Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Micsylvester Killah (A201996)

1. Apakah persesi Ahli Botani dan Ahli Geografi terhadap tanih?

Antara persesi Ahli Botani terhadap Geografi ialah ahli Botani, seperti Alfred
Russel Wallace telah mengusulkan teorinya sendiri berkaitan evolusi melalui
pemilihan semula jadi Geografi. Selain itu, Humboldt yang merupakan ahli botani
juga tertarik kepada Geografi ketika mempelajari tentang tanih. Dia menyatakan
bahawa Geografi identitik dengan Geografi Fizik iaitu bagaimana kaitan bumi dengan
tanih dan keadaan tanih apabila ditumbi tumbuh-tumbuhan.
Menurut persesi ahli Geografi terhadap tanih pula, Ahli Geografi iaitu
Jamaluddin Md Jahi telah menyatakan bahawa tanih ialah bahan mineral di
permukaan bumi yang telah mengalami perubahan dan dipengaruh oleh faktor-faktor
genetik dan faktor-faktor persekitaran bahan induk, iklim, makro kehidupan, dan
mikro hidupan serta topografi. Kesemuanya bertindak dalam jangka masa yang lama
dan menghasilkan apa yang disebut tanih, iaitu satu hasil yang berbeza dari bahan
asalnya dari segi sifat dan ciri-ciri fiikal, kimia, dan biologi.

2. Huraikan tiga ciri lapisan utama tanah.


Antara ciri lapisan tanah yang pertama ialah lapisan atas. Ia berada dalam
lingkungan kedalaman 30 cm, yang sering kali disebut sebagai top soil. Pada lapisan
ini, terdapat banyak bahan organik, humus dan ia sesuai untuk menjalankan aktiviti
penanaman sayur-sayuran kerana tanahnya yang subur.
Selain itu, lapisan tanah yang kedua ialah lapisan tanah tengah. Ketebalan 50 cm
hingga 1 meter. Ia bewarna lebih cerah. Ia juga sering disebut sebagai tanah liat.
Akhir sekali, lapisan tanah yang ketiga ialah lapisan tanah bawah. Lapisan ini
berisi banyak batuan. Terdapat juga banyak batuan yang belum melapuk.

You might also like