Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

BAB

MENGENALI TAMADUN
04
4.1 Maksud Tamadun Buku Teks: m.s. 76 – 77
Apakah maksud tamadun?
(PT3 A S1)
• Secara umumnya, tamadun bermaksud suatu pencapaian tertinggi oleh sesuatu masyarakat dalam pelbagai bidang
• Melibatkan kegiatan pertanian dan perdagangan, sistem pemerintahan, pembentukan bandar, pengkhususan pekerjaan,
teknologi, organisasi sosial, agama dan kepercayaan, tulisan dan penyimpanan rekod serta kesenian dan kesusasteraan

Maksud Tamadun dalam Empat Bahasa Buku Teks: m.s. 76 – 77 Jelaskan maksud tamadun dalam empat bahasa.

Maksud Tamadun
(PT3 A S3)
Bahasa Yunani Bahasa Inggeris Bahasa Arab Bahasa Melayu
• Dari segi
bahasa, istilah • Disebut • Suatu peradaban yang merujuk
• Perkataan tamadun
tamadun civilisation pencapaian kemajuan masyarakat
dalam bahasa Arab
yang bererti dari segi kebendaan dan

al
(civilisation) ialah mudun, madain
berasal daripada tahap perkembangan pemikiran
dan madana (PT3 A S5)
perkataan pembangunan • Perkembangan pemikiran meliputi
• Membawa maksud

iju
civitas yang manusia dan bidang sosial, budaya, politik dan
tinggi budi bahasa
bermaksud organisasi lain-lain
dan pembukaan
yang • Kemajuan kebendaan meliputi seni

Bab 04
bandar atau bandar

D
kota paling maju bina, sistem ekonomi serta hasil cipta

4.2 Konsep Tamadun


h
Buku Teks: m.s. 78 – 79

Sudut Pandangan Islam


le
Buku Teks: m.s. 78 – 79 Huraikan konsep tamadun dari sudut pandangan Islam.

• Konsep tamadun dibina atas kerangka Islam sebagai al-Din (cara hidup) (PT3 A S8)
Bo

• Merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah


• Berasaskan nilai dalam pendidikan seperti yang disarankan oleh al-Quran, hadis dan ajaran Nabi Muhammad SAW

Ibn Khaldun Buku Teks: m.s. 78 Syed Muhammad Naquib Al-Attas Buku Teks: m.s. 79
k

• Membicarakan konsep • Tamadun ialah keadaan


da

tamadun Islam, iaitu istilah kehidupan insan


“umran” dan “hadharah” yang bermasyarakat yang telah
dinyatakan di dalam mencapai taraf kehalusan
bukunya Muqqadimah
Ti

tatasusila dan kebudayaan


• “Hadharah” meliputi aspek- yang luhur seluruh
aspek akidah, syarak, akhlak, masyarakatnya
falsafah, kebudayaan dan • Menulis pelbagai buku
peradaban (PT3 A S12) dalam bidang pemikiran
• “Madaniyyah” menjurus aspek dan peradaban seperti
kebendaan dalam kehidupan dan bersifat umum Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu serta
• Istilah “hadharah” dan “madaniyyah” lebih menepati Historical Fact and Fiction
konsep tamadun dalam Islam yang berpusatkan wahyu
Terangkan konsep tamadun menurut pandangan
Apakah maksud tamadun mengikut Ibn Khaldun? Syed Muhammad Naquib Al-Attas.

Info Lanjut (PT3 A S11)


Ibn Khaldun telah dilahirkan di Tunisia (1 332 – 1 406 M.). Nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman Ibn Muhammad. Beliau pernah
menjadi hakim dan ahli akademik di Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau merupakan seorang pemikir yang unggul, sejarawan dan ahli sosiologi
Islam. Penulisan beliau adalah berdasarkan pengalaman sebenar yang telah dilaluinya.

47

Sejarah Tg1 - Bab 04.indd 47 5/1/2021 4:45:31 PM


Sudut Pandangan Barat Buku Teks: m.s. 79 Bincangkan konsep tamadun dari sudut pandangan Barat.

• Istilah “civilisation” menggambarkan tahap sesuatu masyarakat atau


budaya yang kompleks
• Diukur melalui pencapaian ilmu dan teknologi, ekonomi, struktur
politik, kemasyarakatan dan petempatan di kawasan perbandaran
• Mempunyai kaitan dengan pembangunan lahiriah terutama dalam
bidang kebudayaan seperti kesenian, penulisan, undang-undang dan
perbandaran
• Arnold J. Toynbee menjelaskan, tamadun sebagai suatu sistem
masyarakat yang memperkasakan sistem politik, ekonomi, sosial,
kesenian dan kebudayaan Arnold J. Toynbee Buku karya
Arnold J. Toynbee.

4.3 Ciri-ciri Tamadun Awal Dunia Buku Teks: m.s. 80 – 85

Ciri-ciri Tamadun Awal Dunia Buku Teks: m.s. 80 Nyatakan ciri-ciri tamadun awal dunia.

al
iju
1 Pertanian dan
Perdagangan
Bab 04

2 Sistem

D
9 Kesenian dan
Kesusasteraan Pemerintahan
h
le
Bo

8 Tulisan dan
3 Pembentukan
Penyimpanan
Bandar
Rekod
k

Ciri-Ciri
da

Tamadun Awal
Dunia
Ti

7 Agama dan 4 Pengkhususan


Kepercayaan Pekerjaan

6 Organisasi 5 Teknologi
Sosial

48

Sejarah Tg1 - Bab 04.indd 48 5/1/2021 4:45:32 PM


Pertanian dan Perdagangan Buku Teks: m.s. 81 Sejauh manakah aktiviti pertanian dan perdagangan
membawa kemajuan dalam kehidupan tamadun awal dunia?

