Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

MINIT MESYUARAT AGUNG SURAU AL IKHWAN KALI KE-14

Tarikh : 02 Oktober 2022 Lokasi : Dewan Solat Utama Diminit Oleh : Mohammad
Masa : 9.00 pagi Surau Al Ikhwan Taman Pelangi Faliq bin Bujang
Rawang
Kehadiran : 75 orang
(Sila rujuk Senarai Kehadiran seperti di dalam Lampiran)

AGENDA MESYUARAT
1. UCAPAN ALUAN OLEH PENGERUSI MAJLIS
Setiausaha, Mohammad Faliq bin Bujang selaku Pengerusi Majlis mengucapkan salam dan
mengalu-alukan kehadiran Nazir Masjid Nurul Iman Rawang, Ir. Ilham Akhbar bin Harun,
Pegawai, Ahli Jawatankuasa Surau dan semua Ahli Kariah Surau ke Mesyuarat Agung Tahunan
2022 di Surau Al-Ikhwan pada hari ini.
2. BACAAN AL-FATIHAH DAN DOA OLEH TUAN IMAM
Tn. Hj. Aris bin Md Isa, selaku Imam telah mengetuai bacaan Al Fatihah dan doa di dalam
bahasa arab pada Mesyuarat Agung Tahunan pada kali ini.
3. UCAPAN PERASMIAN TUAN NAZIR
Ir. Ilham Akhbar bin Harun, selaku Nazir Masjid Nurul Iman Rawang mengucapkan terima kasih
kepada pihak surau kerana menjemput beliau. Beliau memaklumkan bahawa Surau Al Ikhwan
Taman Pelangi adalah surau pertama mengadakan mesyuarat agung tahunan selepas pandemik
dan juga yang pertama menjemput beliau menghadiri mesyuarat agung. Beliau memberitahu
bahawa setiap pentadbiran tidak lari daripada Mesyuarat dan apabila duduk dirumah Allah dikira
ibadat. Beliau juga mengucapkan tahniah kerana ahli kariah dari Taman Pelangi paling ramai
hadir pada Mesyuarat Agung Khas Pemilihan Masjid Nurul Iman pada 24 September 2022 yang
lalu. Seterusnya beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Surau Al Ikhwan dengan ucapan
Bismillahirrahmanirrahim.
4. PERUTUSAN PENGERUSI
Ustaz Muhammad Jasri bin Ishak, selaku Pengerusi Surau mengucapkan salam dan mengalukan
kehadiran Imam, Setiausaha, Bilal, Bendahari dan semua ahli kariah. Beliau memberitahu
kehadiran semua ahli kariah menandakan mereka mengambil berat kepada surau. Pengerusi juga
memohon kepada semua kariah supaya mendoakan mantan setiausaha arwah Zainal Abidin bin
Montak, diatas jasa beliau ke atas surau sejak surau kecil sehingga surau menjadi besar. Ucapan
terima kasih juga diucapkan kepada Nazir kerana Sudi hadir pada hari ini.

1
5. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

5.1 Mohammad Faliq bin Bujang, selaku pemangku setiausaha memaklumkan bahawa minit
mesyuarat agung 2019 tidak dapat dijumpai. Oleh itu, beliau membuat semula minit mesyuarat
berdasarkan catatan oleh mantan bendahari iaitu En. Zainol Abidin bin Hj Abd Hamid.
Setiausaha meminta semua ahli menyemak minit tersebut lalu boleh mengesahkan dan
mencadang minit ini.

a) Tn Hj Aris bin Md Isa telah mencadangkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan 2019
bertarikh 17 Mac 2019 disahkan serta disokong untuk disahkan oleh Hj Shamsudin bin
Maisa dan Irman bin Sejet.

6. PEMBENTANGAN LAPORAN BIRO

6.1 Laporan Aktiviti Biro Dakwah, Penerbitan dan Kebajikan dibentang oleh Tn Hj Aris b
Md Isa.

Laporan Aktiviti Bagi Tahun 2019

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah sebagaimana berikut :

A. Aktiviti Mingguan :

1. Majlis bacaan Yasiin pada setiap malam Jumaat ( Selepas Solat Maghrib )

B. Aktiviti Bulanan

1. Ceramah Khas pada setiap hari Sabtu minggu pertama ( Selepas Solat Maghrib )

2. Kuliah bulanan Fiqh Solat oleh Ust. Khairil Anuar bin Salleh pada setiap hari
ahad minggu pertama ( Selepas Solat Subuh )

