PDF Version Ctu101

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

REPORT

FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN DIPLOMA PENGAJIAN


PERNIAGAAN CTU101 – FUNDAMENTAL OF ISLAM

PENGANTAR PEMBANGUNAN INSAN (CTU101)

TITLE: CIRI-CIRI AJARAN SESAT DAN CARA MENANGANINYA DI MALAYSIA

Prepared by:
NAME STUDENT ID GROUP
NURUL SYAQYRAH BINTI 2023173129 BA1191A
DORHADI

INSTITUTION: UNIVERSITY OF TECHNOLOGY MARA, MUKAH


(UITM)

PREPARED FOR:

USTAZ ZULHAILI

Date of submission:
KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN

2.0 BERSIKAP TAKSUB DENGAN AJARAN


GURU
3.0 MENGAKU MENJADI NABI ATAU RASUL

4.0

5.0

6.0

7.0

8.0 KESIMPULAN

9.0 RUJUKKAN
PENGENALAN
2.0 BERSIKAP TAKSUB DENGAN AJARAN PEMIMPIN DAN GURU

Terdapat banyak ciri-ciri ajaran sesat yang dapat kita kenal pasti apabila seseorang
itu pembawa atau pengikut ajaran sesat. Salah satu ciri ajaran sesat yang boleh kita
temui ialah ciri ajaran sesat dari segi akidah iaitu taksub terhadap sesuatu ajaran guru
atau pemimpin. Kepercayaan yang melampaui batas agama tentang tokoh tertentu
juga antara kepercayaan karut yang masih berleluasa dalam masyarakat Melayu. Ini
adalah apabila seseorang individu atau kumpulan mendewakan pemimpin sehingga
menurut ajaran Qadiani dia dianggap maksum, nabi, malah tuhan atau jelmaan tuhan.
Malah ada juga yang menyembah selain Allah SWT seperti menyebut nama pemimpin
mereka yang mati dalam solat atau jampi.

Hal ini demikian kerana perbuatan mengagungkan pemimpin melebihi Allah SWT
membawa ke arah pemesongan agama kerana pemimpin itu hanyalah merupakan
orang biasa yang tidak berkuasa dan dia juga diciptakan oleh Allah SWT dan tiada
Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT, dan mereka menyangkal perkara
tersebut adalah termasuk dalam golongan individu yang mensyirikkan Allah SWT.
Justeru, kita dapat melihat bahawa sesiapa yang mengagungkan pemimpin mereka
selain Allah SWT adalah termasuk dalam ciri-ciri pengikut yang membawa ke arah
jalan kesesatan

Seterusnya contoh yang dapat kita lihat daripada ciri-ciri tersebut ialah ajaran Syiah
yang merupakan salah satu ajaran yang menyeleweng dari sudut akidah, Syariah dan
lain-lain. Pengasas utama ajaran ini ialah Abdullah bin Saba'. Pemesongan terhadap
sumber utama ajaran Islam juga mendorong mereka mengamalkan Islam dari sumber
yang tidak sahih. Pengasasnya Abdullah bin Saba' membuat kesimpulan dan
membina pemahaman palsu tentang Islam. Hasilnya diajar kepada golongan
pengikutnya yang menyebar dan mengembangkan dakwah Islam palsu. Golongan
syiah ini juga mendakwa bahawa imam mereka adalah maksum dan percaya kepada
kemunculan keseluruhan Imam Mahdi dan sekumpulan orang mati untuk berlaku adil.
Syiah juga memuliakan Saidina Ali selepas kewafatan Rasulullah s.a.w dengan
menyekutukan Saidina Ali dengan Allah s.w.t (Hussain Al-Musawi 2011).

Cara Menangani

Dalam pada itu, terdapat pelbagai cara menangani golongan yang taksub dengan
ajaran pemimpin dan guru khususnya di Malaysia antaranya adalah dengan
memperkukuhkan semangat dalam menimba ilmu dalam pendidikan keagamaan.
Malah sebagai seorang rakyat Malaysia kita haruslah bercita-cita tinggi mencapai niat
untuk menjadi seorang pemimpin agar negara Malaysia tidak jatuh dalam kepimpinan
pengaruh yang jahil. Hal Ini kerana pengamal ajaran sesat banyak membuang masa
dengan aktiviti yang tidak sihat dan bertentangan dengan ajaran Islam seperti memuja
dan terlibat dalam amalan khurafat. Fikiran pengikut ajaran sesat juga tertutup dan
fikiran mereka sering dimanipulasi oleh pemimpin yang mengaku menerima wahyu
daripada Allah s.w.t. Dengan sedemikian perbuatan dan tingkah laku golongan
tersebut tidak rasional dan sifat fanatiknya menjadikan kehidupan tidak stabil.
Penyertaan dalam ajaran sesat membawa kepada pengabaian tanggungjawab
sebagai pelajar, suami, isteri, ibu atau bapa.

