Surat Jpam

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

------------------------------------------------------------------------------------------------

Ruj Kami : Bil ( ) dlm SKTK 600-3/1/3


Tarikh : 9 November 2023
Pegawai
Angkatan Pertahanan Awam
Jalan Tun Sambanthan, Taman Nlfcs,
71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

U/P : Kapten Mohd Azri Bin Abu Hassan

Tuan,
JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH AKTIVITI “WATER CONFIDENT”
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Telok Kemang akan


menganjurkan Perkhemahan Badan Unit Uniform (BBU) selama 3 hari 2 malam. Aktiviti
“Water Confident” akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 25 November 2023


Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pg – 10.30 pg
Tempat : Pantai Telok Kemang
Bil Peserta : 120 orang

3. Pihak sekolah dengan berbesar hati ingin menjemput pihak tuan untuk turut serta
sebagai tenaga pengajar dalam aktiviti “Water Confident” (sila rujuk lampiran jadual).
Mohon pihak tuan lampirkan sijil keahlian pihak tuan untuk aktiviti di air sebagai rujukan pihak
sekolah untuk dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Port Dickson.

4. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Pn. Kamariani Suati Bt Tapah (GPK


Kokurikulum) di talian 0196606791. Diharapkan kehadiran pihak tuan dalam aktiviti ini dapat
menambah lagi ilmu pengetahuan anak-anak murid kami terutamanya dalam aktiviti di air.

Sekian, terima kasih

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

...............................................
(HALUE BIN MAT TAHIR)
Guru Besar,
SK. Telok Kemang.

You might also like