Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

Siti Aishah bt Awang v Mohd Johari bin Abdullah

[2013] 4 ShLR (Rosdi Harun SHHCJ) 77

A Siti Aishah bt Awang v Mohd Johari bin Abdullah

SHARIAH HIGH COURT (TERENGGANU) — APPLICATION (CIVIL


CASE) NO 11100–010–0071 OF 2012
B
ROSDI HARUN SHHCJ
27 MAY 2012

C Islamic Law — Marriage — Validity of — Marriage contracted in Thailand —


Whether conditions of valid marriage fullfilled — Whether established —
Administration of Islamic Family Law Enactment 1985 ss 8, 10 & 107

D Islamic Law — Shariah Court — Jurisdiction — Marriage — Validity of —


Whether within jurisdiction of court — Syariah Court (Terengganu) Enactment
2001 s 11(3) — Practice Direction No 4 of 2007

This was an application to acknowledge the marriage between the applicant


E and the respondent which was alleged to have been solemnised on 5 December
2011. The solemnisation of the said marriage was held at Masjid Darussalam,
Kampung Mundok, Sungai Golok, Narathiwat, Thailand with the applicant’s
father as the wali. The respondent had three children from his existing marriage
to his first marriage. The issue herein was whether all the necessary conditions
F of a valid marriage pursuant to the Islamic law and domestic laws have been
fulfilled.

Held, affirming the marriage between the applicant and the respondent:
(1) A marriage is deemed valid when all the conditions of a valid marriage
G are fulfilled. In this case, all the five conditions of a marriage, namely,
the contract, the bride, the groom, wali and witnesses, were fully
complied with. Hence, the marriage between the applicant and
respondent was valid according to Islamic law (see para 35).
H (2) Therefore, it should accordingly be recognised as valid under the
domestic law in particular, s 10 and sub-s 107(1) of the Administration
of Islamic Family Law Enactment 1985 (see para 36).

[Bahasa Malaysia summary


I Kes ini adalah permohonan untuk mengesahkan perkahwinan antara
pemohon dengan responden yang telah didakwa telah diakadnikahkan pada
5 Disember 2011. Akad nikah perkahwinan tersebut diadakan di Masjid
Darussalam, Kampung Mundok, Sungai Golok, Wilayah Narathiwat,
Thailand berwalikan bapa pemohon. Responden dalam kes ini telah
78 Shariah Law Reports [2013] 4 ShLR

berkahwin mempunyai seorang isteri dan telah mempunyai tiga orang anak A
dengan isteri pertama. Isu yang timbul adalah sama ada kesemua rukun-rukun
nikah dan syarat-syarat sah nikah menurut undang-undang dan hukum syarak
telah dipenuhi.

Diputuskan, mengesahkan perkahwinan antara pemohon dan responden: B

(1) Sesuatu perkahwinan itu sah apabila rukun-rukun nikah dan


syarat-syaratnya dipenuhi. Mahkamah berpuas hati bahawa
kelima-lima rukun nikah, iaitu sighah, pengantin perempuan,
pengantin lelaki, wali dan saksi, dan syarat-syarat yang terkandung di C
dalam tiap-tiap satunya telah dipatuhi sepenuhnya. Maka mahkamah
memutuskan akad nikah perkahwinan antara pemohon dengan
responden adalah sah mengikut hukum syarak (lihat perenggan 35).
(2) Oleh kerana akad nikah itu sah mengikut hukum syarak maka ianya
hendaklah diiktiraf sebagai sah menurut undang-undang mengikut D
peruntukan s 10 dan sub-s 107(1) Enakmen Undang-Undang
Pentadbiran Keluarga Islam 1985 (lihat perenggan 36).]
Notes
For cases on jurisdiction, see 8(1) Mallal’s Digest (4th Ed, 2013 Reissue) paras E
787–795.
For cases on validity of marriage, see 8(1) Mallal’s Digest (4th Ed, 2013 Reissue)
paras 754–757.

Legislation referred to F
Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 s 83(i)
Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 s 11(3)
Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam 1985 ss 8, 10, 107(1)
Practice Direction No 4 of 2007
G
Quranic verses referred to
Surah al-Nisa’ (4): 21, 23
Books referred to
Al Muhazzab, Imam as-Syirazi, Vol 5, Dar al-Qalam publication, Damsyik, H
Syria p 543
Al Muktamad fi al Fiqh al Syafie, Professor Doktor Muhammad al Zuhaily,
(2nd Ed), 1431H/2010, Dar al Qalam publication, Juz 4, pp 58–61
Al Musnad, Imam al Shafie
Al-Qada’ fil Islam, Muhammad Salam Madkur, Matbaah Al ‘Aalamiyah I
publication, Kaherah, 1964, p 54
Bujairimi ala Al-Khatib, Al-Syeikh Sulaiman al-Bujairimi, Vol 3, Final Print,
1301H/ 1981M, Darul Fikr, Beirut, Lebanon pp 300, 326–327
Fathul Muin, As-Syeikh Zainuddin al-Malibariy
Siti Aishah bt Awang v Mohd Johari bin Abdullah
[2013] 4 ShLR (Rosdi Harun SHHCJ) 79

