Ulasan Buku (Muhammad Zulfaqar)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

KAEDAH PENYELIDIKAN

GRS60304

SEMESTER 1 2023/2024

ULASAN BUKU

TAJUK BUKU:
METODOLOGI KUANTITATIF DAN KUALITATIF DALAM SAINS
SOSIAL

NAMA: MUHAMMAD ZULFAQAR BIN DERIN


NO.MATRIK: M20231000969
PENSYARAH:
1.0 Ulasan Menyeluruh

Bahagian ini akan menjelaskan berkenaan dengan maklumat-maklumat yang berkaitan

dengan buku yang diulas seperti tajuk, penulis, tahun dan lain-lain. Selain itu, bab ini akan

menjelaskan berkenaan dengan ringkasan buku secara keseluruhannya.

1.1 Maklumat Buku

Metodologi Kuantitatif dan Kualitatif dalam Sains Sosial merupakan sebuah buku yang

membincangkan beberapa metodologi terkini dalam penyelidikan kuantitatif dan kualitatif

khususnya dalam bidang sains sosial. Buku ini diterbitkan dan dicetak pada tahun 2022 oleh

Penerbit Universiti Malaya. Buku ini ditulis oleh ahli akademik dan terdapat beberapa bab

yang disumbangkan oleh pelajar pascasiswazah bagi berkongsi metodologi terbaharu yang

boleh digunakan dalam penyelidikan kuantitatif dan kualitatif dalam bidang sains sosial.

Namun, terdapat tiga editor utama dalam penghasilan buku ini iaitu Mohd Awang Idris,

Mashitah Hamidi dan Norhakimah Khaiessa Ahmad. Selain itu, terdapat penulis lain yang

turut menyumbang penghasilan buku ini iaitu Yulita, Anis Aniza Awi, Puteri Fadzline

Muhamad Tamyez. Idasuzana Idris, Nurfazreen Aina Muhamad Nasharudin, Ika Zenita

Ratnaningsih, Noor Amalina Mat Yusof, Siti Khairunnisa Mohd Bakri, Siti Nadya Zynuddin,

Norulhuda Tajuddin, Rasidah Arshad, Mohd Syafiq Aiman Mat Noor, Satirah Haji Ahmad

dan Siti Nur Edlyn Nadia Zuraiju. Buku ini dihasilkan bagi memberikan pendedahan kepada

pembaca khususnya pelajar pascasiswazah untuk memahami metodologi yang boleh

digunakan untuk melaksanakan penyelidikan. Buku ini dihasilkan menggunakan bahasa yang

mudah untuk difahami oleh pembaca dan akan memberikan manfaat kepada penyelidik bagi

menghasilkan kajian yang lebih berkesan.


1.2 Ringkasan Buku

Buku ini mengandungi 10 bab yang membincangkan metodologi kajian yang digunakan

dalam pendekatan kuantitatif dan kualitatif khususnya dalam bidang sains sosial. Ringkasan

ini akan dibahagikan mengikut kepada setiap bab yang terdapat di dalam buku. Berikut

merupakan senarai bab dalam buku Metadologi Kajian Kuantitatif dan Kualitatif dalam

Sains Sosial.

BAB TAJUK

Bab 1 Pendekatan Experience Sampling Method (ESM) dan Kajian Diari


Bab 2 Etnografi dalam Penyelidikan
Bab 3 Kajian Metafora Bergambar Sebagai Alat Kajian
Bab 4 Kumpulan Fokus
Bab 5 Kajian Longitudinal
Bab 6 Kajian Crossover
Bab 7 Analisis Data Dyadic untuk Meneliti Kesan Crossover
Bab 8 Pendekatan Penyelidikan Pelbagai Tahap: Aplikasi Terhadap
Kajian Tingkah Laku Menyembunyikan Pengetahuan
Bab 9 Kajian Tindakan dalam Pendidikan
Bab 10 Kajian Kes

Nota: Data daripada buku Metodologi Kuantitatif dan Kualitatif dalam Sains Sosial (2022)

Bab satu menerangkan berkenaan dengan metodologi pendekatan Experience

Sampling Method (ESM) dan kajian diari yang ditulis oleh Mohd Awang Idris dan Yulita.

