Fasal-Fasal Pencetus Keharmonian Hubungan Sesama Manusia Dalam Undang-Undang 99 Perak

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

International Journal of the Malay World and Civilisation 11(1), 2023: 19 – 30

(https://doi.org/10.17576/jatma-2023-1101-03)

Fasal-Fasal Pencetus Keharmonian Hubungan Sesama Manusia dalam Undang-Undang 99 Perak

The Clause That Triggers the Harmony of Human Relationships in the Ninety-Nine Laws of Perak

Salmah Jan Noor Muhammad & Zulkifli Mohamad

ABSTRAK

Makalah ini membincangkan fasal-fasal pencetus keharmonian hubungan sesama manusia dalam Undang-Undang 99
Perak. Undang-undang 99 Perak merupakan karya agung Melayu yang ditulis pada zaman pemerintahan kesultanan
Perak sebagai panduan atau kiat kepada pemerintah Perak untuk menjalankan tugas sebagai pemimpin tertinggi
kerajaan bagi mentadbir urus pemerintahan yang adil dan saksama. Undang-Undang 99 Perak merangkumi undang-
undang pentadbiran dan pemerintahan, undang-undang jenayah, undang-undang keluarga dan masyarakat serta
undang-undang perkahwinan. Pembahagian ini adalah berdasarkan kepada penyelesaian isu yang dihadapi oleh
rakyat jelata bagi mengekalkan keharmonian dalam kerajaan. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti
fasal-fasal dominan tentang keharmonian hubungan sesama manusia dan menganalisis cara atau kaedah kehormanian
tersebut dibentuk oleh golongan pemerintah dan pembesar. Bagi mencapai objektif penulisan, kaedah kepustakaan dan
analisis teks telah digunakan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat fasal-fasal dalam Undang-Undang 99 Perak
yang dapat mencetuskan keharmonian dengan penglibatan secara berangkai antara raja, pembesar dan juga rakyat
jelata. Dengan adanya kajian seperti ini, diharapkan dapat memberi sumbangan kepada pengkaji undang-undang
untuk mengetahui isi kandungan yang terdapat dalam manuskrip bergenre seperti ini dan seterusnya membuka ruang
pengkajian dari sudut lain yang dapat diterokai bagi melestari pengkajian manuskrip Melayu lama.

Kata kunci: Karya Agung Melayu; keharmonian; manuskrip Melayu; Kesultanan Melayu Perak; Undang-undang 99
Perak

ABSTRACT

This article discusses the clauses that trigger the harmony of human relations in The Ninety-Nine Laws of Perak. The
Ninety-Nine Laws of Perak is a Malay masterpiece written during the Sultanate’s reign as a guide or advice to the
Perak government to carry out its duties as a leader to administer a fair government. It consists of administrative and
governmental laws, criminal laws, family and community laws and marriage laws. This division is based on solving
the issues faced by ordinary people to maintain harmony in the government. Therefore, the present article will focus
on two objectives: identifying the dominant clauses about the balance of human relationships and analysing the ruling
class and dignitaries from the approaches of unity. Library research and content analysis were employed to achieve the
study’s objective. The study results show that clauses in the Ninety-Nine Laws of Perak can create harmony with the
involvement of the king, dignitaries and even the ordinary people. Therefore, it is hoped that this study will contribute
to law researchers by exposing content in genre manuscripts and opening an opportunity to explore research from a
different perspective to sustain the study of ancient Malay manuscripts.

Keywords: Malay Masterpieces; harmony; Malay manuscript; Perak Malay Sultanate; The Ninety-Nine Laws of Perak

PENGENALAN ini dimiliki oleh pemerintah sebuah kerajaan sebagai


salah satu kaedah untuk mentadbir rakyat bagi
Manuskrip undang-undang dihasilkan adalah untuk memastikan kelancaran pemerintahan (Salmah Jan
membentuk kawalan sosial antara pemerintah dengan Noor Muhammad 2022). Setiap kerajaan kesultanan
yang diperintah. Manuskrip bergenre ini merupakan Melayu mempunyai undang-undangnya tersendiri.
susunan dekri yang dilakukan oleh pemerintah bagi Misalnya, kerajaan Melaka dengan Hukum Kanun
mencapai kestabilan pemerintahan selain mencipta Melaka, kerajaan Kedah terkenal dengan Undang-
keharmonian isi dalaman kerajaan. Lazimnya, genre Undang Kedah, dan kerajaan Johor dikenali
20 Salmah Jan Noor Muhammad & Zulkifli Mohamad

dengan Undang-Undang Tubuh Johor. Kebanyakan zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin (Abu
undang-undang di Tanah Melayu berpaksikan Hassan Sham dan Mariyam Salim 1995). Oleh itu,
pada Hukum Kanun Melaka akan tetapi terdapat persoalan ini perlu dibangkitkan dari aspek sejarah
undang-undang yang tidak sepenuhnya bertiangkan dan antropologi untuk menjawab kepastian kepada
kepada Hukum Kanun Melaka seperti Undang- isu tersebut.
undang 99 Perak. Hal ini kerana dikatakan bahawa Undang-undang 99 Perak ialah antara karya
pengasas kepada undang-undang ini adalah berasal agung Melayu kepunyaan negeri Perak selain
daripada Hadramaut iaitu Sayid Hussain al-Faradaz daripada Misa Melayu. Sehingga kini, manuskrip
Jamalullail. Namun begitu, undang-undang ini asal Undang-undang 99 Perak belum lagi ditemui.
ditambah baik dengan mengasimilasi adat dan Namun begitu, terdapat dua buah versi manuskrip
budaya masyarakat Perak. yang dikenal pasti bagi membantu mendapatkan
Menurut Maxwell (1886), Sayid Hussain al- gambaran keseluruhan corak undang-undang yang
Faradaz merupakan guru agama pertama kepada diamalkan di negeri tersebut. Versi tersebut ialah:
sultan Perak. Kedatangan Sayid Hussain al-Faradaz
Jamalullail pada zaman pemerintahan kesultanan a. Manuskrip Undang-Undang Sembilan
Perak juga menjadi persoalan kerana terdapat rekod Puluh Sembilan Perak, berkod MS
yang menyatakan bahawa beliau datang pada zaman 40327, disimpan di Perpustakaan School
pemerintahan Sultan Mahmud Iskandar Shah (1653- of Oriental and African Studies (SOAS),
1720) (Abdul Halim Nasir 1977) dan ada sarjana London, bertarikh 10 Disember 1886 yang
yang menyebutkan bahawa beliau hadir di Perak diperoleh daripada R.O Winstedt.
pada tahun lebih awal iaitu pada 1577- 1584 pada

