Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 32

SEJARAH MALAYSIA 1 SADN 1123

SEMESTER PERTAMA SESI 2022/2023

TUGASAN KUMPULAN

TAJUK:
KEMUNCULAN GERAKAN NASIONALISME DI TANAH MELAYU

DISEDIAKAN UNTUK :
DR. HASLINDA BINTI HASAN

DISEDIAKAN OLEH :
KUMPULAN 7
NAMA NO MATRIK
NUR LIYANA NAJWA BINTI MOHAMMAD YUSOF 291950
SHAHRIZA BINTI MOHAMAD ZIN 292095
FARAH ILYANA BINTI MARZUKI 292325
NUR AYUNI NATASYA BINTI MASDI 292716
ISI KANDUNGAN

Bil. Kandungan Muka Surat

1.0 Pengenalan 1-2

2.0 Objektif Kajian 3

3.0 Metodologi 4

4.0 Isi-Isi Perbincangan:

4.1 Faktor-faktor Kemunculan Gerakan 5-12


Nasionalisme di Tanah Melayu.

4.2 Peranan Nasionalisme dalam Sesebuah


13-14
Negara.

4.3 Sumbangan Parti Berhaluan Kanan dalam


Gerakan Nasionalisme di Tanah Melayu. 15-18

4.4 Sumbangan Parti Berhaluan Kiri dalam 19-23


Gerakan Nasionalisme di Tanah Melayu.

5.0 Kesimpulan 24-25

6.0 Bibliografi 26-27

7.0 Lampiran 28-30


1.0 PENGENALAN

Nasionalisme dapat ditakrifkan sebagai perasaan cinta akan bangsa dan tanah

air. Erti kata lain, Minogue telah mengatakan bahawa nasionalisme ialah “satu aliran

idea-idea … satu bentuk tindakan sendiri yang mengandungi sejenis perasaan politik

yang tertentu dan boleh dialirkan dari segolongan elit kepada orang kebanyakan”1.

Selain itu, definisi yang lengkap dan halus telah dibuat oleh Hans Kohn.

Beliau mentakrifkan nasionalisme ialah “ia merupakan salah satu idea yang telah

masuk ke dalam jiwa dan telah mempengaruhi sebahagian rakyatnya dan semua

anggotanya telah terpengaruh, dia telah mengatakan bahawa berlakunya

perkembangan ekonomi dan kehidupan budaya yang moden disebabkan oleh

terbentuknya sebuah kumpulan politik yang hebat. Disebabkan itulah, manusia lebih

setia kepada bangsanya kerana hidupnya sendiri bergantung kepada kebajikan

bangsanya”2.

Pada pendapat Kohn pula, terdapat beberapa faktor tertentu misalnya usaha

pihak kerajaan yang telah menimbulkan perasaan cinta akan negara dengan

mengetepikan Bahasa Latin, memberikan pendidikan kepada semua rakyat dan

menyebarkan idea-idea baru menggunakan majalah dan juga akhbar untuk menaikkan

lagi perasaan cinta terhadap negara mereka 3. Kohn juga mengatakan bahawa

perkembangan sosial dan intelektual dalam sesuatu bangsa itu telah mempengaruhi

sifat nasionalisme itu sendiri sama ada semakin berkembang atau tidak.

Walau bagaimanapun, takrif nasionalisme yang dikemukakan oleh Kohn juga

menimbulkan perbahasan yang hangat. Dakwaan beliau bahawa nasionalisme

1
Azmah Abd Manaf, Malaysia: Gerakan Kesedaran dan Nasionalisme, (Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd), 1-5
2
Ibid.
3
Ibid.
1
mengutamakan prinsip kedaulatan rakyat dan semangat yang meresapi sebahagian

besar rakyat telah dipertikaikan oleh ramai sarjana. Karl Marx misalnya, menyifatkan

nasionalisme sebagai kelas borkuis dan kerajaan negara-negara sebagai “tidak lain

dari sebuah jawatankuasa bagi pentadbiran hal-ehwal kelas borjuis secara

keseluruhannya”4. Marx juga berhujah bahawa cogankata-cogankata yang

melaungkan kebebasan rakyat, kesamaan dan persaudaraan sepertimana diperlihatkan

oleh para pejuang Revolusi Perancis adalah topeng semata-mata untuk menjaga

kepentingan kelas borjuis.

Kesimpulannya dapat dirumuskan bahawa nasionalisme merupakan satu

peristiwa yang biasa terjadi kepada setiap bangsa yang ingin mengiktirafkan hak

bangsa mereka kepada diiktiraf oleh semua negara untuk menubuhkan sebuah negara

yang tersendiri dan menuntut semua rakyatnya memberikan kesetiaan yang tertinggi

kepada negara mereka. Nasionalisme yang sebegini hanya muncul pada abad yang ke-

18 tetapi pengaruhnya telah berkembang pesat sejak awal abad ini sehingga

mempengaruhi seluruh dunia. Tidak dapat dipertikaikan bahawa dimana idea

nasionalisme ini bertapak, struktur pemerintahan yang tidak mempunyai nilai

kebangsaan akan dirobohkan5.

4
Ibid, hlmn 6-11
5
Ibid
2
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini menggariskan beberapa objektif untuk menghasilkan kajian yang

sempurna. Perkara ini penting agar pengkaji mampu menghasilkan kajian yang

berkualiti. Pengkaji telah menetapkan beberapa objektif kajian ini iaitu:

i. Menghuraikan faktor-faktor kepada kemunculan gerakan nasionalisme di Tanah

Melayu.

ii. Mengkaji peranan-peranan nasionalisme dalam sesebuah negara.

iii. Mengkaji sumbangan parti berhaluan kanan dalam gerakan nasionalisme di

Tanah Melayu.

iv. Mengkaji sumbangan parti berhaluan kiri dalam gerakan nasionalisme di Tanah

Melayu.

