Pra Dan Pasca KOMSAS

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Pra dan Pasca KOMSAS 1.

0 Pengenalan KOMSAS ialah akronim bagi perkataan-perkataan komponen dan kesusasteraan Melayu yang memberi pendekatan baru dalam pengajaran kesusasteraan Melayu untuk pelajar sekolah menengah dalam sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia. Sastera sangat penting dalam pengajaran subjek Bahasa Malaysia kerana telah dikenal pasti dapat memberi banyak sumbangan ke arah pemantapan rohani dan emosi para pelajar bertepatan dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Terdapat dua konsep bersepadu dalam KOMSAS iaitu aspek ilmu yang menyepadukan ilmu kesusasteraan dengan ilmu bahasa dan aspek penyepaduan bahan pengajaran seperti cerpen, sajak, novel dan sebagainya yang telah diadaptasikan oleh penulis-penulis terkenal di negara ini. 2.0 Persejarahan KOMSAS Sejak sebelum perang lagi, pendidikan kesusasteraan telah pun bermula. KOMSAS yang dikenali sebagai s kecil adalah berbeza dengan S besar kerana cara pengajaran yang dijalankan. S besar ialah Kesusasteraan Melayu yang diajar sebagai subjek kepada murid-murid sekolah Melayu dan sekolah Inggeris di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan juga pelajar di maktab perguruan Melayu. Ia memberi penumpuan kepada kesusasteraan Melayu klasik, petikan cerita dan hikayat lama seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Malim Deman, Hikayat Merong Mahawangsa dan sebagainya. Konsep yang diajarkan dalam kesusasteraan Melayu pada masa itu didapati kurang jelas kerana ilmu pendidikan atau pedagogi tidak diberi keutamaan dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu. Perkara yang hanya difokuskan dalam pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan Melayu adalah kefahaman bahasa dan cerita sahaja. Kementerian Pendidikan Malaysia yang kini dikenali sebagai Kementerian Pelajaran Malaysia tetap meneruskan usaha untuk memartabatkan penggunaan bahan kesusasteraan Melayu melalui pembentukan panel penggubal sukatan pelajaran bagi kursus berkaitan penggunaan bahan kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu pada tahun 1989 (KP.[B.P.G.]9577/68 Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Dalam Pendidikan Bahasa Melayu Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu, 1989:2). Oleh yang demikian, Institut Bahasa Kuala Lumpur telah diberi kepercayaan menjalankan kursus profesional, iaitu Kesusasteraan Dalam Pendidikan Bahasa Melayu yang bermula pada awal 1990, khusus untuk guru-guru sekolah rendah dan menengah yang merupakan inspirasi kerajaan untuk melahirkan generasi guru-guru

bahasa yang lebih kreatif dan inovatif bagi mencapai kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan dalam pendidikan Bahasa Melayu. 2.1 KOMSAS Pratahun 2003 Beberapa genre digunakan sebagai bahan kesusasteraan Melayu dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sebelum semakan kurikulum Bahasa Melayu yang mula dilaksanakan pada tahun 2003. Antara genre itu ialah prosa klasik, cerpen, drama, novel, sajak dan puisi tradisional. Dalam puisi tradisional pula terdapat pantun, syair, gurindam seloka dan sebagainya. Selain itu, dalam Sukatan Pelajaran KBSM Bahasa Melayu juga telah disenaraikan buku-buku kesusasteraan Melayu yang mengandungi semua genre yang perlu dibaca oleh murid-murid. Oleh yang demikian, guru-guru tidak perlu ragu-ragu untuk membuat pemilihan buku yang sesuai. Waktu pengajaran kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu sebelum berlakunya semakan kurikulum Bahasa Melayu hanya sekali seminggu. Hal ini menyebabkan penghayatan dan penilaiannya terbatas, seterusnya menimbulkan beberapa masalah. Hasil daripada kajian yang dijalankan oleh Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir(1979), didapati beberapa masalah berlaku berkaitan penggunaan bahan kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu. Antara masalah-masalah yang timbul adalah seperti berikut: 1. Sebilangan guru subjek Bahasa Melayu tidak menyedari pengajaran unsur kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu diperuntukkan sebanyak satu waktu dalam seminggu. 2. Ada guru subjek Bahasa Melayu tidak tahu ada penyenaraian buku bacaan kesusasteraan Melayu yang sesuai dibaca oleh murid-murid mengikut ketetapan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu mengikut tingkatan tertentu. 3. Guru tidak berminat menggunakan bahan kesusasteraan Melayu yang telah disenaraikan dengan alasan banyak buku rosak, tidak cukup bilangan mengikut keperluan murid dan mendakwa Ketua Panitia tidak menunjukkan senarai buku terbabit yang ada dalam simpanan . 4.Ada guru yang menuding jari ke arah Ketua Panitia yang kurang memfokuskan tentang maklumat penggunaan bahan kesusasteraan Melayu dalam pengajaran semasa mesyuarat panitia dijalankan. 2.2 KOMSAS Pascatahun 2003 Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir(2005), Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan kesusasteraan Melayu atau KOMSAS dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu secara berperingkat-peringkat, iaitu bermula pada bulan Mac tahun 2000 bagi tingkatan satu dan tingkatan empat. Oleh yang demikian, guru subjek Bahasa Melayu mestilah mahir tentang Bahasa Melayu dan kaedah pengajarannya, seterusnya dapat menguasai konsep dan aspek kesusasteraan. Pendekatan pengajaran KOMSAS lebih menyeluruh dan tidak mendalam. Hasilnya, pengajaran dan pembelajaran KOMSAS dapat meningkatkan dan mengukuhkan kemahiran berbahasa sama ada kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Selain itu, ia juga membolehkan murid memperoleh nilai estetik daripada pembacaan karya kesusasteraan Melayu. 2

