Professional Documents
Culture Documents
23 - 24 Sem 1 - BLHW1762 Fis - Tugasan (Template)
23 - 24 Sem 1 - BLHW1762 Fis - Tugasan (Template)
23 - 24 Sem 1 - BLHW1762 Fis - Tugasan (Template)
FAKULTI:
FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL
(FTKM)
SUBJEK:
FALSAFAH DAN ISU SEMASA
(BLHW 1762)
TAJUK :
LAMBAKAN WARGA ASING DI MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH :
PENSYARAH:
DR. ISMAIL IBRAHIM
AHLI KUMPULAN
MUHAMMAD AMMAR
YASIR BIN JALIL
rastarocco536@gmail.com
haikalamri70@gmail.com
AIMAN NAIM BIN MARUZI
aimanmaruzi22@gmail.com
HASANAL AZZEEM
ajimeackerman@gmail.com
OBJEKTIF KAJIAN
PENGENALAN/LATAR BELAKANG
Istilah "warga asing" merujuk kepada individu atau penduduk yang bukan warganegara suatu
negara tertentu. Mereka mungkin berada di negara tersebut untuk pelbagai tujuan seperti bekerja,
belajar, mencari perlindungan, atau menjalani kehidupan sehari-hari. Kategori warga asing ini
melibatkan orang asing yang tinggal atau bekerja di negara tersebut tanpa memiliki
kewarganegaraan yang sah.
Warga asing sering kali perlu mematuhi undang-undang dan peraturan imigresen yang tertentu di
negara yang mereka kunjungi atau tempati. Mereka mungkin memerlukan visa, permit kerja, atau
dokumen-dokumen lain untuk sah secara undang-undang di dalam negara tersebut. Selain itu, hak
dan tanggungjawab warga asing juga mungkin tertakluk kepada undang-undang tempatan.
Sehingga tarikh pengetahuan saya pada Januari 2023, Malaysia mempunyai jumlah warga
asing yang tinggi, terutamanya pekerja asing yang bekerja di sektor-sektor seperti pembinaan,
perladangan, dan perkhidmatan domestik. Jumlah warga asing boleh berubah dari masa ke masa
disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk dasar imigresen, keperluan tenaga buruh, dan isu-isu
antarabangsa.
Kerajaan Malaysia mempunyai dasar imigresen dan peraturan untuk mengawal kedatangan warga
asing. Walau bagaimanapun, ini adalah perkara yang sentiasa berubah dan boleh dipengaruhi oleh
peristiwa semasa dan keadaan ekonomi. Jumlah warga asing juga boleh dipengaruhi oleh program-
program pemulangan sukarela atau pemulangan paksa yang dijalankan oleh kerajaan.
Untuk maklumat terkini mengenai jumlah warga asing di Malaysia, disyorkan untuk merujuk
kepada sumber berita terkini, laporan kerajaan, atau statistik rasmi yang dikeluarkan oleh agensi
berkenaan, seperti Jabatan Imigresen Malaysia atau Jabatan Statistik Malaysia.
Justeru, lambakan warga asing di Malaysia adalah fenomena yang kompleks dan berkait
rapat dengan faktor-faktor ekonomi, sosial, dan politik. Lambakan warga asing merujuk kepada
peningkatan jumlah penduduk asing yang tinggal atau bekerja dalam suatu negara. Dalam konteks
Malaysia, lambakan warga asing terutamanya berkaitan dengan kehadiran pekerja asing dalam
sektor-sektor seperti pembinaan, perladangan, dan perkhidmatan domestik.
Malaysia adalah antara 10 buah negara teratas yang tersenarai sebagai penggaji warga asing
tertinggi di dunia. Di mana-mana sahaja pada hari ini khususnya di bandar besar, kita boleh
berjumpa dengan pekerja asing dari Indonesia, Filipina, Bangladesh, Nepal, India dan China yang
bekerja dalam pelbagai sektor yang bergaji rendah seperti buruh, pekerja kilang dan pembantu
rumah. Jumlah pekerja asing di negara ini berjumlah 1.85 juta orang dengan pendatang Indonesia
sahaja berjumlah 1.2 juta orang diikuti Nepal seramai 200,000 orang. Semua mereka ini termasuk
yang datang dari Mynmar, Pakistan, Afghanistan, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan negara di
benua Afrika. Oleh itu, kemasukan pekerja asing dalam jumlah yang banyak telah menimbulkan
pelbagai kesan kepada rakyat negara ini.