• Penciptaan pelbagai peralatan, pembinaan saliran, penciptaan kincir angin dan pembinaan teres di tanah tinggi
telah menggalakkan kegiatan pertanian
• Perkembangan pertanian telah mewujudkan kegiatan perdagangan
• Kegiatan perdagangan berlaku dalam bentuk perdagangan tempatan dan perdagangan jarak jauh
• Kegiatan perdagangan tempatan: (PT3 C S1 (a))
(a) masyarakat kota mendapatkan makanan dan barangan pertanian
(b) dilakukan dengan menukarkan barangan kraf tangan dan perkhidmatan termasuk kegiatan keagamaan
• Kegiatan perdagangan jarak jauh:
(a) berlaku apabila masyarakat dari kawasan tamadun yang berbeza bertukar barangan
(b) melibatkan bahan mentah seperti logam, emas dan besi
(c) contohnya, kegiatan perdagangan antara masyarakat Sumer dengan Mesir dan Mohenjo-Daro (PT3 A S16)

Pembentukan Bandar Buku Teks: m.s. 82 Huraikan sejarah perkembangan dan pembentukan bandar
masyarakat tamadun awal.
(PT3 B S2(a))
• Berlaku kerana perkembangan pertanian, kewujudan petempatan kekal serta berlaku pertambahan penduduk

al
• Manusia mula membina petempatan kekal dengan pembentukan kampung yang berkembang dan disatukan
membentuk bandar
• Ciri-ciri bandar: (PT3 B S2(b))

iju
(a) pelan susun atur bangunan dan petempatan yang tersusun sementara rumah mempunyai kemudahan perigi,
bilik mandi dan tandas

Bab 04
(b) kemudahan prasarana yang teratur dan sistematik seperti pasar, rumah ibadat dan kawasan kediaman

D
(c) pembinaan sistem perparitan dan pembetungan
(d) pembinaan kota untuk berlindung daripada serangan orang luar dan menjadi kawasan sempadan (PT3 A S19)
• Bandar pertama yang dibina pada tahun 4 000 SM
h
• Kota-kota utama pada peringkat ini ialah Ur dan Uruk berhampiran Sungai Tigris dan Euphrates, Memphis (Sungai
Nil), Mohenjo-Daro (Sungai Indus), dan Anyang (Sungai Huang He) (PT3 A S18)
le
Bo

Info Lanjut
Mohenjo-Daro ialah salah sebuah penempatan kota terbesar di Tamadun Lembah Indus di India kuno yang kini terletak di daerah Larkana
di Sindh, Pakistan. Kota yang dibina sekitar 2 600 SM ini merupakan salah sebuah penempatan bandar terawal di dunia yang wujud sezaman
dengan tamadun Mesir Purba, Mesopotamia dan Crete. Kota ini merupakan Tapak Warisan Dunia (UNESCO). Mohenjo-daro juga digelar
“sebuah metropolis kuno di Lembah Indus”.
k
da

Bagaimanakah kemahiran dalam bidang teknologi masyarakat tamadun


Teknologi Buku Teks: m.s. 83 (PT3 C S2(a))
awal mempengaruhi kemajuan teknologi zaman berikutnya?
Ti

• Kemahiran teknologi membawa kepada penciptaan barangan, monumen


dan hasil pertukangan
Taman Tergantung Babylon
• Menghasilkan peralatan seperti bajak untuk pertanian
• Penciptaan roda untuk membantu kereta kuda dan kereta lembu
mengangkut hasil pertanian serta perhubungan penduduk
• Berlaku kerana peningkatan teknologi dalam pembuatan logam tembaga,
besi dan gangsa
• Memberikan keselesaan kepada masyarakat
• Tamadun Mesopotamia terkenal dengan Taman Tergantung Babylon
• Tamadun Mesir Purba terkenal dengan binaan piramid dan sfinks
• Tamadun Indus dikenali dengan binaan negara-kota Mohenjo-Daro
Mohenjo-Daro

49

Sejarah Tg1 - Bab 04.indd 49 5/1/2021 4:45:32 PM


PAK-21: Hot Seat
Aktiviti susulan selepas murid membuat bacaan dan kajian (secara
individu atau kumpulan). Seorang murid akan duduk di kerusi yang
disediakan dan menjadi ‘pakar’. ‘Pakar’ tersebut akan menjawab soalan
yang dilontarkan oleh murid lain.
Murid diminta membuat bacaan berkaitan:
1 Maksud tamadun dalam
(a) Bahasa Yunani (b) Bahasa Inggeris (c) Bahasa Arab
2 Sembilan ciri tamadun awal dunia
Piramid dan Sfinks

Organisasi Sosial Buku Teks: m.s. 83


n,
aun ana
Fir i k
a dan
Jelaskan organisasi sosial masyarakat zaman
e gaw ama
tamadun awal. , p g
zir n a
Wa longa an
go ngsaw
ba
• Kelas sosial dalam tamadun Mesir Purba gan
lon in/
berasaskan jenis pekerjaan, kekayaan Go nyal

al
pe nulis
dan pengaruh pe
n
• Golongan tertinggi ialah pemerintah, an ahira n
tis

iju
firaun, golongan agama dan golongan Ar rkem yawa
be n kar
bangsawan (PT3 A S21)
da
• Kelas kedua terdiri daripada golongan i
Bab 04

tan
Pe n

D
saudagar dan artisan, diikuti golongan
da ruh
petani dan pekerja yang tidak bu tu
an
berkemahiran emb h
P a
• Golongan hamba terdiri daripada dua
h rumn
a
d mba
kumpulan, iaitu hamba perang dan
ha
le
hamba yang dijual
Susunan struktur sosial pada zaman Mesir Purba
Bo

Tulisan dan Penyimpanan Rekod Huraikan tulisan dan penyimpanan rekod yang dipraktikkan oleh
Buku Teks: m.s. 84 manusia zaman tamadun awal.
k

• Menggunakan abstrak simbol untuk mewakili pelbagai bentuk idea


• Membolehkan manusia menyimpan rekod dan perkara yang penting tentang masyarakat dan diri
da

• Tulisan pertama yang dicipta menggunakan sistem piktograf atau simbol gambar

Agama dan Kepercayaan Bincangkan agama dan kepercayaan masyarakat zaman tamadun awal.
Ti

Buku Teks: m.s. 84

• Percaya kepada banyak tuhan seperti tuhan bulan, tuhan matahari, tuhan ibu
Info Lanjut
dan tuhan sungai
Masyarakat Mesir Purba percaya
• Institusi agama mengurus upacara korban binatang dan mempersembahkan
akan kehidupan selepas mati.
makanan kepada kuasa roh Untuk itu, mayat akan dimumiakan
• Membina tempat ibadat yang besar untuk menghormati tuhan (PT3 A S22) oleh pengamal perubatan di Mesir
• Penduduk Mesir percaya kepada kehidupan selepas mati sebelum dikebumikan.

