Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

Kajian Kes

Sejarah
darwish – faris – budi - airel
Penghargaan
Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya kami dapat
menyiapkan kajian kes sejarah ini. Kajian kes ini dapat memberikan
banyak manfaat kepada kami di samping menambah ilmu pengetahuan
kami. Pertama sekali, kami ucapkan ribuan terima kasih kepada guru
mata pelajaran sejarah iaitu, Cikgu Abdul Wahab kerana telah banyak
memberi tunjuk ajar dalam melaksanakan tugasan ini. Tidak lupa juga
kepada rakan-rakan yang lain banyak membantu bersama-sama
menyelesaikan tugasan ini. Akhir sekali, kami ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang banyak
memberi sokongan dan dorongan dalam menyiapkan kajian kes
sejarah ini. Saya percaya bahawa tanpa doa dan restu mereka, saya
tidak dapat menyiapkan kajian kes ini dengan jayanya.
Pernyataan Masalah
Benarkah kegemilangan Pelabuhan Melayu Melaka pada abad ke-
15M menjadikan Melaka terkenal di seluruh dunia?
Objektif Kajian
• Nyatakan faktor kegemilangan Melaka pada abad ke-
15M?

• Senarai kemudahan – kemudahan yang disediakan


dalam Pelabuhan Kerajaan Melaka.

• Huraian peranan pemerintah dalam menarik pedagang


luar untuk berdagang di Melaka?
Kaedah Kajian
Kami membuat rujukan buku teks Sejarah Tingkatan 2
(KSSM) dan melayari laman sesawang.
Pelaporan
a) Nyatakan faktor kegemilangan Melaka pada abad ke-15M?
Antara faktor kegemilangan Melaka ialah :
Kepemimpinan raja yang berwibawa
1. Keturunan Raja Palembang
• Pemerintah Melaka berasal daripada zuriat keturunan anak Raja Palembang
yang dikatakan bersusur galur daripada Iskandar Zulkarnain.
• Susur galur ini memberikan taraf kedudukan yang tinggi kepada Sultan
Melaka dalam kalangan kerajaan lain di Alam Melayu.
2. Peranan yang Unggul
• Menjadi simbol perpaduan dan kemakmuran.
• Merupakan ketua angkatan tentera.
• Mengetuai hubungan diplomatik.
2. Peranan yang Unggul
• Menjadi simbol perpaduan dan kemakmuran.
• Merupakan ketua angkatan tentera.
• Mengetuai hubungan diplomatik.

3. Daulat dan Alat Kebesaran


• Daulat merupakan kuasa dan kewibawaan raja sebagai pemimpin. Rakyat
wajib memberikan taat setia sepenuhnya dan tidak boleh menderhaka kepada
raja.
• Alat kebesaran diraja termasuklah cap mohor, nobat, keris. Alat kebesaran
digunakan semasa upacara istiadat pertabalan, perkahwinan dan
kemangkatan raja.

4. Kewibawaan
• Raja memiliki ciri kepemimpinan seperti adil, berwibawa dan mengambil
berat terhadap kebajikan rakyat.
• Raja memerintah berdasarkan bidang kuasa yang ditetapkan
mengikut Hukum Kanun Melaka.
Sistem pentadbiran yang mantap
Sistem Pembesar Empat Lipatan
• Sistem ini bermaksud pada setiap peringkat pentadbiran, terdapat
pembesar yang dilantik oleh pemerintah bagi membantu melicinkan
pentadbiran.
• Pembesar ini merupakan pentadbir kerajaan pada peringkat pusat, jajahan,
daerah, mukim dan kampung.
• Merupakan pembesar peringkat pusat yang merupakan tonggak utama
pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.
Tugas utama pembesar ialah:
• Menjaga keamanan kawasan.
• Mengutip cukai dan hasil lain melalui sistem serah.
• Pemerintah Melaka juga mengurniakan kawasan khas kepada pembesar
untuk ditadbir :
• Kawasan yang dikurniakan kepada pembesar berempat dikenali
sebagai kawasan pegangan.
• Pembesar dibenarkan mengutip cukai di kawasannya dan menyerahkannya
kepada pemerintah sebagai ufti.
b) Senarai kemudahan – kemudahan yang disediakan
dalam Pelabuhan Kerajaan Melaka.
Kesultanan Melayu Melaka merupakan satu kerajaan yang mahsyur suatu
ketika dahulu .
• Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pemerintah di
pelabuhan Melaka untuk menarik minat pedagang-pedagang asing untuk
singgah di pelabuhan Melaka.
• Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan ialah kemudahan membaiki
kapal , menyediakan rumah persinggahan dan membina gudang untuk
menyimpan barang.
• Kemudahan pengangkutan juga telah disediakan oleh Syahbandar seperti
kapal,perahu,jong,lancara,gajah dan pekerja untuk kemudahan para
pedagang yang datang ke pelabuhan Melaka untuk membawa barangan ke
gudang yang disediakan.
• Pedagang juga mudah mendapatkan bekalan makanan dan air sebelum
memulakan pelayaran semasa menunggu pertukaran angin Monsun.
• Angkatan laut yang terdiri daripada Orang Laut juga disediakan orang
pemerintah bagi melindungi pedagang-pedagang daripada serangan orang
jahat dan lanun.
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI PELABUHAN MELAKA
• Gudang
• Makanan
• Pengangkutan
• Tempat penginapan
• Tempat membaiki kapal
• Syahbandar menjaga kebajikan dan menyediakan kemudahan untuk
pedagang
Sumber Kajian
Buku teks Sejarah Tingkatan 2 (KSSM)

Laman Sesawang :
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melayu_Melaka
https://app.pandai.org/note/read/kssm-sj-08-05-02/kssm-f2-
sj-05/05-02-kegemilangan-kesultanan-melayu-melaka

You might also like