Kaedah ESM ini digunakan bagi mengesan perubahan yang berlaku dalam jeda masa yang

singkat. Kaedah ESM juga dikenali sebagai kajian diari atau ecological momentary

assessment. Dalam konteks ESM ini memfokuskan kepada apa yang dilaporkan atau
ditafsirkan oleh responden kajian itu sendiri pada waktu data tersebut dikutip. Kaedah ESM

boleh dikendalikan sama ada menggunakan pendekatan kuantitatif mahupun kualitatif. Bab

ini juga menerangkan berkenaan dengan jenis-jenis persampelan yang terdapat dalam kaedah

ESM iaitu interval-contingent sampling, event-contingent sampling dan signal-contingent

sampling. Dari aspek pemilihan responden bagi kaedah ESM ini sangat bergantung kepada

komitmen yang dapat diberikan oleh responden untuk menjawab soalan beberapa kali dalam

sehari secara berturutan beberapa hari. Bagi aspek analisis data pula akan dikelompokkan

kepada dua sifat utama iaitu antara individu (between-person) dan dalam individu (within-

person). Pada penghujung bab ada menyatakan kritikan terhadap kaedah ESM ini yang akan

menjejaskan aktiviti responden dan penyelidik tidak mampu merasai “realiti” yang dialami

oleh responden.

Bab dua menerangkan berkenaan dengan etnografi dalam penyelidikan yang ditulis

oleh Mashitah Hamidi. Metodologi etnografi merupakan kajian yang melibatkan kumpulan

untuk mempelajari kehidupan seharian dan cenderung untuk mengkaji berkenaan dengan

kebudayaan. Metodologi ini digunakan di dalam pendekatan kualitatif. Etnografi merupakan

satu bentuk kajian yang menerangkan, menganalisis, dan menginterpretasi bentuk “culture-

sharing” sesuatu kumpulan. Dalam bab ini ada menerangkan berkenaan dengan kepentingan

etnografi iaitu membantu dalam membangunkan pemahaman yang jelas berkenaan dengan

banyak soalan yang membawa kepada tingkah laku dan interaksi manusia. Terdapat tiga

kaedah pengumpulan data dalam metodologi etnografi iaitu pemerhatian, pemerhatian turut

serta dan temu bual. Bab ini juga ada menyatakan kelebihan dan kelemahan metodologi

etnografi kepada penyelidik. Secara keseluruhannya, etnografi memberikan nilai tambah

kepada data yang dikumpulkan serta menghasilkan kefahaman berkenaan sesuatu kelompok

dengan lebih komprehensif.


Bab tiga menerangkan berkenaan dengan kajian metafora bergambar sebagai alat

kajian yang ditulis oleh Norhakimah Khaeissa Ahmad. Bab ini memperkenalkan kaedah

pengumpulan data bagi pendekatan kualitatif selain daripada tiga yang utama iaitu metafora

bergambar. Bab ini hanya memfokuskan kepada penggunaan kaedah pengumpulan data

metafora bergambar sebagai alat kajian dalam pendidikan. Bab ini ada menerangkan

berkenaan dengan kelebihan dan isu yang dikenal pasti semasa pelaksanaan metafora

bergambar dalam kajian bidang pendidikan. Antara kelebihan yang dikenal pasti ialah

metafora bergambar menyerupai peranan guru yang telah difikirkan sendiri oleh peserta

kajian. Selain itu, Tema yang dijelmakan hasil daripada triangulasi data temu bual,

pemerhatian, dan metafora bergambar mengesahkan terdapat pertindihan yang berlaku. Isu

yang dikenal pasti semasa pelaksanaan kaedah pengumpulan data ini ialah perlu disediakan

satu contoh metafora bergambar kepada peserta kajian. Selain itu, perlu sentiasa berwaspada

dan selaraskan pengumpulan data refleksi. Kesimpulannya, penggunaan kaedah pengumpulan

data metafora bergambar ini boleh menjadi alternatif lain dalam mengumpulkan data bagi

kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif.

Bab empat menerangkan berkenaan dengan kaedah pengumpulan data bagi kajian

yang menggunakan pendekatan kualitatif yang ditulis oleh Anis Aniza Awi dan Puteri

Fadzline Muhamad Tamyez. Penulis menerangkan secara spesifik berkenaan dengan kaedah

pengumpulan data kumpulan fokus. Bab ini diawali dengan penerangan berkenaan dengan

konsep kumpulan fokus dan menyatakan dua jenis perspektif dalam pelaksanaan kaedah ini

iaitu dari perspektif psikologi sosial individualistik dan perspektif konstruksionis sosial.

Fungsi kaedah pengumpulan data kumpulan fokus ini ialah mengumpulkan data daripada

kumpulan individu yang terpilih. Manakala, temu bual pula hanya melibatkan seseorang

individu. Antara kelebihan kumpulan fokus adalah menjadikan dapatan menjadi lebih

menarik kerana komposisi masyarakat kita yang berbeza agama, bangsa dan budaya. Cabaran
dalam menggunakan kumpulan fokus ini ialah perlu menghadapai gelagat peserta yang

pelbagai dalam satu masa. Terdapat beberapa teknik kumpulan fokus yang telah dinyatakan

dalam bab ini iaitu permainan kad, permainan berita, latihan iklan, kumpulan fokus telefon

(KFT), kumpulan fokus antarabangsa (KFA) dan kumpulan fokus maya (KFM).