Kesenian dan Kesusasteraan Buku Teks: m.s. 85

• Gaya dan tekniknya menggambarkan setiap budaya dan tamadun masing-masing


• Artis menghasilkan ciptaan berupa patung dan lukisan berupa tuhan dan dewa, pahlawan serta pemerintah
• Patung-patung dibuat menggunakan tembaga

50

Sejarah Tg1 - Bab 04.indd 50 5/1/2021 4:45:33 PM


PRAKTIS DSKP (PENTAKSIRAN BILIK DARJAH)

4.1 Maksud Tamadun

SP 4.1.1 Menyatakan maksud tamadun mengikut bahasa Yunani, bahasa Inggeris dan bahasa Arab
KPS Membuat imaginasi tentang kewujudan dan rupa bentuk fizikal dan pemikiran tamadun awal

A Lengkapkan ruangan kosong berikut dengan maklumat berkaitan maksud tamadun. Buku Teks: m.s. 76 – 77 TP1

1 Bahasa Yunani
industri civitas kota

Tamadun berasal daripada perkataan civitas


yang bermaksud bandar atau kota . Tahap kemajuan
dalam kehidupan masyarakat dicapai dalam bidang kebudayaan, sains, industri dan sistem kerajaan.

2 Bahasa Inggeris
kebolehan moral civilisation organisasi

al
Dalam bahasa Inggeris, tamadun disebut civilisation , iaitu tahap pembangunan manusia dan

iju
organisasi yang dianggap paling maju. Tahap pembangunan tersebut merangkumi pengetahuan,
kepercayaan, seni, moral , undang-undang, adat dan kebolehan .

Bab 04
D
3 Bahasa Arab
kawasan bercucuk tanam pembukaan bandar tahap kemajuan mudun
h
Tamadun berasal daripada perkataan mudun , madain dan madana yang bermaksud tinggi budi bahasa
le
dan pembukaan bandar . Istilah lain ialah hadharah dan hadari. Hadharah bermaksud kawasan, daerah,
kawasan bercucuk tanam
Bo

bandar, kota, kampung dan . Hadari bererti tanah atau rumah yang didiami
oleh masyarakat, tahap kemajuan dan memperoleh kekayaan.

4 Bahasa Melayu
k

perkembangan pemikiran sistem ekonomi pencapaian kemajuan


da

Tamadun bermaksud pencapaian kemajuan masyarakat dari segi kebendaan


serta perkembangan pemikiran yang meliputi bidang sosial, budaya, politik dan lain-lain yang
Ti

tinggi. Kemajuan kebendaan merujuk kepada pencapaian dalam penciptaan seni bina, sistem ekonomi
dan hasil cipta.

B Andaikan anda seorang pemimpin, apakah usaha anda untuk meningkatkan tamadun Malaysia di persada dunia?
KBAT Mencipta TP6

kemudahan asas taraf hidup pembangunan lahiriah peluang pekerjaan

(F) Sebagai pemimpin, saya akan menekankan aspek pembangunan lahiriah dan rohaniah kepada
masyarakat. (H) Dari segi pembangunan lahiriah, saya akan menyediakan pelbagai kemudahan asas

kepada rakyat. (C) Contohnya, menyediakan peluang pekerjaan , prasarana dan pembangunan ekonomi.
(I) Dengan ini, saya dapat meningkatkan taraf hidup dan memenuhi keperluan rakyat.

TP 1 Mengetahui Tamadun Awal Dunia   14


TP 6 Melahirkan idea yang rasional Tamadun Awal Dunia   4

51

Sejarah Tg1 - Bab 04.indd 51 5/1/2021 4:45:34 PM


4.2 Konsep Tamadun

SP 4.1.2 Menerangkan konsep tamadun mengikut Barat dan Islam


KPS Membuat tafsiran perkembangan tamadun dan kepentingannya kepada manusia

C Lengkapkan peta pokok berikut dengan maklumat berkaitan konsep tamadun mengikut pandangan Islam dan Barat.
Buku Teks: m.s. 78 – 79 TP2

Nabi Muhammad SAW undang-undang lahiriah dan rohaniah lahiriah

Konsep Tamadun

1 Sudut Pandangan Islam 2 Sudut Pandangan Barat

Merangkumi pembangunan (a) lahiriah dan


Pembangunan (a) lahiriah terutamanya
rohaniah yang berasaskan nilai dalam dalam bidang kebudayaan seperti kesenian, penulisan,
pendidikan seperti yang disarankan oleh al-Quran, undang-undang
(b) dan perbandaran.
hadis serta ajaran (b) Nabi Muhammad SAW

al
.

iju
D Lengkapkan ruangan kosong berikut dengan maklumat berkaitan konsep tamadun mengikut pandangan tokoh.
Buku Teks: m.s. 78 – 79 TP3
Bab 04

D
seluruh masyarakat umran kebendaan kesenian
akidah kehalusan tatasusila
h sistem masyarakat Muqqadimah

umran
le
Konsep tamadun, iaitu (a) ‘ ’ dan ‘hadharah’ diperkenalkan di dalam
buku (b) Muqqadimah . ‘Hadharah’ mengandungi prinsip-prinsip nilai
Bo

meliputi aspek (c) akidah , syarak, akhlak, falsafah, kebudayaan dan


peradaban. ‘Madaniyyah’ menjurus kepada aspek (d) kebendaan dalam

1 Ibn Khaldun kehidupan dan lebih bersifat umum.


k
da

Tamadun ialah keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai


taraf (a) kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi
Ti

(b) seluruh masyarakat .


