Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

5

QUESTIONS
FRAMEWORK
PENGANGKUTAN MESRA ALAM

S1: Apakah masalah penting pelanggan yang boleh anda selesaikan?

Antara masalah penting yang dihadapi oleh pelanggan adalah masalah berkaitan
kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan serta alam sekitar. Pelanggan memerlukan
pengangkutan yang mesra alam untuk menjaga alam sekitar daripada pemanasan global.
Seterusnya, pelanggan memerlukan persediaan kerana berdepan dengan ancaman kehabisan
sumber asli minyak dunia. Antara usaha yang boleh kami lakukan adalah dengan
memperkenalkan perniagaan perkhidmatan penyediaan pengangkuutran mesra alam,EV
(Electric Vehicle) seperti kereta elektrik dan skuter elektrik. Antara perkara yang boleh
diberikan dalam perkhidmatan kami kepada pelanggan adalah perkhidmatan penyewaan
skuter elekrik. Pelanggan boleh berjimat tanpa menggunakan minyak petrol. Seterusnya,
segala maklumat berkaitan skuter elektrik seperti cara penggunaan, keselamatan dan
sebagainya akan diberikan dengan lebih terperinci. Akhir sekali, skuter elektrik ini sangat
berharga kerana ia dapat memastikan pengurangan pencemaran udara di negara kita.

S2: Bagaimana anda akan melakukannya?

Antara aktiviti utama perniagaan kami ialah perniagaan perkhidmatan penyewaan


skuter dan kereta elektrik. Kami akan sentiasa mencuba yang terbaik untuk menyampaikan
kebaikan secara meluas tentang kenderaan mesra alam ini. Kedua, kita akan menganjurkan
sebuah program perkongsian kenderaan elektrik yang mesra alam melalui perniagaan
penyediaan penyewaan kenderaan elektrik. Kami juga ingin membangunkan infrastruktur
pengecasan kenderaan elektrik yang mudah diakses di bandar-bandar. Kemahiran pemasaran
juga penting untuk memberitahu tentang kebaikan kenderaan elektrik dan kesedaran alam
sekitar lebih meluas, pantas dan mudah. Hal ini demikian, kami akan cuba menyebarkan iklan
perniagaan kami secara lebih meluas melalui pelbagai cara iaitu atas talian dan juga secara
fizikal.
S3: Berapa ramai pelanggan yang sanggup membeli daripada anda?

Antara sasaran yang diletakkan dalam perniagaan perkhidmatan penyewaan


kenderaan elektrik kami ialah, kami mensasarkan pelanggan yang mempunyai kesedaran
yang tingi terhadap alam sekitar. Seterusnya meletakkan harga penyewaan yang berpatutan
kerana kami ingin mewujudkan dan memastikan pelanggan daripada pelbagai golongan
dapat menggunakannya. Harga yang kami letakkan adalah harga yang berpatutan dengan apa
yang disediakan dan sudah tentu harga yang mampu memberi lebih penjimatan kerana kami
ingin membuktikan penjimatan kos dalam kehidupan seharian dengan adanya produk mesra
alam ini. Akhir sekali sudah tentu kami sangat bertanggungjawab kepada pelanggan kami
kerana mereka akan menggunakan produk kami atas dasar ingin memulakan langkah
praktikal tentang kesedaran alam sekitar.

Antara cara pasaran kami ialah sudah tentu kami perlu memastikan orang ramai
tertarik dengan perkhidmatan kami yang bertemakan kempen kesedaran alam sekitar.
Contohnya kami akan mengadakan aktiviti bergotong-royong yang akan mengeratkan
hubungan silaturrahim dan akan memperkenalkan produk kami ketika majlis berlangsung
untuk memberitahu kepada hadirin majlis bahawa kami cakna dengan isu alam sekitar.
Rancangan kami untuk mendapatkan pelanggan pertama kami adalah, kami perlu membuat
penerangan yang paling jelas dan terperinci serta perlu mendapatkan kepercayaan pelanggan
kami tentang kebaikan-kebaikan yang ada pada kenderaan elektrik ini. Seterusnya, kami
mensasarkan 100 orang pengguna perkhidmatan kami dari Kawasan Bangi, Selangor. Setelah
mencapai sasaran, kami akan cuba untuk melihat kebaikan dan kelemahan yang ada pada
sistem yang telah kami sediakan. Seterusnya kami akan perlahan-lahan untuk terus
mensasarkan kepada jumlah pengguna yang lebih besar. Akhir sekali, kami akan mengadakan
kerjasama dengan mana-mana pihak demi mengembangkan perkhidmatan kami sehingga ke
peringkat dunia.
S4: Mengapa HANYA ANDA boleh memberikan penyelesaiannya?