2.0 MENGAKU MENJADI NABI ATAU RASUL

Pada masa yang sama, salah satu ciri-ciri umum ajaran sesat ialah mengisytiharkan
atau mengaku sebagai Nabi, samada dari Nabi Isa Al-Masih sehinggalah nabi terakhir
kita. Antara Golongan yang menggunakan pengakuan ini termasuklah, Kumpulan
Qadiani, Bahiyah, Mufaridhya, dan ajaran Haji Kahar bin Ahmad. Malah ada di antara
mereka yang membuat penyataan dengan mengaku bahawa darjat mereka lebih
tinggi dan mulia daripada kedudukan kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. Di
samping itu, antara mereka juga mendakwa bahawa mereka dijadikan sebagai
utusan untuk menghapuskan syariat Islam dan menyatukan semua agama dunia yang
terdiri daripada Yahudi, Nasrani, dan Islam. Sekali gus, ciri-ciri ajaran sesat berikut
telah disebarkan melalui pengakuan sebagai guru atau pengasas yang menerima
wahyu daripada Allah s.w.t secara langsung atau melalui malaikat yang meliputi isu-
isu berkaitan dengan agama, urusan dunia, hal ehwal semasa, kerajaan,
pembangunan manusia, dan lain-lain. Ciri-ciri ajaran sesat tersebut bukan sahaja
terhenti setakat pengakuan diri sebagai nabi dan menerima wahyu, malahan
diperkukuhkan lagi bukti kebenaran diayahnya dengan mewar-warkan sesuatu
kejadian yang dianggap sebagai mukjizat yang luar biasa.

Cara Menangani

Sesetengah golongan masyarakat kita di Malaysia tidak peka dan peduli tentang isu
sensitif terhadap pengakuan Nabi palsu ini kerana tidak mendapat pendedahan yang
secukupnya. Oleh itu, Pihak berkuasa agama atau media yang berkenaan haruslah
mendedahkan lagi tentang ciri-ciri dan perbezaan ajaran sesat ini.

Sudah tiba masanya untuk kita sebagai rakyat Malaysia berusaha dengan menambah
baik sistem perundangan Islam bagi mengukuhkan lagi penguasaan Islam di negara
kita Malaysia. Lebih-lebih lagi dalam soal Pendidikan bid’ah dan penyelewengan
akidah. Tambahan pula, kini didapati bahawa denda RM3000 dan setahun penjara
atau enam sebatan tidak lagi relevan. Oleh itu, Pihak berkuasa perlulah
menambahbaikan lagi penguatkuasaan berkaitan akidah ajaran Islam bagi
perlindungan agama dan ahlak masyarakat yang lebih berkesan, bukan sahaja
bertindak sebagai penghukum, tetapi sebagai badan yang mendidik masyarakat
khususnya berkaitan dengan ajaran sesat

8.0 KESIMPULAN

Secara ringkasnya, ajaran sesat membawa maksud panduan dan amalan yang bertentangan
dengan Islam, iaitu bertentangan dengan Syariah Islam dan Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah.
Ia juga merujuk kepada ajaran dan amalan yang melemahkan atau menafikan ajaran
kepercayaan monoteistik yang membawa kepada murtad.Ajaran sesat ini juga semakin
menular di negara Malaysia dengan membawa sebahagian daripadanya yang bertolok campur
seperti yang disebutkan dalam Al-Quran dan juga dalam Sunnah pada kisah-kisah terdahulu
untuk dijadikan sebagai masyrakat kini sebagai contoh sifat-sifat dan bentuk golongan
penganut sesuatu ajaran dan agama yang sesat dan bercanggah dengan Islam.

Di samping itu, Ajaran sesat juga mempunyai pengaruh negatif yang besar kepada masyarakat
khususnya umat Islam kerana umat Islam telah mendapat garis panduan yang merupakan
petunjuk Al-Quran dan Sunnah yang diturunkkan kepada Rasulullah s.a.w untuk dijadikkan
sebagai garis panduan dan pegangan hidup kita sebagai kaum muslimin. Oleh itu secara
tuntasnya, kita mestilah berpegang teguh kepada al-Quran dan al-Sunnah, yang bermaksud
menerapkan disiplin dan metodologi yang jelas. dalam pemahaman agama Islam . Sebarang
tafsiran Al-Quran adalah perlu seperti merujuk kepada Mufassirin. Walaupun huraian hadis
sepatutnya berkaitan dalam Muhaddihin. Umat Islam juga perlulah meningkatkan nilai akidah
dan keimanan jiwa dengan sentiasa bertaqwa menghadapi sebarang cabaran akan datang.
Setiap individu perlu menahan diri daripada mempercayai dan terlibat dalam ajaran palsu atau
ajaran sesat yang jelas menyimpang dari akidah Islam yang sebenar.

Malahan, sebagai seorang individu muslim yang beriman kita perlulah bertindak sebagai mata
dan telinga pihak berkuasa usaha menegakkan ilmu dan ajaran Islam berdasarkan Al-quran dan
As-sunnah sebagai sebuah tanggungjawab semua individu Muslim. Selain itu, kita juga perlu
merujuk kepada pihak berkuasa agama untuk menentukan kesahihan pemahaman, amalan atau
kepercayaan. pendapat peribadi bukanlah sesuatu yang muktamaddan diambil remeh.Oleh itu
semua pihak harus mengambil berat dan mengambil sikap bertanggungjawab tentang perkara
kepercayaan atau ajaran yang menyimpang dari landasan Islamik. Ini penting supaya isu
berkaitan dapat ditangani demi kebaikan dan kesucian agama, maruah bangsa dan keperluan
negara.

9.0 RUJUKAN

Hj Ab Majid, M. K. (2003). Fanatik Dan Taksub dalam Islam: Analisis Pandangan Al-
Qaradawi. Jurnal Usuluddin, 18, 25–36. Retrieved from
http://ajba.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/4086

Matussein , Haji Jumat (2017) Ajaran salah dan analisis ciri-ciri kesalahan yang difatwakan bertentangan
dengan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama’ah oleh Majlis Ugama Islam Brunei Darusalam / Matussein Haji
Jumat. PhD thesis, University of Malaya.
As Syeikh Ahmad Bin Hajar Al Buthami Ali bin ‘Ali. 2004. Bahaya Syirik Dan Kufur. Terjemahan Abu Abdul
Rahman Radhi Al Khudri. Rangkaian Pelangi .SDN.BHD

You might also like