A ‘Iaanah al-Taalibin, Al-Sayyid al-Bikri Ibn al-Sayyid Muhammad Shatho


al-Dimyaatti, Darul Fikr publication, Beirut, Lebanon, (1st Ed) 1419H/
1998M, Juz 3, p 434
Kifayatul Akhyar fi Halli Ghayah wa al Ikhtisor, Allamah Taqiyuddin Abi Bakr
bin Muhammad al Husainy al Husni al Dimasyqi al Syafie, Dar al Kutub al
B Ilmiyyah publication, Beirut, Lebanon, pp 476–477
Mughni Muhtaj, Muhammad Khatib As Syarbini, Vol 3, Al Maktabah
Al-Ma’rifah, Beirut, Lebanon, (1st Ed), 1997, pp 195, 212
Sunan Abi Daud, hadith No 1905, Juz 2, Darul Fikr, Beirut, Lebanon

C
Rosdi Harun ShHCJ:

[1] Atas permohonan pemohon, permohonan ini dipanggil untuk


perbicaraan di dalam mahkamah terbuka, Mahkamah Tinggi Syariah
D Terengganu, di Kuala Terengganu dengan kehadiran pemohon dan responden,
setelah mendengar keterangan yang diberikan dan saksi-saksi yang hadir, maka
pada hari ini Yang Arif hakim telah membuat penghakiman seperti berikut:

E
[2] Kes yang didengar di hadapan saya ini adalah permohonan untuk
mengesahkan perkahwinan antara Siti Aishah bt Awang, No KP:
850515–11–5386, pemohon dengan Mohd Johari bin Abdullah, No KP:
740414–11–5587, responden yang telah didakwa telah diakadnikahkan pada
9 Muharram 1433H bersamaan 5 Disember 2011. Akad nikah perkahwinan
F
tersebut diadakan di Masjid Darussalam, Kampung Mundok, Sungai Golok,
Wilayah Narathiwat, Thailand berwalikan wali bapa, bernama Awang bin
Mohd Amin. Mohd Johari bin Abdullah, responden dalam kes ini telah
berkahwin mempunyai seorang isteri dan telah mempunyai tiga orang anak
dengan isteri pertama.
G
[3] Sebelum ditentukan kesahan perkahwinan ini, adalah perlu mahkamah
memastikan bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan kes ini.
Mengikut hukum syarak, sebagaimana yang dijelaskan oleh Muhammad
Salam Madkur di dalam kitabnya berjudul Al-Qada’ fil Islam, terbitan Matbaah
H Al ‘Aalamiyah, Kaherah, 1964, yang mana pada ms 54 beliau menyebut:
Yang bererti:
Bidangkuasa mengikut jenis kes ialah pemerintah mengkhususkan bidangkuasa ke
atas seseorang Hakim semasa perlantikan Hakim itu atau selepas perlantikan
I dibuat dengan menentukan bahawa Hakim itu mempunyai bidangkuasa tertentu
sahaja seperti diberi bidangkuasa bagi mengendalikan undang-undang diri,
undang-undang sivil, undang-undang perdagangan atau bagi undang-undang
jenayah dan seumpamanya; oleh yang demikian Hakim itu hanya berbidangkuasa
bagi kes-kes yang dianya diberi bidangkuasa sahaja dan Hakim itu tidak boleh
melaksanakan bidangkuasa lain yang tidak diberi kepadanya.
80 Shariah Law Reports [2013] 4 ShLR

[4] Manakala di dalam Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001. A


Subseksyen 11(3) Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 telah
memperuntukkan bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah. Ianya
diperuntukkan seperti berikut:

Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah — B

(a) dalam bidangkuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan


yang dilakukan oleh seseorang orang Islam dan boleh dihukum di
bawah Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain
yang sedang berkuat kuasa yang menetapkan kesalahan-kesalahan C
terhadap rukun-rukun agama Islam, dan boleh mengenakan apa-apa
hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu; dan

(b) dalam bidangkuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua


tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau D
prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu
adalah berhubungan dengan —

(i) pertunangan, perkahwinan, ruju’, perceraian, pembubaran E


perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehakiman
(faraq) atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan
perhubungan antara suami isteri;

(ii) apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit F


daripada mana-mana perkara yang dinyatakan dalam
subperenggan (i);