3
3.0 METODOLOGI KAJIAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud metodologi adalah sistem

yang mencakupi prinsip serta kaedah yang berperanan dalam sesuatu aktiviti atau

disiplin. Selain itu, metodologi juga menerangkan kaedah dan teknik mengumpul dan

menganalisis data dan seterusnya merumuskan hasil dapatan kajian. Menurut Hornby

(1985), metodologi merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk melaksanakan

kajian terhadap subjek kajian tertentu. Metodologi atau kaedah kajian merupakan

tulang belakang dalam sesuatu kajian. Metodologi penting bagi membantu pengkaji

mendapatkan serta mengumpulkan maklumat terhadap sesuatu kajian. Setiap kajian

yang dijalankan akan menjadi lengkap apabila pengkaji mempunyai metodologi

kajian yang sistematik dan bertepatan dengan kajian yang dijalankan.

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah kepustakaan. Kaedah

ini adalah kaedah yang berhubungan dengan pencarian data-data dengan kata kunci

yang sesuai untuk sesuatu kajian. Pengkaji telah pergi ke perpustakaan bagi mencari

bahan atau buku yang diperlukan serta bersesuaian dengan tajuk kajian yang

dijalankan. Di samping itu, pengkaji juga turut merujuk beberapa penulisan yang

berkisarkan kajian yang hampir serupa dengan kajian yang dijalankan oleh pengkaji.

Di samping itu, pengkaji juga telah mendapatkan maklumat-maklumat menerusi

internet. Melalui internet, pengkaji dapat mengakses jurnal serta artikel ilmiah yang

berkait rapat dengan tajuk kajian. Melalui kaedah kepustakaan ini, pengkaji secara

tidak langsung dapat memperoleh maklumat yang tepat serta memahami tajuk kajian

dengan lebih mendalam.

4
4.0 ISI-ISI PERBINCANGAN

4.1 FAKTOR KEMUNCULAN NASIONALISME DI TANAH MELAYU

Nasionalisme ini dapat dieertikan sebagai perasaan cinta terhadap negara dan

juga bangsa yang akan mendorong kepada gerakan untuk membebaskan tanah air

daripda penjajah. gerakan nasionalisme ini juga bukan sahaja bermaksud untuk

membawa kebebasan kepada negara sahaja tetapi ia juga membawa kebebasan

terhadap pengaruh dan juga terhadap budaya yang dibawa masuk. Gerakan

nasionalisme yang berlaku di Tanah Melayu sama sahaja dengan gerakan

nasionalisme yang berlaku di negara lain. Oleh itu terdapat faktor-faktor yang

menyebabkan kemunculan gerakan nasionalisme ini.

Antara faktor yang menyebabkan berlakunya gerakan nasionalisme ini ialah

faktor agama. Pada awal kurun-20, bermulanya gerakan ini daripada golongan yang

mendapat pendidikan di timur tengah iaitu di Universiti Al-Azhar di Mesir yang

pulang ke tanah air dan sedar akan kepincangan dan juga kemunduran yang telah

berlaku di Tanah Melayu6. Golongan-golongan ini telah dipengaruhi oleh idea-idea

pemulihan islam daripada Syed Jamaluddin Al-Afghani dan Syeikh Muhammad

Abduh7. Apabila golongan ini pulang ke Tanah Melayu, pelbagai kegiatan

dilaksanankan bagi menyeru semua orang-orang islam di Tanah Melayu untuk

kembali kepada ajaran islam yang sebenar iaitu kembali kepada Al-Quran dan juga

Hadis.

6
Lucas Yong, “Faktor-Faktor Kemunculan Nasionalisme Pada Abad ke-20” Blogspot (Blog), 11 May
2018http://lucasysl.blogspot.com/2018/05/faktor-faktor-kemunculan-nasionalisme.html
7
Ibid
5
Hal ini dikatakan demikian kerana, pada zaman dahulu orang-orang kampung

yang beragama islam lebih menuruti adat berbanding dengan agama islam. Selain itu,

mereka juga telah mencampur adukkan adat dan juga tradisi dengan ajaran agama

islam. Golongan tersebut dikenali sebagai Kaum Muda8. Kaum Muda menggunakan

Majalah Al-Imam untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada orang islam di

Tanah Melayu. Majalah Al-Imam ini telah mengkritik tentang pemimpin orang

Melayu, raja-raja dan juga orang-orang kaya yang tidak mengambil berat tentang

rakyat dan memberi perhatian lebih kepada keuntungan mereka sendiri. Kaum Muda

ini juga telah membina beberapa madrasah dan telah mengembangkan idea yang

liberal dengan mengajar Bahasa Inggeris dan matapelajaran yang moden daripada

British. Kaum Muda juga telah menyuruh agar membenarkan golongan wanita untuk

mendapatkan pengajian seperti golongan lelaki.

Namun begitu, perjuangan mereka telah ditentang oleg golongan Kaum Tua.

Kaum Tua terdiri daripada golongan-golongan Ulama’ dan juga pegawai-pegawai

tinggi dalam jabatan agama yang berpegang kuat kepada adat tradisi orang Melayu.

Kemunculan golongan Kaum Muda ini telah membuatkan kedudukan Kaum Tua

dalam kalangan masyarakat Melayu telah tergugat. Hal ini telah menyebabkan

golongan Kaum Tua ini menentang keras dengan ideologi yang dibawa oleh golongan

Kaum Muda dan telah menerbitkan akhbar Lidah Benar untuk menentang Kaum

Muda9. Kaum muda juga telah diharamkan untuk menyebarkan ideologi mereka di

madrasah-madrasah yang dibina oleh Kaum Tua. Oleh itu, ideologi ini berkembang

pesat di negeri yang tiada raja yang berkuasa.