Kesimpulannya, kumpulan fokus cenderung untuk menjadi kaedah pengumpulan data yang

akan meningkat naik penggunaannya ketika melangkah ke alaf baru dengan aplikasi teori

daripada pelbagai bidang.

Bab lima menerangkan berkenaan dengan kajian longitudinal yang ditulis oleh

Idasuzana Idris, Puteri Fadzline Muhamad Tamyez dan Siti Nadya Zynuddin. Kajian

longitudinal merupakan sebuah kajian yang melibatkan pengukuran berulang daripada

kumpulan individu yang sama dalam jangka waktu tertentu. Dalam bab ini ada menyatakan

berkenaan kelebihan menggunakan kajian longitudinal antaranya ialah memboleh pengkaji

untuk mengkaji lebih mendalam berkenaan perubahan dan hubungan pemboleh ubah.

Terdapat beberapa kategori kajian longitudinal iaitu kajian panel, kajian kohort, kajian

retrospektif, dan time-series. Kajian longitudinal boleh digunakan dalam pendekatan kajian

kuantitatif dan kualitatif. Penulis menerangkan secara spesifik berkenaan dengan kajian

longitudinal termasuklah menerangkan berkenaan dengan kajian longitudinal intensif, teknik

dan proses kutipan data longitudinal, dan proses kutipan data longitudinal. Secara

keseluruhannya, kajian longitudinal boleh digunakan dalam kajian yang ingin mengesan

perubahan dan menghindar ralat statistik.

Bab enam menerangkan berkenaan dengan kajian crossover yang ditulis oleh

Nurfazreen Aina Muhamad Nasharudin. Crossover boleh diistilahkan sebagai sebuah proses

“perpindaha” atau “perkongsian” emosi psikologi daripada satu individu kepada

individu/kumpulan individu lain. Berdasarkan kepada teori crossover mencadangakn

pemindahan emosi berlaku dalam dua bentuk iaitu perpindahan emosi secara positif dan
negatif. Konsep crossover emosi ini terbahagi kepada dua iaitu proses crossover emosi

psikologikal dan proses crossover emosi diskrit. Kajian crossover ini boleh digunakan dalam

beberapa reka bentuk penyelidikan iaitu pendekatan kajian kualitatif, pendekatan kajian

kuantitatif dan cross-sectional dan longitudinal dalam crossover. Pembentukan kajian

crossover boleh berlaku dalam dua keadaan iaitu crossover di tempat kerja dan crossover di

rumah. Antara kelebihan penggunaan kaedah crossover dalam kajian psikologi dan sosial

ialah dapat diuji dalam pelbagai situasi, budaya dan merentasi masa.

Bab tujuh menerangkan berkenaan dengan analisis data dyadic untuk meneliti kesan

crossover yang ditulis oleh Ika Zenita Ratnaningsih, Noor Amalina Mat Yusof, Mohd Awang

Idris dan Siti Khairunnisa Mohd Bakri. Kajian mengenai dua individu di dalam sebuah

hubungan sering dibicarakan dalam bidang sains psikologi dan sosial. Kajian teori crossover

menunjukkan bahawa penyebaran emosi interpersonal akan lebih tepat jika datanya dianalisis

menggunakan unit analisis dyadic. Kaedah analisis dyadic banyak dilakukan menggunakan

pengujian korelasi bivariat antara skor pasangan. Terdapat tiga istilah utama di dalam kaedah

ini iaitu nonindepence of observations (keterkaitan pengamatan), distinguishability

(kebolehbezaan), dan types of variables (jenis pemboleh ubah). Secara keseluruhannya, bab

ini menerangkan berkenaan dengan strategi analisis data dyadic yang dianggap sesuai

digunakan iaitu Actor-Partner Interdependence Model (APIM) yang dapat menjelaskan kesan

penularan pada individu dan pasangan.

Bab lapan menerangkan berkenaan dengan pendekatan penyelidikan pelbagai tahap:

aplikasi terhadap kajian tingkah laku menyembunyikan pengetahuan yang ditulis oleh

Norulhuda Tajuddin dan Rasidah Arshad. Penyelidik melaksanakan kajian berkaitan dengan

tingkah laku menyembunyikan pengetahuan dalam konteks pasukan kerja menggunakan

model pelbagai tahap. Penggunaan model pelbagai tahap dalam kajian tingkah laku

menyembunyikan pengetahuan memberikan kefahaman yang lebih baik kepada penyelidik


berkenaan dengan fenomena ini. Terdapat tiga tahap yang terdapat dalam pendekatan kajian

pelbagai tahap ini iaitu individu, pasukan dan kumpulan. Pendekatan ini bukan sahaja relevan

untuk digunakan secara teori namun secara praktikal. Hal ini kerana kebanyakan kerja masa

kini lebih banyak memfokuskan kepada kerja secara berpasukan. Secara keseluruhannya,

masih terdapat bahagian yang boleh ditambah baik dalam penggunaan pendekatan model

pelbagai tahap dalam kajian berkaitan tingkah laku. Penyelidik boleh menggunakan

pendekatan model pelbagai tahap ini dalam kaedah penyelidikan yang lain seperti

longitudinal, diari dan crossover.

