Isu-Isu Semasa Malaysia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

ISU-ISU SEMASA MALAYSIA

NAMA: ANSON TING HONG LIN


KELAS: 6D
NO. PENDAFTARAN: 17146
NAMA GURU: CIKGU SITTI
KHADIZAH
ISI KANDUNGAN

SOSIA
L DAN
PERTAHA BUDA
NAN YA EKON
OMI

ISU-ISU
SEMASA
MALAYSIA

INTEGRA
POLITI SI DAN
K PERPADU
AN
SAINS
DAN
TEKNOL
OGI
SOSIAL DAN BUDAYA
ISU: BULI SIBER
Apakah buli siber?
BULI siber ialah satu tindakan pencerobohan atau gangguan
menggunakan teknologi. Biasanya ia dilakukan melalui teks,
sembang, e-mel, aplikasi media sosial dan permainan dalam
talian. Ia sering diulang dengan bertujuan untuk menakut-
nakutkan, menimbulkan kemarahan dan memalukan mangsa.

Penyelidik buli siber, Jessie Yong yang memetik laporan


Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(UNICEF) 2020 menunjukkan Malaysia menduduki tempat
kedua di Asia untuk tindakan buli siber dalam kalangan belia.
Beliau berpendapat laporan itu menunjukkan buli siber kini
menjadi masalah yang semakin serius di negara ini.

-Punca menyebabkan buli siber dalam talian


Salah satu punca aktiviti ini kerana mereka tidak berpuas hati
dengan individu tertentu. Lazimnya, pembuli siber tidak
berpuas hati dengan penampilan, kemewahan dan tingkah
laku mangsa. Pembuli siber mudah mengganggu mangsa
dalam talian kerana identiti mereka sukar dikesan.

Buli siber juga boleh berlaku disebabkan pembuli ingin


berseronok dengan membuat jenaka. Segelintirnya gemar
menggunakan kata-kata lucah, berbaur fitnah dan hasutan.
Tanpa sedar, tindakan mereka boleh mengguris emosi dan
mental orang lain.
Contohnya,
seorang guru Bahasa Melayu yang popular di media sosial,
Saliza Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Cikgu Zack Kirana
menjadi mangsa buli siber hingga menyebabkannya membuat
laporan polis.Ia susulan videonya yang menegur penggunaan
perkataan degup dan denyut untuk jantung dalam lirik lagu
Casablanca mendapat perhatian ramai
Walaupun sebahagian warga net menerima pandangan beliau
berasaskan hukum tatabahasa namun terdapat juga sebahagian
yang menolak. Namun amat dikesalkan segelintir kelompok
yang menolak ini turut menghina dan mencerca beliau
menggunakan kata-kata kesat. Tidak tahan dengan komen
sebegitu yang menghina dan secara jelas membuli, beliau
tampil membuat laporan polis. Kes sebegitu sebenarnya bukan
terpencil. Sudah banyak kes serupa dilaporkan media.
Keadaan ini secara jelas membuktikan masyarakat semakin
biadap. Mereka seolah-olah merasakan mempunyai semua
kebebasan untuk menghakimi orang lain.
Disebabkan berinteraksi dalam talian, mereka berasakan
berkuasa untuk mengeluarkan pendapat tanpa perlu ditapis.
Mereka boleh mengeluarkan sebarang pendapat tanpa ragu
malah ada kala perkataan yang dipilih memang berniat jahat
dan bertujuan menghina serta menghiris hati.

-Kesan buli siber dalam talian


Mangsa buli siber akan sentiasa mengingati kejadian itu
sehingga menyebabkan mereka tertekan dan sentiasa resah.
Lama-kelamaan, mangsa mungkin mengalami kemurungan.
Ini juga menyebabkan mangsa hilang keyakinan dan takut
untuk berinteraksi dengan orang lain.
Kejadian buli siber juga menyebabkan seseorang itu
kehilangan sumber pendapatan dan menjejaskan kerjayanya.
Pembuli siber akan menyebarkan fitnah di media sosial
sehingga mangsa dipecat oleh majikan.

Syarikat mungkin tidak mahu mengupah seseorang yang


pernah menjadi mangsa penderaan atau keganasan kerana ia
boleh merosakkan reputasi syarikat. Ini boleh menyebabkan
mangsa kehilangan pekerjaan.

Justeru, masalah buli siber perlu ditangani segera. Semoga


rakyat Malaysia terutamanya golongan remaja menjauhi
jenayah buli siber kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan
kepada mangsa.
CARA MENANGANI BULI SIBER

You might also like