Pelaksanaan kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu diteruskan pada peringkat tingkatan dua dan lima pada tahun 2001 dan tingkatan tiga pada tahun 2002. Oleh yang demikian, semua murid sekolah menengah diwajibkan belajar KOMSAS dalam subjek Bahasa Melayu pada tahun 2002. Isi kandungan yang terdapat dalam bahan kesusasteraan Melayu yang menyentuh pengalaman dan perjalanan hidup manusia dapat memberi gambaran kepada murid tentang sesuatu yang berlaku pada masa lalu dan dapat mengikuti perkembangan yang berlaku di persekitaran mereka. Seterusnya, dapatlah manfaat untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Bermula pada tahun 2003, masa pengajaran dan pembelajaran KOMSAS dalam subjek Bahasa Melayu ditambah daripada satu waktu kepada dua waktu seminggu bagi tingkatan satu hingga tingkatan lima di sekolah menengah tajaan Kerajaan Persekutuan. Namun, di sekolah-sekolah tajaan kerajaan negeri masih menggunakan satu waktu seminggu untuk pengajaran KOMSAS. Disebabkan masa yang terhad untuk pengajaran dan pembelajaran KOMSAS, maka murid-murid perlu membaca karya kesusasteraan Melayu di luar waktu belajar dan hanya perbincangan boleh dilakukan semasa di bilik darjah. 2.3 Kewajaran KOMSAS Bahan kesusasteraan Melayu amat wajar digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu kerana ia membawa kepada kesan positif kepada murid-murid. Di samping mempelajari ilmu bahasa, murid-murid dapat mendalami nilainilai murni dan keindahan bahasa daripada bahan-bahan sastera yang terdiri daripada sajak, puisi klasik, prosa tradisional dan lain-lain. Melalui penggabungjalinan ini, akan dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani(JERI) berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang digubal berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penggunaan KOMSAS dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu juga dapat meningkatkan penguasaan murid peringkat sekolah menengah dalam kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis selain dapat memupuk kepekaan terhadap variasi bahasa dalam pelbagai gaya bahasa yang indah. Selain itu, menurut Nik Hassan Basri(2005), bahan kesusasteraan Melayu juga dianggap mampu menjadikan seseorang itu lebih peka dan prihatin terhadap pengolahan bahasa dan dapat membantunya untuk menghayati pengalaman, pengamatan, tafsiran, aliran perasaan dan pemikiran pengarang terhadap berbagai-bagai fenomena kehidupan di sebalik struktur kata-kata yang indah itu. Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi bagi negara Malaysia yang berperanan sebagai bahasa perpaduan rakyat selaras dengan pengiktirafan 1 Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak (Utusan Malaysia,31/5/2009). Oleh itu, fungsinya yang meluas akan dapat membina kecekapan berbahasa dan ketepatan berkomunikasi di kalangan murid-murid. Rentetan itu, dengan adanya KOMSAS yang diselitkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu, akan menambahkan peningkatan kemahiran berbahasa kerana 3

bahan kesusasteraan Melayu mempunyai bahasa yang indah dan mudah difahami. Seterusnya, melalui karya-karya ini akan menggalakkan minat membaca di kalangan murid di samping memahami budaya dan cita rasa masyarakat negara ini. 3.0 Kepentingan Pelajaran KOMSAS Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (DBP,2008), jati diri bermaksud sifat atau ciri yang unik dan istimewa yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dan sebagainya atau disebut juga sebagai identiti. Rentetan tentang penggunaan bahan kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu, sememangnya amat penting dalam membina jati diri bangsa rakyat Malaysia, khususnya murid-murid sekolah berdasarkan beberapa faktor yang menyokong. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2000, Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 23 Februari 2000 telah menyenaraikan genre KOMSAS yang mampu memukau deria rasa dan intelek pembaca, memaparkan kehidupan, menenangkan keadaan huru-hara dan mencadangkan alternatif untuk mengatasi masalah. Dalam hal ini, unsur-unsur kesusasteraan Melayu berupaya untuk membentuk diri murid-murid yang mempelajari subjek Bahasa Melayu agar menghormati orang lain, membina sahsiah terpuji dan mengamalkan sikap toleransi. Sebagai contoh, dalam sajak bertajuk Seorang Guru Tua yang dikarang oleh Gunawan Mahmood, telah mempersoalkan tentang pengorbanan seorang guru dalam mendidik pelajar dan kesetiaannya terhadap tugas yang dipikul. Sebagai pembaca yang beretika, secara tidak langsung perasaan murid yang menghayati sajak ini akan sedar betapa besarnya jasa seorang guru. Semangat patriotisme yang cintakan tanah air akan tersemat dalam jiwa muridmurid jika diberi pendedahan tentang KOMSAS dalam proses pembelajaran subjek Bahasa Melayu. Melalui pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu yang menggabungkan pelbagai genre KOMSAS, murid akan diperkenalkan dengan unsurunsur patriotik, perpaduan negara dan kebudayaan kebangsaan. Sebagai contoh, sajak bertajuk Negeri Cinta hasil nukilan Nahmar Jamil digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran KOMSAS tingkatan satu. Secara keseluruhannya sajak Negeri Cinta mengungkapkan tentang aspirasi dan cita-cita murni penyair untuk mewujudkan perpaduan negara. Penulis teruja oleh keindahan dan kecantikan yang dimiliki oleh negaranya. Menurut penulis, Malaysia ialah sebuah tempat indah yang diimpikan dan penuh dengan gemerlapan yang perlu dilindungi daripada kemusnahan. Penyajak juga berharap negeri yang aman damai, indah dan tenang perlu dijaga keharmoniannya dengan perpaduan dan keazaman.

You might also like