2 Syed Muhammad
Naquib Al-Attas

Suatu (a) sistem masyarakat yang memperkasakan sistem politik,


ekonomi, sosial serta (b) kesenian dan kebudayaan.

3 Arnold J. Toynbee

TP 2 Memahami Tamadun Awal Dunia   4


TP 3 Menerangkan dengan contoh tentang Tamadun Awal Dunia   8

52

Sejarah Tg1 - Bab 04.indd 52 5/1/2021 4:45:35 PM


4.3 Ciri-ciri Tamadun Awal Dunia

SP 4.1.3 Menjelaskan ciri-ciri tamadun awal dunia


SP K4.1.8 Menjelaskan keperluan menghargai sumbangan tamadun awal dunia dalam kehidupan manusia
SP K4.1.9 Membincangkan kepentingan sumbangan tamadun awal sebagai pencetus inovasi
Meneroka bukti dengan mengenal pasti dan membuat kajian terhadap bukti-bukti tinggalan tamadun awal dunia
KPS Membuat imaginasi tentang kewujudan dan rupa bentuk fizikal dan pemikiran tamadun awal
Membuat rasionalisasi terhadap kewujudan dan rupa bentuk tamadun awal mengikut kawasan

E Lengkapkan peta dakap berikut dengan maklumat berkaitan ciri-ciri tamadun awal dunia. Buku Teks: m.s. 81 – 83 TP4

jarak jauh pembinaan kota pertanian Mohenjo-Daro institusi sosial


bajak pembinaan teres bangsawan Undang-undang perdagangan
tempatan Tamadun Mesopotamia raja Penciptaan roda pendeta

1 Pertanian dan Perdagangan
(a) Kepelbagaian peralatan, pembinaan saliran, penciptaan kincir angin dan pembinaan
teres di tanah tinggi telah menggalakkan kegiatan pertanian.

al
(b) Pertanian telah mewujudkan kegiatan perdagangan .
tempatan

iju
(c) Perdagangan melibatkan masyarakat yang tinggal di kota manakala
perdagangan jarak jauh melibatkan kawasan tamadun yang berbeza.

Bab 04
D
2 Sistem Pemerintahan
(a) Pemerintahan negara-kota peringkat awal diketuai oleh pendeta .
(b) Pemerintahan kemudiannya diambil alih oleh raja .
h bangsawan
(c) Pegawai daripada golongan dan pendeta membantu raja
le
mentadbir negara-kota.
(d) Undang-undang dibentuk bagi melicinkan pentadbiran negara.
Bo

Ciri-ciri 3 Pembentukan Bandar


Tamadun (a) Perkembangan pertanian menyebabkan manusia membina petempatan kekal
Awal
yang kemudiannya berkembang menjadi bandar.
k

Dunia
(b) Bandar menjadi pusat kegiatan politik, ekonomi dan kebudayaan serta berkembang
da

menjadi institusi sosial dan ekonomi yang tersusun.


(c) Ciri-ciri bandar ialah pelan susun atur bangunan yang tersusun, kemudahan prasarana
Ti

yang teratur dan sistematik, pembinaan perparitan dan pembentungan serta


pembinaan kota untuk berlindung daripada serangan orang luar dan menjadi
sempadan.

4 Teknologi
(a) Monumen dicipta untuk memberikan keselesaan misalnya dengan pembinaan Taman
Tergantung Babylon oleh Tamadun Mesopotamia serta Tamadun Indus
yang terkenal dengan negara-kota Mohenjo-Daro .
(b) Penggunaan teknologi dalam pembuatan logam tembaga, gangsa dan besi menghasilkan
peralatan seperti bajak untuk pertanian.
(c) Penciptaan roda telah membantu penggunaan kereta kuda dan kereta lembu
untuk mengangkut hasil pertanian dan perhubungan penduduk.

TP 4 Menganalisis maklumat yang berkaitan dengan Tamadun Awal Dunia   15

53

Sejarah Tg1 - Bab 04.indd 53 5/1/2021 4:45:35 PM


F Gariskan jawapan yang BETUL berkaitan ciri-ciri tamadun awal dunia. Buku Teks: m.s. 82 – 85 TP4

1 Pengkhususan Pekerjaan

(a) Peningkatan jumlah penduduk mewujudkan pengkhususan [ pekerjaan : petempatan ].


(b) Wujud peluang pekerjaan baharu seperti pengutip cukai, tentera, [ penternak : petani ] pekerja pentadbiran
dan jurutera yang mengawal sistem pengairan sungai.
(c) Kumpulan [ artisan : pendeta ] melakukan kerja mengukir, menempa besi dan tembikar.
(d) Pedagang dan [ bangsawan : saudagar ] saling bertukar barangan yang dihasilkan oleh golongan artisan.

2 Organisasi Sosial

(a) Kemunculan institusi dan golongan pekerja telah mewujudkan kelas sosial berasaskan pekerjaan,
[ kekayaan : pelajaran ] dan pengaruh dalam Tamadun Mesir Purba.
(b) Kelas pertama diduduki oleh pemerintah, firaun, golongan agama dan [ tentera : bangsawan ].

al
(c) Kelas kedua terdiri daripada saudagar dan [ artisan : pegawai kerajaan ].
(d) Golongan bawahan ialah [ petani : pedagang ] dan pekerja yang tidak berkemahiran.

iju
(e) Golongan hamba [ istana : perang ] dan hamba yang dijual berada pada kedudukan paling bawah dalam
Bab 04

kelas sosial.