3. Kuliah bulanan Fiqh Sirah oleh Ust. Luqman Muhammad pada setiap hari Ahad
minggu pertama ( Selepas Solat Maghrib ).

4. Kuliah bulanan Fiqh ( Kitab Pedoman Solat Berjemaah ) oleh Ustaz Ridhuan
Mohd Nor pada setiap hari Sabtu minggu ke 2 ( Selepas Solat Maghrib )

5. Kuliah bulanan Sirah ( Kitab Kelebihan Rasulullah SAW ) oleh Ustaz Aziz Desa
pada setiap hari Ahad minggu ke 2 ( Selepas Solat Subuh )

6. Kuliah bulanan Hadis ( Kitab Hadis 40 ) oleh Ustaz Mohd Firdaus Madzlan pada
setiap hari Ahad minggu ke 2 ( Selepas Solat Maghrib )

7. Kuliah bulanan Tasauf (Kitab Safinatun Najah ) pada setiap hari sabtu minggu ke
3 oleh Ust. Ali al-Yamani (Selepas Solat Maghrib )

2
8. Kuliah bulanan Tafsir Surah al-Baqarah oleh Ustaz Fadli Ghani pada setiap hari
Ahad minggu ke 3 ( Selepas Solat Subuh )

9. Kuliah bulanan Fiqh Munakahat oleh Ust. Mohd Fauzan Madzlan pada setiap hari
Ahad minggu ke 3 ( Selepas Solat Maghrib )

10. Kuliah bulanan Tafsir Surah Yunus oleh Ustaz Ridzwan bin Ismail pada setiap
hari Sabtu minggu ke 4 ( Selepas Solat Maghrib )

11. Kuliah bulanan Hadis Qudsi oleh Ustaz Datok Nizam bin Kamaruzaman pada
setiap hari Ahad minggu ke 4 ( Selepas Solat Subuh )

12. Kuliah bulanan oleh Ustaz Mohd Fakhrul Madzlan pada setiap hari Ahad minggu
ke 4 ( Selepas Solat Maghrib )

13. Kuliah Haraki (Kitab: Apa Ertinya Saya Menganut Islam) oleh Ust. Ramli Osman
pada setiap hari Khamis minggu pertama ( Selepas Solat Maghrib )

