Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

kajian kes

sejarah
perjuangan Haji Abdul Rahman Limbong menentang British di Kuala Telemong
hingga Ulu Telemong
Nama : Zariff Iman bin Razali
Kelas : 3 Hamdan Tahir
Guru : Puan Faridah binti Mohd
Persoalan
Penentangan rakyat tempatan terhadap
pentadbiran british dan kesannya. Bincangkan
Objektif Kajian
Antara objektif kajian saya adalah
untuk menjelaskan faktor penentangan
Haji Abdul Rahman Limbong di Kuala
Telemong hingga Ulu Telemong . Selain
itu , saya juga dapat menerangkan
kronologi peristiwa penentangan Haji
Abdul Rahman Limbong . Akhir sekali ,
saya juga dapat menganalisis kesan
penentangan Haji Abdul Rahman
Limbong terhadap pihak British .
Kaedah Kajian
00 Kaedah
Kaedah kajian yang saya gunakan ialah dengan melayari
internet berkaitan faktor penentangan Haji Abdul Rahman
Limbong. Selain itu , saya juga menggunakan kaedah
pembacaan ilmiah berkaitan kronologi dan kesan
penentangan Dato Bahaman . Akhir sekali saya juga
menggunakan kaedah kajian dengan merujuk kajian
perpustakaan sebagai kaedah kajian ini .
HASIL KAJIAN ( faktor )

Antara faktor yang penentangan Haji Abdul Rahman


Limbong terhadap british adalah kerana british
menguatkuasakan Undang-undang Binatang Buas
yang melarang penduduk memburu binatang liar.
Lain daripada itu, faktor kedua ialah "Peraturan
Tanah Baharu" iaitu mewajibkan penduduk
mendaftar tanah mereka dengan bayaran sebanyak
2.50 sen seorang. Akhir sekali, faktor yang terakhir
ialah pas kebenaran untuk menjalankan aktiviti
pertanian. Petani yang ingin membuka tanah dan
bercucuk tanam perlu mendapatkan kebenaran
dengan bayaran 50 sen.
HASIL KAJIAN ( kronologi )
Kronologi penentangan bermula daripada Haji Abdul Rahman
Limbong memohon Lesen Wakil (pleader) untuk menjadi wakil
kepada tertuduh. Beliau bertindak sebagai peguam bagi
mewakili penduduk Ulu Telemong menentang pihak kerajaan
yang diwakili renjer hutan. Namun, kegagalan pihak peguam
cara (pendakwa) dan hakim menjelaskan pertanyaan Haji
Abdul Rahman Limbong menyebabkan perbicaraan
ditangguhkan dan berakhir tanpa keputusan. Akhirnya,
perbicaraan ditamatkan dengan keputusan berpihak kepada
Haji Abdul Rahman Limbong. Beliau ditangkap oleh british
atas tuduhan menghasut semasa berlakunya Kebangkitan Tani
1928. Beliau dibicarakan dan dijatuhkan hukuman buang
negeri ke Singapura dan selanjutnya Makkah.
HASIL KAJIAN ( kesan )

Antara kesan penentangan Haji Abdul Rahman


Limbong ialah para petani mengisytiharkan
perang terhadap british menduduki balai polis,
bangunan kerajaan dan mengibarkan bendera
merah di Kuala Berang. Selain itu, pihak british
melancarkan serangan yang menyebabkan 12
orang petani terkorban dan semua ketua petani
termasuklah Haji Abdul Rahman Limbong
ditangkap. Akhir sekali, Haji Abdul Rahman
Limbong ditangkap oleh british atas kesalahan
menghasut dan dijatuhkan hukuman dibuang
negeri ke Makkah.
SUMBER KAJIAN
buku jurnal

internet
https://www.media.my/2020/08/HAJI-ABDUL-RAHMAN-LIMBONG-ULAMA-PEJUANG.html
https://intelekblogirls.wordpress.com/2016/06/27/HAJI-ABDUL-RAHMAN-LIMBONG-TERENGGANU/
LAMPIRAN

You might also like