Antara sebab-sebab pelanggan perlu menyokong perniaagaan kami ialah kerana kami
sahaja yang bertanggungjawab memastikan pelaksanaan secara praktikal seperti penggunaan
kenderaan mesra alam ini. Pasukan kami sedia upaya untuk melaksanakan perkhidmatan ini
dalam usaha untuk memperkenalkan kenderaan mesra alam dengan lebih meluas kerana kami
tahu dan kami ingin pelanggan kami merasakan sendiri kebaikannya. Seterusnya kami akan
membuka tawaran berkerjasama dengan syarikat kereta elektrik yang lain untuk berkongsi
maklumat berkaitan kenderaan elektrik serta terus mempromosikan penggunaannya dalam
masa yang sama dapat menambahkan keyakinan kepada bakal-bakal pelanggan kami.

S5: Bagaimana anda boleh bertahan terhadap orang lain?

Antara cara yang kami lakukan untuk bersaing dengan pesaing-pesaing lain ialah
sudah tentu kami perlu memikirkan cara terbaik seperti melaksanakan jualan secara fizikal
yang paling menarik. Seterusnya, melalui atas talian dan media sosial pula, sudah tentu kami
perlu mensasarkan kandungan dan cara pengiklanan dalam keadaan terbaik dan menarik.
Caranya ialah kami perlulah berkolaborasi dengan pelbagai pihak termasuk agensi-agensi
kerajaan contohnya bersama menganjurkan program kesedaran alam sekitar. Cara kedua ialah
kami akan berkolaborasi sendiri dengan syarikat-syarikat yang paling hebat dari pelbagai
kategori contohnya syarikat MAMEE iaitu syarikat tempatan makanan ringan berbungkus.
Hal ini demikian contohnya, kita akan berikan maggi berjenama MAMEE percuma kepada
pengguna setia aplikasi kita atau pelanggan sewa kenderaan elektrik kita atau sebaliknya.

Antara cara yang boleh dilakukan untuk mempertahankan produk dan syarikat melalui
ancaman dan kritikan adalah dengan mengadakan kerjasama bersama syarikat kenderaan
elektrik yang lain seperti yang dinyatakan sebelum ini untuk berkongsi maklumat dan
menambah keyakinan kepada pelanggan dan pengguna serta kita akan berusaha untuk
mendapatkan sokongan daripada kerajaan.
BELI-BELAH SECARA REALITI MAYA

S1: Apakah masalah penting pelanggan yang boleh anda selesaikan?

Pelanggan di pasaran kini menghadapi beberapa masalah besar yang boleh diselesaikan
melalui perkhidmatan membeli-belah realiti maya. Pertama, selalunya sukar bagi pelanggan
untuk menjadualkan masa untuk pergi ke pusat membeli-belah fizikal, terutamanya mereka
yang mempunyai jadual kerja yang padat atau tanggungjawab keluarga. Kedua, sesetengah
pelanggan mendapati sukar untuk benar-benar menilai dan membandingkan produk sebelum
membuat keputusan pembelian. Perkhidmatan ini boleh menyediakan platform di mana
pelanggan boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang mudah dan komprehensif,
mengatasi isu pengurusan masa dan menyediakan akses maya kepada pelbagai produk.

S2: Bagaimana anda akan melakukannya?

Untuk mengatasi masalah ini, kami akan menyediakan platform beli-belah realiti maya yang
membolehkan pengguna meneroka dan memilih produk dari keselesaan rumah mereka. Kami
akan menggunakan teknologi realiti maya untuk mencipta pengalaman membeli-belah yang
lebih realistik. Selain itu, sistem kami akan membolehkan pelanggan membandingkan harga,
membaca ulasan dan berinteraksi secara maya dengan produk sebelum membuat keputusan
pembelian.

S3: Berapa ramai pelanggan yang sanggup membeli daripada anda?

Penyelidikan pasaran menunjukkan permintaan tinggi untuk pengalaman membeli-belah


secara maya. Dengan perkembangan pesat teknologi realiti maya dan permintaan untuk
kemudahan di kalangan pembeli, kami percaya bahawa sejumlah besar pelanggan yang aktif
dalam pasaran beli-belah akan bersedia untuk beralih ke platform kami.
S4: Mengapa HANYA ANDA boleh memberikan penyelesaiannya?

Kelebihan unik kami terletak pada gabungan teknologi yang canggih, kami telah
mengumpulkan pasukan pakar yang berpengalaman dalam pembangunan platform VR dan
telah mewujudkan perkongsian strategik dengan vendor terkemuka. Ini membolehkan kami
menyampaikan pengalaman membeli-belah maya yang memenuhi dan melebihi jangkaan
pelanggan.

S5: Bagaimana anda boleh bertahan terhadap orang lain?

Untuk memastikan perkhidmatan kami bertahan dalam persaingan dengan syarikat lain, kami
akan terus berinovasi dan mengemas kini teknologi kami untuk memastikan pengalaman
membeli-belah menjadi lebih menarik. Selain itu, strategi pemasaran kami akan menekankan
keunikan platform kami, memfokuskan pada kualiti, kelajuan penghantaran dan sokongan
pelanggan yang luar biasa. Dengan keupayaan kami untuk menyesuaikan diri dengan
perubahan pasaran dan memahami keperluan pelanggan, kami yakin perkhidmatan beli-belah
secara maya kami akan terus menjadi pilihan pertama pembeli dalam pasaran ini.

You might also like