(iii) nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan, atau penjagaan


atau jagaan (hadhanah) budak-budak; G

(iv) pembahagian atau tuntutan harta sepencarian;

(v) wasiat atau alang semasa marad-al-maut;


H

(vi) alang semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa


balasan yang memadai dengan wang atau nilaian wang, oleh
seorang orang Islam;
I
(vii) wakaf atau nazar;

(viii) pembahagian atau pewarisan harta berwasiat atau tak


berwasiat;
Siti Aishah bt Awang v Mohd Johari bin Abdullah
[2013] 4 ShLR (Rosdi Harun SHHCJ) 81

A (ix) penentuan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta


pusaka seseorang si mati yang beragama Islam atau
bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu
berhak;

B (x) pengisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam;

(xi) pengisytiharan bahawa seseorang yang telah mati itu ialah


seorang Islam atau sebaliknya pada masa kematiannya; dan
C
(xii) perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa
diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis.

D [5] Subsekyen (b)(i) di atas menunjukkan bahawa Mahkamah Tinggi


Syariah mempunyai bidang kuasa asal terhadap permohonan ini. Namun,
adakah mahkamah rendah atau Mahkamah Tinggi Syariah yang berbidang
kuasa mendengar dan memutuskan kes ini?. Menurut Arahan Amalan No 4
Tahun 2007 berbunyi:
E
permohonan pengesahan nikah yang berkaitan dengan poligami hendaklah dibuat
di Mahkamah Tinggi Syariah.

F [6] Dalam kes ini, Mohd Johari bin Abdullah, responden sebelum
berkahwin dengan pemohon beliau telah mempunyai seorang isteri. Maka,
perkahwinan beliau dengan pemohon adalah mempunyai kaitan dengan isu
poligami. Dari peruntukan hukum syarak dan undang-undang di atas, jelaslah
bahawa bidang kuasa mendengar dan memutuskan permohonan ini diberi
G kepada mahkamah ini, iaitu Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu.

[7] Sebelum mahkamah mengesahkan perkahwinan antara pemohon


dengan responden, mahkamah merujuk kepada kitab suci al-Quran berkaitan
akad nikah perkahwinan. Allah SWT berfirman:
H
Maksudnya:
Dan Bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih
mesra kamu telah terjalin antara satu Dengan yang lain, dan mereka pula
(isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu?.
I
(Surah al-Nisa (4):21)

[8] Berdasarkan tafsiran ulama’-ulama’ tafsir, maksud perjanjian yang kuat di


dalam ayat ini bermaksud akad nikah. Melalui akad nikah yang sah, seseorang
82 Shariah Law Reports [2013] 4 ShLR

suami itu bertanggungjawab terhadap isterinya. Begitulah juga pihak isteri, A


melalui akad nikah yang sah menjadikan isteri mempunyai tanggung jawab
terhadap suaminya itu.

[9] Manakala dalam Sunnah, dalam Kitab Sunan Abi Daud, hadith ke 1905,
Juz 2, Darul Fikr, Beirut, Labenon, tanpa tarikh, Rasulullah SAW bersabda: B

Maksudnya:
Takutilah Allah dalam urusan wanita, sesungguhnya kamu mengambil mereka
dengan amanah daripada Allah dan kamu menjadi halal kemaluan mereka dengan
kalimah Allah. C
Hadith riwayat Imam Muslim

[10] Ulama’-ulama’ fiqh mengatakan maksud kalimah Allah adalah lafaz


‘tazwij’ atau ‘inkah’. Kedua-duanya adalah mengenai akad nikah perkahwinan. D
‘Nikah’ menurut istilah hukum syarak bermaksud akad yang mengandungi di
dalamnya lafaz nikah atau tazwij atau terjemahan keduanya dengan
perantaraan wali dan di hadapan dua orang saksi, yang mengharuskan suami
dan isteri yang diakadkan itu bersetubuh. Al-Syeikh Sulaiman al-Bujairimi di
dalam Kitab Bujairimi ala Al-Khatib, Jil Ketiga, ms 300 ada menyebut: E
Yang bererti:
Akad yang mengandungi di dalamnya lafaz nikah atau tazwij atau terjemahan
keduanya yang mengharuskan suami dan isteri yang diakadkan itu bersetubuh.
F
[11] Mengenai permohonan pemohon dalam kes ini, di dalam Kitab al
Muhazzab karangan Imam as-Syirazi, Jil Kelima, ms 543 cetakan Dar
al-Qalam Damsyik Syria ada menyebut:
Yang beerti: G
Jika sekiranya ia mendakwa bahawa dia sudah berkahwin, maka kata Imam
as-Syafei: Tidak boleh diterima sehingga ia mengatakan:
Aku telah berkahwin dengan Fulanah binti Fulan dengan berwalikan bapanya atau
sebagainya dan dua orang saksi nikah serta kerelaan perempuan tersebut.
H