Seterusnya, terdapat faktor lain iaitu pengaruh kewartawanan. Bidang

kewartawanan ini telah memainkan peranan yang besar dalam meningkatkan


8
Ibid
9
Ibid
6
kesedaran dalam kalangan masyarakat Melayu. Hal ini kerana, media cetak

merupakan salah satu media yang rapat dan merupakan cara yang pantas untuk

menyebarkan ideologi-ideologi baharu untuk menyedarkan kepincangan yang berlaku

di Tanah Melayu. Antara contoh akhbar ialah akhbar Pengasuh, Warta Malaya dan

juga Utusan Melayu10. Akhbar dan majalah ini merupakan medan untuk

membincangkan masalah, menyatukan orang Melayu dan juga menyampaikan idea-

idea baharu. Antara tokoh wartawan ialah Ishak Haji Muhammad dan Dr

Burhanuddin.

Seterusnya, ialah peranan bahasa dan kesusasteraan. Peranan kesusasteraan

seperti cerpen, novel, puisi dan juga syair telah digunakan oleh golongan nasionalis di

Tanah Melayu. Selain menjadi hiburan kepada masyarakat di Tanah Melayu, cerpen,

novel dan juga syair telah menjadi salah satu medan untuk menyedarkan rakyat di

Melayu tentang kemunduran dan kepincangan yang terjadi dan telah memberi

kesedaran kepada masyarakat Melayu untuk memajukan diri mereka. Contoh novel

Hikayat Faridah Hanum yang telah ditulis oleh Syed Syeikh Al-Hadi yang telah

menceritakan mengenai kebebasan wanita dan golongan ini juga patut diberi hak

yang sama dengan golongan lelaki khususnya dalam bidang pendidikan11.

Novel yang berjudul Putera Gunung Tahan juga terkenal dengan sikap anti-

penjajahan yang telah ditunjukkan dalam buku ini. Buku ini ditulis oleh Ishak Haji

Muhammad telah menceritakan tentang kelemahan pemimpin-pemimpin masyarakat

melayu dalam pemerintahannya dan membocorkan tentang kepincangan

pemerintahan British terhadap Tanah Melayu. Buku ini juga mengkritik sikap British

yang mengaut keuntungan daripada Tanah Melayu dan telah membawa keuntungan

tersebut balik ke negara asal mereka.


10
Ibid
11
Ibid
7
Terdapat juga puisi-puisi yang bertemakan semangat nasionalisme yang telah

membangkitkan semangat cinta akan negara. Antaranya, ialah Tenaga Kaum Ku,

Rayuan Bangsa Mu dan Mempertahankan Hak Kita yang ditulis oleh Harun

Aminurrashid12. Puisi-puisi ini telah berjaya menimbulkan semangat nasionalisme

dalam diri masyarakat Melayu dan juga telah menyedarkan masyarakat Melayu

tentang keadaan Tanah Melayu yang semakin mundur dan semakin ditindas oleh

pihak British.

Disamping itu, ialah peranan pendidikan. Pendidikan ini terbahagi kepada

pendidikan iaitu pendidikan agama, pendidikan inggeris dan pendidikan melayu.

Setiap pendidikan ini mempunyai tokoh dan peranan yang berbeza.

Pendidikan agama ini merupakan pendidikan masyarakat melayu yang penting

dan dikenali sebagai pondok. Dalam kalangan masyarakat melayu pondok merupakan

satu pusat pendidikan yang terkenal sebagai pusat pendidikan untuk golongan

beragama islam. selepas habis pengajian di pondok, mereka akan menyambung

pengajian mereka ke Timur Tengah iaitu Universiti Al-Azhar di Mesir. Mereka semua

ini telah terpengaruh kepada ideologi Reformis Islam yang diasakan oleh Syed

Jamaluddin Al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh 13. Apabila kembali ke Tanah

Melayu mereka telah menyebarkan ideologi ini dan telah mengajak masyarakat

Melayu untuk kembali ke ajaran agama islam yang sebenar iaitu kembali kepada Al-

Quran dan Hadis.

Pendidikan inggeris pula terdiri daripada Tanah Melayu dan juga Singapura.

Golongan ini telah mendapatkan pendidikan daripada Maktab Melayu Kuala Kangsar

manakala daripada Singapura mendapatkan pendidikan di Raflles Institution. Tokoh

12
Ibid
13
Ibid
8
daripada pendidikan inggeris ini ialah Mohammad Eunos yang memegang jawatan

sebagai ahli Majlis Mesyuarat Negeri-Negeri Selat dan juga Raja Chulan 14 yang

memegang jawatan sebagai ahli Majlis Perundangan Persekutuan. Mereka ini telah

menggunakan jawatan mereka untuk membela nasib orang Melayu dari segi ekonomi,

sosial dan juga politik.

Pendidikan Melayu pula telah berkembang disebabkan oleh kekurangan

tenaga pengajar. Bagi mengisi kekurangan tersebut pihak British telah menubuhkan

Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1922 15. MPSI ini telah menjadi

pusat berkumpul dan pertemuan bagi golongan intelektual untuk berbincang dan

membahas tentang nasib dan bagaimana hendak memajukan masyarakat Melayu. Hal

ini kerana golongan bijak pandai ini tahu tentang kemunduran yang berlaku kepada

orang Melayu.

Selepas itu ialah peranan golongan intelektual. Terdapat tiga golongan

intelektual ialah golongan Timur Tengah, golongan Inggeris dan golongan Melayu.

Golongan Timur Tengah ini berasal dari golongan yang mendapat pengajian di

Universiti Al-Azhar dan telah terpengaruh dengan ideologi Gerakan Reformis Islam

yang diasaskan oleh Syed Jamaluddin Al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh 16.

Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda. Apabila golongan Kaum Muda pulang ke

Tanah Melayu mereka sedar akan kepincangan dan kemunduran yang berlaku

terhadap masyarakat Melayu. Hal ini telah menyebabkan Kaum Muda ingin membuat

perubahan terhadap masyarakat Melayu dengan mengajak mereka kembali ke ajaran

islam yang sebanar berpandukan Al-Quran dan Hadis.