C. Program Khas

1. Ceramah Khas pada 05/01/2019 oleh Ust. Mohd Naim Hj. Ghazali

2. Ceramah Khas pada 14/01/2019 oleh Ust. Eddyanto Sutijo

3. Ceramah Khas pada 02/02/2019 oleh Ust. Zulkarnain Hamzah

4. Ceramah Khas pada 11/02/2019 oleh Ust. Eddyanto Sutijo

5. Ceramah Khas pada 02/03/2019 oleh Ust. Yusri Abdul Karim

6. Ceramah Khas pada 11/03/2019 oleh Ust. Eddyanto Sutijo

7. Ceramah Perdana Israk Mikraj pada 30/03/2019 oleh Ust. Zulkarnain Hamzah

8. Ceramah Khas pada 31/03/2019 oleh Ust. Zulhazwan Ismail

9. Ceramah Khas pada 01/04/2019 oleh Ust. Anwar Mohd Abnu

10. Ceramah Khas pada 08/04/2019 oleh Ust. Eddyanto Sutijo

11. Ceramah Khas pada 15/04/2019 oleh Ust. Mohd Zuhdi Mat Piah

12. Ceramah Khas pada 04/05/2019 oleh Ust. Yusri Abdul Karim

13. Sambutan Nuzul Quran pada 22/06/2019. Ceramah Perdana oleh Ust. Sihabudin
Muhaemin

14. Kuliah Dhuha Khas pada 26/05/19 oleh Ust. Fauza Mohd Ali

3
15. Ceramah Khas pada 29/06/19 oleh Ust. Ahmad Farid

16. Ceramah Khas pada 30/06/19 oleh Ust. Yusri Abdul Karim

17. Ceramah Khas pada 06/07/2019 oleh Ust. Muhammad Amin Anwar

18. Ceramah Khas pada 08/07/2019 oleh Ust. Eddyanto Sutijo

19. Ceramah Khas pada 03/08/2019 oleh Ust. Mohd Naim Hj. Hashim

20. Sambutan Ma’al Hijrah pada 02/09/2019. Ceramah Perdana oleh Ust. Sihabudin
Muhaemin

21. Ceramah Khas pada 07/09/19 oleh Ust. Rosli Ibrahim

22. Ceramah Khas pada 09/09/19 oleh Ust. Eddyanto Sutijo

23. Ceramah Khas pada 29/09/19 oleh Ust. Yusri Abdul Karim

24. Ceramah Khas pada 05/10/19 oleh Ust. Mohd Naim Hj. Hashim

25. Ceramah Khas pada 14/10/19 oleh Ust. Eddyanto Sutijo

26. Ceramah Perdana Maulidur Rasul pada 02/11/19 oleh Ust. Zulhazwan Ismail

27. Ceramah Khas pada 06/12/19 oleh Ust. Kamaruddin Sidek

28. Ceramah Khas pada 07/12/19 oleh Ust. Rosli Ibrahim

29. Ceramah Khas pada 09/12/19 oleh Ust. Eddyanto Sutijo

30. Ceramah Khas pada 29/12/19 oleh Ust. Zulhazwan Ismail

31. Ceramah Khas pada 31/12/19 oleh Ust. Syed Putra Syed Hashim

32. Iftar Jamaéi (Majlis Berbuka Puasa) pada setiap hari Isnin minggu ke 2 dan juga
pada setiap hari Isnin Khamis sepanjang bulan Rejab dan Syaaban. Kuliah
maghrib khas turut diadakan pada setiap majlis Iftar Jamaéi.

Selain dari itu, pelbagai bentuk sumbangan telah diberikan kepada ahli-ahli qariah yang ditimpa
musibah seperti kemalangan dan sebagainya. Sumbangan juga telah diberikan kepada anak-anak
yatim ( 29 orang ), ibu tunggal ( 28 orang ), golongan kurang upaya ( 12 orang ) dan juga
keluarga yang miskin ( 22 keluarga ). Pelbagai bentuk derma dan sumbangan bantuan juga telah
diterima daripada ahli-ahli qariah yang prihatin untuk diagihkan kepada golongan tersebut.

4
Laporan aktiviti bagi tahun 2021

Pada sepanjang tahun 2020 sehingga 2021, seluruh dunia dilanda dengan pandemik Covid 19.
Oleh itu, sebagai langkah pencegahan dan kawalan seluruh premis masjid dan surau di seluruh
dunia ’ditutup’ buat sementara waktu kepada ahli qariah. Sehubungan dengan itu, majlis-majlis
ilmu dan bacaan Yasiin dan tahlil terpaksa dihentikan buat semnentara waktu.

Walaubagaimanapun, Biro Dakwah tersus berusaha menganjurkan siri-siri kuliah maghrib dan
juga majlis bacaan surah Yasiin dan tahlil arwah secara online melalui aplikasi Googlemeet.
Program secara online ini, tanpa diduga telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan
bukan sahaja dari kalangan ahli qariah, bahkan juga dari seluruh negara yang mempunyai rakan
dan kenalan dari kalangan ahli qariah Taman Pelangi ini.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah sebagaimana berikut :

A. Aktiviti Mingguan :

1. Majlis bacaan Yasiin dan tahlil arwah pada setiap malam Jumaat (Selepas Solat Maghrib)

2. Bacaan surah al-Kahfi pada setiap hari jumaat ( Sebelum Solat Jumaat )

3. Ceramah Online pada setiap hari Selasa dan Sabtu (Selepas Solat Maghrib)

4. Ceramah Online pada 29/06/2021 oleh Ust. Rosli Ibrahim

5. Ceramah Online pada 03/07/2021 oleh Ust. Muhammad Abdil Muqtadir

6. Ceramah Online pada 06/07/2021 oleh Ust. Mohd Farhan Madzlan

7. Ceramah Online pada 10/07/2021 oleh Ust. Zulkarnain Hamzah al-Hafiz

8. Ceramah Online pada 13/07/2021 oleh Ust. Mohd Naim Hashim

9. Ceramah Online pada 17/07/2021 oleh Ust. Ghazali Omar

10. Ceramah Online pada 24/07/2021 oleh Ust. Eddyanto Sutijo

11. Ceramah Online pada 27/07/2021 oleh Ust. Muhammad Rahim Nasir

12. Ceramah Online pada 31/07/2021 oleh Ust. Abdul Aziz Disa

13. Ceramah Online pada 03/08/2021 oleh Ust. Abdul Jalil Hanafee

14. Ceramah Online pada 07/08/2021 oleh Ust. Mohd Rizal Mokhter

15. Ceramah Online pada 10/08/2021 oleh Ust. Zulkarnain Hamzah al-Hafiz

16. Ceramah Online pada 14/08/2021 oleh Ust. Mohd Fauzan Madzlan

5
17. Ceramah Online pada 17/08/2021 oleh Ust. Zamri Zainuldin (Mantop)

