Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU IPGKG - 06

KAMPUS GAYA

( JURNAL
SimpanREFLEKTIF MINGGUAN
dalam portfolio)

JURNAL REFLEKTIF MINGGU KE 8


(24/09/18 hingga 28/09/18)

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHAMED MARZUKY

OPSYEN / KUMPULAN : PISMP PJ AMBILAN JUN 2015 (PJ/PK)

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG ARU (II)

TARIKH : 28/09/18

1. Isu / masalah / peristiwa

Saya menyampaikan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani bersama kelas 4 Juara. Semasa sesi
kemuncak, terdapat kesukaran bagi guru untuk membuat penilaian bagi memberi markah kepada setiap kumpulan
kerana jumlahnnya yang banyak.

2. Pandangan dan perasaan terhadap isu / masalah / peristiwa

Punca utama wujudnya kesukaran dalam membuat penilaian ini adalah kerana kuasa membuat penilaian atau
mengeadili sesuatu permainan ini hanya bertumpukan kepada guru sahaja semata-mata. Perkara ini menyebabkan
proses menilai itu menjadi lebih sukar dan tidak teratur.

3. Analisis isu / masalah / peristiwa


3.1 Kajian Lampau

Pengajaran dalam abad ke-21 merupakan pengajaran yang berasaskan tumpuan murid (Lakhar, 2013). Oleh itu, cara
pengajaran lama yang berfokuskan kepada guru semata-mata perlu dikurangkan

3.2 Rujukan

Lahkar Labanya (2013). Use of the Information and Communication Technology (ICT) in teaching
learning process (Availability and non availability of ICT related teaching aids in tenth standard in
schools of Gossaigaon Sub-Division), Global Research Methodology Journal, V0l-II, 7th issue,
Nov-Dec-Jan, 2012-13

4. Cadangan idea untuk menyelesaikan punca / kelemahan

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya laksanakan maka saya mencadangkan beberapa alternatif dalam
menyelesaikan masalah tersebut, antaranya ialah;

1. Mewujudkan sistem murid sebagai pengadil dalam sesuatu pertandingan atau permainan.
2. Mewujudkan sistem pengajaran dan pembelajaran yang lebih bepusatkan murid.

5. Tempoh masa yang diberikan untuk menyelesaikan punca/kelemahan

1 Minggu

(01/10/18 – Tarikh Tindakan Susulan)

6. Tindakan susulan
Saya akan melantik setiap seorang daripada ahli kumpulan untuk berperanan sebagai pengadil dan membantu guru
dalam mencatat atau memberikan mata kepada setiap pasukan. Dengan jumlah pengadil yang ramai dan cukup bagi
setiap kumpulan dan datangnya juga adalah daripada kalangan murid itu sendiri maka akan dapat meningkatkan
minat serta fokus mereka bagi memberikan fokus yang lebih semasa sesi pengajaran dan pembelajaran(PdP)
dilaksanakan.

7. Kesimpulan
7.1 Menilai semula kesan dan tindakan / langkah yang telah dijalankan

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian terhadap masalah yang telah saya
kenalpasti telah memberikan impak yang positif. Ini dapat dilihat apabila sesi PdP Pendidikan Jasmani yang telah saya
laksanakan baru-baru ini dengan menggunakan kaedah pelantikan pengadil daripada kalangan murid-murid itu sendiri
membuatkan sesi penilaian bagi setiap kumpulan dalam setiap permainan menjadi lebih mudah dan teratur.

7.2 Kesimpulan

Saya berasa puas hati dengan pendekatan dan langkah dalam mewujudkan sistem pelantikan pengadil dalam
kalangan murid ini sendiri. Perkara ini memberikan kesan yang positif dan seterusnya membantu sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran(PdP) saya di sekolah.

Pelajar Pensyarah Penyelia Guru Pembimbing

……………………………… ………………………………… ………………………………..

(MUHAMMAD SYAFIQ BIN


MOHAMED MARZUKY) (EN. K. RAJA A/L M. KANAPATHY) (CIK SARIMAH BINTI ONONG)

You might also like