[12] Secara mudahnya, sesuatu perkahwinan itu sah apabila rukun-rukun


nikah dan syarat-syaratnya dipenuhi. Pihak-pihak dalam kes ini perlulah
mengemukakan keterangan dan pembuktian yang berkaitan rukun-rukun dan
syarat-syarat nikah untuk mengesahkan perkahwinan mereka. I

[13] Mengenai rukun nikah, di dalam Al-Syeikh Sulaiman al-Bujairimi di


dalam kitabnya Bujairimi ala Al-Khatib, Jil Ketiga, (Cetakan Akhir),
1301H/1981M, Darul Fikr, Beirut, Labenon, ms 326–327 ada menyebut:
Siti Aishah bt Awang v Mohd Johari bin Abdullah
[2013] 4 ShLR (Rosdi Harun SHHCJ) 83

A Yang bererti:
Fasal pada membicarakan rukun-rukun nikah dan adapun rukun-rukun nikah itu
lima perkara iaitu; sighah, pengantin perempuan, pengantin lelaki, wali. Pengantin
lelaki dan wali adalah pihak-pihak melaksanakan akad nikah perkahwinan melalui
sighah iaitu lafaz ijab dan lafaz qabul. Yang kelimanya ialah dua orang saksi lelaki.
B
[14] Berdasarkan susunan rukun-rukun yang telah dinukilkan oleh
pengarang kitab di atas, rukun nikah yang pertama ialah sighah. Maksud sighah
ialah lafaz ijab daripada wali pengantin perempuan dan lafaz qabul dari pihak
C pengantin lelaki. Di dalam kes ini, menurut keterangan yang dikemukakan
oleh pemohon, responden, wali dan saksi-saksi yang hadir bahawa wali
pengantin perempuan iaitu bapanya, Awang bin Mohd Amin telah
mewakilkan wali kepada jurunikah yang bernama Ustaz Affandi bin Hj
Ghazali. Wali pengantin perempuan dalam keterangannya mengakui ada
D mewakilkan kepada jurunikah, Ustaz Affandi bin Hj Ghazali dengan lafaz
‘Saya wakilkan kepada Tuan untuk menikahkan anak Saya Siti Aishah dengan
Mohd Johari’.

[15] Lafaz ijab dan qabul itu berlangsung pada pukul 10.00 pagi hari
E Jumaat, 9 Muharram 1433H bersamaan 5 Disember 2011 di Masjid
Darussalam, Kampung Mundok, Sungai Golok, Narathiwat, Thailand.
Mengikut keterangan pihak-pihak, lafaz jurunikah berbunyi ‘Aku nikahkan
akan dikau Mohd Johari bin Abdullah dengan Siti Aishah binti Awang
berwakil walikan ayah pengantin perempuan dengan mas kahwin RM 111.11
F tunai’. Manakala pengantin lelaki terus menjawab dengan lafaz ‘Saya terima
nikahnya Siti Aishah binti awang dengan mas kahwin sebanyak RM 111.11
tunai’. Proses ijab dan qabul ini hanya berlaku dengan satu kali sahaja.

[16] Ini adalah sebagaimana yang disebut di dalam nas ‘Fathul Muin’
G karangan As-Syeikh Zainuddin al-Malibariy, yang kemudiannya disyarahkan
oleh Al-Sayyid al-Bikri Ibn al-Sayyid Muhammad Shatho al-Dimyaatti yang
dinamakan ‘Iaanah al-Taalibin, cetakan Darul Fikr, Beirut, Labenon, (Cetakan
Pertama), 1419H/1998M, Juz 3, ms 434 berbunyi:

H Maksudnya:
Dan syarat sighah itu adalah ijab daripada pihak wali seperti katanya ‘aku
kahwinkan akan dikau atau aku nikahkan akan dikau fulanah … dan qabul pula
yang bersambung dengan ijab daripada suami seperti katanya ‘aku kahwini akan
dia atau aku nikahi akan dia atau aku terima nikahnya atau aku redha akan
I nikahnya.

[17] Keterangan pihak-pihak juga disokong keterangan dokumentar iaitu


Surat Keterangan Nikah dan Ta’liq yang dikeluarkan oleh Majlis Hal Ehwal
Agama Islam Wilayah Narathiwat, Thailand telah dibuktikan bahawa adanya
84 Shariah Law Reports [2013] 4 ShLR

lafaz ijab iaitu daripada Ustaz Affandi bin Hj Ghazali, sebagai jurunikah dan A
bertindak sebagai wakil wali kepada Siti Aishah bt Awang dan adanya lafaz
qabul daripada pengantin lelaki sendiri iaitu Mohd Johari bin Abdullah.

