Sukan Ipoh

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Sukan[sunting | sunting sumber]

Stadium Perak
Terdapat satu kawasan yang luas iaitu di Kampong Simee telah dipilih oleh Dewan Bandaraya
sebagai Pusat Sukan. Sukan utama yang popular bagi bola sepak dan sukan-sukan lain, juga
bagi acara padang banyak berlaku di Stadium Perak. Bersebelahan Stadium Perak terdapat juga
stadium tertutup, iaitu Stadium Indera Mulia, memainkan peranan sebagai hos bagi
sukan badminton. Ipoh juga rumah kepada Perak FA .

Berdekatan dengan stadium terdapat Kompleks Sukan Renang yang dikendalikan oleh Dewan
Bandaraya. Ia dibuka kepada orang umum dengan kadar harga yang berpatutan (RM1 untuk
hari biasa/RM2 untuk cuti umum and hari minggu). Kompleks ini mempunyai kolam bersaiz
Olimpik, kolam untuk menyelam, kolam berombak, kolam bersederhana saiz dan kolam untuk
kanak-kanak.

Ipoh merupakan tuan rumah velodrom, iaitu dipanggil Velodrom Rakyat. Ia merupakan Velodrom
yang pertama di Malaysia dimana ia dibina atas inisiatif Dato' Darshan Singh Gill (sekarang Tan
Sri Dato' Seri). Tambahan lagi, Ipoh juga menyerlah sebagai salah satu dari beberapa bandar di
Malaysia yang mempunyai "stadium astroturf" untuk sukan hoki, yang dipanggil Stadium Azlan
Shah.

Untuk golf pula, padang golf popular yang terdapat di Ipoh ialah Kelab Golf Diraja Perak
(sebelah Tiger Lane atau Jalan Sultan Azlan Shah). Kelab Golf Meru terletak di Jelapang. Selain
itu, jalan menuju ke Batu Gajah, terletaknya Clearwater Sanctuary golf club.

Tempat bagi sukan-sukan lain termasuklah Kelab Kilat di Pasir Pinji, Padang Ipoh di Pekan
Lama, Padang Polo, dan padang polo di Iskandar Polo Club, di Ampang Baru.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah

 Jalan Persekutuan: Jalan umum di Malaysia yang menghubungkan bandaraya Ipoh


dengan pekan-pekan sekitarnya dan juga negeri-negeri lain.
 Lebuhraya: Dengan terbinanya Lebuhraya Utara-Selatan, kenderaan dapat bergerak
dengan pantas serta lebih efisien berbanding jalan umum. Pemandu yang
menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan boleh memilih susur keluar ke Ipoh daripada
5 susur keluar iaitu Simpang Pulai, Tambun, Ipoh(S), Ipoh(U) & Jelapang.
 Keretapi: Stesen Keretapi Ipoh dioperasikan oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan
ianya terletak di Pekan Lama. Landasan keretapi ini hanya dapat menghubungkan
diantara Ipoh dengan pekan dan bandar-bandar berdekatan.
 Bas: Terminal Amanjaya merupakan terminal bas baru bagi menggantikan terminal
bas lama di Silveritage. Terminal ini lebih merupakan antara terminal yang canggih di
koridor utara. Reka bentuknya diilhamkan daripada bentuk kapal korek jika dilihat di
bahagian sisi.
 Udara: Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah merupakan lapangan terbang di Ipoh.
Ia terletak berdekatan dengan Gunung Rapat. Lapangan terbang ini telah dinaik taraf
bagi memastikan pesawat yang lebih besar boleh mendarat. Pada waktu ini,
lapangan terbang ini menjalankan operasi penerbangan domestik dari Ipoh ke Johor
Bahru 11x seminggu oleh Malindo Air dengan menggunakan pesawat ATR72-600.
Selain itu, lapangan terbang ini juga turut menjalankan penerbangan ke destinasi
antarabangsa seperti Medan, Indonesia dengan frekuensi 4 kali seminggu oleh
Malindo Air dengan pesawat ATR72-600 manakala destinasi Singapura dioperasikan
oleh 2 syarikat penerbangan iaitu Firefly dengan frekuensi 2 kali penerbangan sehari
menggunakan pesawat ATR72-500 dan Scoot 11 kali seminggu menggunakan
pesawat Airbus A320-200. Sebelum ini, lapangan terbang ini juga pernah menerima
pendaratan dan perlepasan penerbangan ke destinasi Subang dan Kota Bharu.
Dalam perancangan dan perbincangan yang dilakukan dengan syarikat
penerbangan tempatan dan luar, lapangan terbang ini dijangka akan menambah
destinasi-destinasi baharu seperti Kota Bharu, Langkawi, Melaka, Kuching, Kota
Kinabalu, Hatyai, Phuket, dan Guangzhou.

You might also like