Novel

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Novel : Latihan 2

1 Masyarakat dalam sesebuah novel memaparkan pelbagai amalan positif yang wajar
diteladani.
Buktikan penyataan di atas berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji.

2 Jelaskan tiga peristiwa yang dapat dikaitkan dengan nilai bertanggungjawab dalam sebuah
novel yang anda pelajari.

3 Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan tema yang terdapat dalam novel tersebut.

1. Novel yang saya kaji ialah Meniti Impian karya Osman Ayup. Pelbagai amalan positif yang
wajar diteladani melalui novel ini.
Amalan positif masyarakat ialah Masyarakat yang mempunyai keazaman yang tinggi.
Buktinya, Zahar merupakan seorang pelajar yang mempunyai keazaman dan cita-cita yang
tinggi untuk berjaya.
Amalan positif masyarakat kedua ialah masyarakat yang mengamalkan ajaran agama.
Contohnya, semua pelatih IKM diingatkan agar berkumpul di surau sebelum maghrib untuk
solat maghrib bersama-sama.
Amalan positif masyarakat ketiga ialah masyarakat yang hidup berjimat cermat. Sebagai
contoh, Zahar membelanjakan wang imbuhan sebanyak RM200.00 yang diperolehnya dengan
jimat.

 Penulis Novel
 Skop Soalan
 Fakta dan perlu diikuti dengan Huraian
 Contoh atau bukti [Kata Nama Khas]

2.
Novel yang saya kaji ialah Meniti Impian karya Osman Ayup. Nilai bertanggungjawab
dalam novel ini jelas terpapar pelbagai peristiwa.
Nilai Bertanggungjawab dapat dilihat melalui watak bapa saudara kepada saudaranya.
Buktinya, bapa saudara Zahar, Pak Yusof menghantar Zahar mendaftar ke IKM. Peristiwa ini
jelas menggambarkan nilai bertanggungjawab melalui watak bapa saudaranya.
Nilai Bertanggungjawab dapat dilihat melalui kebertanggungjawaban seorang ibu tunggal.
Buktinya, Mak Kiah bekerja keras untuk menyara kehidupannya dan anak-anak setelah
kematian suaminya.
Nilai bertanggungjawab dapat dilihat melalui kebertanggungjawaban melaksanakan tugas
dalam penyampaian produk kepada pelanggannya. Buktinya, Zahar dan Pak Yusof
menyiapkan kerusi dan meja yang ditempah oleh pelanggan mereka.
3.
Novel yang saya kaji ialah Meniti Impian karya Osman Ayop. Novel ini memaparkan
pelbagai peristiwa untuk menggambarkan tema novelnya yakni, semangat dan kesungguhan
seseorang pelatih IKM dalam usaha untuk mencapai kejayaannya menjadi tukang perabot
yang berjaya kepada pembaca.
Buktinya, Walaupun Zahar tidak dapat meneruskan persekolahan di peringkat yang lebih
tinggi akibat keputusan dan latar belakang keluarga. Namun demikian, dia tidak berputus asa
sehingga berjaya mendapat sijil MLVK di IKM. Peristiwa ini menggambarkan tema novel
tersebut dengan lebih teliti.
Peristiwa kedua ialah Zahar tidak berputus asa dalam pelajaran dan belajar dengan tekun
di IKM walaupun dipandang rendah dan hina oleh Suhaili yang berkelulusan ITM. Peristiwa
ini jelas menggambarkan unsur kegigihan kepada pembaca.
Peristiwa ketiga ialah walaupun Zahar menghadapi pelbagai cabaran dalam hidupnya tetapi
akhirnya Zahar berjaya membawa kelulusan yang cemerlang dan pulang ke kampung dengan
membina bengkel perabotnya sendiri dengan nama Bengkel Meniti Impian.

You might also like