Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

TAJUK : PERTOLONGAN CEMAS

TUJUAN : Selepas mempelajari topik ini, pelajar boleh:


a) Menyenaraikan kandungan di dalam Peti Pertolongan Cemas
b) Mengenal pasti sebab-sebab kesakitan dan kecederaan ringan
c) Menerangkan pertolongan cemas (CPR)
d) Aplikasi prosedur asas pertolongan cemas

1. PETI PETOLONGAN CEMAS


Peti pertolongan cemas ialah peti yang lengkap mengandungi ubat-ubatan serta peralatan yang
asas yang boleh dibeli di farmasi. Peti ini perlu diletakkan di tempat yang kering dan selamat, jauh
daripada kanak-kanak. Setiap ubat yang ada perlu dilabelkan dengan jelas jenis dan kegunaannya
dan kandungannya perlu diperiksa setiap 6 bulan sekali. Setiap rumah perlu ada peti pertolongan
cemas. Begitu juga premis-premis yang lain seperti sekolah, kilang, hotel dan kawasan rekreasi. Ia
juga patut disediakan di dalam kenderaan terutama sekali pengangkutan awam seperti bas, teksi,
kapalterbang dan sebagainya.

Antara senarai peralatan asas yang perlu ada ialah:


1. Dresing steril - beberapa saiz
2. Plaster - beberapa saiz
3. Bandage tiga segi ( kain anduh )
4. Pembalut kain kasa ( bandage penggulung )
5. Larutan Flavin ( Iodin)
6. Larutan atau krim antiseptik
7. Gunting kecil
NAMA UBAT / ALAT KEGUNAAN
1. Kain pembalut yang berlainan - menolong menahan rawatan luka
- mengelak bahagian luka daripada menjadi
bengkak dan juga membantu membetulkan
sendi yang terseliuh
2. Kain tekap yang berlainan saiz - untuk menetapkan rawat
- kain tekap yang telah disteril boleh diguna
untuk merawat luka
3. Kapas - untuk membersihkan luka
- digunakan sebagai alas untuk rawat luka
untuk menyerap darah daripada luka
4.Plaster / Elastoplast - untuk menutup rawat luka sebagai pengganti
pembalut
- untuk merawat luka-luka kecil
5. Gunting kecil berkilat - untuk menggunting pembalut, plaster dan
sebagainya
6. Pin penyemat - untuk menyemat pembalut
7. Termometer klinik - untuk mengambil suhu badan

PERTOLONGAN CEMAS

Definisi: Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau
keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.

Prinsip-Prinsip Pertolongan Cemas:


- menyelamatkan nyawa
- mengurangkan kesakitan
- mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
- mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital

Peraturan Am Pertolongan Cemas:


- memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
- keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar- menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu.
- jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya sahaja
dengan tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula.
- memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa
- membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital
- tindakan serta merta pertolongan cemas :
* menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik
* memberikan rawatan renjatan dengan segera
* cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah
* memberikan rawatan yang rapi dan sempurna

Nota: Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula:


# bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk
membuat panggilan ke polis, ambulan, keluarga dll.
Bertindak berdasarkan DRABC ( Danger , Response, Airways, Breathing ,Circulation)
D Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya
R Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika
mangsa sedar
A Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersumbat- jika ada keluarkan dan
letakkan mangsa dalam keadaan yang selesa.
B Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR -External Air Resuscitation
C Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher, jika tidak lakukan CPR
( Cardio Pulmponary Resuscitation)

LUKA DAN PENDARAHAN


Definasi Luka dan Berdarah
Luka adalah kecederaan pada permukaan kulit yang menyebabkan ianya terkoyak.
Berdarah adalah kecederaan atau terkoyaknya salurdarah samada Arteri,
Vena atau Kapilari dan menyebabkan darah mengalir keluar

Luka terbahagi kepada 2 bahagian:


1. Luka Terbuka (Open Wound)
2. Luka Tertutup (Closed Wound)
Berdarah terbahagi kepada 2 bahagian
1. Berdarah di Luar (External Bleeding)
2. Berdarah di Dalam (Internal Bleeding)
Jenis-Jenis Luka
1. Luka Terhiris (Incised Wound)
2. Luka Tertikam/Tembus (Punctured Wound)
3. Luka Terkoyak (Lacerated Wound)
4. Luka Tercalar (Abbrasion Wound)
5. Luka Lebam (Contused Wound)

Luka terhiris -Luka yang lurus dan bersih akibat terkena benda tajam seperti pisau cukur atau
pecahan kaca.saluran-saluran darah pada bahagian tepi luka akan dipotong.Ini menyebabkan
darah meleleh dengan banyaknya dari luka itu

Luka tertikam- Luka akibat daripada terpijak paku atau tercucuk atau tertikam benda tajam
yang menghasilkan luka pada titik kemasukan kecil tetapi dalam dan menyebabkan kerosakan
dalaman

Luka calar-balar - Luka pada permukaan yang menyebabkan lapisan atas kulit tergesel dan
terkikis. Biasanya berlaku pada kes kemalangan jalan raya (geseran tar) atau cakaran binatang

Luka lebam - Sebarang tamparan yang kasar atau kuat dan boleh memecahkan kapilari
dibawah lapisan kulit dan darah yang masuk kedalam tisu-tisu menyebabkan lebam

Luka tertembak - menyebabkan kecederaan dalam yang serius.luka pada titik kemasukan
mungkin kecil dan bersih tetapi luka didalam mungkin lebih serius serta lebih besar
Teknik-teknik RAWATAN Pertolongan Cemas

A: Luka / Pendarahan
1. Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan berhenti
( darah membeku)
2. Jika darah masih mengalir balut kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan ke atas
kawasan yang luka.
3. Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari jantung dan
otak. Praktikkan teknik RICE.
4. Tenangkan mangsa
5. Hantar mangsa dengan segera ke hospital.

