Peringatan Berhubung Pelaksanaan Majlis Graduasi Murid Di Sekolah Bawah KPM

You might also like

Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 2
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA Tel 03-8884 9370 MALAYSIA Laman Web : www.moe.govmy Ru) Kami: KPM,100-1/3/2 Jid. # (Pe) Tarikh —: ($ Disember 2023, Semua Ketua Bahagian ‘Semua Pengarah Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/Dato’/Datu/Dr./Tuan/Puan, PERINGATAN BERHUBUNG PELAKSANAAN MAJLIS GRADUASI MURID DI SEKOLAH BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk 2, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil perhatian serius berhubung kenyataan akhbar yang tular berkaitan pelaksanaan majlis graduasi mewah yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Perkara ini jelas membebankan ibu bapa murid yang kurang berkemampuan untuk membayar sejumiah wang bagi memastkan anak-anak mereka dapat menghadiri majlis berkenaan. 3. Sehubungan dengan itu, KPM ingin memberi peringatan kepada semua sekolah bawah KPM supaya perancangan dan pelaksanaan majlis graduasi perlu mematuhi perkara-perkara berikut: 3.1 Perbincangan dengan ibu bapa dijalankan sebelum menganjurkan majlis termasuk graduasi murid di hotel atau tempat mewah; 3.2 Perbincangan mengenai penganjuran mana-mana majlis mesti dibuat antara ibu bapa atau Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG); 3.3 Penyertaan murid adalah secara sukarela dan pihak sekolah tidak dibenarkan untuk memaksa murid untuk menghadiri majlis graduasi; dan 3.4 Penyediaan peluang penyertaan kepada murid B40 dengan mengunakan sumber-sumber kewangan sekolah/PIBG/sumbangan pihak luar. Sila catatkan ryjukan Bahagian ini apabila berhubung KPM.100-1/3/2 JId.9 (10) 4, YBhg. Datuk/Dato/Datu/Dr/Tuan/Puan diminta untuk melaksanakan pemantauan kepada semua sekolah bawah seliaan masing-masing bagi mengelak ibu bapa terbeban walaupun pengetua dan guru besar mempunyai autonomi untuk melaksanakan sebarang majlis. Dengan adanya pemantauan ini, diharap majlis graduasi yang dilaksanakan itu bersesuaian mengikut kemampuan dan telah dipersetujui oleh ibu bapa 5. Kerjasama YBhg. Datuk/Dato'/Datu/Dr./tuan/puan adalah dimohon_ untuk memaklumkan isi kandungan surat ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di bahagian, jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah, pengetua dan guru besar bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Dato/Datu/Dr./tuan/puan ‘Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” IDMAT UNTUK NEGARA” menjalankan amanah, (HAJI ABDUL MUTE BIN NGAH A.m.T ) sk 1 YB Menteri Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 2. YB Timbalan Menteri Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 3. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia 4. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia 5. Semua Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia 6. Semua Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia 7. Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan Malaysia

You might also like