Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

PEJABAT TIMBALAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

OFFICE OF DEPUTY DIRECTOR-GENERAL OF EDUCATION MALAYSIA


SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN
EDUCATIONAL OPERATION SECTOR
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA
ARAS 4 BLOK E2, KOMPLEKS E
LEVEL 4 BLOCK E2 COMPLEX E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Tel.: +0603-88849302
FEDERAL GOVERNMENT ADMINISTRATIVE CENTRE Faks: +0603-88886680
62604 PUTRAJAYA Laman Web:
MALAYSIA https://www.moe.gov.my
____________________________________________________________________________________________

BS.KP.300-18/001 JLD 364(37)


10 November 2023

SHAHRUL IKRAM BIN MD SHARIFF


SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG TOK KANDU
PERMATANG PAUH
BUKIT MERTAJAM
13500 PULAU PINANG

Tuan,

PROSEDUR PERMOHONAN CUTI TANPA REKOD PEGAWAI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
YANG TERLIBAT DALAM OLAHRAGA/SUKAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan permohonan daripada MAJLIS SUKAN NEGERI PULAU
PINANG, bertarikh 8 November 2023 adalah berkaitan.

2. Butiran program sukan adalah seperti berikut :

KEJOHANAN BOLA TAMPAR 16 TAHUN KE BAWAH PERINGKAT


Nama Program : KEBANGSAAN TAHUN 2023
Tempoh CTR : 20 November 2023 - 27 November 2023 (6 hari)

3. Sukacita dimaklumkan bahawa surat ini bukanlah surat kelulusan dan prosedur permohonan Cuti Tanpa Rekod
semua pegawai KPM untuk mengambil bahagian dan terlibat dalam olahraga/sukan adalah mengikut Buku Panduan
Pengurusan Kemudahan Cuti, KPM keluaran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) tahun 2009 yang
boleh dimuat turun daripada laman sesawang www.moe.gov.my/bpsm.

4. Walau bagaimanapun pihak tuan diingatkan supaya melindungi waktu Pembelajaran dan Pengajaran (P&P)
murid. Pengetua/Guru Besar hendaklah memastikan bahawa kelulusan Cuti Tanpa Rekod adalah tertakluk kepada
jadual bertugas semasa program berlangsung sahaja. Jika tidak bertugas dalam program tersebut, guru hendaklah
menjalankan tugas di sekolah seperti biasa.

5. Berikut adalah peringkat kuasa melulus Cuti Tanpa Rekod bagi mengambil bahagian dalam olahraga/sukan
tertakluk kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.11 Tahun 1980 :

TEMPOH KUASA MELULUS


i) 30 hari dalam negara Ketua Jabatan
ii) Melebihi 30 hari dalam negara Kuasa Tertentu
iii) Luar Malaysia (BPSM,KPM)

6. Pegawai/Guru hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap kepada Ketua Jabatan/Kuasa Tertentu
6. Pegawai/Guru hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap kepada Ketua Jabatan/Kuasa Tertentu
untuk kelulusan. Permohonan hendaklah disertakan salinan dokumen surat jemputan oleh penganjur dan lain-lain
dokumen yang berkaitan. Permohonan bagi tempoh cuti kurang 30 hari dalam negara hendaklah sampai kepada
Ketua Jabatan selewat-lewatnya 14 hari bekerja sebelum tarikh cuti dipohon. Manakala permohonan cuti
yang melebihi 30 hari atau ke luar Malaysia hendaklah sampai kepada Bahagian Pengurusan Sumber
Manusia (BPSM) selewat-lewatnya 28 hari bekerja sebelum tarikh cuti dipohon.

7. Jika permohonan Cuti Tanpa Rekod adalah untuk keluar negara, kelulusan ke luar negara hendaklah
diperolehi terlebih daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) sebelum bertolak ke luar negara
mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Borang permohonan ke luar negara yang lengkap perlu dihantar
kepada Ketua Jabatan yang diwakilkan kuasa melulus mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan
masing-masing.

8. Sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi Mohd Encik Zaki Bin Ghazali di talian 03-88841010 atau
melalui emel mzaki.ghazali@moe.gov.my.
Sekian, terima kasih.

"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

t.t
(TUAN HAJI AZMAN BIN HAJI ADNAN)
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Sektor Operasi Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia

s.k
Presiden
MAJLIS SUKAN NEGERI PULAU PINANG
MAJLIS SUKAN NEGERI PULAU PINANG
MAJLIS SUKAN NEGERI PULAU PINANG GEORGETOWN
11700 PULAU PINANG

Ini adalah cetakan komputer dan tidak memerlukan tandatangan.

You might also like