[18] Rukun kedua adalah pengantin perempuan. Dalam kes ini, pengantin
perempuan ialah Siti Aishah bt Awang, pemohon sendiri. Berdasarkan iqrar B
yang dibuat oleh pemohon dan responden, semasa perkahwinan ini pengantin
perempuan adalah seorang anak dara dan belum pernah berkahwin. Beliau
sekarang bekerja sebagai seorang jurujual dan beralamat penyampaian di
No 180A, Kampung Bukit Payong Tepoh, 21060 Kuala Terengganu,
Terengganu. Mengenai syarat-syarat bagi rukun kedua ini, mahkamah C
merujuk kepada Kitab Al Muktamad fi al Fiqh al Syafie, karangan Professor
Doktor Muhammad al Zuhaily, (Cetakan Kedua), 1431H/2010M, terbitan
Dar al Qalam, Juz 4, ms 58 menyatakan:
Maksudnya: D
Rukun yang kedua: Pengantin Perempuan:
… Dan disyaratkan pada pengantin lelaki untuk sah nikahnya syarat- syarat
berikut:

(1) Tiada tegahan Hukum Syarak daripada berkahwin E

(2) Tertentu

(3) Tidak berihram F

[19] Menurut hukum syarak, perempuan-perempuan yang haram


dikahwini kerana hubungan nasab terdiri daripada ibu, anak perempuan,
saudara perempuan, ibu saudara sebelah bapa, ibu saudara sebelah ibu, anak
perempuan daripada saudara lelaki, anak perempuan daripada saudara G
perempuan. Ini berdasarkan firman Allah SWT di dalam surah al-Nisa’ ayat 23
yang berbunyi:
Yang bermaksud:
H
Diharamkan kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut;
ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu, dan
saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu, dan anak-anak
saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan …

I
[20] Manakala perempuan-perempuan yang haram dikahwini kerana
hubungan susuan pula, ialah ibu susu dan saudara perempuan susuan
sebagaimana yang difirmankan di dalam ayat 23 surah al-Nisa’ iaitu
sambungan ayat tadi yang berbunyi:
Siti Aishah bt Awang v Mohd Johari bin Abdullah
[2013] 4 ShLR (Rosdi Harun SHHCJ) 85

A Yang bermaksud:
Diharamkan kamu berkahwin dengan … ibu-ibu kamu yang telah menyusu kamu
dan saudara-saudara susuan kamu …

B [21] Dan perempuan-perempuan yang haram dikahwini kerana musoharah


atau hubungan persemendaan ialah ibu mertua, anak tiri, ibu tiri, menantu
dan menghimpun dua orang perempuan bersaudara iaitu sebagaimana yang
difirmankan Allah SWT di dalam surah al-Nisa’, ayat 23 iaitu sambungan
daripada ayat tadi yang berbunyi:
C
Yang bermaksud:
Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan ibu-ibu isteri kamu, anak-anak tiri
yang dalam pemeliharaan kamu dan isteri-isteri yang telah kamu campuri, (tetapi
D kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telah pun
menceraikannya mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya) dan
(haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang
berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik
sekali (untuk menjadikan isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa
lalu, sesungguhya Allah adalah amat pengampun dan lagi amat mengasihani.
E

[22] Perkara-perkara yang dimaksudkan di dalam al-Quran ini telah


dikanunkan di dalam undang-undang sebagaimana yang telah diperuntukkan
di bawah s 8 Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam 1985.
F

(1) Tiada seseorang lelaki atau perempuan, mengikut mana yang


berkenaan, boleh, oleh sebab nasab, berkahwin dengan —

G (a) ibunya atau bapanya;

(b) neneknya hingga ke atas, sama ada dari sebelah bapa atau dari
sebelah ibu;
H
(c) anak perempuannya atau anak lelakinya dan cucu
perempuannya atau, cucu lelakinya hingga ke bawah;

(d) saudara perempuan atau saudara lelaki seibu sebapa, saudara


I perempuan atau saudara lelaki sebapa, dan saudara
perempuan atau saudara lelaki seibu;

(e) anak perempuan atau anak lelaki kepada saudara lelaki atau
saudara perempuan hingga ke bawah;
86 Shariah Law Reports [2013] 4 ShLR

(f ) emak saudara atau bapa saudara sebelah bapanya hingga ke A


atas;

(g) emak saudara atau bapa saudara sebelah ibunya hingga ke atas.

