Negara Kita Mempunyai Pelbagai Budaya

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Negara kita mempunyai pelbagai budaya, bahasa dan agama.

Hal ini
disebabkan keunikan Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum seperti
Melayu, Cina India dan sebagainya. Oleh itu, Hari Perayaan Di Malaysia
juga mempunyai pelbagai istimewa dan disambut oleh kaum tertentu.
Kaum Melayu dan penganut agama Islam menyambut Hari Raya Puasa,
Tahun Baru Cina merupakan Hari Perayaan orang Cina, manakala
Perayaan Deepavali disambut oleh kaum India. Sambutan hari perayaan
di Malaysia juga melahirkan perpaduan antara semua kaum sebab kita
seringmenggabungkan budaya tanpa mengira agama atau warna kulit
dan menjadi budaya yang unik di dunia.

Hari Raya merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut


agama Islam. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat
puasa di bulan Ramadan. Sepanjang bulan Ramadan umat islam
berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada
sebelah malamnya. Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran.
Umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk
mengeratkan silaturahim. Rumah terbuka akan diadakan bagi
mempersilakan tetamu datang berkunjung.

Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina


di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar
mereka. Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar
mereka iaitu tikus , lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing,
monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap binatang ini memberi
signifikan dan tuahnya tersendiri. Pada malam Tahun Baru semua ahli
keluarga berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama.Tujuannya
adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga. Ahli
kelurga yang telah berumahtangga akan memberi ‘angpau’ kepada
saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga. Buah limau
mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa
merayakan Tahun Baru Cina.

Perayaan Deepavali ini disambut oleh masyarakat Hindu. Deepavali


bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita, mereka
percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi
kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi
kejahilan. Di pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan
dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka
bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil. Di kebanyakan rumah, ‘rangoli’
iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni akan
menyambut tetamu di hadapan rumah.

Perayaan yang terdapat di Malaysia bukanlah sesuatu kekangan tetapi


satu rahmat yang harus digunakan dengan sebaik mungkin. Kita harus
menjadikan perayaan itu sebagai cubaan untuk merapatkan hubungan
dan mengurangkan perbezaan antara kaum. Kalau itu mampu dicapai
sudah pasti kemakmuran negara akan berkekalan. Sememangnya
Malaysia sebuah negara yang melambangkan erti benua Asia kerana
mempunyai pelbagai keturunan dan perayaan.

You might also like