RAJAH 1. Salinan Digital MS 40327


Sumber : School of Oriental and African Studies (SOAS), London

RAJAH 1. Salinan Digital MS 40327


Sumber : School of Oriental and African Studies (SOAS), London
Salmah Jan Noor Muhammad & Zulkifli Mohamad 21

b. Salinan faksimilile Undang-Undang ini tercatat Sayid Ja’afar bin Sayid Unus
Sembilan Puluh Sembilan Perak tersimpan yang berkhidmat selaku Dato’ Penghulu
di Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur Kuala Teja di dalam daerah Kinta, Negeri
(ANM 2007/0052706) bertarikh 12 Oktober Perak dan pada halaman kedua salinan ini
1916 yang dikatakan diperoleh melalui mencatatkan manuskrip ini dikurniai oleh
Jazamuddin Baharuddin, Dewan Bahasa dan Raja Haji Yahya.
Pustaka pada 1981. Pada bahagian salinan

RAJAH 2. Salinan faksimilile Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan Perak


Sumber : Jelani Harun

Dalam penulisan ini, versi MS 40327 akan ditambah senarai dari semasa ke semasa sehingga
digunakan sebagai bahan perbincangan utama. menjadi 99 fasal kesemuanya. Skop perbincangan
Apabila menelaah kandungan pada undang-undang manuskrip menjadi lebih luas dengan menyentuh
ini, ia bukan sahaja disediakan kepada golongan adat dan budaya, norma serta pembangunan sahsiah
rakyat semata-mata tetapi juga kepada golongan masyarakat yang menambahkan lagi kesejahteraan
pemimpin seperti raja, menteri dan penghulu dan keharmonian sesama manusia.
kampung sebagai panduan dalam melaksanakan Secara keseluruhannya, manuskrip MS 40327
hala tuju pemerintahan. Pada awal pembentukannya, menyenaraikan perkara seperti berikut:
undang-undang 99 Perak mempunyai 40 fasal dan
22 Salmah Jan Noor Muhammad & Zulkifli Mohamad

JADUAL 1. Senarai Butiran MS 40327

Bil Perkara Halaman


1. Halaman Judul 1
2. Sebuah Pantun 2
3. Sebuah Syair dengan bahasa Inggeris 3-4
4. Syair Kapal Tenggelam 5-8
5. Sebuah Pantun 9
6. Syair Jeneral Yang Pertama 10-12
7. Catatan 13
8. Jadual Haribulan Arab 14
9. Jadual Haribulan Orang Putih 15
10. Catatan Peribahasa 16
11. Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan 17 -36
12. Sebuah Syair 37-38
13. Sejarah awal dan pentadbiran kerajaan Negeri Perak 39-49
14. Syair Neraka dan Syair Ibadat 50-53
15. Aturan Raja-Raja dan Orang-Orang Besar Perak 54-55
16. Pantun Orang Baru Berkasih-Kasihan Adanya 56
17. Syair Tuan Wise Memungut Sewa Di Sayong 56-59

Berdasarkan pada jadual di atas, Undang-Undang kepada mengenal pasti fasal-fasal dominan, yang
99 Perak dibincangkan pada perkara 11, halaman menyatakan tentang keharmonian hubungan sesama
17 hingga 36. Manuskrip ini telah ditransliterasi manusia dan juga menganalisis cara atau kaedah
dan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh kehormanian tersebut dibentuk.
J. Rigby dan diterbitkan oleh R.J Wilkinson pada Objektif ini selari dengan pernyataan motif
1908 dalam Papers on Malay Subject. Seterusnya, pengharapan kepada pembentukan kesejahteraan
Hooker pula telah menerbitkannya semula dengan dan keharmonian ini yang jelas tertulis pada awal
tajuk Reading in Malay Adat Laws pada 1970. bahagian manuskrip ini, iaitu:
Pengkajian dan penerbitan Undang-Undang 99
Perak juga telah diusahakan oleh Fawzi Basri a. Jadi inilah undang-undang diturunkan ke bawah
angin ini, turun temurun menjadi ikutan pada mana-
(1986) dengan menggunakan sumber daripada mana negeri yang ada beraja dan orang besar-besar
Arkib Negara Malaysia. supaya boleh dijalankan hukum undang-undang ini.
Selain itu, Norazit Selat (1999) memfokuskan b. Sebab pun maka diturunkan undang-undang ini
penulisannya kepada pembahagian kuasa antara kerana adalah tiap-tiap negeri itu ada rajanya dan
eksekutif dan kehakiman. Sementara, Halimah orang besar serta penghulu dan anak baik-baik supaya
menentukan pangkatnya. Jika didirikan hukum Quran
Hassan (2019) pula membincangkan tentang syarat-
dengan hukum undang-undang di dalam sebuah
syarat pelantikan raja dan golongan bangsawan serta negeri nescaya amanlah isi negeri itu.
tanggungjawab golongan ini terhadap rakyat dan
(MS 40327: 1)
Wan Ahmad Fauzi Wan Husain (2021) menekankan
tentang syarat-syarat pemakaian kedaulatan watan Dalam melancarkan pelaksanaan penulisan
bagi dasar pentadbiran Kerajaan Perak. Manakala ini, kaedah kepustakaan dan analisis teks telah
mutakhir ini, Jelani Harun (2022) juga telah mengkaji digunakan untuk mendapatkan data kajian.
manuskrip ini, bersumberkan MS 40327 dari sudut Terdapat dua tahap utama tatacara kajian yang
filologi dan diterbitkan oleh Yayasan Karyawan. dirancangkan untuk mengemukakan penulisan
Melalui pengamatan, kajian-kajian terdahulu ini, iaitu pengumpulan data dan penganalisisan
cenderung kepada perbincangan sejarah dan politik data. Pada tahap pengumpulan data, penulis akan
tetapi tidak mengkategorikan dan memperincikan melakukan penelitian terhadap keseluruhan fasal
fasal yang mencipta keharmonian hubungan sesama yang bersesuaian dengan objektif kajian pertama.
manusia. Oleh itu, penulisan ini akan memfokuskan Setiap pembacaan akan diteliti dan dicatat,
Salmah Jan Noor Muhammad & Zulkifli Mohamad 23