D
3 Tulisan dan Penyimpanan Rekod h
(a) Ciptaan pelbagai abstrak simbol dalam sistem tulisan mewakili pelbagai bentuk [ idea : gambar ].
le
(b) Tulisan memudahkan manusia [ menyemak maklumat : menyimpan rekod ] dan perkara-perkara penting
mengenai masyarakat dan diri.
Bo

(c) Tulisan pertama yang dicipta menggunakan sistem piktograf atau simbol [ gambar : garisan ].

4 Agama dan kepercayaan


k

(a) Masyarakat tamadun awal mempercayai banyak tuhan seperti tuhan bulan, tuhan matahari, [ tuhan petir :
da

tuhan ibu ] dan tuhan sungai.


(b) Institusi agama menguruskan upacara keagamaan seperti korban binatang atau mempersembahkan
Ti

[ makanan : hamba ] kepada kuasa roh.


(c) Tempat ibadat yang besar dibina sebagai tanda [ menghormati : kekuasaan ] tuhan.
(d) Penduduk [ Mesopotamia : Mesir ] mempercayai kehidupan di alam lain selepas kematian.

5 Kesenian dan Kesusasteraan

(a) Gaya dan teknik yang digunakan oleh artis menggambarkan [ budaya : agama ] tamadun masing-masing.
(b) Artis menghasilkan ciptaan berupa patung serta [ lukisan : ukiran ] tuhan dan dewa, pahlawan serta
pemerintah.
(c) Patung-patung dicipta menggunakan [ lilin : tembaga ] setelah penggunaannya diperluas.

TP 4 Menganalisis maklumat yang berkaitan dengan Tamadun Awal Dunia   19

54

Sejarah Tg1 - Bab 04.indd 54 5/1/2021 4:45:35 PM


G Tandakan ( ✓) pada bukti tinggalan tamadun awal dunia yang BETUL dan ( ✗ ) pada yang SALAH. Buku Teks: m.s. 82 – 85
TP3

Bukti Tinggalan Tamadun Awal Dunia (3) / (7)

1 Kota-kota utama tamadun awal dibina sekitar tahun 4 000 SM seperti bandar Ur dan Uruk

yang dibina berhampiran Sungai Tigris dan Euphrates

2 Masyarakat Tamadun Indus mahir dalam penghasilan seni pembuatan patung tembaga ✗

3 Kemahiran dalam bidang teknologi membuatkan Tamadun Mesir Purba masyhur dengan

binaan piramid dan sfinks

4 Tamadun Mesopotamia menggunakan tulisan kuneiform ✓

H Jelaskan kepentingan sumbangan tamadun awal dunia kepada generasi seterusnya dengan memberikan contoh yang

al
sesuai. K4.1.9 TP5 KBAT Menilai Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik

iju
peluang pekerjaan penyimpanan data sistem pendidikan bandar pentadbiran Putrajaya

Sumbangan Tamadun Awal Dunia Inovasi yang Terhasil

Bab 04
D
Teknologi penciptaan roda telah Contoh:
membantu penggunaan kereta lembu Membantu perkembangan sistem pengangkutan dan
dan kuda sebagai alat mengangkut hasil memberikan idea untuk mencipta lebih banyak alat
pertanian dan perhubungan.
h pengangkutan di darat.
le
1 Pertambahan jumlah penduduk dan Pengkhususan pekerjaan telah berkembang sehingga
Bo

perkembangan bandar tamadun mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan kepada masyarakat.


awal dunia telah membawa kepada Pengkhususan dalam sesuatu bidang juga telah melahirkan
pengkhususan pekerjaan dalam banyak tenaga pakar dalam pelbagai bidang seterusnya
masyarakat. mengurangkan kadar pengangguran.
k
da

2 Penciptaan dan perkembangan sistem


Perkembangan sistem tulisan telah memberi banyak manfaat
tulisan telah membolehkan manusia
kepada masyarakat dunia terutamanya sebagai penyimpanan
Ti

menyimpan rekod dan peristiwa


data kerajaan, mencatatkan peristiwa bersejarah serta berkait
penting yang berlaku kepada diri dan
rapat dengan sistem pendidikan.
masyarakat.

Pembinaan bandar Tamadun Indus telah memberikan


3 Teknologi pembinaan negara-kota idea tentang pembinaan bandar terancang yang ada pada hari
Mohenjo-Daro telah mengangkat ini. Pembinaan bandar pentadbiran seperti Putrajaya adalah
nama Tamadun Indus. hasil perkembangan teknologi dan perbandaran masyarakat
tamadun awal.

TP 3 Menerangkan dengan contoh tentang Tamadun Awal Dunia   4


TP 5 Membuat penilaian Tamadun Awal Dunia   6

55

Sejarah Tg1 - Bab 04.indd 55 5/1/2021 4:45:35 PM


I Gambar berikut menunjukkan tinggalan struktur bandar Mohenjo-Daro. K4.1.8 TP6 KBAT Menganalisis
Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik

al
iju
Berdasarkan pengetahuan sejarah dan am anda, jawab soalan-soalan berikut.
1 Apakah kepentingan bandar kepada sesebuah tamadun atau negara?
F1 Pusat pentadbiran
Bab 04

D
F2 Pusat tumpuan penduduk
F3 Pusat kegiatan ekonomi h
F4 Pusat pendidikan
le
Bo

2 Apakah kesan pembinaan bandar terancang kepada sesebuah negara?


F1 Membentuk kehidupan masyarakat yang selesa
F2 Memajukan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara
k

