Presentation1 (BSMM) LATEST

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 18

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL)

PUCHONG
தேசிய வகை பூதசசோ
ேமிழ்ப்பள
IKRAR PBSM
BAHAWA KAMI,
ALHI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA,
BELIA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DENGAN
INI BERJANJI,
AKAN TAAT TUHAN,
SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG & YANG
DIPERTUAN,
NEGERI KAMI,
BERDASARKAN PRINSIP RUKUN NEGARA,
SERTA AKAN BERSAMA-SAMA MEREKA DI SELURUH DUNIA,
MEMBANTU MEREKA YANG SAKIT DAN MENDERITA,
BERDASARKAN KEPADA PRISIP PALANG MERAH,
BULAN SABIT MERAH SEPERTI BERIKUT;
KAMANUSIAN
KESAKSAMAAN
KEBERKECUALIAN
KEBEBASAN
PERKHIMATAN SUKARELA
Tujuan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia adalah untuk
menyediakan perkhidmatan, keselesaan dan membantu jika
diperlukan, pertama di negara kita Malaysia dan kedua kepada
negara-negara jiran.
PRINSIP-PRINSIP ASAS BULAN SABIT MERAH
Bulan Sabit Merah telah menggariskan 7 prinsip asas
bagi Persekutuan dan Persatuan Kebangsaan untuk
diterimapakai. Prinsip-prinsip ini diterima secara rasmi
pada Persidangan Antarabangsa Palang Merah dan
Bulan Sabit Merah ke – 20 Di Vienna, Itali dalam tahun
1965. Prinsip-prinsip itu adalah seperti berikut:
1. KEMANUSIAAN
Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
dilahirkan dengan hasrat untuk memberi pertolongan
tanpa diskriminasi kepada mereka yang cedera di
medan pertempuran dan berusaha mencegah dan
meringankan kesengsaraan di mana jua ianya wujud.
Tujuannya adalah untuk melindungi nyawa dan
kesihatan serta hormat-menghormati sesama manusia.
Ia memupuk kesefahaman, persahabatan, dan
kedamaian yang berkekalan di kalangan manusia.
2. KEBERKECUALIAN
Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai
terhadapnya, persatuan tidak menyebelahi
mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak
menyertai pertikaian yang bercorak politik,
perkauman, agama atau idealogi.
3. KHIDMAT SUKARELA
Ia berupa Badan sukarela yang tidak didorong oleh
sebarang tujuan mencari untung.
4. KETUNGGALAN
Hanya ada satu persatuan Palang Merah atau
Bulan Sabit Merah dalam sesebuah Negara.
Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua
pihak dan aktivitinya meliputi seluruh Negara.
5. KESEJAGATAN
Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
Antarabangsa meliputi seluruh dunia, dimana
semua Persatuan mempunyai taraf dan
tanggungjawab yang sama serta saling bantu-
membantu di antara satu sama lain.
6. KEBEBASAN
Walaupun berupa badan tambahan kepada
pihak yang berkuasa awam dan tertakluk kepada
undang-undang negara. Persatuan tetap
menjaga otonominya supaya ia boleh bertindak
mengikut prinsip pergerakan.
7.KESAKSAMAAN
Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat
atau fahaman politik dalam kegiatannya. Tujuan
asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu
dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan
yang paling serius.

You might also like