terutamanya maklumat yang membincangkan PENDIDIKAN MENERUSI KAWALAN SOSIAL


topik kajian. Manakala, pada tahap penganalisisan BERAJA
data, perkara yang ditumpukan ialah berkenaan
maklumat yang diperoleh daripada tahap pertama Menurut Jelani Harun (2017), teras utama yang
dan akan digunakan sebagai bahan perbincangan membentuk nukleus politik Melayu adalah raja
untuk menganalisis dapatan kajian bagi menjawab yang bertakhta merupakan seorang individu yang
objektif kedua. mempunyai nasab yang sah untuk mentadbir
sesebuah kerajaan dan mempunyai rakyat yang
akan mentaati segala arahan yang diperintahkan.
ANALISIS DAN PERBINCANGAN
Penjagaan nasab dapat menjamin kesejahteraan
Gaya kepengarangan manuskrip ini sangat menarik fizikal, emosi dan rohani (Yashar Shariff 2014).
dan berbeza dengan manuskrip undang-undang Oleh itu, salah satu inisiatif untuk membentuk
lain yang terdapat di Tanah Melayu kerana ia keharmonian antara golongan pemerintah dan
dipersembahkan dalam bentuk dialog soal jawab diperintah adalah dengan menjelaskan batasan
antara Raja Nasarwan ‘Adil (Raja Nusyirwan Adil) antara kedua-dua golongan ini.
dengan menterinya, bernama Khoja Birza Mir Batasan hubungan ini juga dikenali sebagai
Hakim. Dialog yang dilontarkan adalah berkisar kawalan sosial. Menurut Amir Hassan Dawi
tentang permasalahan yang timbul dalam masyarakat (2002) kawalan sosial ialah amalan-amalan dalam
dan diiringi dengan cadangan penyelesaian. Frasa kumpulan sosial yang menuruti norma yang telah
ayat yang digunakan dalam sesi ini juga mudah ditetapkan oleh kumpulan tertentu. Rokiah Ismail
difahami selain menonjolkan peranan menteri (2002) menyatakan bahawa kawalan sosial ialah
sebagai penasihat raja yang memberi panduan proses yang menyebabkan individu akur pada
kepada raja agar mentadbir kerajaan dengan seadil- norma masyarakat manakala Halimah Hassan
adilnya selaras dengan gelaran ‘bayangan Tuhan di (2007) pula menjelaskan kawalan sosial ialah
muka bumi’ yang perlu meletakkan hak keadilan proses sosialisasi yang menjadi aspek keperkasaan
pada tempat yang sewajarnya. dan kelestarian budaya dalam sesebuah masyarakat.
Dalam Nasihat al-Muluk karangan Imam al- Secara ringkasnya, kawalan sosial ialah peraturan
Ghazali menyatakan bahawa gelaran “Khalifah yang ditetapkan oleh institusi berwajib terhadap
Allah”, Zillullahu fil-‘alam dan “Bayangan Tuhan sesebuah masyarakat bagi mengehadkan hubungan
Di dunia”, membuktikan bahawa pemerintah masing-masing.
adalah model terbaik untuk menyeimbangkan hal Pada fasal 24: Undang-Undang Orang
dunia dan akhirat kepada golongan diperintah. Mengadap Raja atau Orang Besar-Besar
Sementara itu, Taj al-Salatin pada fasal ke 10 dan memperlihatkan rakyat dididik tentang cara
ke 13 juga menekankan tentang pelantikan menteri. mengadap raja secara tertib. Amalan protokol ini
Antara intipati syarat pelantikan tersebut ialah masih menjadi kewajiban kepada rakyat apabila
bersifat amanah dan bertanggungjawab, sentiasa menghadap raja-raja Melayu dengan mengaplikasi
mengingatkan pemerintah agar tidak melanggar kaedah yang telah ditetapkan. Menerusi Undang-
hukum syarak dan tidak berbuat aniaya kepada Undang 99 Perak, kaedah yang dinyatakan ialah: a)
rakyat. perlu menundukkan kepala, b) pandangan mata yang
Undang-undang 99 Perak dapat dibahagikan tetap dan tidak memandang terus kepada wajah raja,
kepada beberapa bahagian iaitu undang-undang dan c) tidak menguatkan suara. Kaedah ini adalah
pentadbiran dan pemerintahan, undang-undang sebagai tanda hormat dan pengakuan pemilikan tuan
jenayah, undang-undang keluarga dan masyarakat badan kepada pemerintah kerajaan.
serta undang-undang perkahwinan. Menerusi ... “Tatkala duduk di balai itu maulah tundukkan kepala dan
penulisan ini akan dibincangkan fasal-fasal yang tiada boleh diliarkan mata, dan jangan memandang mukanya,
membincangkan pembentukan keharmonian dan suara jangan besarkan, tetapkan seperti duduk diam di
hubungan sesama manusia berserta kaedah. dalam adat
(MS 40327: 20).
24 Salmah Jan Noor Muhammad & Zulkifli Mohamad

Sememangnya raja mempunyai mandat untuk Fasal ini menasihatkan bahawa perbincangan
memberi pelajaran jangka panjang kepada rakyat perlu dilakukan dengan golongan yang sekufu agar
agar sentiasa menjaga disiplin diri. Hal ini penting permasalahan kerajaan dapat diselesaikan dengan
kerana ketertiban yang menjadi amalan lazim, akan jayanya. Bagi mencapai keputusan yang terbaik, fasal
turut membentuk akhlak yang baik kepada golongan ini juga menunjukkan bahawa keseimbangan darjat
rakyat. Menurut Abdullah al-Qari Salleh (1985), antara satu sama lain akan dapat mencegah daripada
untuk mengukur kehidupan sesebuah bangsa adalah berlakunya konflik perbezaan. Secara simboliknya,
dengan melihat kepada ketinggian akhlak bangsa perbezaan tahap pemikiran, tanggungjawab dan
tersebut. Oleh itu, frasa ‘rakyat adalah cerminan jawatan yang disandang oleh individu dalam
keperibadian raja’ dapat berfungsi dengan baik kerajaan akan menimbulkan ketidakserasian dan
apabila rakyat yang terdidik dengan ketetapan sukar mencapai kesepakatan. Misalnya, perbualan
norma masyarakat turut mengaplikasikannya ketua kampung tidak akan sama dengan perbualan
kepada masyarakat luar. Misalnya, Hang Tuah golongan menteri kerana skop perbincangan dan
telah memberikan suatu simbol kemercuan sosial penetapan solusi adalah berbeza.
yang cemerlang kepada kerajaan Melaka apabila
mengekalkan disiplin diri dan adab susila semasa Maka sembah menteri, “Jika seorang berkata-kata pada seorang,
jangan dicampuri oleh orang banyak, mana-mana dilawannya
menjadi utusan kerajaan ke Benua Keling dan Siam. oleh raja-raja atau orang besar-besar itulah saja”.
Menurut Zainal Abidin bin Borhan (2017),
(MS 40327: 33).
pemimpin yang tidak dapat mendidik rakyatnya
diumpamakan seperti ‘rosak kelapa jika salah
Oleh itu, bagi mengatasi kecelaruan
kukur, rosak manusia jika salah atur’. Dengan
penyampaian maklumat, maka ditetapkan undang-
adanya penetapan hubungan antara raja dan
undang perbincangan hal ehwal kerajaan hanya
rakyat, pemerintah bukan sahaja mendidik rakyat
dihadiri oleh individu yang sekufu. Perkara ini
tentang adat istiadat tetapi sekali gus menerapkan
penting untuk membina interaksi sosial yang baik.
konsep daulat dan tulah, yang mana rakyat perlu
Menurut Sillars et al. (1984), persamaan dari aspek
mencurahkan taat setia kepada raja secara total.
pemikiran akan membawa kepada kelebihan untuk
Pengkhianatan adalah simbol kepada penderhakaan
mendapatkan idea yang banyak dan juga mampu
sepertimana yang berlaku kepada Sang Rajuna
mewujudkan komunikasi yang harmoni. Pendek
Tapa dan Hang Jebat. Keadaan ini akan berubah
kata, amalan perbincangan dalam golongan sekufu
menjadi harmoni apabila kedua-dua golongan ini
adalah perisai pencegahan daripada membuka ruang
dapat menjalankan fungsi masing-masing demi
penghinaan status sosial.
kesejahteraan kerajaan.

