madinah dan perlembagaan Malaysia.

Persamaan Piagam madinah Perlembagaan Malaysia


Kebebasan beragama Fasal 25 Perkara 3 dan 11
Jaminan hak asasi Fasal 16 dan fasal 41 Perkara 8
kemanusiaan
Ketaaatan kepada Fasal 23 Perkara 3(2)
pemimpin
Hak mendapat Fasal 21 Perkara 5 (1)
perlindungan daripada
kezaliman

Halaman | 20
6.0 PERBEZAAN ANTARA PIAGAM MADINAH DAN PERLEMBAGAAN
MALAYSIA
Terdapat beberapa perbezaan yang boleh dihuraikan bedasarkan dua jenis
hukum kanun ini. Dari aspek sumber hukum ini digubal, pengasasnya, tujuan di
gubal serta kandungan kedua dua undang ini.

1. Sumber

Dari segi sumber piagam madinah di gubal berasaskan wahyu dan


al- quran yang disampaikan Allah melalui malaikat Jibril kepada Nabi
Muhammad S.A.W.

Manakala Perlembagaan Malaysia digubal melalui Perjanjian


Persekutuan Tanah Melayu 1948 melalui suruhanjaya Cobbold.
Kemudianya ditukar menjadi perlembagaam Malaysia 1957 sebelum di
muktamadkan sebagai Perlembagaan Malaysia setelah kemasukkan
Sabah, Sarawak, dan Singapura.

2. Pengasas

Piagam Madinah seperti yang kita ketahui adalah Nabi Muhammad


S.A.W dan untuk Perlembagaan Malaysia kita boleh namakan Kerajaan
British kerana memperkenalkan Suruhanjaya Reid pada asalnya.

Halaman | 21
3. Tujuan Digubal

Kedua- dua undang-undang ini merupakan mempuyai tujuan yang


berbeza pada asalnya tetapi tidak menghalang banyak persamaannya dari
dasarnya.

Piagam madinah pada asalnya digubal bagi menjaga kesejahteraan


penduduk madinah ketika itu termasuklah hubungan antara umat Islam dan
bukan Islam, berlainan dari perlembagaan Malaysia yang ketika itu berniat
untuk menuntut kemerdekaan dari British.

4. Perkara Atau Fasal

Dari segi kandungan, piagam madinah mengandungi 47 pasal yang


mana 23 fasal berkaitan hubungan antara orang islam dengan islam dan
24 fasal tentang hubungan orang bukan islam dengan orang Islam.

Manakala dari segi perlembagaan Malaysia, mengandungi 183


perkara di mana perkara – perkara tersebut di bahagikan kepada beberapa
seksyen yang dibahagikan.

Halaman | 22
7.0 PENUTUP

Sebagai penutup, kami dapat menghuraikan piagam madinah adalah


dokumen bertulis tentang undang-undang pertama di dunia. Piagam ini di
wujudkan ekoran kepada peristiwa yang penting sebelum itu iaitu perjanjian
aqabah pertama dan kedua seterusnya penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dan
orang mukmin dari Kota Mekah ke Kota Madinah dikenali dengan nama Sahifah
al-Madinah.

Mengandungi 47 fasal berkaitan yang membicarakan hubungan orang Islam


dengan bukan Islam dan banyak mengadungi peraturan – peraturan yang
berasaskan syariat Islam bagi membentuk daulah islamiyah. Perangkaan madinah
melaui tiga langkah sebelum menjadi dokumen rasmi. Antara kandungan yang
terdapat dalam piagam madinah adalah tentang sumber perundangan Negara
madinah, Nabi Muhammad sebagai ketua negara, tentang pengamalan agama
masing-masing, kerjasama dari segi politik ,ekonomi dan sosial.

Dari aspek yang lain juga kami dapat merungkai tentang persamaan dan
perbezaan antara pigam madinah dan perlembagaan Malaysia. Dari segi
persamaan kami rungkaikan fasal dan perkara yang berkaitan tentang kebebasan
beragama, jaminan hak asasi kemanusiaan, ketaatan kepada pemimpin serta hak
mendapat perlindungan daripada kezaliman. Dari segi perbezaan kami
merungkaikan dari segi sumber undang-undang itu digubal, pengasas, serta tujuan
digubal.