18. Ceramah Online pada 21/08/2021 oleh Ust. Khairil Anuar Salleh

19. Ceramah Online pada 24/08/2021 oleh Ust. Syed Putra Syed Hashim

20. Ceramah Online pada 28/08/2021 oleh Ust. Yusri Abdul Karim

21. Ceramah Online pada 31/08/2021 oleh Ust. Halim Din

22. Ceramah Online pada 04/09/2021 oleh Ust. Datok Nizam Kamaruzaman

23. Ceramah Online pada 07/09/2021 oleh Ust. Sallahuddin Nasir

24. Ceramah Online pada 11/09/2021 oleh Ust. Mohd Naim Hashim

25. Ceramah Online pada 14/09/2021 oleh Ust. Eddyanto Sutijo

26. Ceramah Online pada 18/09/2021 oleh Ust. Muhammad Luqman Makhtar

27. Ceramah Online pada 21/09/2021 oleh Ust. Rosli Ibrahim

28. Ceramah Online pada 25/09/2021 oleh Ust. Syed Putra Syed Hashim

29. Ceramah Online pada 28/09/2021 oleh Ust. Muhammad Rahim Nasir

Selepas kes Covid 19 semakin beransur reda, banyak kelonggaran yang telah diberikan kepada
pihak surau untuk mengadakan kembali majlis-majlis ilmu secara bersemuka. Oleh itu, Biro
Dakwah telah menyusun kembali jadual kuliah mingguan dan ceramah khas sebagaimana
berikut:

C. Aktiviti Bulanan

30. Ceramah Khas pada setiap hari Sabtu minggu pertama ( Selepas Solat Maghrib )

31. Kuliah bulanan Fiqh Solat oleh Ust. Khairil Anuar bin Salleh pada setiap hari ahad
minggu pertama ( Selepas Solat Subuh )

32. Kuliah bulanan Fiqh Sirah oleh Ust. Luqman Muhammad pada setiap hari Ahad minggu
pertama ( Selepas Solat Maghrib ).

33. Kuliah bulanan Fiqh ( Kitab Pedoman Solat Berjemaah ) oleh Ustaz Ridhuan Mohd Nor
pada setiap hari Sabtu minggu ke 2 ( Selepas Solat Maghrib )

34. Kuliah bulanan Sirah ( Kitab Kelebihan Rasulullah SAW ) oleh Ustaz Aziz Disa pada
setiap hari Ahad minggu ke 2 ( Selepas Solat Subuh )

6
35. Kuliah bulanan Hadis ( Kitab Hadis 40 ) oleh Ustaz Mohd Firdaus Madzlan pada setiap
hari Ahad minggu ke 2 ( Selepas Solat Maghrib )

36. Kuliah bulanan Tasauf (Kitab Riyadus Solihin ) pada setiap hari sabtu minggu ke 3 oleh
Ust. Eddyanto Sutijo (Selepas Solat Maghrib )

37. Kuliah bulanan Tafsir Surah al-Baqarah oleh Ustaz Fadli Ghani pada setiap hari Ahad
minggu ke 3 ( Selepas Solat Subuh )

38. Kuliah bulanan Fiqh Munakahat oleh Ust. Mohd Fauzan Madzlan pada setiap hari
Ahad minggu ke 3 ( Selepas Solat Maghrib )

39. Kuliah bulanan Tafsir Surah Yunus oleh Ustaz Ridzwan bin Ismail pada setiap hari Sabtu
minggu ke 4 ( Selepas Solat Maghrib )

40. Kuliah bulanan Hadis Qudsi oleh Ustaz Datok Nizam bin Kamaruzaman pada setiap
hari Ahad minggu ke 4 ( Selepas Solat Subuh )

41. Kuliah bulanan Tasauf ( Kitab Minhajul Abidin )oleh Ustaz Yunus Kamaruddin
pada setiap hari Ahad minggu ke 4 ( Selepas Solat Maghrib )

42. Kuliah Haraki (Kitab: Apa Ertinya Saya Menganut Islam) oleh Ust. Ramli Osman pada
setiap hari Khamis minggu pertama ( Selepas Solat Maghrib )