PERKONGSIAN CABARAN PERASAAN DAN


AMALAN PERBINCANGAN ANTARA
PEMIKIRAN
GOLONGAN SEKUFU
Seterusnya, pada fasal 99 : Undang-Undang Raja-
Amalan perbincangan sekufu yang dimaksudkan
Raja Dengan Orang Besar-Besar Dan Rakyat Dan
dalam penulisan ini adalah berfokuskan kepada hal
Rakyat Dengan Orang Besarnya adalah suatu fasal
ehwal pentadbiran. Menurut Fathi Yusof (2017),
yang menarik apabila wujudnya sesi perkongsian
sekufu dari sudut selain daripada agama adalah
masalah golongan pemerintah dan diperintah.
meliputi soal pekerjaan, keturunan, kemerdekaan
Perkara ini amat jarang didengari namun fasal 99
dan kekayaan. Dalam bahasa Arab, sekufu
pada undang-undang 99 Perak ini mencatatkan
disebut dengan kafa’ah, yang bermaksud sama
maklumat tersebut. Terdapat tiga tahap yang
atau seimbang atau sama taraf pada kekuatan
dinyatakan iaitu perkongsian cabaran perasaan dan
dan kemuliaan (al-Munjid fi al-Lughah 2002).
pemikiran oleh raja, perkongsian cabaran perasaan
Dalam Undang-Undang 99 Perak pada fasal 97,
dan pemikiran oleh pembesar dan perkongsian
menyatakan berkenaan Undang-Undang Orang
cabaran perasaan dan pemikiran oleh raja dan
Banyak Duduk Di Majlis Berkata di Tengah Majlis
pembesar kepada rakyat.
yang menekankan perbincangan pentadbiran perlu
Khoja Mir Hakim menasihati raja agar
dianggotai oleh golongan yang sama taraf.
meluahkan permasalahan yang menimpa bagi
mengurangkan bebanan yang dipikul. Buktinya
Salmah Jan Noor Muhammad & Zulkifli Mohamad 25

Maka sembah menteri Birza Mir Hakim, “Ya tuanku, jika ada Dan lagi, raja-raja atau orang besar-besar, jikalau apa bicara
barang-barang apa datang baik atau datang jahat, jangan ditaruh dan jahat maulah dinyatakan pada rakyat supaya boleh tahu
di dalam hati, maulah dititahkan pada orang-orang besar. didengarnya orang yang banyak supaya ditahu dan ingat
(MS 40327: 33) (MS 40327: 33).

Selain itu, fasal 99 juga menasihatkan pembesar Hal ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang
agar berkongsi cabaran perasaan dan pemikiran prasangka dan juga fitnah yang menyebabkan
kepada raja : berlakunya perpecahan dalam masyarakat.
Perpecahan akan mengakibatkan keharmonian
Jika apa-apa baik dan jahat mau disebutkan pada rajanya, sesebuah kerajaan akan terjejas dan rakyat sentiasa
janganlah ditaruh di dalam hati.
akan hidup dalam keadaan berhati-hati dan saling
(MS 40327: 33). tidak mempercayai antara satu sama lain. Firman
Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 103,
Undang-Undang 99 Perak menggariskan
bahawa raja dinasihati agar meluahkan rasa fikir dan ‫للاِ َعلَ ْي ُك ْم اِ ْذ‬ّ ٰ َ‫للاِ َج ِم ْيعًا و ََّل تَفَ َّرقُوْ ا ۖ َو ْاذ ُكرُوْ ا نِ ْع َمت‬ ّ ٰ ‫َص ُموْ ا بِ َحب ِْل‬ِ ‫َوا ْعت‬
hatinya kepada menteri dan begitu juga sebaliknya. َ‫ُك ْنتُ ْم اَ ْعد َۤا ًء فَاَلَّفَ بَ ْينَ قُلُوْ بِ ُك ْم فَاَصْ بَحْ تُ ْم بِنِ ْع َمتِ ٖ ٓه اِ ْخ َوانً ۚا َو ُك ْنتُ ْم ع َٰلى َشفا‬
Tidak kira sama ada yang dirasai atau yang difikirkan ّ ٰ ُ‫ك يُبَيِّن‬
َ‫للاُ لَ ُك ْم ٰا ٰيتِ ٖه لَ َعلَّ ُك ْم تَ ْهتَ ُدوْ ن‬ َ ِ‫ار فَا َ ْنقَ َذ ُك ْم ِّم ْنهَا ۗ َك ٰذل‬
ِ َّ‫ُح ْف َر ٍة ِّمنَ الن‬
itu bersifat positif atau negatif. Tidak dinafikan
bahawa tanggungjawab seorang raja dan pembesar “Dan berpegang teguhlah kamu pada tali Allah (Islam), jangan
adalah berat dan tidak dapat lari daripada tekanan berpecah-belah, dan ingatlah ketika kamu berada di jurang api
neraka (disebabkan perpecahan), maka Allah menyelamatkan
pentadbiran. Tekanan dalam keadaan sederhana
kamu dengan nikmat persaudaraan. Demikian Allah
boleh mendatangkan kebaikan dan menjadi menerangkan pada kamu ayat-ayat-Nya, mudah-mudahan
dorongan untuk melakukan kerja lebih sistematik. kamu beroleh petunjuk.”
Namun demikian, sekiranya tekanan tidak dapat
dikawal dengan baik, ia mampu mengganggu fizikal, Bagi mengelakkan perpecahan dan membuat
emosi dan mental seseorang. ketetapan tentang hubungan dua darjat ini, Khoja
Menurut Cooper, C. L. & Marshall, J. (1976), Birza Mir Hakim menyarankan hubungan ini perlu
jika tekanan tidak dapat diatasi dengan sebaiknya, dilakukan secara berangkai. Pertama, raja perlu
akan memberi kesan kepada kesihatan dan juga memaklumkan kepada pembesar sesuatu berita
mengganggu fisiologi, psikologi dan tingkahlaku. yang diterima, tidak kira sama ada baik atau buruk
Justeru itu, perkongsian cabaran perasaan dan agar tidak menanggung secara bersendirian atau
pemikiran adalah sangat perlu bagi mengurangkan memendam dalam hati permasalahan tersebut.
tekanan di samping dapat menemui jalan Kedua, pembesar juga perlu memaklumkan perkara
penyelesaian yang matang. Bagi seorang raja adalah yang baik atau buruk kepada rajanya dan ketiga, raja
penting untuk mengawal stres agar keputusan yang dan pembesar tidak perlu menyembunyikan sesuatu
diambil tidak bersalahan atau tidak setimpal dengan perkara yang telah berlaku dalam kerajaan kepada
kesalahan manakala pembesar pula dikhuatiri golongan marhaen bagi mengelakkan timbulnya
memberi nasihat yang boleh membawa kepada syak wasangka dan perluasan fitnah (MS 40327: 33).
kezaliman dan kehancuran kerajaan sepertimana Kegagalan hubungan komunikasi yang jelas
yang dicatatkan menerusi Sulalat al-Salatin: antara raja dan pembesar serta rakyat boleh
merencatkan hala tuju pemerintahan sepertimana
Adapun raja-raja itu umpama api, segala perdana menteri yang berlaku pada pemerintahan kesultanan Melayu
umpama kayu, kerana api itu jikalau tiada kayu tiada akan
nyala…ra’ayat itu umpama akar, raja itu umpama pohonnya;
Melaka apabila bertebarannya fitnah dan kebencian
jikalau tiada akar nescaya pohon tiada akan dapat berdiri. yang menyebabkan kesultanan Melayu tersebut
Demikian raja-raja itu dengan segala ra’ayatnya …jikalau kau gagal meneruskan legasi pemerintahan. Wan
bunuh ia (ra’ayatmu) dengan tiada dosanya, bahawa kerajaanmu Hashim (1997) dalam Mohd Azhar, et al. (2004)
binasa.
yang menyatakan: “… kelemahan dalaman akibat
fitnah-memfitnah dan hasad dengki di kalangan
Sementara itu, dinyatakan juga raja atau
orang besarnya serta Sultan Mahmud yang berkuasa
pembesar perlu sepakat berkongsi berita baik atau
dan memerintah lebih banyak mengikut perasaan
buruk kepada rakyat agar rakyat mengambil peka
dan hawa nafsu seperti kata pepatah, “bersultan di
tentang perkara yang berlaku dalam kerajaan.
mata beraja di hati” dan tidak patuh kepada prinsip
26 Salmah Jan Noor Muhammad & Zulkifli Mohamad