Setiap perkara yang membawa kebaikan pasti ada keburukannya juga, berikut adalah
keburukan atau kesan negatif warga asing di Malaysia. Antaranya, rintangan pengangguran dalam
kalangan rakyat tempatan. Kesan ini merupakan suatu hakikat yang wajar diterima di dalam
kalangan rakyat tempatan. Hal ini disebabkan oleh sikap sesetengah majikan yang lebih
mengutamakan pekerja asing berbanding pekerja tempatan kerana pekerja asing sanggup menerima
upah atau gaji yang lebih rendah berbanding rakyat tempatan. Namun demikian, kos sara hidup
yang semakin lama semakin tinggi menyebabkan pekerja tempatan meminta gaji yang lebih tinggi
agar turut dapat menikmati kemajuan yang ada di negara ini. Justeru, para majikan tempatan akan
mengurangkan pengambilan pekerja tempatan tetapi pada masa yang sama menambah bilangan
pekerja asing. Hal ini amat tepat dengan peribahasa yang berbunyi “anak riba diletakkan, kera
dihutan disusui”. Pekerja asing ini telah diupah untuk memenuhi sektor pekerjaan dalam bidang
perindustrian dan pembinaan. Gaji yang rendah kepada pekerja asing juga menjadi punca utama
kepada permasalahan ini berlaku. Lantaran itu, buruh asing ini tekun melakukan pekerjaan dan
sanggup melakukan pekerjaan yang berat serta mampu bekerja dengan jangka masa yang panjang.
Hal ini berkait rapat apabila hampir 2.1 juta rakyat tempatan yang hilang pekerjaan dan kadar
pengangguran semakin meningkat dalam kalangan pekerja tempatan. Disamping itu, kerajaan
Malaysia juga telah membelanjakan RM3 billion setiap tahun untuk membiayai kedatangan pekerja
asing. Maka, sememangnya diakui bahawa kedatangan buruh asing ke negara kita telah
mengakibatkan pengangguran dalam kalangan pekerja di negara kita.
Seterusnya, penyakit berjangkit akan berleluasa di negara kita. Hakikat ini dapat dikaitkan
dengan masalah sosial dan menyebabkan penyakit berjangkit berleluasa di negara kita. Buruh asing
yang memasuki sempadan negara kita tanpa permit diklasifikasikan sebagai pendatang asing tanpa
izin atau lebih dikenali sebagai golongan PATI. Mereka tidak melalui pihak imigresen dan
pemeriksaan kesihatan yang sepatutnya dan mungkin membawa virus penyakit berjangkit dari
negara asal mereka. Keadaan ini akan menyebabkan rakyat lebih terdedah kepada sesuatu penyakit
yang akan merebak dalam kalangan masyarakat Malaysia misalnya AIDS, HIV dan selesema
khinzir. Penyakit seperti kala azar atau demam hitam pula dipercayai dibawa oleh pendatang dari
India, Bangladesh dan Myanmar. Menurut rekod Persatuan Perubatan Malaysia (MMU), penyakit
berjangkit seperti batuk kering, malaria dan H1N1 adalah disebabkan interaksi rakyat tempatan
dengan pendatang asing.
Selain itu, kegiatan jenayah di negara kita juga meningkat akibat pertambahan bilangan
pendatang asing yang tidak diketahui latar belakang mereka. Rakyat Malaysia semakin bimbang
untuk keluar berjalan-jalan di bandar besar terutamanya pada waktu malam kerana dikhuatiri
diganggu oleh pendatang asing yang bilangannya ramai. Kegiatan jenayah seperti pergaulan bebas,
menghisap dadah, merompak, pecah rumah dan merogol juga menguggat keselamatan penduduk di
negara kita. Walaupun semua jenayah ini tidak semestinya berkaitan dengan pendatang asing tetapi
hubungannya dengan pendatang asing juga tidak dapat dipisahkan. Kegiatan-kegiatan jenayah yang
sering berlaku bukan sahaja mengancam keselamatan keselamatan diri sendiri dan masyarakat
malahan juga akan menjejaskan imej negara kita. Pada tahun 2007, sebanyak 2019 kes jenayah
telah dilaporkan yang melibatkan pendatang asing. Dengan bertunjanglan kesahihan fakta,
hakikatnya dapatlah kita simpulkan bahawa kedatangan buruh asing akan menyumbang kepada
peningkatan masalah sosial dan penyakit berjangkit di negara kita.