F3 Memudahkan urusan harian dan melancarkan urusan pentadbiran


da

F4 Menjamin kesihatan dan kesejahteraan penduduk


F5 Melahirkan masyarakat yang bersifat kreatif dan inovatif
Ti

3 Pembinaan bandar di negara kita masa kini dilakukan secara terancang.


Jelaskan.
F1 Mempunyai kemudahan asas yang lengkap dan mudah diakses
F2 Mempunyai sistem kumbahan yang sistematik
F3 Menyediakan kemudahan perniagaan, pendidikan dan kawasan kediaman
F4 Mempunyai persekitaran yang bersih dan selamat
F5 Pemilihan lokasi yang strategik seperti akses keluar masuk dan kawasan yang tidak terlalu sibuk

TP 6 Melahirkan idea yang rasional Tamadun Awal Dunia   14

56

Sejarah Tg1 - Bab 04.indd 56 5/1/2021 4:45:35 PM


PRAKTIS PT3 | BAHAGIAN A
Jawab semua soalan.
4.1 Maksud Tamadun 7 Gambar berikut berkaitan dengan warisan seni bina
1 Apakah takrifan umum tentang maksud tamadun? sebuah tamadun. BT m.s. 77 TP2 ARAS : R
BT m.s. 76 OMG m.s. 47 TP1 ARAS : R
A Perkembangan sistem bahasa dan pertuturan
B Pencapaian dalam membina alatan perhubungan
C Pembinaan monumen yang canggih dan menjadi
kebanggaan
D Pencapaian tertinggi sesuatu masyarakat dalam
pelbagai bidang
Binaan tersebut menunjukkan ketinggian hasil seni
2 Apakah yang dimaksudkan dengan istilah hadari? bina masyarakat
BT m.s. 76 OMG m.s. 51 DSKP A, TP1 ARAS : R A Mesir C Babylon
I Rumah III Bandar B Indus D Mesopotamia
II Tanah IV Daerah
A I dan II C II dan III 4.2 Konsep Tamadun
B I dan IV D III dan IV 8 Antara berikut, yang manakah menjadi asas

al
pembentukan konsep tamadun dalam Islam?
3 Maklumat berikut berkaitan dengan maksud tamadun. BT m.s. 78 OMG m.s. 47 TP2 ARAS : R
BT m.s. 76 OMG m.s. 47 TP1 ARAS : R A Al-Din C Hadharah

iju
Bahasa Yunani “civitas” B Umran D Madaniyyah
Antara berikut, apakah maksud perkataan tersebut? 9 Tamadun menurut pandangan Islam merangkumi

Bab 04
D
I Kota III Luar bandar pembangunan lahiriah dan rohaniah yang berasaskan
II Bandar IV Petempatan nilai dalam pendidikan.
A I dan II C II dan III h Dari manakah sumber nilai tersebut dijadikan
B I dan IV D III dan IV panduan? BT m.s. 78 OMG m.s. 52 DSKP C, TP2 ARAS : R
4 Pernyataan berikut berkaitan dengan maksud tamadun. I al-Quran
le
II Sejarah Islam
Tahap pembangunan manusia dan III Sejarah Melayu
organisasi yang dianggap paling maju
Bo

IV Ajaran Nabi Muhammad SAW


Maksud tersebut berasal daripada perkataan A I dan II C II dan III
BT m.s. 76 OMG m.s. 51 DSKP A, TP1 ARAS : R B I dan IV D III dan IV
A civilisation C madain
B hadharah D mudun 10 Siapakah tokoh yang telah memperkenalkan konsep
k

tamadun berikut? BT m.s. 78 OMG m.s. 52 DSKP D, TP3


5 Senarai berikut berkaitan dengan perkataan Arab ARAS : R
da

tentang tamadun. • Umran


BT m.s. 76 OMG m.s. 47 TP1 ARAS : R • Hadharah

• Mudun • Madain • Madana


A Al-Kindi C Ibn Khaldun
Ti

B Ibn Battuta D Al-Khawarizmi


Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan tersebut?
I Kebudayaan III Tinggi budi bahasa 11 Gambar berikut menunjukkan seorang tokoh sarjana
II Sistem kerajaan IV Pembukaan bandar sejarah Mesir yang pernah berkhidmat di Universiti
A I dan II C II dan III Al-Azhar. BT m.s. 78 OMG m.s. 47 TP3 ARAS : R
B I dan IV D III dan IV

6 Antara berikut, yang manakah menjelaskan maksud


tamadun dalam bahasa Melayu?
BT m.s. 77 OMG m.s. 51 DSKP A, TP1 ARAS : R
A Perkembangan kehidupan masyarakat yang tidak
terhenti Ibn Khaldun
B Peningkatan taraf hidup masyarakat secara Apakah jawatan yang pernah disandang oleh beliau?
menyeluruh I Hakim III Pegawai tinggi
C Pencapaian tertinggi sesuatu masyarakat dalam II Mentor IV Ahli akademik
bidang ekonomi A I dan II C II dan III
D Pencapaian masyarakat dari segi kebendaan dan B I dan IV D III dan IV
perkembangan pemikiran

57

Sejarah Tg1 - Bab 04.indd 57 5/1/2021 4:45:37 PM


12 Istilah Madaniyyah telah diperkenalkan oleh Ibn 18 Maklumat berikut berkaitan dengan kota utama.
Khaldun. BT m.s. 78 OMG m.s. 47 TP3 ARAS : S Anyang
Apakah aspek yang dipentingkan oleh istilah tersebut?
A Keilmuan C Kebendaan Tamadun awal manakah yang mempunyai kaitan
dengan bandar tersebut?
B Kehidupan D Kerohanian
BT m.s. 82 OMG m.s. 49 TP4 ARAS : R
A Mesopotamia C Huang He
13 Pernyataan berikut berkaitan dengan konsep tamadun.
B Mesir Purba D Indus
Tamadun sebagai suatu sistem masyarakat
yang memperkasakan sistem politik, ekonomi, 19 Apakah tujuan pembinaan kota di bandar-bandar
sosial, kesenian dan kebudayaan. dalam tamadun awal?
BT m.s. 82 OMG m.s. 49 TP4 ARAS : T
Siapakah yang mengetengahkan konsep tersebut? A Melambangkan status
BT m.s. 79 OMG m.s. 52 DSKP D, TP3 ARAS : S
B Menghalang bencana alam
A Syed Muhammad Naquib Al-Attas C Menjadi kawasan sempadan
B Arnold J. Toynbee D Menyimpan alatan peperangan
C Khoo Kay Kim
D Ibn Khaldun 20 Apakah sumbangan golongan artisan dalam
masyarakat tamadun awal dunia?
14 Apakah aspek yang diberikan penekanan dalam konsep BT m.s. 82 OMG m.s. 54 DSKP F S1, TP4 ARAS : R