Kesimpulannya, banyak aspek-aspek yang terdapat dalam piagam madinah


kita sebagai umat Islam pada masa kini boleh ambil sebagai iktibar dan pedoman
hidup bagi menghidupkan daulah islammiyyah itu sendiri. Kita sewajarnya
cemerlang dari segala aspek bagi membangunkan negara kita ke tahap yang lebih
maju agar agama kita kembali dihormati dan disegani di seluruh dunia.

Halaman | 23
8.0 RUJUKAN

1. Wikipedia. (n.d). Piagam Madinah.


Dipetik dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Piagam_Madinah

2. Hidayah, S. (2004, April 28). Mithaq/Syahifah/Piagam Al-Madinah.


Dipetik dari
http://www.mymasjid.net.my/?mod=article_content&mod2=1878

3. Kitab Klasik Islam. (2008, Mei 15). Piagam Madinah - Medina Charter.
Dipetik dari http://www.kitabklasik.net/2008/05/piagam-madinah.html

4. Jumali, E. (2008, Mei 15). Piagam Madinah.


Dipetik dari https://fastnote.wordpress.com/piagam-madinah/

5. Almanhaj. (2010, Januari 28). Piagam Madinah.


Dipetik dari https://almanhaj.or.id/2639-piagam-madinah.html

6. Kholis, M. (n.d). Perjanjian Aqabah, Perjanjian Bersejarah yang


Menentukan Masa Depan Islam.
Dipetik dari http://urusandunia.com/perjanjian-aqabah/

7. Muttaqin Blog. (n.d). Asal Usul Perjanjian Aqabah.


Dipetik dari http://www.muttaqin.id/2016/05/asal-usul-perjanjian-
aqabah.html

8. Wikipedia. (n.d). Syura.


Dipetik dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Syura

Halaman | 24
9. Agus, M. (2012, Februari 23). Apa Itu Piagam Madinah?.
Dipetik dari http://wicaksonoagus.blogspot.my/2012/02/apa-itu-
piagam-madinah.html

10. Info Sejarah Blog. (2008, Julai 5). Piagam Madinah.


Dipetik dari http://infosejazz1043.blogspot.my/2008/07/piagam-
madinah.html

11. Edison, V. (2012, April 16). Naskah Piagam Madinah.


Dipetik dari
https://mutiarazuhud.files.wordpress.com/2014/03/piagam-
madinah.pdf

12. J. Suyuthi Pulungan. (1993). Perinsip- Perinsip Pemerintahan Dalam


Piagam Madinah Di Tinjau Dari Pandangan Alquran.
Dipetik dari
https://books.google.com.my/books?id=tLSNAAAACAAJ&dq=inautho
r:%22J.+Suyuthi+Pulungan%22&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwjThtib2
LDTAhXLwbwKHa3IDqoQ6AEIKjAB

13. Philip Khuri Hitti. (2005.Februari 2). History Of The Arab.


Dipetik dari
https://books.google.com.my/books?id=9twFPOygpQAC&printsec=fr
ontcover&source=gbs_ge_summary_r&cad=0#v=onepage&q&f=false

Halaman | 25
14. Zuhairi Misrawi. (2009.November). Madinah: kota suci, piagam Madinah,
dan teladan Muhammad SAW.
Dipetik dari
https://books.google.com.my/books?id=-
h3zxMtfKdgC&printsec=frontcover&dq=madinah&hl=en&sa=X&ved=
0ahUKEwjit5Ds2bDTAhVEXbwKHY0FB8IQ6AEIKDAB#v=onepage&
q&f=false

15. Abdul Aziz Bari. (2008). Perlembagaan Malaysia: Teori & Praktis.
Dipetik dari
https://books.google.com.my/books?id=iqmDTZ9fVoMC&pg=PA281
&dq=sahifah+madinah&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwj6r6He2rDTAh
WHupQKHWAHDsEQ6AEINDAC#v=onepage&q&f=false

16. Adibah Sulaiman. (2008). Sejarah Kertas Teks & Rujukan Lengkap.
Dipetik dari
https://books.google.com.my/books?id=7VgPKOY3wbEC&pg=PA307
&dq=sahifah+madinah&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwj6r6He2rDTAh
WHupQKHWAHDsEQ6AEISDAF#v=onepage&q&f=false

Halaman | 26

You might also like