B
(2) Tiada seseorang lelaki atau perempuan, mengikut mana yang
berkenaan, boleh, oleh sebab pertalian kahwin, berkahwin dengan

(a) ibu mertuanya atau bapa mertuanya hingga ke atas; C

(b) emak tirinya atau bapa tirinya, iaitu isteri bapanya atau suami
ibunya;
D
(c) nenek tirinya iaitu isteri atau suami kepada nenek lelakinya
atau nenek perempuannya, sama ada dari sebelah bapa atau
sebelah ibu;

(d) menantunya; E

(e) anak perempuan atau anak lelaki tirinya hingga ke bawah.

(3) Tiada seseorang lelaki atau perempuan, mengikut mana yang F


berkenaan, boleh, oleh sebab sesusuan, berkahwin dengan seseorang
perempuan atau lelaki yang ada hubungan dengannya melalui
penyusuan di mana, jika hubungan itu adalah melalui kelahiran dan
bukan melalui penyusuan, perempuan atau lelaki itu tetap dilarang
berkahwin dengannya oleh sebab nasab atau pertalian kahwin. G

(4) Tiada seseorang lelaki boleh mempunyai dua isteri pada satu masa
jika isteri-isteri itu adalah bertalian antara satu sama lain melalui
nasab, pertalian kahwin, atau susuan dan pertalian itu adalah dari
jenis yang, jika salah seorang daripada mereka adalah seorang lelaki, H
menjadi perkahwinan antara mereka tetap tidak sah disisi Hukum
Syara’.

[23] Mahkamah mendapati bahawa pengantin perempuan yang juga


pemohon tidak tertegah untuk berkahwin dengan responden dari segi nasab, I
susuan mahupun persemendaan. Selain itu, berdasarkan iqrar pemohon dan
responden sendiri bahawa pengantin perempuan juga tiada sebarangan
hubungan dengan isteri pertama responden sama ada melalui nasab, pertalian
kahwin atau susuan.
Siti Aishah bt Awang v Mohd Johari bin Abdullah
[2013] 4 ShLR (Rosdi Harun SHHCJ) 87

A [24] Rukun ketiga, pengantin lelaki. Dalam kes ini, pengantin lelaki ialah
Mohd Johari bin Abdullah, responden. Berdasarkan iqrar yang dibuat oleh
pemohon dan juga responden sendiri, semasa perkahwinan ini pengantin lelaki
berstatus seorang suami kepada seorang isteri dan mempunyai tiga orang anak.
Beliau adalah seorang anggota tentera dan berdasarkan keterangannya antara
B sebab beliau berkahwin di Selatan Thailand kerana prosedur untuk berkahwin
dalam perkhidmatan tentera adalah ketat. Ketika ini responden beralamat
penyampaian di 180A, Kampung Bukit Payung, Tepoh 21060 Kuala
Terengganu, Terengganu. Mengenai syarat-syarat bagi rukun ketiga ini,
mahkamah merujuk kepada Kitab Al Muktamad fi al Fiqh al Syafie, karangan
C Profesor Doktor Muhammad al Zuhaily, (Cetakan Kedua), 1431H/2010M,
terbitan Dar al Qalam Juz 4, ms 59 menyatakan:
Rukun yang ketiga: Penganti Lelaki:
… Dan disyaratkan pada pengantin lelaki empat syarat iaitu:
D
(1) Tiada tegahan Hukum Syarak daripada berkahwin

(2) Tertentu
E
(3) Tidak berihram

(4) Ada keahlian iaitu seorang yang baligh, berakal dan mampu
menguruskan diri
F

[25] Berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukanan di dalam kes


ini saya dapati pengantin lelaki iaitu responden juga tidak terlarang dari segi
nasab, susuan mahupun persemendaan, berkahwin dengan pengantin
G perempuan iaitu pemohon. Dari segi syarat ‘taayin’ iaitu tertentu, Mohd Johari
bin Abdullah adalah lelaki yang ditentukan dalam ijab dan beliau hadir dalam
akad nikah tersebut serta tidak berihram. Mahkamah juga mendapati
pengantin lelaki, Mohd Johari bin Abdullah adalah mempunyai keahlian dan
berkemampuan untuk berkahwin.
H
[26] Mengenai rukun nikah keempat iaitu wali, hadith Rasulullah SAW
yang ditakhrijkan oleh Imam al Shafie dalam kitabnya bernama al Musnad,
hadith bernombor 2/11, hadith berbunyi:
I Maksudnya:
Tidak sah suatu penikahan tanpa wali.

