Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN KEDAI BULOH,

21070 KUALA TERENGGANU.


TEL: 09-6192890 FAX: 09-6193005

MINIT MESYUARAT GURU


BIL. 1 TAHUN 2023/2024

Bil. Mesyuarat : Bil. 1 Tahun 2023/2024


Tarikh : 13 Mac 2023 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SKeB
Kehadiran : 45/47 orang

BIL NAMA AHLI HADIR


1 Guru Besar SK Kedai Buloh
- Pengerusi
Cikgu Norizam binti Sulong
2 Penolong Kanan Pentadbiran
Cikgu Zaslina binti Awang
3 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Cikgu Samarul Zaman bin Yusof
4 Penolong Kanan Kokurikulum
Ustaz Muhamad Ramadzan bin Muda
5 Penolong Kanan Pendidikan Khas
Cikgu Harniza binti Mamat
6 Cikgu Abdul Manan bin Abd. Rahman
7 Cikgu Zuraidi bin brahim
8 Ustaz Zamri bin Abdullah
9 Cikgu Hasiah binti Md. Deris
10 Ustazah Maheran binti Muda
11 Cikgu Masliza binti Ashari
12 Cikgu Wan Ahmad Syukri bin Wan Jaafar
13 Cikgu Norida binti Ngah
14 Cikgu Norhayati binti Md. Yusof
15 Cikgu Aniza binti Tawang
16 Ustazah Normala bt. Salleh
17 Cikgu Haslina binti Yusof
18 Cikgu Zaliha bt. Mamat
19 Cikgu Siti Napisah bt Deraman
20 Cikgu Siti Laila bt. Muhamad Saidi
- S/U Mesyuarat Pengurusan Sekolah
21 Cikgu Tengku Maziha bt . T Mhd. Ariffin
22 Ustazah Wan Nor Majidah BT. Wan Ismail
23 Cikgu Md Nor Affendy bin Mohamed
24 Ustazah Rasyidah bt. Ibrahim
25 Ustaz Md. Dzahir bin Ariffin
26 Cikgu Sabdani bin Alias
27 Cikgu Ruziyana binti Zakaria
28 Cikgu Yahya bin Omar
29 Ustazah Che Zuwariyah binti Ramly
30 Cikgu Shahrunnizam bt. Muhd. Bakri
31 Cikgu Wan Badrolzaman Bin Alias=
32 Cikgu Suriani binti Harun
33 Cikgu Wan Nor Naemah bt. Wan Jaafar
34 Cikgu Noor Hartini binti Mat Radzi
35 Cikgu Hasnah binti Mohd Nor
36 Cikgu Rusnaini bt. Muda
37 Cikgu Kamaruddin bin Embong
38 Cikgu Muhammad Arif Hakimi bin Mohd Naim (Guru Praktikum)
39 Cikgu Muhammad Ihsanuddin bin Hamdi (Guru Praktikum)
40 Puan Nur Maizatulakma binti Mustafa
41 Puan Rohaza binti Ali
42 Puan Farah Nor Diana binti Md Ghani
43 Puan Nor Eli Armiah binti Ibrahim
44 Puan Rozalina binti Rosli @ Mahmud
45 Puan Wan Rosna Suria binti Wan Ahmad
NAMA AHLI TIDAK HADIR
1 Cikgu Noor Azura binti Jusoh – Tidak hadir dengan kebenaran
2 Cikgu Norzura binti Yaakob – Cuti Bersalin
I. UCAPAN PENGERUSI

1. Bacaan Al-Fatihah oleh Ustaz Zamri bin Abdullah dan ucapan kata aluan
Pengerusi Majlis iaitu Gikgu Norizam binti Sulong selaku Guru Besar mengalukan
penglibatan semua guru dan terutamanya kepada guru baru iaitu Cikgu
Kamaruddin bin Embong dalam taklimat pengoperasian pembukaan sekolah bagi
Penggal 1 2023/2024. Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua guru atas kehadiran mesyuarat pada hari tersebut.
Makluman

2. Etika Perguruan

2.1 Beliau memaklumkan etika perguruan perlu diikuti oleh semua guru. Etika
perguruan terbagi kepada empat iaitu tanggungjawab terhadap murid, ibu bapa,
masyarakat dan negara serta tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan
profesion keguruan. Etika pakaian juga perlu dititikberatkan oleh semua guru
dimana guru lelaki perlu memakai kemeja berlengan panjang dan guru wanita
elakkan daripada memakai pakaian yang menjolok mata. Pemakaian kasut
bertutup dan tanda nama adalah diwajibkan kepada semua guru dan AKP. Pada
hari Selasa guru-guru perlu memakai pakaian beruniform yang lengkap untuk
menunjukkan contoh teladan yang betul kepada murid-murid.
Makluman

2.2 Beliau menegaskan bahawa guru perlu menjalankan tanggungjawab


terhadap murid kerana ianya adalah tugas hakiki guru. Tanggungjawab terhadap
ibu bapa pula adalah dengan bertolak ansur dan berhemah dalam komunikasi.
Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan perlu ada dalam
etika perguruan di mana guru-guru perlu bantu membantu sesama rakan sejawat
dan perlu wujudkan suasana yang harmoni dalam profesion.
Makluman

