Penduduk Ipoh

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

 Tambun adalah antara taman tema air di Perak.

Taman Tema ini akan membawa


anda ke pengembaraan yang penuh dengan keseronokan bersama-sama keluarga
dan rakan-rakan.Terletak di antara kawasan rimbunan kehijauan dan batu kapur,
Lost World of Tambun menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik seperti Petting
Zoo, Tin Valley, Team Building Park dan Kolam Air Panas.
 Muzium Darul Ridzuan, terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab dan
berhampiran dengan Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Dibuka
kepada pengunjung pada tahun 1992. Bangunanya telah dibina lebih dari 100 tahun
yang lalu. Ia memaparkan pelbagai jenis artifak yang menarik dan memberi
maklumat tentang sejarah pembangunan bandaraya Ipoh terutamanya dalam sektor
perlombongan bijih timah.
 Muzium Geologi, mula ditubuhkan sejak tahun 1957.Ia memaparkan pelbagai jenis
mineral, batuan fosil dan batu permata dari dalam dan luar negara. Terletak di Jalan
Sultan Azlan Shah.
 Tokong Gua, terletak di sepanjang Jalan Raja Nazrin Shah, terdapat banyak tokong-
tokong gua yang menjadi tarikan pelancong di bandaraya ini. Nam Tin Tong, Koon
Yam Tong, Sam Poh Tong, Ling Sen Tong dan Kek Look Tong merupakan tokong
yang popular di Ipoh. Dinding gua dihiasi dengan pelbagai lukisan dan kaligrafi Cina
yang berunsurkan agama Tao dan Buddha. Di Jalan Kuala Kangsar pula terdapat
satu tokong bernama Perak Tong.
 Tokong Paloh Ku Miew, ialah tokong tertua di Ipoh, yang menyembah Tai Pak Koong,
dewa tempatan yang melindungi kaum Cina apabila mereka mula-mula menetap di
Ipoh. Antara penyumbang utama kepada tokong ini ialah Yau Tet Shin, seorang
pelombong yang sangat terkenal pada masa itu. Tokong ini dapat dilihat daripada
Jambatan Sultan Iskandar.
 Masjid Panglima Kinta, dibina oleh Dato Panglima Kinta yang merupakan pembesar
bandaraya ini dahulu. Masjid ini terletak di pekan baru Ipoh. Di sebelah masjid
terdapat tanah perkuburan bagi kaum kerabat Dato Panglima Kinta. Terletak di Jalan
Masjid dan berdekatan Sungai Kinta.
 Taman Dr Seenivasagam, ialah taman yang terletak di tengah bandar Ipoh ini
merupakan salah satu taman yang popular di Ipoh. Sesuai untuk pengunjung
melepaskan lelah dan beriadah kerana taman ini mempunyai trek motorsikal mini,
kolam ikan, tasik serta padang yang agak luas. Taman ini jugak mempunyai replika
Taman Jepun yang terletak berdekatan dengan pintu masuk utamanya.
 Pekan Lama, Bangunan yang terdapat di Pekan Lama Ipoh sangat unik dan
mempunyai nilai sejarah yang amat beharga. Bangunan Stesyen Kereta Api, Dewan
Perbandaran Ipoh, Pejabat Pos Lama dan Jam Peringatan Birch merupakan antara
bangunan yang mendapat perhatian pelancong. Terdapat juga bangunan-bangunan
yang telah dijadikan kafe. Perak Tourism Hub juga telah melancarkan Jejak Warisan
Ipoh, Jejak Mural Ipoh dan Jejak Makanan Ipoh sebagai salah satu produk
pelancongan di bandaraya ini.

Penduduk di Ipoh adalah terdiri daripada majoriti kaum Cina. Dialek Cina Kantonis adalah
bahasa pengantar orang-orang Cina di sini walaupun terdiri daripada kebanyakan kumpulan
dialek Cina Hakka, dan Cina Kantonis. Kebanyakan penduduk di Ipoh bertumpu di Menglembu,
Buntong, Tasek, Ampang, Bercham serta Pasir Puteh menjadikan keluasan bandaraya Ipoh
menjadi semakin besar jika diambil kira pekan-pekan yang terdapat di sekitar pinggir Bandaraya
Ipoh.

Ipoh masih menjadi salah satu bandaraya terbesar di Malaysia,walaupun status bandaraya
kedua terbesar di Malaysia itu telah di ambil-alih oleh George Town dan Johor Bahru disebabkan
kepesatan pembangunan di bandar-bandar tersebut. Statistik populasi adalah seperti berikut:
 Populasi = 732,924 (2010)
 Populasi sekitar bandar = 1,022,240 (2010) [1]
 Tangga : Ke-empat terbesar bandar-bandar sekitar di Malaysia.

You might also like