14
Ibid
15
Ibid
16
Ibid
9
Namun Kaum Muda telah mendapat tentangan daripada Kaum Tua yang

merupakan Ulama’ besar di Tanah Melayu. Hal ini keran kedudukan mereka telah

tergugat dengan adanya Kaum Muda yang semakin terkenal. Hal ini telah

menyebabkan Kaum Tua menerbitkan akhbar Lidah Benar untuk menyangkal idea

Kaum Muda. Perkara tersebut telah mengakibatkan berlaku pergaduhan diantara

Kaum Muda dan Kaum Tua17. Akhirnya, pengaruh golongan Kaum Muda semakin

pudar dan tidak lagi aktif.

Golongan Inggeris ini merupakan gerakan bawah tanah yang dilakukan secara

bersembunyi. Mereka ini telah mendapat pendidikan daripada Maktab Melayu Kuala

Kangsar dan telah sedar terhadap masalah yang terjadi di Tanah Melayu. golongan ini

telah bekerja di bawah pihak British dan telah menggunakan pangkat mereka untuk

mengusulkan pihak British untuk membaiki masalah ekonomi yang terjadi di Tanah

Melayu. antara tokohnya ialah Muhammad Eunos dan Raja Chulan 18. Golongan ini

telah menubuhkan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) untuk membantu perjuangkan

nasib masyarakat Melayu dan membela kepentingan masyarakat melayu.

Pendidikan melayu pula gerakan mereka bersifat lebih radikal. Hal ini kerana

mereka rasa mereka sepatutnya membantu orang Melayu untuk bangkit daripada

dijajah. Mereka juga merasa bertanggungjawab kerana mereka sudah lama

didedahkan dengan politik dan perkembangan nasionalisme ini dan juga telah

mendapat pendidikan yang tinggi. Mereka semua ini mendapat kelulusan daripada

Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)19.

Kumpulan tersebut juga sebenarnya mahukan kemerdekaan bersama dengan

Indonesia untuk membentuk Indonesia Raya. Ibrahim Haji Yaakob merupakan contoh
17
Ibid
18
Ibid
19
Ibid
10
tokoh lepasan daripada Maktab Perguruan Sultan Idris ini. Beliau juga mewujudkan

parti Kesatuan Melayu Muda (KMM) iaitu parti politik yang pertama berhaluan kiri

(1939)20. Matlamat parti ini adalah untuk membela nasib orang Melayu dan

menaikkan lagi semangan nasionalisme dalam setiap masyarakat Melayu.

Akhir sekali ialah disebabkan oleh pengaruh luar. Pengaruh luar juga

merupakan faktor penting yang telah membuka mata masyarakat Melayu untuk

bangkit menentang British dan untuk membeka nasib masyarakat Melayu. salah

satunya adalah pengaruh daripada gerakan yang terjadi di Timur Tengah. Hal ini

kerana, kebanyakan masyarakat Melayu telah menyambung pendidikan mereka ke

Universiti Al-Azhar. Hal ini telah menyebabkan ramai anak muda yang menyambung

pelajaran mereka ke sana terpengaruh dan mula membawa ideologi tersebut pulang ke

Tanah Melayu.

Selain daripada pendidikan, terdapat juga ramai masyarakat Melayu yang

menunaikan fardu haji. Hal ini telah mengembangkan lagi ideologi yang dibawa oleh

Timur Tengah ini masuk ke Tanah Melayu. gerakan ini bertujuan untuk mengajak

orang ramai kembali ke ajaran Al-Quran dan juga hadis. Selain itu, untuk

membebaskan pengaruh agama islam daripada pemikiran kuno dan cuba untuk

mengliberalkan agama islam kearah lebih moden seperti mula mengajarkan tentang

Bahasa Inggeris.

Seterusnya ialah berlakunya perang antara Rusia-Jepun. Hal ini demikian

kerana, telah mengubah perspektif masyarakat Melayu terhadap pemerintahan British.

Hal ini telah membuktikan bahawa kuasa kecil seperti Asian iaitu Jepun boleh

mengalahkan negara yang besar seperti Rusia itu. Berita tentang kekalahan Rusia ini

telah menggoncangkan seluruh Asian dan sekaligus telah mengubah pandangan


20
Ibid
11
terhadap kuasa barat bahawa kuasa barat ini sebenarnya tidaklah sehebat yang

disangkakan.

4.2 PERANAN NASIONALISME DALAM SESEBUAH NEGARA

Nasionalisme membawa peranan yang penting dalam memperkukuhkan

kedudukan ekonomi suatu negara. Antara peranan lain yang dapat dilihat ialah

berkaitan kedudukan bahasa, bendera, lagu kebangsaan serta tugu. Peranan

12
nasionalisme dalam sesebuah negara akan dihuraikan secara terperinci dalam

perenggan seterusnya.

4.2.1 Memperkukuhkan kedudukan ekonomi

Perubahan daripada aspek sosial dan ekonomi telah berlaku terhadap

penduduk tempatan sewaktu British meluaskan kuasa serta pengaruhnya.

Pembaharuan yang dilaksanakan oleh British mendapat tentangan daripada

penduduk tempatan. Hal ini demikian kerana mereka beranggapan ianya hanya

mendatangkan keuntungan terhadap British semata-mata. Contohnya dalam hal

berkaitan pengutipan cukai yang dikenakan terhadap masyarakat tempatan.

Sebelum kehadiran Inggeris, golongan pembesar Melayu mempunyai hak dan

autoriti dalam aspek ekonomi ini. Oleh yang demikian, pada zaman penjajahan

British, pihak British telah mengambil alih kuasa dalam memungut cukai dan

mengenakan beberapa cukai yang lain ke atas rakyat tempatan. Hal ini jelas

membangkitkan kemarahan dan semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk

tempatan di Tanah Melayu pada waktu itu. Oleh yang demikian, semangat

nasionalisme sangat berperanan dalam kalangan rakyat bagi memperkukuhkan

kedudukan ekonomi negara.