G. Program Khas

1. Ceramah Perdana Maulidur Rasul pada 19/10/2021 oleh Ust. Salahuddin Nasir

2. Ceramah Khas pada 30/10/2021 oleh Ust. Halim Din

3. Ceramah Khas pada 31/10/2021 oleh Ust. Yusri Abdul Karim

6.2 LAPORAN BIRO KEBAJIKAN

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) daripada pihak kerajaan, seluruh lapisan
masyarakat telah terkesan akibat pandemik Covid 19. Biro Dakwah dan Kebajikan Surau Al-
Ikhwan juga telah menggerakkan pelbagai jenis bantuan untuk disalurkan kepada ahli qariah
yang memerlukan.

Pelbagai bentuk sumbangan telah diberikan kepada ahli-ahli qariah yang memerlukan bantuan
termasuk menyediakan sarapan pagi dan juga menyediakan pelbagai barangan keperluan
makanan dan harian di troli makanan di surau.

7
Antara bentuk sumbangan yang telah disampaikan kepada ahli qariah sepanjang tempoh PKP
adalah sebagaimana berikut:

a) Sumbangan wang tunai kepada 65 keluarga.

b) Sarapan pagi kepada 14 keluarga.

c) Sumbangan barangan makanan dari Masjid Nurul Iman Rawang kepada 17 keluarga
asnaf.

d) Sumbangan barangan makanan dari Syarikat Adabi kepada 45 keluarga.

e) Sumbangan wang tunai dari NGO kepada 12 ibu tunggal.

f) Sumbangan barangan makanan dari NGO kepada 21 keluarga.

g) Sumbangan barangan makanan dari NGO kepada 50 keluarga.

h) Sumbangan barangan makanan dari NGO kepada 50 keluarga.

Selain dari itu, pelbagai bentuk sumbangan telah diberikan kepada ahli-ahli qariah yang ditimpa
musibah seperti kemalangan dan sebagainya. Sumbangan juga telah diberikan kepada anak-anak
yatim ( 37 orang ), ibu tunggal ( 29 orang ), golongan kurang upaya ( 23 orang ) dan juga
keluarga yang miskin ( 32 keluarga ). Pelbagai bentuk derma dan sumbangan bantuan juga telah
diterima daripada ahli-ahli qariah yang prihatin untuk diagihkan kepada golongan tersebut

6.3 Laporan Biro wanita dibentang oleh Pn Hjh Noriah bt Mat

AKTIVITI-AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN

TAHUN 2020

5 Januari 2020 Kuliah Ustazah Hajah Latifah bt Hj Moh Yasin


12 Januari 2020 Kuliah Ustazah Hajah Fadillah Ulfa
2 Februari 2020 Kuliah Ustazah Hajah Fadillah Ulfa
16 Februari 2020 Kuliah Ustazah Hajah Latifah bt Hj Moh Yasin
7 Mac 2020 Kuliah Ustazah Hajah Latifah bt Hj Moh Yasin
15 Mac 2020 Kuliah Ustazah Hajah Fadillah Ulfa
13 September 2020 Kuliah Ustazah Hajah Latifah bt Hj Moh Yasin

8
4 Oktober 2020 Kuliah Ustaz Eddy
18 November 2020 Kuliah Ustazah Hajah Latifah bt Hj Moh Yasin

TAHUN 2021
1 Mei 2021 Kuliah dan Solat Sunat Tasbih bersama Ustazah Hajah
Latifah bt Hj Moh Yasin

12 Mei 2021 Memberi sumbangan Hari Raya Aidil Fitri (RM 50) kepada
18 orang ibu tunggal di Taman Pelangi

19 Julai 2021 Memberi sumbangan Hari Raya Aidil Adha


(RM 50) kepada 18 orang ibu tunggal di Taman Pelangi

10 Oktober 2021 Kuliah Ustazah Hajah Latifah bt Hj Moh Yasin


4 November 2021 Kuliah Ustazah Hajah Latifah bt Hj Moh Yasin
12 Disember 2021 Kuliah Ustazah Hajah Latifah bt Hj Moh Yasin

6.4 Laporan Biro Pembangunan.

Pengerusi membentangkan beberapa aktiviti yang dilakukan :

1. Pembinaan khemah pada tahun 2020. Pihak surau telah meminta kebenaran kafa untuk
membina khemah diatas tanah kafa dengan tujuan untuk menampung Jemaah solat jumaat.