raja pemerintah yang adil seperti yang dituntut oleh musyawarah terserlah apabila di pihak pemerintah
Islam” . acapkali menggunakan frasa “bagaimana
Dengan itu, fasal yang membicarakan hubungan hukumnya”. Misalnya, pada fasal 22 : Undang-
antara raja dan rakyat akan memberi pemahaman Undang Orang Besar-Besar Tatkala Datang Orang
tentang peranan masing-masing. Sememangnya Membawa Aduan Orang dan fasal 66: Undang-
diakui pada zaman feudal, konsep pembatasan Undang Orang Beristeri yang menyatakan Raja
hubungan antara dua golongan ini sangat popular Nusyirwan Adil ingin mendapat kepastian daripada
dan menjadi pegangan dalam pemerintahan. menteri baginda terhadap kebenaran langkah yang
Tujuannya adalah untuk mengekalkan hubungan perlu dan akan diambil berkenaan menyantuni isu
harmoni sekali gus mendisiplinkan kedua-dua rakyat secara berhemah dengan membuat pertanyaan
golongan agar melaksanakan tugas masing- seperti berikut: Maka titah Raja Nusyirwan Adil, “
masing. Secara tidak langsung, hubungan ini akan Bagaimana hukumnya?” (MS 40327: 19 dan 28).
mewujudkan komunikasi bersempadan agar raja Dalam hal ini, pembesar yang jujur dan amanah
dapat menjalankan tugas mentadbir urus kerajaan akan memberi nasihat yang baik dan berguna kepada
dan rakyat mengetahui tentang takrif tanggungjawab pemerintah demi kedaulatan kerajaannya.
mendaulatkan raja dan kerajaan yang diduduki.
FASA PENYEMAKAN ATAU PENYIASATAN

MENYANTUNI ISU RAKYAT SECARA Fasa penyemakan atau siasatan perlu dilakukan
BERHEMAH apabila mendapat aduan atau pun sesuatu kes
yang serius menular dalam kerajaan yang
Kedudukan raja terletak paling tinggi dalam struktur
boleh menjejaskan keharmonian yang dikecapi.
piramid pemerintahan dan memiliki kuasa mutlak
Pentadbiran kerajaan perlu sentiasa bersiap siaga
dalam pentadbiran kerajaan. Undang-undang yang
mengambil tindakan saksama untuk mencungkil
dicipta merupakan pemusatan dan pengukuhan
kebenaran perkara tersebut tanpa memihak
pengaruh pemimpin terhadap rakyat jelata. Hal ini
mana-mana pihak. Selepas itu, pembesar yang
akan membuka peluang yang seluasnya kepada
bertanggungjawab perlu menentukan atau
pemerintah termasuklah pembesar untuk bertindak
mengkategorikan permasalahan dan melaporkannya
mengikut kata hati, yang kadang kalanya boleh
kepada pemimpin kerajaan.
mengorbankan nyawa rakyat.
Undang-Undang 99 Perak mencatatkan bahawa
Walaupun begitu keadaannya, setiap rakyat
kaedah semakan atau siasatan adalah fasa seterusnya
yang mempunyai masalah perlu disantuni dengan
yang perlu dilakukan oleh Raja Nusyirwan Adil
mesra dan berhemah. Dengan cara tersebut, bebanan
untuk menyantuni isu rakyat. Buktinya menerusi
rakyat dapat dikurangkan dan pemerintah dapat
petikan berikut:
melaksanakan keadilan dengan sebaiknya. Undang-
Undang 99 Perak menyediakan garis panduan Maka sembah menteri, “Ya tuanku, maulah cari fikiran dahulu
kepada raja tentang kaedah untuk menyantuni isu yang sempurna katanya atas itu, ada baiknya ada jahatnya.
rakyat dengan menggunakan beberapa fasa yang Maka di dalam baik itu ada pula jahatnya”
dimulai dengan fasa penelitian diikuti oleh fasa (MS 40327: 19).
penyemakan atau siasatan dan seterusnya fasa
penyelesaian. Tindakan ini sangat penting bagi seorang
pemerintah agar dapat melakukan tindakan susulan
FASA PENELITIAN dengan menumpukan isu rakyat pada tahap paling
maksimum, sederhana maksimum dan minimum
Fasa penelitian ini adalah meneliti kekerapan berdasarkan laporan penyiasatan oleh pembesar.
permasalahan yang terjadi dalam kalangan Lazimnya, pemberatan sesuatu keputusan dengan
rakyat. Kaedah dalam fasa ini dimulakan dengan melihat pro dan kontra atau sebab dan akibat
mendapatkan terlebih dahulu pandangan daripada sesuatu perkara berlaku akan menjadi keutamaan.
menteri kanan kerajaan. Dapat dinyatakan Sehubungan itu, hal ini menuntut kerasionalan
bahawa fasa ini adalah mengutamakan konsep pemikiran pemerintah. Antara isu rakyat yang
musyawarah antara pemerintah dan juga pembesar. diketengahkan dalam Undang-Undang 99 Perak
Pembesar adalah mata dan telinga bagi raja dan ialah:
menjadi perantara amanat kepada rakyat. Konsep
Salmah Jan Noor Muhammad & Zulkifli Mohamad 27