4.2.2 Kedudukan bahasa

Bahasa turut membawa peranan penting sebagai penghubung komunikasi

dalam kehidupan setiap makhluk di muka bumi ini. Pelbagai bangsa yang wujud

turut melahirkan bahasa pertuturannya yang tersendiri. Bahasa juga dianggap

sebagai medium penting dalam perjuangan semangat nasionalisme. Namun begitu,


13
negara yang mempunyai berbilang bangsa ini mewujudkan satu masalah iaitu

bahasa apa yang wajar digunakan sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi

negara Malaysia. Bahasa Melayu telah diisyhtiharkan sebagai bahasa rasmi bagi

menggantikan Bahasa Inggeris semasa pemerintahan British. Bahasa yang

digunakan menjadi identiti sesebuah bangsa dan negara.21

4.2.3 Menghormati bendera

Bendera merupakan simbol keagungan dan keluhuran dalam sesebuah

negara. Kebiasaannya bendera akan digunakan dalam suatu peperangan sebagai

lambing perkumpulan suatu kaum atau bangsa. Ia juga akan digunakan dalam

majlis keramaian seperti perayaan dan perkahwinan iaitu dikibarkan di tempat

yang tinggi sama ada di tiang rumah atau di tempat kerja. Bendera juga akan

dikibarkan separuh tiang sebagai tanda penghormatan terhadap kematian orang-

orang yang kenamaan. Bendera turut dikibarkan dalam penyambutan Hari

Kemerdekaan tanah air sebagai simbol keluhuran dan kemegahan serta penyatuan

antara berbilang bangsa di bawah satu bendera.

21
Bangsa Melayu Dalam Pembangunan (1997), Bangi: Anjuran Institusi Alam dan Tamadun Melayu
UKM dan Forum Kebangsaan Malaysia, hlm 63
14
4.3 SUMBANGAN GERAKAN BERHALUAN KANAN DALAM GERAKAN

NASIONALISME DI TANAH MELAYU

Gerakan haluan kanan bermaksud sebuah parti atau persatuan yang berjuang

secara diplomasi, menerima pengaruh penjajah, lebih tertumpu kepada aspek agama

dan tidak bersifat radikal seperti gerakan berhaluan kiri. Di Tanah Melayu, gerakan

haluan kanan ini telah diwujudkan bagi memperjuangkan kemerdekaan negara.

Antara gerakan atau parti-parti persatuan yang terkenal ialah Kesatuan Melayu

Singapura (KMS).22 persatuan ini telah ditubuhkan pada tahun 1926 di Singapura.

KMS telah diletakkan di bawah pimpinan Muhammad Eunos Abdullah, Beliau juga

merupakan pengasas bagi KMS. Tujuan parti ini ditubuhkan adalah untuk

menyedarkan orang-orang Melayu mengenai kepentingan pendidikan, memajukan

sosioekonomi masyarakat Melayu dan mendorong orang Melayu melibatkan diri

secara aktif dalam kegiatan politik.23 Persatuan ini juga berperanan sebagai perantara

antara orang Melayu dengan negeri Selat.

Muhammad Eunos Abdullah juga merupakan seorang ahli politik dan juga

seorang wartawan. Sewaktu beliau menjadi seorang ahli Dewan Perundangan Straits

Settlements iaitu pada tahun 1927, beliau telah mengemukakan beberapa hasrat bagi

membuka sebuah kampung Melayu. Hasrat beliau telah tercapai dimana seluas 600

hektar tanah telah dibeli dengan menggunakan dana yang diberikan. Kampung

tersebut dikenali sebagai Kampung Melayu atau Kampung Eunos. 24 selain itu, KMS

22
Rahman Saripan, “Gerakan Awal yang Berbaur Politik dan Tumbuhnya Kesatuan Melayu
Singapura,” no.1 (1972): hlm 60
23
Ibid.
24
Mazelan Anuar, “Muhammad Eunos Abdullah, The Father of Journalism,” Biblioasia, dilayari pada
10 Januari 2023 https://biblioasia.nlb.gov.sg/files/pdf/vol-11/issue-2/v11-issue2_MohamedEunos.pdf

15
juga telah memperjuangkan menubuhkan sekolah Pertukangan Orang Melayu

Singapura (1929). 25

Di samping itu, terdapat satu lagi penubuhan organisasi berhaluan kanan yang

dikenali sebagai United Malays National Organization (UMNO) yang telah

ditubuhkan pada bulan Mei 1946.26 Dato’ Oon Jaafar dan Tunku Abdul Rahman ialah

tokoh-tokoh yang bertanggungjawab dalam penubuhan UMNO dan memimpin

gerakan nasionalisme bagi memperjuangkan kemerdekaan di Tanah Melayu. 27

Perjuangan nasionalisme Melayu pada sebelumnya kelihatan kurang aktif dimana

wujudnya penduduk yang berbilang kaum yang menjadi faktor utama penghalang.

Ketiadaan kesedaran politik juga turut menjadi faktor gerakan nasionalisme tidak

menonjol. Perkara ini sedikit sebanyak mendatangkan kebimbangan Dato’ Oon Jaafar

kerana beliau khuatir akan nasib bangsa Melayu. Beliau bimbang sekiranya orang-

orang di Tanah Melayu menjadi mundur dalam perkembangan politik dan ekonomi. 28

Maka, UMNO ditubuhkan bagi mengelakkan terjadinya perkara-perkara tersebut.