B: Keracunan , tanda-tandanya:
1. maklumat dari mangsa
2. mangsa sakit dengan tiba-tiba
3. kesan terbakar di sekeliling mulut atau bibir
4. anak mata menguncup ke saiz mata jarum peniti

Rawatan:
1. larutkan racun dengan memberi segelas air atau susu jika mangsa sedar dan tiada tanda-
tanda sawan. Jangan bagi minuman jika mangsa muntah.
2.simpan bekas racun bagi tujuan analisis
3. segera hubungi hospital
4. jangan cuba meneutralkan racun tersebut dengan cuka atau air limau
.

C: Terkejut , tanda-tandanya:
1. badan berpeluh
2.pucat
3. rasa nak pengsan
4. resah
5. nafas kerap tapi nipis
6. kadar nadi bertambah tapi lemah

Rawatan:
1. baringkan mangsa
2. lembabkan bibir mangsa dengan air jika ia dahaga
3. jika tidak sedar, baringkan dalam posisi 'recover'
4. jika sedar, baringkan secara terlentang dengan muka dipusing ke tepi dan kaki
ditinggikan.
5. segera hantar ke hospital

D: Terbakar; klasifikasi terbakar :


1. First Degree - dipermukaan kulit sahaja;
a. Kemerah-merahan atau hilang warna
b. bengkak sedikit dan rasa sakit
c. cepat sembuh
2. Second Degree - melibatkan hujung-hujung saraf
a. merah
b. ada tanda-tanda gelembung ( blisters)
c. bengkak yang nyata (beberapa hari)
d. kulit basah akibat lelehan plasma yang keluar dari lapisan kulit yang rosak.

3. Third Degree
a. kerosakan tisu lebih dalam
b. kemusnahan pada lapisan kulit luar
c. tisu-tisu dalam dapat dilihat

nota: orang dewasa yang 15% permukaan badan dan kanak-kanak 10% permukaan badan
terbakar perlu dimasukkan ke hospital.

Rawatan:
1. sejukkan dengan serta merta dengan air sejuk
2. tutup bahagian yang terbakar dengan air bersih
3. baringkan mangsa
4. jangan gerakkan bahagian yang terbakar.
5. beri minuman sedikit bagi mangsa yang sedar
6. hantar segera ke hospital

E: Melecur , rawatannya:
1. sejukkan dengan air sejuk
2. jika baju tidak melekat pada kulit dan masih lembab, tanggalkan pakaian
3. rawat seperti mangsa terbakar

F: Kejutan Elektrik
1. putuskan hubungan elektrik
2. periksa pernafasan, beri pemulihan pernafasan jika pernafasan mangsa terhenti
3. rawat bagi terbakar jika ada

G: Terseliuh ( dislocation)
- kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan ligamen
tertarik atau koyak. Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan atau kaki serta
lutut.

Rawatan: RICE ( Rest, Ice, Compression, Elevation)


1. R- rehatkan kawasan yang cedera
2. I - Letakkan ais yang telah dibungkus di dalam kain ke tempat cedera.
3. C - balutkan tempat yang cedera
4. E- tinggikan tempat cedera dari paras jantung
5. hantar ke hospital

H: Ketegangan Otot
- kecederaan pada otot akibat terregang berlebihan, akibat terlebih guna atau
mengangkat benda yang kuat. Tanda dan alamat; sakit yang tajam di tempat cedera
dan diikuti dengan bengkak.
Rawatan: RICE ( Rest, Ice, Compression, Elevation)
1. R- rehatkan kawasan yang cedera
2. I - Letakkan ais yang telah dibungkus di dalam kain ke tempat cedera.
3. C - balutkan tempat yang cedera
4. E- tinggikan tempat cedera dari paras jantung
5. hantar ke hospital

I: Terkehel
- kecederaan di sendi yang melibatkan tulang terkeluar dari kedudukan asalnya.
Biasanya di bahu, siku, jari dan rahang. Terkehel mungkin diikuti dengan patah tulang.
Tanda-tanda ; sakit tidak boleh menggerakkan bahagian yang cedera, cacat bentuk
anggota tersebut.

Rawatan:
1. Berikan rawatan renjatan
2. Jangan sekali-kali cuba memasukkan sendi yang terkeluar itu ke tempat asal
3. jangan lakukan banyak pergerakan
4. balut dengan pad atau anduh di tempat yang cedera
5.hantar segera ke hospital.

Rawatan: RICE ( Rest, Ice, Compression, Elevation)


1. R- rehatkan kawasan yang cedera
2. I - Letakkan ais yang telah dibungkus di dalam kain ke tempat cedera.
3. C - balutkan tempat yang cedera
4. E- tinggikan tempat cedera dari paras jantung
5. hantar ke hospital

balutan luka di tangan


balutan luka di lengan

balutan luka di siku


luka di bahagian dada depan

balutan luka di tapak tangan


balutan di pergelangan tangan

balutan cincin dan luka di kepala

CPR

You might also like