a. pembahagian dan pemilikan tanah harganya bahagi dua harga, kena denda
• Contoh : Fasal 13 : Undang-undang sepaha emas. Jika tanaman itu berguna,
kampung atau dusun sudah tinggal bayar harganya, kena denda sepaha
“Dan jika dusun tinggal, mana-mana emas”... (MS 40327: 18).
orang yang dekat memeliharanya itu c. perkahwinan dan penceraian
boleh bagi dua dengan orang punya • Contoh: Fasal 31: Undang-undang orang
tanaman itu, tetapi tatkala datang tuan cerai dan bahagi harta
yang punya tanaman hendak mengambil “Jika laki-laki hendak cerai tiada salah
buahnya, maulah sama-sama memberi perempuan itu, berbelanja di dalam tiga
khabar kepada orang yang diam pada bulan, dan barang-barang bahagi dua.
tempat itu. jika diambil sahaja kena Mana-mana barang besi atau senjata
salah denda sepaha emas dirham”... (MS pulanglah pada laki-laki luar, bahagi
40327: 18). barang-barang tembaga atau perkakasan
b. penternakan dan pertanian makan pulang pada perempuan. Jika
• Contoh: Fasal 15: Undang-undang rumah atau kampung pulang pada
tanam-tanaman dibunuh orang perempuan. Hutang-piutang pulang pada
“Jika tanam-tanaman tinggal tiada laki-laki”... (MS 40327: 21).
berguna, jika tiada berkhabar, bayar

RAJAH 3. Fasa Pembahagian Isu Rakyat

d. Fasa Tindakan Penyelesaian rakyat bahawa kerajaan dipandu oleh seorang


pemerintah yang bijak dan membelakangkan
Seterusnya adalah fasa mengambil tindakan emosinya untuk menyelesaikan isu rakyat.
penyelesaian. Fasa ini dicadangkan agar Dalam isu pembahagian dan pemilikan tanah,
pemerintah mengambil kevariasian pendekatan undang-undang 99 Perak menawarkan penyelesaian
iaitu pendekatan amaran, pendekatan pemujukan, kepada pemilikan tanah yang tidak jelas. Pada fasal
pendekatan berhelah dan pendekatan berhujah 13, dinyatakan tentang Undang-Undang Kampung
sebagai langkah untuk mencari kesahihan isu yang Atau Dusun bagi membantu menyelesaikan isu
diutarakan. Pendekatan yang dicadangkan ini adalah persoalan tanah dan dusun yang tidak ketahuan
untuk mengelakkan pemerintah membuat hukuman pemiliknya dan tidak dijaga dalam tempoh masa
yang tidak sewajarnya, yang boleh mendatangkan yang lama. Perkara ini akan membuka ruang
perbalahan antara masyarakat dan juga kemudaratan berlakunya penerokaan baharu terhadap tanah yang
pada diri pemerintah serta kerajaan. Pada masa yang ditinggalkan.
sama, pemerintah juga tidak akan mengambil sikap Antara penawaran penyelesaian adalah seperti
terburu-buru kerana fasa-fasa yang tersedia dapat jadual di bawah:
dijadikan panduan di samping dapat menyakinkan
28 Salmah Jan Noor Muhammad & Zulkifli Mohamad

JADUAL 2. Butiran isu tanah dan Penyelesaian

Bil Isu Penyelesaiannya


1. Pemilik hasil tanaman telah meninggal dunia • Individu yang lalu lalang di kawasan tersebut boleh mengambil
dan memakan hasil tanaman tanpa bayaran.
2. Status pemilik kebun yang masih hidup dan memberi • Orang asing atau orang menumpang di tanah tersebut dibenarkan
izin untuk orang asing tinggal di tanah miliknya memakan hasil tanaman.
3. Dusun yang ditinggalkan oleh tuan tanah tetapi • Tuan tanah perlu meminta izin apabila mengambil hasil tanaman
individu lain yang menjaga tanaman di tanah tersebut. yang dijaga. Jika tidak, tuan tanah akan didenda sepaha (sesuku)
emas kepada individu tersebut.