2. Membaik pulih dapur surau. Perbelanjaan RM5000 disumbang oleh Dato’Khairul Hayat bin
Yahya.

3. Jumlah perbelanjaan untuk pembinaan khemah ialah RM 103 025.00. Pihak surau telah
menerima sumbangan daripada individu sebanyak RM 100 800.00. Pihak surau hanya membayar
RM 100 000.00 kepada Dato’Khairul Hayat bin Yahya. Perbelanjaan selebihnya di sumbang
oleh Dato’Khairul Hayat bin Yahya.

6.5 Laporan Biro Siaraya

En Badli bin Zainal membentangkan bahawa PA Sistem surau sebelum ini telah digunakan
melebihi 10 tahun. Manakala PA Sistem sekarang adalah yang baru. Beliau memberitahu bahawa
belanja untuk pembaikan ditaja oleh Dato Khairul Hayat bin Yahya. Manakala jumlah kos
keseluruhan untuk menukar PA sistem baru termasuk kerja-kerja wiring adalah RM 16 205.00.
RM 16 000 adalah daripada duit surau, manakala selebihnya ditaja oleh En Badli bin Zainal.

7. Pembentangan Laporan Kewangan.

9
En Badli bin Zainal selaku Bendahari telah melaporkan Laporan Kewangan Bagi Tahun 2019,
2020, 2021 dan 1 Januari hingga 31 Julai 2022. Ahli diminta membuat semakan pada laporan

1. Kewangan Bagi Tahun 2019

Penerimaan untuk setahun berjumlah : RM 284, 891.00


Pembayaran untuk setahun berjumlah : RM 300, 428.10
Lebihan bayaran : ( RM 15, 577.10)

2. Kewangan Bagi Tahun 2020

Penerimaan untuk setahun berjumlah : RM 222, 886.11


Pembayaran untuk setahun berjumlah : RM 209, 537.34
Lebihan Penerimaan : RM 13, 348. 77

3. Kewangan Bagi Tahun 2021

Penerimaan untuk setahun berjumlah : RM 242, 912.96


Pembayaran untuk setahun berjumlah : RM 155, 601.35
Lebihan Penerimaan : RM 87, 311.61

4. Kewangan Bagi 1 Januari hingga 31 Julai 2022

Penerimaan berjumlah : RM 344, 650.05


Pembayaran berjumlah : RM 278, 606.99
Lebihan Penerimaan : RM 66, 043.06

Nota pecahan tabung surau


1. Tabung Sumbangan Kematian : RM 6,250.00
2. Tabung Fakir Miskin : RM 1,424.20
3. Tabung Kewangan Surau : RM 187, 700.32
Jumlah : RM 195, 374.52

7.2 Ustaz Abdul Munif mencadangkan supaya laporan kewangan berakhir bagi 31
Disember 2019, 31 Disember 2020, 31 Disember 2021 disahkan dan disokong oleh En
Zakaria bin Bodot.

8. Taklimat Perkembangan Pembinaan Masjid Taman Pelangi.

10
8.1 Encik Samsudin bin Ahmad selaku pengerusi jawatankuasa pembangunan Masjid Taman
Pelangi telah memberikan sedikit taklimat perkembangan pembinaan masjid.

8.2 Beliau memberitahu bahawa pelantikan jawatankuasa baru adalah bermula pada 6 Mac 2022.
Seramai 12 orang ahli jawatankuasa yang telah dilantik termasuk Muslimat.

8.3 Beliau menyatakan bahawa barisan jawatankuasa mengambil masa tiga bulan untuk
menyiapkan segala dokumen berkaitan pembangunan masjid. Segala dokumen telah lengkap
pada Mei 2022.

8.4 Beliau juga memberitahu bahawa penubuhan ajk pembinaan masjid yang terkini merupakan
penubuhan kedua.

8.5 Status kewangan terkini, berakhir September 2022 adalah :

Bank RM 269, 426.44


Wakaf Selangor RM 261, 117.96
Jumlah RM 530, 544.40

Encik Samsudin bin Ahmad menyatakan bahawa syarat pembinaan oleh pihak JAIS dan MAIS
boleh dimulakan apabila jumlah anggaran kutipan mencecah RM5 Juta.