[27] Fakta dalam kes ini ialah pemohon dan responden telah
88 Shariah Law Reports [2013] 4 ShLR

diakadnikahkan dengan memakai wali bapa pengantin perempuan yang A


bernama Awang bin Mohd Amin yang hadir sama pada upacara akad nikah itu
berlangsung. Bapa adalah wali nasab yang utama yang berhak mengahwinkan
anak perempuannya. Ini telah dijelaskan dalam kitab-kitab perundangan Islam
antaranya Kifayatul Akhyar fi Halli Ghayah wa al Ikhtisor, karangan Allamah
Taqiyuddin Abi Bakr bin Muhammad al Husainy al Husni al Dimasyqi al B
Syafie, di ms 477 Cetakan Dar al Kutub al Ilmiyyah, Beirut Lubnan,
menyatakan:
Yang beerti:
Wali yang paling utama mengikut tertib ialah bapa kemudian datuk iaitu bapa C
kepada bapa, kemudian saudara lelaki seibu sebapa, kemudian saudara lelaki
sebapa, kemudian anak lelaki kepada saudara lelaki seibu sebapa, kemudian anak
lelaki kepada saudara sebapa, kemudian bapa saudara sebelah bapa, kemudian
anaknya.
D
[28] Manakala syarat-syarat bagi rukun wali ini, ulama’-ulama’
menggariskan beberapa syarat. Mahkamah sekali lagi merujuk kepada Kitab Al
Muktamad fi al Fiqh al Syafie, karangan Profesor Doktor Muhammad al
Zuhaily, (Cetakan Kedua), 1431H/2010M, terbitan Dar al Qalam, Juz 4,
E
ms halaman 60 dan 61 menyatakan:
Maksudnya:
Syarat-syarat Wali:
Dan disyaratkan pada wali untuk mengakadnikah seperti berikut sama ada wali F
tersebut merupakan bapa atau selainnya iaitu:

(1) Agama yang sama dengan perempuan waliannya iaitu Islam

G
(2) Bersifat adil

(3) Mukallaf iaitu baligh dan berakal

(4) Sejahtera daripada penyakit-penyakit yang hina H

(5) Tidak tertegah oleh Syara’ iaitu mampu menguruskan diri

(6) Tidak berihram


I

[29] Berdasarkan keterangan daripada wali pernikahan ini, Awang bin


Mohd Amin yang juga kepada pengantin perempuan dalam kes ini didapati
menepati syarat-syarat kewalian sebagaimana yang digariskan oleh hukum
Siti Aishah bt Awang v Mohd Johari bin Abdullah
[2013] 4 ShLR (Rosdi Harun SHHCJ) 89

A syarak. Wali bapa dikenali sebagai wali mujbir. Wali mujbir mengikut hukum
syarak hanya terdiri daripada bapa dan datuk sahaja. Wali mujbir boleh
memaksa seorang anak perempuannya atau cucu perempuannya yang masih
dara berkahwin walaupun tanpa keizinannya. Namun, wali mujbir disunatkan
untuk meminta izin daripadanya.
B
[30] Dalam kes di hadapan saya ini, wali pengantin perempuan telah
mewakilkan kepada jurunikah yang bernama Ustaz Affandi bin Hj Ghazali.
Wali pengantin perempuan dalam keterangannya mengakui ada mewakilkan
kepada jurunikah, Ustaz Affandi bin Hj Ghazali dengan lafaz ‘Saya wakilkan
C kepada Tuan untuk menikahkan anak Saya Siti Aishah dengan Mohd Johari’.
Mengenai wakil wali ini, mahkamah merujuk kepada Kitab Mughni Muhtaj
oleh Muhammad Khatib As Syarbini (meninggal dunia pada 977 Hijriah),
pada ms 212 Jil Ketiga oleh Al Maktabah Al-Ma’rifah, Beirut, Lubnan,
(Cetakan Pertama), 1997, menyatakan:
D
Yang beerti:
Dan boleh bagi seorang wali mujbir itu mewakilkan perkahwinan walaupun tanpa
izin pengantin perempuan. Dan tidak disyaratkan menentukan bakal pengantin
lelaki dalam wakilnya itu pada pendapat yang azdhar. Dan hendaklah wakil
E tersebut berhati-hati dengan tidak mengahwinkan pengantin perempuan dengan
pengantin lelaki yang tidak sekufu dengannya.