Sementelahan itu, buruh asing yang datang ke negara kita juga menyebabkan masalah
pencemaran alam sekitar. Buruh asing yang tidak mempunyai tempat tinggal mendirikan kawasan
perumahan secara haram di kawasan setinggan. Sesetengah kumpulan pendatang asing ini pula
membuka kawasan hutan sebagai kawasan perumahan mereka. Kawasan setinggan ini tidak teratur
dan kekurangan kemudahan asas seperti sistem kumbahan dan pembuangan sampah yang tidak
sistematik. Oleh sebab itu, pencemaran alam sekitar akan berlaku yang menyebabkan bakteria dan
virus merebak sehingga menyebabkan penyakit. Upah pendapatan yang rendah merupakan punca
mereka tidak mampu menyewakan rumah, maka mereka menetap di kawasan rumah setinggan. Ini
secara tidak langsung menyebabkan perubahan topografi berlaku apabila hutan-hutan ditukar
menjadi kawasan perumahan setinggan.
Keburukan atau kesan negatif yang terakhir ialah menjejaskan pendapatan harian rakyat
tempatan. Hal ini kerana upah yang murah daripada majikan menyebabkan pekerja tempatan turut
menerima tempiasnya, sedangkan pekerja tempatan terpaksa menampung pelbagai kos sara hidup
yang meningkat dan semakin membebankan. Jelaslah bahawa kehadiran pekerja asing
menyebabkan kurangnya peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Tambahan lagi sikap
beberapa pihak majikan lebih gemar mengambil tenaga buruh asing berbanding penduduk tempatan
dalam mengisi peluang pekerjaan seperti dalam sektor perladangan dan pembinaan serta pembantu
rumah kerana gaji mereka jauh lebih murah.
LANGKAH-LANGKAH MENGAWAL KEMASUKAN PEKERJA ASING DI MALAYSIA
Penguatkuasaan Undang-Undang
Bagi mengawal kemasukan pendatang asing tanpa izin, tindakan utama yang perlu dilaksanakan
adalah penguatkuasaan undang-undang. Sikap seperti melepaskan batuk di tangga tidak seharusnya
diamalkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Terdapat kes di mana pekerja asing terdiri daripada
pendatang haram yang menyusup masuk dengan menggunakan dokumen palsu. Perairan negara
juga harus dikawal dengan lebih cekap untuk mengelakkan mereka menyusup masuk ke dalam
melalui jalan laut. Oleh itu, masyarakat juga sepatutnya menjadi mata-mata kepada pihak berkuasa
dengan melaporkan aktiviti-aktiviti yang meragukan melibatkan pendatang asing. Pihak berkuasa
juga hendaklah bersifat penuh intergriti dalam menjalankan tugas dan menjauhi amalan rasuah. Jika
semua pihak yang berkenaan memainkan tanggungjawab secara berkesan, tidak mustahil masalah
kemasukan pendatang asing dapat diatasi dari akar umbinya.
Pihak berkuasa juga harus menghukum dan mendenda firma-firma yang mengupah pekerja asing
tanpa izin seperti pesalah hendaklah dihukum penjara dan mendendakan wang ringgit serta
menggantung lesen perniagaan . Pihak berkuasa harus menyiasat dari mana sumber mereka
mendapatkan pendatang asing tanpa izin tersebut untuk menjadikan mereka pekerja . Para
pendatang asing yang ditahan haruslah dihantar ke negara mereka dan menyenaraikan hitam nama
mereka supaya tidak boleh memasuki negara kita lagi.
Mengadakan Operasi
Semua pihak yang berkuasa wajar melipat gandakan operasi-operasi mengesan dan menghantar
semula pekerja tanpa izin. Pelancaran operasi kerajaan seperti Operasi Pemutihan dan Operasi Nyah
amat berkesan dalam usaha membendung limpahan pendatang asing tanpa izin ke negara kita.
Walaubagaimanapun, kejayaan dan keberkesanan operasi seumpama ini amat bergantung kepada
kerjasama dan sokongan orang ramai dan ketegasan pihak kerajaan.