9. Usul dan Cadangan

9.1 Usul Bertulis.

1. En Shuhaimi bin Safee mencadangkan supaya pihak surau dapat membuat sesuatu berkenaan
pembesar suara luaran, kerana di taman pinggiran fasa 2 tidak begitu jelas suara azannya.

a) Pengerusi - untuk menguatkan pembesar suara memerlukan menara yang tinggi supaya
dapat melepasi bangunan-bangunan yang lebih tinggi dari menara sekarang.

b) En Samsudin bin Ahmad - tarik cable ke tempat yang tidak kedengaran suara azan.

c) En Badli bin Zainal - membangunkan satu tiang tinggi dikawasan khemah surau.

d) En Ahmed Baharim bin Baharudin - melakukan penambahbaikan kepada horn speaker


corong besar. En Badli bin Zainal berkata bahawa kos untuk satu corong hampir RM3000.
Jika ingin membeli kena 2 unit.

Segala cadangan ini akan dibawa ke dalam mesyuarat ajk.

2. En Zainol Abidin bin Hj Abd Hamid mencadangkan beberapa perkara :

11
1. Memberi elaun kepada pentadbir surau.

a) Pengerusi memberitahu bahawa sebelum ini, surau telah memberi elaun kepada siak
kebersihan, siak dapur, dan setiausaha. Manakala sekarang, surau juga telah memberi
elaun kepada imam, bilal dan guru kelas mengaji al quran disurau. Oleh itu, surau tidak
mampu lagi memberi elaun kepada pentadbir lain kerana kewangan surau tidak
mencukupi. Oleh itu cadangan ini tidak diterima.

2. Kadar Jamuan Tahlil

a) Encik Zainol Abidin bin Hj Abd Hamid memberitahu sebelum ini, surau akan
memperuntukkan RM300 untuk majlis tahlil dimalam kematian. Beliau mencadangkan
bahawa peruntukkan itu dinaikkan ke RM500.

b) Pengerusi membuat keputusan bahawa RM300 akan dikekalkan dan didahulukan


kepada waris, jika waris ingin gunakan untuk jamuan tahlil maka surau akan
menggunakan wang tersebut untuk majlis tahlil.

3. Meraikan bakal-bakal haji

a) Pengerusi memberitahu bahawa pihak surau meraikan bakal-bakal haji dalam bentuk
pemberian sumbangan wang.

4. Daftar Katering Surau.

a) Cadangan supaya mempelawa dan mendaftar khidmat catering surau kepada ahli
kariah yang berminat bagi membekal jamuan untuk program-program surau.

b) Pengerusi memberitahu bahawa surau sudah mempunyai biro sajian yang


bertanggungjawab mengurus segala jamuan untuk program surau. Oleh itu, cadangan ini
ditolak.

5. Khairat Kematian MNIR

a) Cadangan supaya melantik seorang AJK surau membantu ahli kariah bagi mengisi
Borang Khairat kematian dalam bentuk “Google Form”

b) Pengerusi mencadangkan supaya setiausaha mengambil tanggungjawab.

c) Setiausaha tidak bersedia dan usul akan dibawa ke mesyuarat Ajk.

6. Bacaan Yasin

12
a) Cadangan supaya perdengarkan bacaan yasin jika ada kematian ahli kariah.

b) Setiausaha menyatakan bahawa beliau bersedia untuk membaca yasin menggunakan


speaker azan surau. Cadangan diterima

7. Kursus Pengurusan Jenazah.

a) Cadangan supaya menganjurkan kursus pengurusan jenazah.

b) Pengerusi memberitahu bahawa cadangan diterima. Surau akan mengusahakan untuk


mengadakan kursus tetapi dalam bentuk penyampaian ilmu pengetahuan sahaja. Untuk
amali mungkin tidak dilaksanakan kerana surau tiada tempat khusus untuk pengurusan
jenazah dan kebanyakan ahli kariah merupakan ahli khairat kematian Masjid Nurul
Iman.

8. Tabung Fakir Miskin dan Anak Yatim

a) Cadangan untuk mewujudkan tabung kekal untuk fakir miskin dan anak yatim.

b) Tn Hj Aris memberitahu bahawa kewujudan tabung akan menyukarkan pengurusan.


Maka cadangan ditolak.

9. Peti Cadangan / Aduan

a) Pengerusi memberitahu bahawa peti cadangan pernah ada, tetapi tidak digunakan
sebaiknya kerana kadangkala kanak-kanak memasukkan sampah didalam peti tersebut.
Cadangan ditolak

10. Daftar Anak Kariah

a) Cadangan supaya setiausaha sentiasa mengemaskini Daftar Anak Kariah.

b) Cadangan diterima. Setiausaha akan bertanggungjawab.