Sebelum kewujudan UMNO telah tubuhnya persatuan-persatuan Melayu sejak

tahun 1930 sehingga tahun 1940 seperti Persatuan Perak (1937), Persatuan Melayu

Pahang (1938), Persatuan Melayu Negeri Sembilan (1938) dan Persatuan Melayu dan

Kelantan (1940). Persatuan-persatuan Melayu ini telah Kongres Melayu Se-Malaya

bertujuan untuk menyatupadukan orang-orang Melayu dan mendorong kepada

penubuhan UMNO.29

25
Ibid.
26
Nurul Huda Binti Shafihi, “United Malays National Organization (UMNO) 1946-1957: Daripada
Penentangan Kepada Persubahatan”, (Tesis Sarjana Sastera, Universiti Sains Malaysia, 2015), hlm 4
27
Ibid., hlm 6
28
“Perjuangan UMNO,” UMNO Online, layari pada 10 Januari 2023
https://umno-online.my/sejarah/perjuangan/

29
Najwa Hashim, “Refleksi Perjuangan Dato’ Oon Jaafar,” Open Learning, layari pada 10 Januari
https://www.openlearning.com/content/5a1a1c96117bd03a17438648/
16
Segala ideologi atau perbezaan telah diabaikan oleh tokoh-tokoh nasionalis

bagi menentang Malayan Union. Matlamat utama UMNO adalah menolak gagasan

Malayan Union dan menuntut hak kemerdekaan Tanah Melayu daripada pihak

British.30 Perjuangan UMNO telah mendapat sokongan menyeluruh daripada orang-

orang Melayu terutamanya. Hal ini jelas menunjukkan kemunculan UMNO telah

berjaya menyatupadukan seluruh persatuan dan kesatuan Melayu di Tanah Melayu.

Slogan ‘Hidup Melayu’ telah digunakan bagi menyerapkan kesedaran perpaduan

dalam kalangan orang Melayu dan bersama-sama mempertahankan hak dan

kepentingan orang Melayu dari diancam oleh Malayan Union.31 Perjuangan UMNO

telah menjadi titik tolak perubahan sistem politik Melayu serta membawa kepada

kemerdekaan Tanah Melayu.

Akhirnya, Malayan Union telah dimansuhkan pada 1 Februari 1948 dan

kemudiannya digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Pelbagai dasar

dilaksanakan oleh UMNO seperti Dasar Pelajaran yang menekankan bahawa

pendidikan hendaklah bercorakkan Islam.32 Jawatankuasa Pendidikan UMNO telah

menawarkan biasiswa bagi pelajar Melayu yang berkeupayaan di peringkat tinggi. Di

samping itu UMNO juga turut membentuk beberapa jawatankuasa lain seperti

ekonomi, agama, sosial dan sebagainya.33

Dato’ Oon Jaafar cuba menyuarakan pendapat beliau yang ingin membuka

keanggotaan UMNO terhadap masyarakat kaum lain. Namun begitu, orang Melayu

30
Mohd Faidz Mohd Zain, Jamaie Hj. Hamil, Mohd Rizal Mohd Yaakob & Mohammad Rodzi Abd
Razak, “Pengaruh Nasionalisme Melayu Mewarnai Budaya Politik Melayu Dalam UMNO,” Jurnal
Melayu, no.7 (2011): hlm 206-207
31
Ibid.
32
Najwa Hashim, “Refleksi Perjuangan Dato’ Oon Jaafar,” Open Learning, layari pada 10 Januari
https://www.openlearning.com/content/5a1a1c96117bd03a17438648/

33
Ibid.

17
menentang sekeras-kerasnya hasrat Dato’ Oon.34 Beliau telah mengambil keputusan

meletakkan jawatan sebagai pengerusi UMNO lalu menubuhkan parti beliau sendiri

yang dikenali sebagai Parti Kemerdekaan Malaya atau IMP. Namun demikian, IMP

tidak mendapat sokongan yang memberangsangkan dan akhirnya telah dibubarkan .

34
Ho Hui Ling, “ Masyarakata Majmuk Di Tanah Melayu Dan Usaha Ke Arah Memupuk Kerjasaman
Antara Kaum,” Jurnal Sejarah, Hlm 73-75
18
4.4 SUMBANGAN GERAKAN BERHALUAN KIRI DALAM GERAKAN

NASIONALISME DI TANAH MELAYU

Parti haluan kiri utama di Malaysia ialah Parti Komunis Malaya (PKM) dan

Kesatuan Melayu Muda (KMM). PKM ditubuhkan berlandaskan ideologi komunis di

negara China. PKM telah wujud selepas Perang Dunia Kedua tetapi gerakan parti ini

hanya bertahan sehingga zaman pemerintahan Jepun. Gerakan komunis dalam

kalangan orang Cina di Tanah Melayu banyak dipengaruhi oleh perkembangan politik

di China. Gerakan nasionalisme kiri dalam kalangan orang Melayu pula didorong oleh

perkembangan politik di Indonesia.35

KMM telah diasaskan pada April 1938 dalam satu mesyuarat yang diadakan di

rumah Hassan Haji Manan yang merupakan seorang cikgu. Pengasas bagi KMM ialah

Ibrahim Haji Yaacob. Beliau merupakan seorang pelajar Sultan Idris Training College

(SITC), Tanjong Malim.36 Tokoh politik Melayu ini telah menghembuskan nafas

terakhirnya di kediaman beliau sendiri iaitu di Jalan Cempaka Pasar Senin Jakarta,

Indonesia.37

Semangat perjuangan dalam menentang penjajahan dan berjiwa merdeka telah

melahirkan KMM untuk mewujudkan identiti orang Melayu sebagai satu bangsa yang

35
Mohamed Salleh Ramly, Gerakan Kiri Melayu: Dalam Perjuangan Kemerdekaan, Bab 1, 2006,
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006, halaman 35
36
Ahmad Faizal, “KMM: Pelopor Gerakan Kiri Melayu”, The Patriots, dicapai pada 24
Disember2022
https://www.thepatriots.asia/kmm-pelopor-gerakan-kiri-melayu/
37
Pusat Maklumat Dan Arkib, “Pengasas KMM Ibrahim Yaakob Meninggal Dunia”, Utusan Malaysi,
dicapai pada 24 Disember 2022 https://www.utusan.com.my/lipatan-sejarah/2021/03/pengasas-kmm-
ibrahim-yaakob-meninggal-dunia/

19
berhasrat untuk memulihkan serta memperbaiki taraf hidup secara lebih tegas.