Penyelesaian berkenaan isu tanah adalah perlu bersedia membayar separuh daripada harga
satu usaha proaktif bagi memastikan tanah yang kerosakan yang telah dilakukan kepada empunya
terbiar dapat dimanfaat dengan sepenuhnya. Diah tanah. Hal ini jelas menunjukkan bahawa dua fasal
Permata Megawati et al. (2022) menyatakan yang menyentuh tentang hal ehwal tanah adalah
bahawa tanah bukan sahaja berperanan memberikan bertujuan untuk memupuk sikap tanggungjawab dan
kemaslahatan pada pemiliknya tetapi juga pada mengekalkan integrasi antara masyarakat.
masyarakat umum. Fasal ini juga adalah untuk Selain isu tanah, Undang-Undang 99 Perak juga
melindungi serta memelihara hak pemilik selain menggariskan isu dalam pertanian dan penternakan
mengelakkan perselisihan faham. Isu-isu ini juga dengan membicarakan tentang penjagaan haiwan
dapat menyelesaikan tanah terbiar untuk digunakan peliharaan. Pada kebiasaannya, haiwan peliharaan
dalam pembangunan sosio-ekonomi. dalam masyarakat Melayu adalah seperti kerbau,
Fasal 43 juga berkisar tentang tanah iaitu kuda, ayam, kambing dan itik. Apabila menelaah
Undang-Undang Orang Membuka Tanah Dan Air. Misa Melayu, gajah sangat akrab dengan kehidupan
golongan pemerintah kesultanan Melayu Perak dan
Maka sembah, “Jika datang orang yang kemudian sebelah hulu digunakan sebagai kenderaan utama untuk membawa
tempat itu tiada boleh jadi, jika sebelah hilirnya boleh jadi.
tetapi jika rosak kerja orang yang di hulu itu tiada boleh, maulah
keturunan sultan Perak ke majlis formal dan tidak
pulangkan belanjanya boleh dapat bahagi dua. formal kerajaan. Pendek kata, kebergantungan
(MS 40327: 23)
kepada haiwan ini adalah untuk kelangsungan hidup
seharian.
Secara tegasnya, fasal ini memberi amaran atau Jadual di bawah adalah fasal yang menyentuh
teguran awal pada individu yang baru membuka tentang penyelesaian kepada permasalahan yang
tanah bagi mengelakkan daripada melakukan dihadapi rakyat berkenaan isu pertanian dan
sebarang kerosakan. Namun demikian, sekiranya penternakan.
perkara tersebut berlaku, maka individu tersebut

JADUAL 3. Butiran Fasal dan Isu Penyelesaian Tentang Pertanian dan Penternakan

Bil Fasal Huraian Penyelesaian


1. 14 undang orang menghidupi binatang Isu: haiwan mencederakan orang
jinak Hukuman: dikenakan diat

“Jika binatang itu dilukanya orang, hukumnya dibayar diat bagi dua
harga kepada orang yang luka itu”... (MS 40327: 18).
2. 42 undang-undang menghidupi Isu: haiwan menyebabkan kecedaraan orang
binatang merosakkan tanaman Hukuman: haiwan tersebut boleh dibunuh dan tuannya didenda sepaha
emas

“...Jika binatang itu meluka orang, boleh dibunuh, tuannya kena denda
sepaha emas” (MS 40327: 23).
bersambung ...
Salmah Jan Noor Muhammad & Zulkifli Mohamad 29

... sambungan

3. 45 undang-undang orang menghidupi Isu: haiwan merosakkan tanaman orang


singa Hukuman: Tuannya dikenakan bayaran denda sebanyak dua puluh
dirham.

...”Jika rosak tanam-tanaman orang, harganya bayar dua puluh lima


dirham”... (MS 40327: 24).
4. 47 undang-undang orang menghidupi Isu :haiwan memakan tanaman dalam kawasan orang
kambing Hukuman: tuannya didenda membayar harga mengikut kadar kerugian
“Jika dimakannya tanam-tanam orang ada pagarnya bayar harganya”
(MS 40327: 24).
5. 48 undang-undang orang menghidupi Isu : membunuh ayam dan itik
ayam Hukuman: pelaku perlu membayar sepuluh dinar

“Jika seorang membunuh ayam dan itik di bawah rumah, maka salah,
harganya bayar, kena denda sepuluh dinar”... (MS 40327: 24).
6. 69 undang-undang orang menghidupi Isu : Anjing yang mengigit orang
anjing Hukuman: anjing boleh dibunuh atau tuan anjing mengeluarkan
perbelanjaan ubat sepaha emas ( sekurang-kurangnya dua puluh dirham)

Änjing itu boleh dibunuh, tuan anjing kena belanja ubat sepaha emas,
sekurang-kurangnya dua puluh dirham serta didenda”... (MS 40327: 29).
7. 70 undang-undang orang menghidupi Isu : gajah membunuh orang
gajah Hukuman: tuannya didenda setahil sepaha emas

“jika ia gajah-gajah itu membunuh orang di dalam hutan, kira-kira satu


keluar jauhnya daripada kampung orang, boleh kena setahil sepaha emas
yang empunya gajah itu, beri belanja orang mati itu”... (MS 40327: 29).
8. 71 undang-undang orang menghidupi Isu : kerbau membunuh orang
kerbau Hukuman: tuannya didenda setahil sepaha emas

“...Jika di dalam kampung, salah tuan kerbau, kena denda setahil sepaha
emas, kerbau itu pulang kepada orang yang mati belanja kebuminya”...
(MS 40327: 29).

Fasal-fasal ini dibangunkan adalah untuk menggantikan kadar kerugian bagi tanaman yang
memberi penyelesaian bukan sahaja kepada pemilik telah dirosakkan atau mencederakan orang awam.
haiwan tetapi juga kepada masyarakat tempatan
bagi mengelakkan berlakunya isu perbalahan KESIMPULAN
yang berpanjangan. Menerusi pengamatan, kata
kunci utama yang ditekankan melalui fasal-fasal Undang-Undang 99 Perak merangkumi 99 fasal
ini adalah sikap amanah dan tanggungjawab. kesemuanya yang mendeskripsikan tentang
Berdasarkan kenyataan Nolee Ashilin yang dipetik hal ehwal pemerintahan dan juga kehidupan
oleh Liyana Ramli (2022) pemilik haiwan ternakan masyarakat pada zaman kesultanan Melayu Perak.
perlu bertanggungjawab menjaga dan memastikan Apabila melibatkan masyarakat yang terdiri
haiwan ternakan tidak mengganggu kesejahteraan daripada golongan pemerintah dan diperintah
awam. Justeru itu, fasal yang dinyatakan akan dapat maka keharmonian isi dalaman sangat dituntut
membantu pemilik, mengetahui hak penjagaan agar kedaulatan kerajaan dapat dipertahankan
dan persempadan haiwan ternakan tanpa perlu tanpa adanya gangguan daripada anasir luar.
mengganggu kehidupan privasi jiran tetangga. Apabila rapuhnya hubungan kedua-dua golongan
Sekiranya, ia berlaku di luar kawalan, pemilik ini maka tidak hairanlah ia akan turut mengganggu
seharusnya bersedia dengan denda atau hukuman dasar kepercayaan dan keyakinan pada urus tadbir
yang akan diberikan. Antara dendanya ialah perlu kerajaan. Dalam penulisan ini, fokus utama adalah
membayar sepaha emas, setahil sepaha emas, dua untuk membincangkan tentang fasal-fasal yang
puluh dirham atau dua puluh lima dirham dan mencetuskan keharmonian sesama manusia dalam
Undang-Undang 99 Perak. Selain pernyataan
30 Salmah Jan Noor Muhammad & Zulkifli Mohamad