11. Perkakas Dapur dan Peralatan Surau.

a) Cadangan supaya mengemaskini setiap pembelian dan pelupusan. Perlu ada kawalan ke
atas semua perkakas dapur dan peralatan surau termasuk membuat inventori secara
berkala.

b) Pengerusi menyatakan bahawa cadangan ini telah dilaksanakan seperti yang terdapat
didalam laporan biro harta.

12. Elaun Siak Surau.

13
a) Cadangan supaya menaikkan elaun siak surau.

b) Pengerusi memaklumkan bahawa jumlah elaun siak bulanan setakat ini ialah
RM1200.00. Beliau menyatakan bahawa jumlah ini sudah memadai maka cadangan ini
tidak diterima.

9.2 Usul Lisan

1. Tn Hj Hamdani bin Paiman mencadangkan supaya menambah kipas dibahagian belakang


surau.

a) Pengerusi menyatakan bahawa cadangan ini diterima dan urusan pembelian akan
dibincang dalam mesyuarat Ajk.

2. Tn Hj Abdul Hamid bin Md Yasin mencadangkan supaya surau menyediakan pejabat untuk
setiausaha bagi memudahkan setiausaha membuat kerja.

a) Cadangan diterima dan akan dibawa ke mesyuarat Ajk.

3. En Rosli bin Zainol memaklumkan bahawa beliau baru pindah 2 tahun yang beralamat di Jalan
5 nombor 12. Beliau berkata bahawa nama beliau dalam senarai sumbangan kematian tiada sejak
arwah Zainal bin Montak meninggal.

a) Tn Hj Aris menerangkan bahawa jika tidak bayar 2 kali berturut-turut, maka nama
akan digugurkan. ( Tindakan : Makluman)

4. En Zainol Abidin bin Hj Abd Hamid mencadangkan :

4.1 Surau memberi penerangan kepada ahli kariah berkenaan Skim Khairat Kematian MNIR dan
Skim Tabung Sumbangan Kematian Surau.

a) Tn Hj Imam Aris memberitahu bahawa taklimat telah diadakan sebelum ini tetapi tidak
ramai yang hadir.

4.2 Perbanyakkan Program Remaja seperti kem motivasi, usrah, silat, kompang dan sukan.

a) Pengerusi menyatakan surau akan mengusahakan cadangan ini. Beliau memaklumkan


juga sebelum ini surau ada membuat banyak program, disebabkan PKP maka segala
program terpaksa ditangguhkan.

4.3 Cadangan supaya jamuan hari raya diadakan pada hari Jumaat bagi menghargai sumbangan
pekerja-pekerja kilang kepada Tabung Jumaat.

a) Cadangan akan dibawa di dalam mesyuarat Ajk.

14
4.3 Cadangan supaya mempamerkan gambar-gambar aktiviti surau seperti perarakan Maulidur
Rasul, Jamuan Hari Raya, Solat Hari Raya, Program Ibadah Korban, Jamuan Berbuka puasa,
Jamuan Moreh, Solat Tarawih, Mesyuarat Agung dan lain-lain.

a) Cadangan diterima. Tindakan oleh setiausaha.

4.4 Cadangan supaya pasang lampu di serambi Jalan 8 selepas pukul 7.00 petang hingga solat
Isyak supaya surau nampak cerah.

a) Tn Hj Aris bin Md Isa memberitahu bahawa kanak-kanak akan bermain bola di


kawasan tersebut jika lampu dipasang. Oleh itu cadangan ini tidak diterima.

10. Ucapan Penangguhan oleh Pengerusi Surau Taman Pelangi.

10.1 Pengerusi Ustaz Muhammad Jasri bin Ishak mengucapkan terima kasih kepada segala
cadangan yang diberikan mudah-mudahan cadangan-cadangan tersebut membantu dalam
penambahbaikan pengurusan surau.

10.2 Mesyuarat Agung 2022 kali ini ditangguhkan pada jam 12.34 tengah hari dan ditutup
dengan bacaan Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr.

Disediakan oleh Diluluskan oleh

faliq
Mohammad Faliq bin Bujang Muhammad Jasri bin Ishak

Setiausaha Pengerusi

s.k. Pengerusi Surau Al-Ikhwan

Pegawai Tadbir Agama Islam, PAID Gombak

15
16

You might also like