[31] Rukun kelima, dua orang saksi. Mengenai syarat-syarat saksi, disebut
dalam Kitab Kifayatul Akhyar fi Halli Ghayah wa al Ikhtisor, karangan Allamah
F
Taqiyuddin Abi Bakr bin Muhammad al Husainy al Husni al Dimasyqi al
Syafie, di ms 476 dan 477 Cetakan Dar al Kutub al Ilmiyyah, Beirut Lubnan,
menyatakan:
Maksudnya:
G
Maka tidak sah suatu akad nikah tanpa kehadiran dua orang saksi muslim
(sekalipun pengantin perempuan zimmi), mukallaf, merdeka, lelaki dan bersifat
adil pada zahir. Disamping itu disyaratkan kedua-duanya tergolong daripada
mereka yang diterima kesaksiannya terhadap setiap pengantin tersebut dan ke
atasnya. Dan hendaklah kedua-duanya mempunyai pendengaran dan penglihatan
H yang baik, mengetahui percakapan lafaz ijab daripada wali pengantin perempuan
beserta qabul dari pihak pengantin lelaki, dalam keadaan sedar. Dan tidak sah
dengan kehadiran saksi yang pelupa dan tidak kuat ingatannya. Hujah syarat-syarat
saksi ini adalah berpandukan hadis Rasulullah SAW yang berbunyi: ‘ Tidak sah
suatu pernikahan melainkan dengan wali yang mursyid dan dua orang saksi yang
I adil’.

[32] Dalam kes ini, ramai saksi yang hadir semasa akad nikah
dilangsungkan. Namun, antara mereka yang menjadi saksi ialah Omar bin Mat
Rif dan Ahmad Haiqal Hafifi bin Hasman telah memberi keterangan di dalam
90 Shariah Law Reports [2013] 4 ShLR

mahkamah. Kedua-dua saksi ini mempunyai ingatan yang baik mengenai fakta A
akad nikah perkahwinan pemohon dengan responden. Mengenai sabitan
keadilan saksi-saksi nikah ini, di dalam Kitab Mughni Muhtaj oleh
Muhammad Khatib As Syarbini (meninggal dunia pada 977 Hijriah), pada
ms 195 Jil Ketiga oleh Al Maktabah Al-Ma’rifah, Beirut, Lubnan, (Cetakan
Pertama), 1997, ada menyatakan: B

Yang beerti:

Dan sah suatu perkahwinan melalui kesaksian yang tersembunyi keadilannya iaitu
kedua-duanya dikenali bersifat adil pada zahirnya bukannya secara batin dengan
C
diketahui secara percampuran tanpa perlu diuji keadilannya di sisi Hakim
mengikut pendapat yang sahih. Ini kerana zahir seorang muslim itu bersifat adil
dan perkahwinan itu sesuatu yang biasa berlaku antara manusia dan orang awam.
Sekiranya diambilkira sifat adil secara batin maka perlulah diketahui secara teliti
dan menghadirkan saksi yang bersifat sedemikian, nescaya akan menyusahkan dan
menyukarkan manusia. D

[33] Manakala peruntukan undang-undang di dalam s 83(i) Enakmen


Keterangan Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 memperuntukkan:
E
(1) Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, semua orang Islam adalah kompeten
untuk memberikan syahadah atau bayyinah sebagai saksi dengan syarat bahawa
mereka adalah ‘aqil, baligh, ‘adil, mempunyai ingatan yang baik dan tidak
berprasangka.
Huraian — Seseorang Islam adalah disifatkan ‘adil, jika dia menunaikan obligasi F
agamanya, melaksanakan kewajipan agama yang ditetapkan, menahan diri
daripada melakukan dosa besar dan tidak terus menerus melakukan dosa kecil.’

[34] Mahkamah berpuas hati bahawa dua orang saksi iaitu Omar bin Mat G
Rif dan Ahmad Haiqal Hafifi bin Hasman adalah kompeten menjadi saksi
terhadap akad nikah perkahwinan antara pemohon dan responden.

[35] Dengan kelima-lima rukun nikah dan syarat-syarat yang terkandung di


dalam tiap-tiap satunya telah dipatuhi sepenuhnya mahkamah memutuskan H
akad nikah perkahwinan antara Siti Aishah bt Awang, No KP:
850515–11–5386, pemohon dengan Mohd Johari bin Abdullah, No KP:
740414–11–5587, responden pada 9 Muharram 1433H bersamaan
5 Disember 2011 yang dilangsungkan di Masjid Darussalam, Kampung
Mundok, Sungai Golok, Wilayah Narathiwat, Thailand berwalikan wali bapa, I
bernama Awang bin Mohd Amin dengan mas kahwin RM111.11 tunai, adalah
sah mengikut hukum syarak.

[36] Oleh kerana akad nikah itu sah mengikut hukum syarak maka ianya
Siti Aishah bt Awang v Mohd Johari bin Abdullah
[2013] 4 ShLR (Rosdi Harun SHHCJ) 91

A hendaklah diiktiraf sebagai sah menurut undang-undang mengikut


peruntukan s 10 dan sub-s 107(1) Enakmen Undang-Undang Pentadbiran
Keluarga Islam 1985.

Marriage between applicant and respondent affirmed.


B
Reported by Ashgar Ali Ali Mohamed

You might also like