al
tamadun mengikut pandangan Arnold J.Toynbee? A Menjadi penghibur
BT m.s. 79 OMG m.s. 52 DSKP D, TP3 ARAS : S B Menjadi pengukir
C Menjadi pedagang

iju
I Kesenian
II Tatasusila D Menjadi penasihat
III Keagamaan
Bab 04

21 Senarai berikut berkaitan dengan sistem sosial dalam


IV Kebudayaan

D
Tamadun Mesir Purba. BT m.s. 83 OMG m.s. 50 TP4
A I dan II
ARAS : S
B I dan IV • Saudagar
C II dan III
D III dan IV
h • Artisan
Apakah persamaan golongan tersebut?
le
15 Rajah berikut menunjukkan pendapat tokoh X A Golongan kelas pertama
B Golongan kelas kedua
tentang konsep tamadun. BT m.s. 79
Bo

C Golongan kelas ketiga


Keadaan kehidupan insan bermasyarakat D Golongan kelas keempat
X
yang telah mencapai taraf kehalusan
tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi 22 Apakah faktor yang mempengaruhi tindakan
seluruh masyarakatnya. masyarakat tamadun awal membina tempat ibadat
k

yang besar? BT m.s. 84 OMG m.s. 50 TP4 ARAS : R


X merujuk kepada OMG m.s. 52 DSKP D, TP3 ARAS : S A Lambang penghormatan
da

A Ibn Battuta B Lambang kehidupan


B Ibn Khaldun C Lambang kekayaan
C Muhd Yusof Ibrahim D Lambang kesenian
Ti

D Syed Muhammad Naquib Al-Attas


23 Gambar berikut menunjukkan lakaran daripada Book
4.3 Ciri-ciri Tamadun Awal Dunia of the Dead. BT m.s. 84 TP4 ARAS : T
16 Tamadun luar yang pernah menjalinkan hubungan
perdagangan dengan masyarakat Sumer ialah
BT m.s. 81 OMG m.s. 49 TP4 ARAS : R
A Rom C Huang He
B Yunani D Mesir Purba

17 Siapakah golongan terawal yang menjalankan


pentadbiran di negara-kota?
BT m.s. 81 OMG m.s. 53 DSKP E S2, TP4 ARAS : S
A Bangsawan Lakaran tersebut dihasilkan semasa Tamadun
B Pendeta A Indus
B Huang He
C Artisan
C Mesir Purba
D Raja
D Mesopotamia

58

Sejarah Tg1 - Bab 04.indd 58 5/1/2021 4:45:38 PM


PRAKTIS PT3 | BAHAGIAN B

1 Tamadun merupakan proses meningkatkan kemajuan kehidupan manusia menjadi lebih baik. Bab 4.1 – 4.2
(a) Nyatakan maksud tamadun. Buku Teks: m.s. 76 – 77 OMG m.s. 51 DSKP A TP1 ARAS : R
(F1) Bahasa Melayu (H1a) Suatu peradaban yang merujuk pencapaian kemajuan masyarakat (H1b) Dari
segi kebendaan dan perkembangan pemikiran dalam bidang sosial, budaya, politik (F2) Bahasa
Inggeris (H2) Civilisation, iaitu tahap perkembangan manusia dan organisasi yang dianggap paling
maju (F3) Bahasa Yunani (H3a) Civitas bermaksud bandar atau kota (H3b) Tahap kemajuan dalam
kehidupan masyarakat dicapai dalam bidang kebudayaan, sains, industri dan sistem kerajaan (F4) Bahasa
Arab (H4) Mudun, madain, madana yang bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar
[3 markah]
(b) Nyatakan konsep tamadun mengikut sudut pandangan Islam. Buku Teks: m.s. 78 OMG m.s. 52 DSKP C TP2 ARAS : R

(F1) Pembangunan lahiriah (F2) Pembangunan rohaniah (F3) Berasaskan nilai dalam pendidikan seperti yang
disarankan oleh al-Quran dan hadis serta ajaran Nabi Muhammad SAW
[3 markah]

al
(c) Dalam sesebuah tamadun, perkembangan nilai-nilai murni juga amat penting. Jelaskan. KBAT Menilai
TP5 ARAS : T

iju
(F) Dalam sesebuah tamadun, perkembangan nilai-nilai murni amat penting bagi pembentukan sahsiah
sesebuah masyarakat. (H) Hal ini mencerminkan masyarakat yang bertamadun merupakan masyarakat yang

Bab 04
D
mengalami pembangunan lahiriah dan rohaniah. (C) Contohnya, nilai kejujuran amat penting bagi melahirkan
masyarakat yang amanah dan tidak mengamalkan rasuah. (I) Oleh itu, melalui nilai-nilai murni dapat
h
membentuk sebuah masyarakat yang aman dan sejahtera.
le
[4 markah]
2
Bo

Salah satu ciri tamadun awal ialah pembentukan bandar. Bab 4.3

(a) Apakah faktor-faktor pembentukan bandar dalam tamadun awal dunia? Buku Teks: m.s. 82 OMG m.s. 49 TP4
ARAS : R

(F1) Perkembangan bidang pertanian (F2) Kewujudan petempatan kekal (F3) Pertambahan penduduk
k
da