3. Tertib Kerja

3.1 Guru Besar mengingatkan semua guru agar dapat menghormati ketua
organisasi ataupun ketua dalam setiap jawatankuasa. Beliau juga mengingatkan
semua guru agar dapat sama-sama memberikan teguran secara berhemah agar
dapat mewujudkan suasana bekerja yang tenang dan harmoni sesama rakan
setugas.
Makluman

3.2 Pengerusi mengingatkan kepada para guru agar sentiasa ada ”Tertib Kerja”
dan hormat pada ketua jabatan. Segala kerja dan tindakan yang guru buat mesti
dimaklumkan kepada ketua jabatan terlebih dahulu. Sekiranya terdapat sebarang
urusan, perlulah mengikut tertib kerja dan jangan melangkau kepada ketua
jabatan di mana laporan terus dibuat. Beliau juga berpesan agar sentiasa
membudayakan diri kita dengan ”Tertib Kerja” dan akauntabiliti sebagai seorang
guru juga sangat penting.
Makluman
3.3 Beliau menegaskan terdapat tujuh nilai utama menjadi fokus etika kerja KPM
antaranya ialah amanah, benar, bijaksana, bersyukur, dedikasi, ikhlas dan
penyayang. Beliau juga mengingatkan guru-guru agar jauhi keterhutangan
kewangan yang serius. Baki gaji perlulah sekurang-kurangnya 40%. Guru perlu
bijak menguruskan kewangan dengan berhemah dan jika perlu mendapatkan
khidmat bantuan, guru boleh dapatkan bantuan dengan pihak KPDNKK.

Makluman

4. Kehadiran Guru dan AKP

4.1 Guru Besar memperingatkan kepada semua guru dan AKP bahawa waktu
masuk ke sekolah adalah pada pukul 7.30 pagi dan waktu balik adalah pada
pukul 1.30 petang mengikut jadual waktu. Meminta guru yang bertugas
mingguan untuk datang awal ke sekolah untuk bertugas sebagai Guru
Penyayang.
Makluman

4.2 Memaklumkan kepada semua guru dan AKP bahawa tidak dibenarkan
mengetik perakam waktu untuk orang lain. Jika guru dan AKP tidak dapat
hadir secara mengejut sama ada sakit, kemalangan atau kecemasan, guru
dan AKP perlu maklumkan segera kepada Guru Besar dan Guru Penolong
Kanan Pentadbiran.
Makluman

5. Pengurusan Kad Perakam Waktu

5.1 Pengurusan kad perakam waktu terbahagi kepada tiga warna iaitu KUNING,
HIJAU, MERAH. KAD KUNING mewakili 3 kali catitan merah, alasan tidak
diterima , surat amaran dan kad akan ditukarkan kepada kad hijau. KAD HIJAU
mewakili 2 catitan merah tanpa kebenaran, alasan tidak diterima, surat amaran
dan akan ditukarkan kepada kad merah. Jika tiada catitan merah, kad akan
ditukarkan kepada kad kuning. KAD MERAH mewakili jika 1 catitan merah, kad
merah akan dikekalkan. Tindakan tatatertib boleh diambil. Jika tiada catitan
merah pada bulan semasa, kad akan ditukarkan kepada kad hijau.Guru Besar
menegaskan bahawa guru-guru dilarang dan menjadi kesalahan besar sekiranya
mengetik kad perakam waktu untuk orang lain.
Makluman

6. Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja

6.1 Guru Besar memberi peringatan bahawa semua guru dan AKP tidak
dibenarkan keluar semasa bertugas tanpa kebenaran Pihak Pengurusan. Beliau
memaklumkan bahawa kebenaran keluar atas urusan peribadi adalah atas
pertimbangan pihak Pengurusan dan kebenaran keluar pada waktu bekerja
hendaklah mengisi borang Perintah Am 5 Bab G. Tempoh masa keluar juga
tidak melebihi 4 jam, jika melebihi hendaklah mengambil Cuti Rehat Khas (CRK).
Selain itu, temu janji doktor cuba ambilkan masa selepas waktu bekerja.
Makluman
7. Cuti

7.1 Guru Besar memaklumkan bahawa CRK 10 hari dalam setahun dan baki cuti
tidak boleh di bawa ke hadapan. Semua guru perlu untuk berjumpa Guru Besar
terlebih dahulu untuk kelulusan dan memaklumkan kepada Penolong Kanan
Pentadbiran supaya GPK Pentadbiran dapat membuat relief. Guru juga perlu
menyatakan sebab cuti dan perlu mengisi kelulusan cuti dalam HRMIS dan perlu
mengisi secara manual pada borang. Borang cuti yang diisi manual perlu
diserahkan kepada PT/PO.

Makluman

7.2 Memaklumkan pada semua guru agar menghubungi Guru Besar dan Guru
Penolong Kanan Pentadbiran sekiranya ingin memohon cuti kecemasan. Guru
perlu mengisi HRMIS terlebih dahulu dan mengisi borang kemudian. Pengerusi
juga memaklumkan bahawa CUTI BUKAN HAK. Guru Besar menjelaskan cuti
adalah keistimewaan atau kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan kepada
anggota Perkhidmatan Awam.