Ibrahim yaakob telah mengambil pendekatan bekerjasama dengan Jepun bagi tujuan

mengusir British. KMM telah telah bergerak secara terbuka sebagai organisasi politik

yang legal. Golongan ini memainkan peranan mereka untuk mengubah pemikiran

orang-orang Melayu supaya berfikiran luas dan dapat memajukan diri dalam aspek

ekonomi dan juga sosial.38 KMM juga turut melakukan perjuangan menerusi kegiatan

penerbitan mereka. Antara penerbitan yang terkenal ialah majalah al-Imam dan

majalah Saudara.39

walau bagaimanapun sokongan dan kerjasama bersama Jepun tidak

membuahkan hasil. Sebaliknya, Tanah Melayu bertukar menjadi status tanah jajahan

oleh Jepun. Negeri-Negeri Melayu Utara telah diserahkan kepada Siam sebagai

balasan kerana bekerjasama dengan memberi laluan kepada Jepun memasuki Tanah

Melayu.40 KMM hanya hanya dapat bergerak secara terbuka selama berbulan-bulan

sahaja setelah Tanah Melayu berada di bawah naungan pemerintahan Jepun. KMM

telah dilarang bergerak dan seterusnya dibubarkan oleh Jepun pada Jun 1942.41

Walaupun KMM telah diharamkan oleh Jepun, namun masih terdapat lagi

seorang tokoh yang masih memelihara organisasi tersebut. Tokoh tersebut ialah

Abdullah C.D. Abdullah C.D atau Cik Dat berasal dari Lambor, Perak. Beliau telah

menubuhkan KMM cawangan Lambor di Perak. 42 Beliau juga seperti tokoh-tokoh

intelektual lain yang mendapat pendidikan Inggeris.43

38
Kamarul Afendey Hamimi, “Kaum Muda Penggerak Kesedaraan Kemerdekaan Tanah Melayu 1906-
1957” (phD diss. Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2018), 64
39
Ibid., hlm 65
40
Mohd Zamberi A. Malek, Perjuangan Harimau Malaya Menentang Jepun, (Yayasan Perak, 2009),
hlm 61
41
Mohamed Salleh Ramly, Gerakan Melayu: Dalam Perjuangan Kemerdekaan, Bab 2, 2006,
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006, halaman 49
42
Mohd Zamberi A. Malek, Perjuangan Harimau Malaya Menentang Jepun, (Yayasan Perak, 2009),
hlm 56-57
43
Ibid., hlm 57
20
Selepas KMM, wujud sebuah penubuhan yang turut memperjuangkan gerakan

nasionalisme iaitu, Parti Kebangsaan Melayu Malaya. PKMM telah dibentuk di Ipoh,

Perak.44 PKMM ini asalnya ditubuhkan oleh bangsa Melayu yang berasal daripada

PKM bersama tokoh-tokoh KMM yang lain serta nasionalis Melayu yang lain pada

tahun 1945.45 Antara tokoh nasionalis Melayu yang terlibat ialah Dr. Burhanuddin al-

Helmy, Ishak Hj. Muhammad dan Ahmad Boestamam. Matlamat perjuangan tokoh-

tokoh nasionalis ini adalah ingin membina sebuah negara besar yang dikenali sebagai

Melayu Raya iaitu gabungan antara Tanah Melayu dengan Indonesia. 46 Dalam kurang

tiga bulan, PKMM telah mendapat sokongan yang memberangsangkan dari seluruh

negara. PKMM menerima Malayan Union berasaskan janji British yang akan

menyeragamkan pentadbiran dan seterusnya memberikan kemerdekaan kepada Tanah

Melayu. Namun begitu, pada Februari 1946, pendirian PKMM telah berubah. 47 Pada

pandangan parti tersebut, dasar Malayan Union tidak memberi manfaat kepada Tanah

Melayu malah menguatkan lagi pengaruh serta kedudukan British di Tanah Melayu. 48

Pada Julai 1948, British telah mengisytiharkan darurat dan perkara ini telah

menjejaskan gerakan kiri di Tanah Melayu. 49 Kemudiannya, pada Disember 1950, Dr

Burhanuddin bersama empat lagi rakan seperjuangannya telah ditangkap.50

Selain itu, terdapat gerakan kiri yang lain seperti Angkatan Pemuda Insaf.

Angkatan Pemuda Insaf (API) telah diwujudkan pada 17 Februari 1946. Parti kiri ini
44
Ibid., hlm 61
45
Ibid
46
Hafiz Al-Kalanji, “Gerakan-gerakan Awal Di Tanah Melayu”, the Patriots, dicapai pada 25 Disember
2022 https://www.thepatriots.asia/gerakan-gerakan-awal-nasionalisme-di-tanah-melayu/
47
Mohamed Salleh Ramly, Gerakan Kiri Melayu: Dalam Perjuangan Kemerdekaan, Bab 3, 2006,
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006, halaman 65
48
Ibid., hlm 66
49
Ramlah Adam, “Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Parti Komunis Malaya 1945-1948:
Satu Penelitian Kegiatan Politik Mereka”, hlm 112 https://www.google.com/url?
sa=t&source=web&rct=j&url=https://ejournal.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/download/
9071/6405/18526&ved=2ahUKEwiHtYvH1aL8AhVu5XMBHSjcDocQFnoECBAQAQ&usg=AOvVaw0WZW
Z3FOYt7fHM78GrPFcM
50
Ibid., hlm 113
21
telah diletakkan di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. API menyediakan latihan

separuh tentera bagi anggotanya.51 Walau bagaimanapun gerakan API dapat kekal

selama tiga bulan sahaja dan kemudiannya diharamkan oleh pihak British.52

Di samping itu, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) juga merupakan parti kaum