Bab sembilan menerangkan berkenaan dengan kajian tindakan dalam pendidikan yang

ditulis oleh Mohd Syafiq Aiman Mat Noor dan Satirah Ahmad. Kajian tindakan merupakan

salah satu daripada kaedah penyelidikan inkuiri yang dilakukan dengan sistematik bagi

meningkatkan tahap profesionalisme penyelidik. Kajian tindakan diterima sebagai sebuah

amalan yang meningkatkan profesionalisme guru dan pegawai yang berkhidmat di institusi

pendidikan. Terdapat panduan yang perlu diikuti oleh penyelidik dalam melaksanakan kajian

tindakan.

Panduan Menjalankan Kajian Tindakan dalam Pendidikan

Mengenal pasti kumpulan sokongan

Mengenal pasti rakan kritikal

Menyimpan rekod aktiviti penyelidikan

Menentukan titk permulaan dan memulakan penyelidikan

Menjelaskan fokus penyelidikan

Mengumpulkan data secara sistematik

Menganalisis data

Mengembangkan strategi tindakan dan mempraktikkanya

Menyebarluaskan hasil dapatan penyelidikan


Nota: Data daripada buku Metodologi Kuantitatif dan Kualitatif dalam Sains Sosial (2022)

Kajian tindakan dalam pendidikan berkait rapat dengan perubahan dalam pendidikan

yang dasarnya idea tentang penambahbaikan dan pembangunan merupakan bahagian yang

penting dalam amalan profesionalisme. Secara keseluruhannya, penilaian terhadap tahap

profesionalisme seseorang guru dan pegawai yang berkhidmat dalam institusi pendidikan

merupakan sebuah perkara yang kompleks namun banyak ruang yang boleh ditambah baik

melalui kajian tindakan yang dilaksanakan.

Bab sepuluh menerangkan berkenaan dengan kajian kes yang ditulis oleh Siti

Nuredlyn Nadia Zuraiju. Kajian kes merupakan sebuah reka bentu kajian yang digunakan

dalam bidang pendidikan, sejarah, psikologi, kerja sosial, dan perubatan. Terdapat beberapa

jenis kajian kes iaitu kajian kes tunggal (single case study) dan kajian kes pelbagai (multiple

case study). Bab ini juga menerangkan berkenaan dengan teknik pengumpulan data kajian

kes iaitu dokumentasi, temu bual, rekod arkib, perbincangan kumpulan, dan pemerhatian.

Antara kelebihan yang terdapat dalam rekabentuk kajian kes ini ialah membolehkan

penyelidik untuk mengkaji lebih mendalam berkenaan dengan pendapat, pandangan, perasaan

dan pengalaman peserta kajian. Selain itu, pengkaji juga dapat menjawab soalan mengapa

dan bagaimana sesuatu kes terjadi. Penulis juga ada menyatakan berkenaan dengan limitasi

dan cabaran yang dilalui semasa menjalankan kajian kes iaitu populasi tidak dapat

digeneralisasikan secara spesifik untuk kesemua populasi terutamanya melibatkan kajian kes

tunggal. Selain itu, kesukaran menentukan kes yang relevan untuk dikaji sama ada dalam

kajian kes tunggal atau kajian kes kepelbagaian. Secara keseluruhannya, berdasarkan

penjelasan yang dilakukan penulis dalam bab ini dapat memberikan idea kepada penyelidik
untuk menggunakan kajian kes dalam penyelidikan mereka mengikut skop dan bidang kajian

masing-masing.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis metodologi kajian yang boleh digunakan oleh

pembaca untuk melakukan penyelidikan pada masa akan datang mengikut kepada pendekatan

kajian yang digunakan sama ada pendekatan kuantitatif atau kualitatif khususnya dalam

bidang sains sosial.

2.0 Pendapat Pengulas

Bahagian ini akan menerangkan pendapat pengulas berkenaan dengan buku yang bertajuk

Metodologi Kuantitatif dan Kualitatif dalam Sains Sosial. Pengulas akan menyatakan

kekuatan dan kelemahan yang dikenal pasti berdasarkan buku yang telah dibaca.

2.1 Kekuatan Buku

2.2 Kelemahan Buku

3.0 Rumusan

You might also like