Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Menengah Kebangsaan Jelapang Jaya


30020 Ipoh
Perak. Tel : 05-5282149
Fax : 05-5282148
Email Sek: AEA2056@moe.edu.my
“PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL,MURID HOLISTIK”

Ruj Kami: SMKJJ.600 – 3/5/10( )


Tarikh : 13/06/2023
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan
Keselamatan Komuniti , Ibu Pejabat Polis Kontijen ,
Blok G, Jalan Pasir Puteh,Taman Camay, 31650, Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN
(u.p : PUAN SITI ZUBAIDAH BINTI SULAIMAN )

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI JURULATIH BOLA JARING DI SMK JELAPANG JAYA

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa, pihak sekolah akan mengadakan Program Mencungkil Bakat
Sukan (CUBS) dalam permainan Bola Jaring sempena Pertandingan Bola Jaring peringkat MSSD yang
akan berlangsung pada bulan Julai nanti.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati ingin menjemput pegawai tuan sebagai
Jurulatih Program Mencungkil Bakat Sukan (CUBS) dalam permainan Bola Jaring.

4. Berikut adalah butiran Program Mencungkil Bakat Sukan (CUBS) dalam permainan Bola Jaring :

Tarikh / Hari : 19 Jun 2023 hingga 20 Julai 2023


Masa : 3.30 – 5.30 petang
Tempat : Gelanggang Bola Jaring SMK Jelapang Jaya
Sasaran : 20 orang murid Tingkatan 3 -5

5. Kesudian pihak tuan dapat memberi pelepasan kepada pegawai tersebut amat kami hargai dan
didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sebarang maklum balas,boleh hubungi Pn.Siti Hajar bt
Mohd Dzuki di talian 013-3262695.

Sekian.

“ MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah ,

(ZABRI BIN MAT BASIR)


Pengetua,
“PERAK SEJAHTERA 2030”

You might also like