Usaha-usaha menghalang limpahan pekerja asing tanpa izin tidak akan mendatangkan kejayaan
yang memberangsangkan jika tidak disertai kerjasama masyarakat, terutamanya pihak majikan.
Sesungguhya sikap majikan yang acuh tak acuh terhadap seruan Kerajaan berhubung masalah
pendatang asing tanpa izin memburukkan keadaan. Golongan seharusnya mengubah sikap demi
kepentingan negara dan rakyat. Majikan hendaklah menggaji pekerja asing yang memiliki visa dan
permit yang sah sahaja.
Mengurangkan pengambilan warga asing
Sebanyak tujuh langkah dilaksanakan kerajaan dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada
pekerja asing berkemahiran rendah selaras dengan Rancangan Malaysia ke-12.Timbalan Menteri
Sumber Manusia, Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud berkata, menerusi penggunaan automasi dan
mekanisasi, kebergantungan pekerja asing dapat dihadkan kepada 15 peratus daripada tenaga
kerja.Katanya, pelbagai program dilaksanakan secara berterusan di pelbagai peringkat dan golongan
sasar sebagai persiapan menyokong peralihan pekerjaan masa depan melalui jabatan dan agensi di
bawah Kementerian itu. “Kita membangunkan Standard Kemahiran Pekerjan Kebangsaan bagi 21
seksyen ekonomi yang menjadi rujukan dalam pembangunan program TVET di institusi-institusi
latihan awam dan swasta mengikut tahap kemahiran yang diperlukan.“Standard Kemahiran
Pekerjaan Kebangsaan ini dibangunkan secara bersama dengan pakar industri mengikut permintaan
pekerjaan baharu dan perkembangan teknologi terkini. Sehingga Mei 2023 sebanyak 2,062 standard
pekerjaan telah dibangunkan bagi tujuan latihan dan persijilan,” katanya di Dewan Rakyat, hari
ini.Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) yang meminta
kementerian menyatakan persiapan dan majikan bagi menyokong peralihan pekerjaan masa depan
melalui struktur pendidikan, kemahiran semula dan struktur sokongan sosial kepada pekerja
tempatan di samping penggunaan automasi dan mekanisme sekaligus dapat mengurangkan
kebergantungan buruh asing. “Sehingga Mei 2023, terdapat 1,518 buah Institusi Latihan Kemahiran
yang bertauliah di bawah sistem Persijilan Kemahiran Malaysia merentasi pelbagai kementerian dan
agensi latihan swasta dalam pelbagai kursus kemahiran.“Pembangunan platform MyNext oleh
TalentCorp yang merupakan platform solusi bakat bersepadu dan data analitik yang
menggabungkan siswazah, pekerja, syarikat dan institusi pendidikan.“Fokus utama mynext adalah
untuk merapatkan jurang di antara penawaran bakat di Malaysia dengan pekerjaan masa hadapan
bertindak sebagai platform mendapatkan latihan industri,” ujarnya.Tambah beliau, turut diadakan
Program Latihan Industri Berstruktur Nasional (MySIP) di bawah TalentCorp yang bertindak
sebagai penggalak kepada penyertaan dan penglibatan lebih banyak syarikat dan industri untuk
membuka lebih banyak peluang penempatan latihan industri berkualiti bagi melatih bakat muda
negara melalui insentif potongan cukai berganda.“Kita juga mengambil inisiatif untuk melaksankan
Young Employable Students di sekolah Institut Pengajian Tinggi dan TVET sebagai intervensi
proaktif melalui penerapan elemen pendedahan aspek keboleh pasaran graduan negara melalui
kerjasama rakan kolaborasi strategik dalam usaha meningkatkan ketersediaan bakal graduan
sebelum melangkah ke pasaran kerja dengan penerapan elemen kepimpinan, bimbingan kerjaya,
bengkel soft-skills berkaitan kerjaya, keusahawanan dan pendedahan kepada perkembangan semasa
pasaran kerja.“Kita juga melalukan pungutan levi daripada majikan dan pembiayaan program
latihan melalui pelbagai program latihan peningkatan kemahiran dan latihan semula kemahiran
berstruktur kepada tenaga kerja bagi membantu memacu perkembangan syarikat dan menyumbang
kepada produktiviti negara,” katanya. – MalaysiaGazette
Berikut adalah petikan yang diambil daripada Timbalan Menteri Sumber Manusia dan beliau
menerangkan langkah langkah mengurangkan pengambilan pekerja asing di Malaysia. Selain itu,
pihak majikan perlu memainkan peranan masing-masing dalam mengurangkan pengambilan pekerja
asing . Sesungguhnya sikap acuh tak acuh terhadap seruan Kerajaan berhubung masalah pekerja
asing tanpa izin ini mengeruhkan keadaan lagi.