wanita yang bersama-sama dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Pemimpin pertama AWAS ialah Aishah Ghani. AWAS terus kekal sebagai

sebahagian daripada PKMM sehingga undang-undang darurat diisytiharkan oleh

British apabila PKMM tidak lagi bergerak mulai daripada Jun 1948.53

Di samping itu, sebuah lagi badan gabungan PKMM ialah Barisan Tani

Malaya (BATAS). BATAS telah ditubuhkan secara rasmi pada 7 Julai 1947 di

Kajang, Selangor.54 Aktiviti BATAS tidak terhad kepada perjuangan politik semata-

mata malah badan ini telah memperluaskan kegiatannya dengan membentuk

koperasi, mengadakan sekolah tani, menjalankan gotong-royong dan sebagainya. 55

Namun begitu, badan gabungan PKMM ini telah terbubar apabila diisyhtiharkan

Undang-udang Darurat (1948). Pemimpinnya iaitu, Musa Ahmad telah melarikan diri

dan memasuki hutan bagi melibatkan diri dengan perjuangan bersenjata.56

51
Mohamed Salleh Ramly, Gerakan Kiri Melayu: Dalam Perjuangan Kemerdekaan, Bab 3, 2006,
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006, halaman 77
52
Ibid., hlm 78
53
Ibid., hlm 79

54
Ibid., hlm 79
55
Ibid., hlm 80
56
Ibid
22
5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, gerakan nasionalisme yang lahir sebelum kemerdekaan Tanah

Melayu telah terdiri daripada dua iaitu berhaluan kanan dan juga kiri. Nasionalisme

tidak hanya terhad terhadap pembebasan kuasa politik sahaja, bahkan juga

pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan budaya. Gerakan-gerakan yang

dilaksanakan telah membuktikan kesetiaan seseorang kepada tanah air dan semangat

kebangsaan yang menjurus kepada perjuangan menentang penjajah. Malah gerakan

nasionalisme ini bukan hanya wujud di Tanah Melayu malah di peringkat Asia

Tenggara juga.

Nasionalisme juga dapat dikaitkan dengan beberapa faktor iaitu faktor luaran

dan juga faktor dalaman. Faktor luaran adalah seperti Peperangan Rusia-Jepun pada

tahu 1904 hingga 1905 dimana Jepun telah berjaya menewaskan Rusia yang pada

masa itu merupakan sebuah kuasa besar. Manakala faktor dalaman pula adalah seperti

pengaruh agama, peranan pendidikan, peranan bahasa dan kesusasteraan, pengaruh

kewartawanan dan sebagainya. Perkara-perkara ini penting kerana ianya akan

menyemarakkan semangat nasionalisme dalam diri penduduk tempatan bagi

memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Nasionalisme merupakan nilai yang sewajarnya diperkenalkan sejak peringkat

awal lagi. Semangat nasionalisme yang tinggi dapat melahirkan penduduk negara

yang saling hormat-menghormati dan bersatu padu . Buktinya sehingga kini rakyat

Malaysia masih hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni disamping

mengamalkan budaya, adat resam dan agama masing-masing. Selain itu, semangat ini

juga penting bagi kestabilan politik di sesebuah negara. Semangat nasionalisme yang

tinggi dapat mengeratkan hubungan rakyat dengan pemimpin. Kesannya,

23
pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan sempurna demi kepentingan rakyat.

Kemajuan ekonomi juga dapat dipertingkatkan setanding dengan negara lain apabila

kestabilan politik dapat dikekalkan.

Oleh itu, diharapkan agar rakyat Malaysia dapat mengekalkan semangat

nasionalisme dalam diri demi kepentingan negara. Keamanan negara merupakan

perkara penting bagi memastikan segala perancangan negara berjalan dengan lancar.

Rakyat sewajarnya bersatu satu padu dalam mempertahankan kemerdekaan serta

kedaulatan negara. Semangat nasionalisme yang tinggi dalam kalangan rakyat dapat

mempertahankan negara daripada anasir-anasir negatif.

24
6.0 BIBLIOGRAFI

Buku

Mohamed Salleh Ramli, Gerakan Kiri Melayu: Dalam Perjuangan Kemerdekaan,

Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006, hlm 35.

Mohd Zamberi A. Malek, Perjuangan Harimau Malaya Menentang Jepun, Perak:

Yayasan Perak, 2009.

Azmah Abd Manaf, Malaysia: Gerakan Kesedaran dan Nasionalisme, Pulau Pinang:

Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2000.

Jurnal

Ramlah Adam, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Parti Komunis

Malaya, 1945-1948: Satu Penelitian Mengenai Kegiatan Politik Melaka Universiti

Malaya, Bab Dua: Nasionalisme dan Perkembangannya

Tesis

Kamarul Affendey Hamimi, Kaum Muda Penggerak Kesedaran Kemerdekaan Tanah

Melayu 1906-1957, Tesis Ph.D, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, 2018.

25
Sumber Internet

Faizal, A. (2019, March 27). KMM: Pelopor Gerakan Kiri Melayu. The Patriots; The

Patriots. https://www.thepatriots.asia/kmm-pelopor-gerakan-kiri-melayu/

Hafiz Al-Kalanji. (2021, August 19). Gerakan-Gerakan Awal Nasionalisme Di Tanah

Melayu. The Patriots; The Patriots. https://www.thepatriots.asia/gerakan-

gerakan-awal-nasionalisme-di-tanah-melayu/

‌Arkib, & Arkib. (2021, March 9). Pengasas KMM, Ibrahim Yaakob meninggal dunia.

Utusan Malaysia.

https://www.utusan.com.my/lipatan-sejarah/2021/03/pengasas-kmm-ibrahim-

yaakob-meninggal-dunia/

26
7.0 LAMPIRAN

UMNO 1946 (Istana Besar Johor)

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

27
Ibrahim Haji Yaakub

Dr Burhanuddin Al-Helmy

28
Ahmad Boestamam

Eunos Abdullah

29
30

You might also like