Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Jalinan Digital Negara (JENDELA)

Latar Belakang
Pada 29 Ogos 2020 Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelan
tindakan JENDELA yang merupakan sebahagian daripada Rancangan Malaysia KE-12(2021 – 2025).
Pelan bernilai RM21 billion ini dirangka untuk memacu Malaysia ke arah kesalinghubungan digital yang
lebih baik dengan meningkatkan kecekapan infrastruktur negara dan mengoptimumkan penggunaan
spectrum. Daripada 21 billion yang diperuntukan untuk JENDELA, 40% adalah daripada dana Pemberian
Perkhidmatan Sejagat(USP) SKMM dengan baki 60% adalah akan dibiayai oleh peserta industri.
Pelan ini akan menjadi landasan kepada penyediaan liputan perkhidmatan jalur lebar yang menyeluruh dan
berkualiti tinggi serta mempersiapkan negara untuk peralihan kepada teknologi 5G secara mantap.
JENDELA juga akan terlibat dalam penyingkiran rangkaian 3G yang akan dilaksanakan secara
berperingkat sehingga akhir 2021 bagi meningkatkan kemampuan rangkaian 4G. Pelaksanaan JENDELA
ini akan dilakukan dalam 2 fasa, di mana Fasa 1 bermula 2020 – 2022 dan Fasa 2 bermula dari 2022 –
2025.
Penyediaan infrastruktur ini adalah memfokuskan kepada peningkatan kesalinghubungan dan
perkhidmatan komunikasi berkualiti kepada pengguna secara keseluruhan. Ianya juga menjurus kepada
meningkatkan kualiti hidup rakyat, kesinambungan ekonomi ke arah ekonomi digital dan mempersiapkan
negara ke arah 5G.
Situasi pandemic covid 19 juga menjadi pemacu kepada Malaysia dalam memastikan normal baru yang
terpaksa dialami oleh rakyat Malaysia dapat dijalani dengan baik.

Impak Projek
Secara keseluruhan pelaksanaan JENDELA ini akan menjadikan Malaysia lebih berdaya saing di peringkat
Global, mantap, berdaya tahan dan masyarakat berasaskan digital. Di antara beberapa perkara yang
menjadi fokus utama adalah pendidikan dan produktiviti, perniagaan, kerajaan dan perkhidmatan
berasakan industri dan komuniti dan masyarakat. Bagi pendidikan dan produktiviti penyediaan rangkaian
perkhidmatan jalur lebar ini akan memudahkan para pelajar sekolah dan universiti termasuk tenaga
pendidik melaksakan pembelajaran online.
Penyediaan infrastruktur jalur lebar ini juga akan memberi impak yang besar kepada pernigaan, Kerajaan
dan perkhidmatan industri berasaskan perkhidmatan. Bekerja dari rumah, perniagaan online dan
kepelbagaian perniagaan juga telah menjadi satu norma baharu yang dihadapi oleh rakyat. Infrastuktur
jalur lebar ini menjadi pemudahcara dan faedah yang banyak kepada pelbagai pihak. Akibat daripada isu
pandemic covid 19 ini, banyak keluarga terpisah berbulan-bulan lamanya. Dengan adanya perkhidmatan
internet ahli keluarga dan rakan taulan dapat berhubung menerusi persidangan video.
Inisiatif JENDELA akan menyediakan perkhidmatan jalur lebar talian tetap dengan kelajuan gigabit dan
memastikan 100% kawasan berpopulasi mendapat perkhidmatan 4G. Menerusi JENDELA perkhidmatan
jalur lebar ini akan tersedia dan boleh dilanggan pada bila-bila masa oleh pengguna.

Maklumat Lanjut
Program JENDELA ini adalah dikawalselia oleh SKMM di bawah Bahagian Transformasi dan Koordinasi
Negeri dan Pejabat Pengurusan Program.
Nama Pegawai : Ketua Bahagian
Bahagian Transformasi dan Koordinasi Negeri dan Pejabat Pengurusan Program
Agensi Bertanggungjawab : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

You might also like