PUNCA-PUNCA KEDATANGAN PEKERJA ASING DI NEGARA KITA
Isu pendatang asing bukanlah satu perkara baru di negara kita. Kebanjiran pendatang asing semakin
meningkat dari hari ke hari dan menjadi satu masalah kepada negara. Pekerja asing kebanyakannya
datang dari negara yang mempunyai masalah dalaman seperti Indonesia, Filipina, Bangladesh,
India, Myanmar, Vietnam, dan yang terbaru dari China. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan
Jabatan Imigresen, jumlah pekerja asing mencecah 6.7 juta. Jumlah itu termasuk lebih 3 juta
pendatang asing yang dipercayai memasuki negara ini secara haram. Ini merupakan punca mengapa
terdapat kedatangan pekerja asing:
Antara faktor pekerja asing lebih berminat dengan negara kita ialah kemakmuran dan kestabilan
ekonominya. Kekurangan tenaga kerja tempatan juga membuka peluang kepada penduduk negara-
negara luar untuk mencari rezeki di sini. Walau apa pun ramai penduduk tempatan berpendapat
bahawa masalah pekerja asing ini perlu dikawal agar ia tidak menjadi lebih serius. Apa yang perlu
dilakukan oleh kerajaan ialah menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas. Hal ini kerana
banyak pekerja asing adalah pendatang haram yang menyusup masuk dengan menggunakan
dokumen palsu. Akta imigresen perlulah lebih tegas agar pendatang haram ini tidak berani bertindak
lebih jauh. Perairan negara juga haruslah dikawal sepanjang masa untuk mengelakkan mereka
menyusup melalui jalan laut.
3) MASALAH KEKURANGAN PEKERJA
Tidak dapat dinafikan, kadangkala pekerja asing dapat mengatasi masalah kekurangan pekerja tetapi
hal yang berlaku di Nilai baru-baru ini menyedarkan negara bahawa mereka juga boleh bertindak
ganas. Kita tidak mahu negara yang cukup aman ini akan menjadi kacau bilau kerana kemasukan
pekerja asing yang tidak dikawal. Sesetengah pihak juga sering menyalahkan belia kerana terlalu
memilih pekerjaan tetapi pernahkah mereka cuba untuk memahami masalah belia itu sendiri?
Sebagai contoh walaupun belia itu tidak memilih pekerjaan tetapi adakah majikan akan mengambil
pekerja tempatan dan dibayar dengan gaji yang berpatutan. Sudah tentu tidak. Majikan lebih rela
mengambil pekerja asing dengan bayaran yang murah dan tidak dikenakan caruman EPF atau
SOCSO. Bukankah itu lebih menguntungkan? Begitu juga sekiranya belia itu mendapat pekerjaan
yang dimintanya tetapi hidup dalam sua sana di kalangan pekerja asing. Dapatkah belia itu
menyesuaikan diri dalam keadaan sebegitu?
Selain faktor tersebut, permintaan buruh asing dalam pasaran pekerjaan amat tinggi. Berdasarkan
kajian daripada Kementerian Sumber Manusia, permintaan tinggi datang dari dua sektor iaitu sektor
perladangan dan sektor pembinaan. Keadaan ini disebabkan kurang permintaan daripada pekerja
tempatan memandangkan kadar upah yang rendah diberikan oleh pihak majikan. Dalam isu ini,
pihak majikan mengambil kesempatan ini sambil kerana mereka berpeluang mengambil pekerja
asing dengan kadar upah yang rendah. Secara tidak langsung mereka dapat menjimatkan kos
operasi mereka. Akibatnya kerajaan dalam dilema bagai diluah mati emak ditelan mati bapa.