[3 markah]
(b) Jelaskan ciri-ciri bandar dalam tamadun awal dunia. Buku Teks: m.s. 82 OMG m.s. 49 TP4 ARAS : S

(F1) Pelan susun atur bangunan dan petempatan yang tersusun (F2) Kemudahan prasarana yang teratur dan
Ti

sistematik (F3) Pembinaan sistem perparitan dan pembetungan (F4) Pembinaan kota untuk berlindung dan
menjadi kawasan sempadan
[3 markah]
(c) Pada pendapat anda, apakah peranan bandar di kawasan anda? KBAT Menganalisis TP6 ARAS : T

(F1) Pada pendapat saya, peranan bandar di kawasan saya adalah sebagai pusat pentadbiran. (H1) Pusat
pentadbiran ini memudahkan segala urusan pentadbiran antara kerajaan dengan rakyat. (C1) Contohnya, di
bandar terdapat mahkamah, sekolah serta pejabat-pejabat kerajaan. (I) Melalui pusat pentadbiran, segala
urusan berkaitan dapat diuruskan dengan lancar. (F2) Selain itu, sesebuah bandar juga berperanan sebagai
pusat pekerjaan. (H2) Hal ini membolehkan sesebuah bandar menjadi tumpuan penduduk untuk mendapat
pekerjaan yang bersesuaian. (C2) Contohnya, penduduk berpindah dari kampung untuk bekerja di pejabat dan
juga pusat beli-belah. (I) Oleh itu, bandar menjadi tumpuan bagi meningkatkan taraf hidup.
[4 markah]

59

Sejarah Tg1 - Bab 04.indd 59 5/1/2021 4:45:38 PM


PRAKTIS PT3 | BAHAGIAN C

1 Tamadun awal dunia banyak mempengaruhi pemodenan masyarakat pada hari ini. Bab 4.3
(a) Kegiatan masyarakat tamadun awal dunia mulai berkembang apabila terdapat kegiatan pertanian.
Terangkan kegiatan perdagangan dalam tamadun awal dunia. Buku Teks: m.s. 81 OMG m.s. 49 TP4 ARAS : S

(F1) Perdagangan tempatan (H1a) Masyarakat di kota mendapatkan makanan dan barangan pertanian
(H1b) Menukarkan barangan kraf tangan dan perkhidmatan (H1c) Juga melibatkan kegiatan keagamaan
(F2) Perdagangan jarak jauh (H2a) Bertukar-tukar barangan dengan penduduk yang mempunyai bahan
mentah (C2) Logam, besi dan emas (H2b) Antara masyarakat Sumer dengan Mesir dan Mohenjo-Daro
[6 markah]
(b) Jelaskan tentang masyarakat tamadun awal dunia melalui ciri-ciri berikut: Buku Teks: m.s. 82 – 83
(i) Pengkhususan pekerjaan OMG m.s. 54 DSKP F TP4 ARAS : S
(F1) Banyak peluang pekerjaan baharu (C1) Pengutip cukai, jurutera yang mengawal sistem pengairan
sungai, tentera, petani yang bekerja di sawah, pekerja dalam bidang pentadbiran (F2) Kumpulan artisan
menumpukan masa dalam kerja mengukir, menempa besi dan tembikar (F3) Saudagar dan pedagang

al
bertukar-tukar barangan yang dihasilkan oleh golongan artisan

iju
(ii) Organisasi sosial OMG m.s. 54 DSKP F TP4 ARAS : S

(F4) Kelas sosial berasaskan pekerjaan, kekayaan dan pengaruh (F5) Golongan berkedudukan tinggi
Bab 04

D
(H5a) Firaun (H5b) Golongan agama dan golongan bangsawan (F6) Kelas kedua (H6a) Golongan saudagar
dan artisan, karyawan berkemahiran (H6b) Golongan petani dan pekerja yang tidak berkemahiran (buruh)
(F7) Kelas terendah (H7) Golongan hamba, iaitu hampa perang dan hamba yang dijual
h
le
[8 markah]
(c) Apakah kepentingan bidang pertanian kepada negara kita pada hari ini? KBAT Menganalisis TP6 ARAS : T
Bo

(F1) Antara kepentingan bidang pertanian kepada negara kita pada hari ini adalah sebagai sumber pendapatan
negara. (H1) Hal ini demikian kerana pertanian memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat.
(C1) Contohnya, penanaman teh secara besar-besaran di Cameron Highlands mendatangkan pendapatan
k

yang lumayan kepada negara. (I) Oleh yang demikian, pendapatan pengusaha teh turut meningkat. (F2)
da

Selain itu, bidang pertanian dapat menampung keperluan sumber makanan negara. (H2) Hal ini bermaksud,
Malaysia tidak lagi bergantung sepenuhnya pada makanan import bagi memenuhi keperluan rakyat.
(C2) Misalnya, permintaan terhadap beras dapat dipenuhi setelah Kedah muncul sebagai Jelapang Padi
Ti

Malaysia sekali gus mengurangkan pengimportan beras dari negara-negara jiran. (I) Oleh itu, bidang
pertanian dapat memajukan ekonomi negara kita.
[6 markah]

2 Kemahiran dalam bidang teknologi oleh masyarakat tamadun awal telah menghasilkan penciptaan barangan dan
monumen serta hasil pertukangan. Bab 4.3
(a) Terangkan hasil ciptaan dalam tamadun awal dunia yang memberikan sumbangan kepada masyarakat pada
masa ini. Buku Teks: m.s. 83 OMG m.s. 49 TP4 ARAS : S [6 markah]

(b) Mengapakah masyarakat tamadun awal dunia mampu menghasilkan ciptaan tersebut? KBAT Menilai
TP5 ARAS : T [8 markah]
(c) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menjaga dan memulihara seni bina berunsur sejarah di negara
kita? KBAT Mencipta TP6 ARAS : T [6 markah]

60

Sejarah Tg1 - Bab 04.indd 60 5/1/2021 4:45:38 PM

You might also like