Makluman

II PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

1. AKTIVITI PEMBUKAAN SEKOLAH

1.1 Penolong Kanan Pentadbiram memaklumkan bahawa pada minggu pertama


pembukaan sekolah perlu dilaksanakan aktiviti permainan yang menarik dan
tidak berfokuskan kepada PdPc semata-mata. Hanya hari Khamis iaitu 23
Mac 2023 bermula sesi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Antara
jadual yang telah ditetapkan pada minggu pertama pembukaan sekolah ialah:

Hari / Tarikh Aktiviti


Ahad – 19 Mac 2023 Perhimpunan dan Ice Breaking

Isnin – 20 Mac 2023 Senamrobik dan Aktiviti Permainan

Selasa – 21 Mac 2023 Permainan dan gotong-royong

Rabu – 22 Mac 2023 Ice Breaking dan Pelancaran Ihya Ramadan

Makluman

2. Program Transisi

2.1 Guru Penolong Kanan Pentadbiran menerangkan tentang Program Transisi


akan dilaksanakan selama 4 minggu bermula pada 19 Mac 2023 sehinggan 13
April 2023 dimana program tersebut melibatkan semua guru Tahun 1 tahun
2023/2024. Program Transisi itu juga akan dilaksanakan dengan berpandukan kit
dan modul yang telah disediakan oleh pihak sekolah.
Makluman

3. Pendaftaran

3.1 Guru Penolong Kanan Hem memaklumkan bahawa pendaftaran murid Tahap
1 dan Tahap 2 akan diadakan serentak pada hari Rabu 15 Mac 2023 beserta
dengan jualan buku murid bertempat di kantin sekolah. Buku teks murid Tahun 1
akan diberikan pada hari pertama persekolahan. GPK HEM memaklumkan
bahwa pintu pagar utama juga hanya akan dibuka pada waktu pagi sahaja untuk
memudahkan ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah manakala pada waktu
balik pula murid perlu pulang melalui pintu pagar kecil bagi mengelakkan
kesesakan di pintu utama.
Makluman

4. Kokurikulum

Guru Penolong Kanan Kokurikulum memaklumkan bahawa sesi 2023/2024 akan


dilaksanakan Perkhemahan Kolaboratif yang melibatkan kerjasama daripada
sekolah-sekolah berdekatan. Guru-guru boleh rujuk pada Buku Pengurusan
untukl takwim aktiviti kokurikulum bagi tahun 2023/2024. Beliau memaklumkan
bahawa 1 Murid 1 Sukan akan dilaksanakan pada setiap hari Selasa dan tidak
dibenarkan dijalankan pada waktu pagi. 1M1S melibatkan semua murid dari
Tahun 1 hingga Tahun 6 dan kelas PPKI. Aktiviti senamrobik juga akan
dijalankan secara berkala sebulan sekali pada setiap hari Rabu.
Makluman

5. Guru Besar memaklumkan bahawa SK Kedai Buloh telah menerima peruntukan


sebanyak RM50,000.00 dan akan digunakan untuk penyelenggaraan sistem
perparitan di kawasan sekolah ekoran daripada masalah saluran longkang yang
sering tersumbat. Beliau memaklumkan bahawa Professional Learning
Community (PLC) akan diadakan pada setiap hari Ahad. Mesyuarat pula akan
diadakan pada hari Isnin dan Rabu (jika ada).
Makluman

6. Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas memaklumkan bilangan murid PPKI bagi
tahun 2023/2024 adalah seramai 45 orang makanala murid MBK di SK Kedai
Buloh adalah seramai 2 orang iaitu Elisya dari kelas 5B dan Muhammad Azri dari
kelas 4A. Pemantaun akan dijalankan secara berkala iaitu 2 kali setahun. Beliau
juga memaklumkan bahawa mesyuarat panitia guru perdana juga akan
melibatkan sekali guru subjek PPKI.

GPK Pendidikan Khas memaklumkan bahawa Program Pendidikan Inklusif, atau


dikenali sebagai PPI Holistik melibatkan murid perdana Tahun Dua dan Tahun
Empat bagi subjek Pendidikan Jasmani. Manakala murid PPKI iaitu Ayu
Qaleesya pula terlibat dalam inklusif separa iaitu melibatkan subjek teras sahaja
seperti Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains. Penglibatan
murid PPKI dalam PPI Holistik pula hendaklah melibatkan 91% bagi setiap
sekolah dan 88% bagi daerah. Elaun murid khas (EMK) bagi murid-murid PPKI
pula hendaklah dihantar sebelum April.
Makluman

III HAL LAIN - LAIN

Tiada

VI PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12 tengah hari dan disudahi dengan surah Al-
Asr.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

SITI LAILA BINTI MUHAMAD SAIDI NORIZAM BINTI SULONG


Setiausaha, Guru Besar,
Mesyuarat Pengurusan Sekolah, SK Kedai Buloh.
SK Kedai Buloh.

s.k i) Fail Mesyuarat Guru

You might also like