Tidak dinafikan bahawa faktor kestabilan politik dan ekonomi negara telah menggalakkan
kemasukan pendatang asing ke Malaysia. Kestabilan ekonomi telah merancakkan aktiviti perusahan
dan pembinaan lalu permintaan buruh asing begitu tinggi dalam pasaran buruh. Keadaan ini
menyebabkan kemasukan buruh secara besar-besaran dilakukan secara sah antara kerajaan dengan
kerajaan. Walaupun mendapat kecaman daripada rakyat tempatan, namun aktiviti ekonomi perlu
dilakukan segera agar ekonomi dapat dijana seterusnya menggalakkan kemasukan pelabur asing.
Malah jumlah tenaga buruh dapat ditampung dengan adanya pekerja asing tanpa izin yang memberi
sokongan dalam sektor pekerjaan.
Secara kesimpulannya, kerajaan haruslah mengambil pendekatan undang-undang agar mereka patuh
akan peraturan di Malaysia kerana di mana bumi dipijak, disitu langit di junjung. Mereka tidak
seharusnya bersikap seperti kaduk naik ke junjung atau seperti cacing naik ke mata sehingga
bersikap sombong dengan penduduk tempatan. Sesungguhnya, kerajaan perlulah mengkaji semula
kontrak pekerja asing demi menyelamatkan rakyat tempatan yang kehilangan pekerjaan akibat
pandemik Coronavirus-2019 (COVID-19) yang menyerang negara agar mereka terus dapat
menikmati kemakmuran bersama menjelang 2030.
KESIMPULAN
Sebagai penutup wacana, sememangnya negara Malaysia memerlukan tenaga kerja asing
dalam membangunkan negara malahan kemasukan pekerja asing ke sesebuah negara adalah
fenomena sejagat dalam era dunia tanpa sempadan hari ini. Kita tidak boleh menghalang
kemasukan ini kerana tawaran yang diberikan mereka adalah sangat menarik seperti kos buruh yang
murah dan berkemahiran yang dimiliki. Namun membendung kemasukan pekerja asing yang tidak
mahu berdaftar adalah cabaran besar kepada kita kerana mereka ini boleh mencetuskan pelbagai
masalah sosial yang lebih parah pada masa hadapan. Ketiga-tiga pihak iaitu kerajaan, swasta dan
masyarakat wajar melihat kerjasama pintar sebagai satu penyelesaian seperti memperkasa program
kesedaran di akar umbi dan pada masa yang sama menambah baik peranan agensi penguatkuasa
supaya negara Malaysia bebas dari pendatang asing tanpa izin.
Pihak kerajaan dan masyarakat perlulah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk
menangani masalah ini daripada bermaharajalela. Para majikan harus mengubah sikap dengan
mempertimbangkan dan memberi keutamaan kepada rakyat tempatan. Sudah tiba masanya negara
Malaysia mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan mengalihkan tumpuan kepada
teknologi yang lebih tinggi untuk memajukan negara. Sekiranya, langkah-langkah tertentu tidak
dapat diambil dengan secepat mungkin, masalah-masalah ini akan menimbulkan implikasi negatif
terhadap sistem sosial,ekonomi, politik, ketenteraman negara dan lain-lain lagi. Justifikasinya,
sebelum nasi sudah menjadi bubur, eloklah masyarakat Malaysia dan pihak kerajaan bermuafakat
supaya Malaysia memanfaatkan buruh asing dan mengatasi masalah pendatang asing tanpa izin.
RUJUKAN
LAMPIRAN
https://www.utusan.com.my/gaya/2022/09/penyakit-
eksotik-bawaan-pati-ancam-kesihatan-penduduk/
RUJUKAN
Contoh Format Rujukan : Nama Penulis . Tahun. Tajuk buku. Tempat : Nama Penerbit .
Ateerah Abdul Razak, Nur Azuki Yusoff & Zaleha Embong. 2020. Penghayatan Etika dan
Peradaban. Kelantan : Penerbit UMK.
Toby E. Huff. 1995. The rise of early modern science: Islam, China and the West. New York:
Cambridge University Press.
Rujukan Internet
https://www.mindmeister.com/975079723/bab-1-definisi-dan-konsep-falsafah-dan-ilmu. Diakses
pada 10 Februari 2023.
(Dilampirkan beberapa photo atau keratan akhbar terpilih dan sebagainya berkaitan tajuk kajian)
Sumber :
Sumber :