Assignment Individu Sumber Asli

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PROGRAM: SARJANA MUDA EKONOMI (SUMBER ALAM)

EKONOMI SUMBER ASLI

TAJUK: PENGETAHUAN DAN KESEDARAN PENDUDUK TERHADAP


PENCEMARAN UDARA TRAFIK DI KUALA LUMPUR, MALAYSIA

NAMA PENSYARAH: PROFESOR MADYA

NAMA NO.MATRIKS
NURUL S644
ISU SEMASA

Pengetahuan dan kesedaran penduduk terhadap pencemaran udara merupakan suatu


perbuatan yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat tentang pencemaran alam yang berlaku di
sekeliling. Udara adalah penting untuk semua makhluk hidup seperti tumbuhan dan manusia di
mana ia melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia yang boleh menyebabkan kemudaratan,
ketidakselesaan kepada manusia dan merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke
atmosfera. Contoh pencemaran udara adalah seperti gas karbon dioksida dan bau-bauan. Di
peringkat golongan kanak-kanak dan warga emas diklasifikasikan sebagai kumpulan penduduk
yang paling berisiko terhadap masalah kesihatan yang kronik disebabkan oleh kekuatan antibodi
adalah sangat berkurang (UNICEF, 2016).

PERMASALAHAN

Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh kenderaan bermotor dan
pencemaran udara trafik di jalan raya akan memberi kesan negatif terhadap kesihatan manusia.
Menurut Awang et al. (2000), pelepasan pencemar kenderaan bermotor menyumbang lebih dari
70 peratus daripada jumlah kumulatif khususnya pada waktu puncak. Antara kesan pencemaran
udara adalah pemanasan bumi, jerebu, hujan asid dan penipisan lapisan ozon. Melalui
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menganggarkan bahawa kira-kira 4.2 juta kes
kematian pramatang individu dicatatkan di seluruh dunia akibat daripada pencemaran trafik
bandar (WHO,2018).

PENYELESAIAN ISU SEMASA

Langkah terbaik dalam mengurangkan pencemaran udara adalah menerusi sistem


pengangkutan awam yang cekap termasuk memastikan kesalinghubungan kawasan yang luas
bagi meningkatkan jumlah pengguna. Aspek kecekapan dalam pergerakan kenderaan awam yang
patuh masa dan infrastruktur stesen yang rangkuman kawasan yang luas dengan banyak stesen
pengangkutan awam untuk bas, tren, teksi, disokong dengan mampu menampung keperluan
pengguna yang ramai, terutama tempat letak kenderaan, amat penting untuk mengurangkan
pergerakan kenderaan persendirian di atas jalan raya, terutamanya di kawasan bandar seperti
Lembah Klang. Bagi mengurangkan bilangan kenderaan masuk ke bandar, terutamanya pada
hari bekerja dan waktu puncak kerajaan perlu meningkatkan kecekapan pengangkutan awam dan
infrastruktur di bandar-bandar utama Malaysia. Keadaan ini disokong oleh Md Zubir et al.(2017)
yang menyatakan bahawa sumber pencemar daripada kenderaan bermotor menyumbang
sebanyak 68 peratus sehingga mewujudkan masalah pencemaran udara.

HASIL DAN SUMBANGAN KERJA PENYELIDIKAN KHUSUS

Menurut Laporan Jabatan Alam Sekitar, punca utama bahan pencemar udara yang tinggi
di Kuala Lumpur adalah disebabkan oleh kenderaan bermotor. Keseriusan masalah pencemaran
udara trafik yang berlaku di Kuala Lumpur juga dipengaruhi oleh tahap pengetahuan penduduk
tentang proses dan impak pencemaran udara trafik yang berlaku. Melalui kaedah persampelan
rawak yang menetap di sekitar enam zon strategik Kuala Lumpur iaitu Pusat Bandaraya, Wangsa
Maju-Maluri, Sentul-Menjalara, Damansara-Penchala, Bukit Jalil-Seputeh dan Bandar Tun
Razak-Sungai Besi. Penduduk membawa tahap pengetahuan dan kesedaran penduduk yang
sederhana berdasarkan hasil kajian ini. Kesihatan manusia, alam sekitar dan perubahan iklim
setempat dan global memberi impak negatif secara langsung kepada pencemaran udara trafik di
Kuala Lumpur. Hasil kajian menunjukkan bahawa hampir keseluruhan penduduk di Kuala
Lumpur mempunyai kesedaran yang tinggi tentang kesan pencemaran udara trafik terhadap
kesihatan penduduk (98%). Malah, penduduk turut menyatakan bahawa keseriusan sesuatu
penyakit yang dihadapi oleh individu adalah bergantung kepada perbezaan jenis bahan
pencemar.

Pengetahuan dan kesedaran mengenai pencemaran udara dalam kalangan penduduk dan
masyarakat adalah sangat penting bagi usaha mengurangkan kesan negatif yang bakal dihadapi.
Adalah sangat penting dalam mengenai masalah pencemaran trafik dalam proses merangka dan
mewujudkan polisi serta langkah implementasi bertujuan untuk mengawal dan mengurangkan
impak terhadap individu khususnya.

ULASAN DAN CADANGAN OLEH PENGKAJI


Secara keseluruhan kajian ini mendapati bahawa aktiviti pembangunan yang pesat seiring
peredaran masa menyebabkan kualiti udara semakin merosot. Tidak dapat dinafikan udara
berkualiti merupakan satu nikmat yang memberi impak besar kepada semua jenis kehidupan.
Oleh itu, peranan semua pihak sangat penting dan perlu ditekankan dengan lebih terperinci
terutama dalam aspek menyampaikan maklumat kepada penduduk sekitar tentang pencemaran
udara trafik. Keadaan ini secara langsung telah mengaktifkan ke tahap maksima dalam peranan
dan kerjasama setiap penduduk di sekitar Kuala Lumpur. Pada pendapat saya, menjalankan
program Hari Tanpa Kenderaan mampu meningkatkan kesedaran awam terutamanya oleh pihak
berkuasa tempatan dengan sumbangan agensi lain khususnya Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ).
Selain itu, akses kenderaan mesra alam merangkumi kenderaan cekap tenaga (EEV),
kenderaan hibrid, kenderaan elektrik dan kenderaan sel fuel turut perlu diberikan perhatian.
Antara kepentingannya bagi membentuk masyarakat lestari, sekali gus menjadikan mereka lebih
memahami perkara serta dasar berkaitan pencemaran udara. Contohnya, projek Pelan Induk
Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang mana ideanya untuk mengurangkan trafik. Antara cara
terbaik dalam mengurangkan pencemaran udara adalah dengan menambah penggunaan
kenderaan elektrik sebagai pengangkutan awam seperti bas elektrik oleh sistem Bas Rapid
Transit. Usaha dalam mengurangkan kesesakan trafik hanya akan meningkatkan lagi jumlah
kenderaan di atas jalan jika pelebaran jalan raya dilakukan.
Oleh itu, pemahaman dan kesedaran penduduk sangat penting dalam usaha untuk
mengawal serta mengurangkan impak negatif pencemaran udara trafik terhadap kesihatan dan
kualiti hidup penduduk di Kuala Lumpur. Pelbagai insentif perlu diperkenalkan dan
mengimplementasikan strategi kerjasama antara pihak berkuasa kepada penduduk bertujuan
untuk mengawal dan mengurangkan kesan negatif pencemaran udara trafik secara langsung
menawarkan perlindungan alam sekitar dan dasar kesihatan dengan lebih baik di bandaraya
Kuala Lumpur.

You might also like