tentang fasal-fasal tersebut, hasil kajian juga telah Halimah Hassan. 2019. Raja dan Pembesar dalam “Undang-
menemui kaedah bagi mengekalkan keharmonian undang 99”. Dlm. Kesultanan Melayu Perak, disunting
oleh Harun Mat Piah, hlm. 226-256. Kuala Lumpur: Dewan
tersebut iaitu: a) pendidikan kawalan sosial beraja, Bahasa dan Pustaka.
b) amalan perbincangan antara golongan sekufu, c) Hooker, M.B. 1970. Readings in Malay Adat Laws. Singapore:
perkongsian cabaran perasaan dan pemikiran dan, Singapore University Press.
d) menyantuni isu rakyat secara berhemah. Kaedah Jelani harun 2017. Cermin adab politik Melayu berdasarkan
naskhah Undang-Undang dan Ketatanegaraan. Dlm
ini tercipta adalah berdasarkan kepada fasal-fasal
Prosiding Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu
yang tersenarai dalam manuskrip. Hasil kajian ini 2017, disunting oleh Harun Mat Piah & Dahlan Samad.
diharapkan akan mendapat sambutan daripada Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.
sarjana lain yang meminati genre undang-undang Jelani Harun (Sunt.) 2022. Undang-Undang Sembilan Puluh
lama untuk menyelongkar kajian dari sudut lain dan Sembilan Perak. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan.
Liyana Ramli. 2022. Perak tubuh Jawatankuasa Khas tangani
mengetengahkannya kepada masyarakat sebagai isu ternakan berkeliaran. https://www.utusan.com.my/
khazanah ilmu yang tiada taranya. terkini/2022/02/perak-tubuh-jawatankuasa-khas-tangani-
isu-ternakan-berkeliaran/. Diakses pada 26 Oktober 2022.
al-Munjid fi al-Lughah. 2002. Dar al masyriq : Beirut.
RUJUKAN Maxwell, W.E. 1884. The history of Perak from native sources.
JSBRAS 9: 305-321..
Abdul Halim Nasir. 1977. Sejarah Perak. Kuala Lumpur: Mohd Azhar, Mohd Koharuddin Balwi, Muhamed Fauzi
Jabatan Muzium. Othman & Azmi Md Shah. 2004. Beberapa premis tentang
Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh. 1985. Dasar-Dasar perasaan hasad dengki (Phd) sebagai nilai masyarakat
Pendidikan Menurut Islam. Kota Bharu:Pustaka Aman Melayu: suatu polemik?. Kertas Kerja Persidangan
Press. Antarabangsa Peradaban Melayu II, 26-28 Februari, UPSI,
Abu Hassan Sham dan Mariyam Salim. 1995. Sastera Undang- Tanjong Malim, Perak.
Undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Norazit Selat. 1999. Kepimpinan dan ketatanegaraan dalam
Amir Hassan Dawi. 2002. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Undang-undang 99 Perak. Dlm Warisan Persuratan Johor
Tanjong Malim: Quantum Book. II: Perundangan dan Ketatanegaraan Melayu. Disunting
Cooper, C. L. & Marshall, J. 1976. Occupational sources of oleh Zainal Abidin Borhan & et. al. hlm. 265-281. Johor:
stress: A review of the literature relating to coronary heart Yayasan Warisan Johor.
disease and mental ill health. Journal of Occupational Rigby, J. 1908. The Ninety-Nine Laws of Perak. Dlm Papers on
Psychology 49(1): 11–28. Malay Subjects. Disunting oleh R.J Wilkinson. Part II, 1-86.
Diah Permata Megawati, Patimah & Istiqama. 2022. Tinjauan Rokiah Ismail. 2002. Kawalan sosial dan pelbagai dimensi
Hukum Islam terhadap hak milik atas tanah dalam Uu No. 5 fungsinya dalam strategi menangani masalah jenayah dan
Tahun 1960. QaḍāuNā 3 (2): 311-325. delinkuensi di Malaysia. Dlm Masyarakat, Budaya dan
Fathi Yusof. 2017. Konsep sekufu satu diskriminasi. http:// Pemodenan. Disunting oleh Rokiah Abdul Aziz. Bangi:
www.addeen.my/index.php/munakahat/perkahwinan/ Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
item/981-konsep-sekufu-satu-diskrimnasi. Diakses pada 20 Salmah Jan Noor Muhammad. 2022. Kuasa bahasa menerusi
Oktober 2022. Undang-Undang 99 Perak. E-Prosiding Persidangan dan
Fawzi Basri, M.A. 1986. Cempaka Sari: Sejarah Kesultanan Pameran Antarabangsa Manuskrip Melayu. 9-11 Ogos,
Negeri Perak. Ipoh: Yayasan Perak. Dewan SITC, UPSI, Tanjong Malim, Perak.
Halimah Hassan. 2007. Kawalan sosial dalam Cerita Rakyat Sillars, A. L., Pike, G. R., Jones, T. S. & Murphy, M. A. 1984.
Melayu. Dlm. Cendekia: Kumpulan Esei Bahasa, Sastera Communication and understanding in Marriage. Human
dan Budaya Melayu, disunting oleh Adi Yasran Abdul Aziz, Communication Research 10(3): 317–350.
Arbak Othman, Ahmad Mahmood Musanif, hlm. 197-228. Sperber, D. & Wilson, D. 1986. Relevance: Communication and
Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Cognition. Oxford: Blackwell.
Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan Perak, MS 40327,
Perpustakaan School of Oriental and African Studies
Salmah Jan binti Noor Muhammad, Ph.D. (SOAS), London,
Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Wan Ahmad Fauzi Wan Husain. 2021. Perlembagaan Kerajaan
Komunikasi Perak Attestasi Kedaulatan Watan. QALAM International
Universiti Putra Malaysia Journal of Islamic and Humanities Research(3): 1-14.
43400 UPM Serdang, Selangor, MALAYSIA. Winstedt, R.O. 1909. Papers on Malay Subjects: Life and
E-mail: salmahjan@upm.edu.my Customs. Part II. Kuala Lumpur: FMS Government Press.
Yashar Syarif. 2014. Hifz al-Nasal wa al-Nasab wa al-Usrah.
Zulkifli Mohamad, Ph.D. Kertas Kerja yang dibentangkan untuk Muktamar Abhath
Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan wa al-Waqai’ kali ke-22.
Komunikasi Zainal Abidin Borhan. 2017. Adat dan tatasusila Melayu dari
Universiti Putra Malaysia perspektif karya agung “Adat Raja-Raja Melayu. Dlm
43400 UPM Serdang, Selangor, MALAYSIA. Prosiding Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu
E-mail: zulkiflimohamad@upm.edu.my 2017, disunting oleh Harun Mat Piah & Dahlan Samad.
Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia

You might also like