Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 31

Bab 3: Pengoksidaan dan Penurunan

3.1 Tindak Balas Redoks

1. Tindak balas redoks adalah tindak balas yang melibatkan pengoksidaan dan
penurunan yang berlaku secara serentak.
2. Pengoksidaan merupakan tindak balas yang melibatkan:
(a) Penambahan oksigen
(b) Penambahan nombor pengoksidaan
(c) Penyingkiran hidrogen
(d) Pendermaan elektron
3. Penurunan pula melibatkan:
(a) Penyingkiran oksigen
(b) Pengurangan nombor pengoksidaan
(c) Penambahan hidrogen
(d) Penerimaan elektron
4. Agen pengoksidaan ialah bahan yang menyebabkan pengoksidaan kepada
bahan lain tetapi ia sendiri mengalami penurunan.
5. Agen penurunan ialah bahan yang menyebabkan penurunan kepada bahan lain
tetapi sendirinya mengalami pengoksidaan.

Aktiviti 3.1

Tujuan: Mengkaji tindak balas redoks yang melibatkan oksigen.

A. Pembakaran logam dalam oksigen

Bahan: Pita magnesium, kertas pasir, balang gas mengandungi gas oksigen.

Alat radas: Penyepit tabung uji, penunu Bunsen.

Prosedur:

1. 5 cm pita magnesium dibersihkan dengan kertas pasir untuk menyingkirkan


lapisan oksida.
2. Pita magnesium tersebut kemudian dinyalakan dan dimasukkan ke dalam
balang gas yang diisi dengan gas oksigen.
3. Perubahan yang berlaku dalam balang gas diperhatikan.
Pemerhatian:

Pita magnesium tersebut terbakar dengan nyalaan putih yang terang dan menghasilkan
asap yang berwarna putih.

Perbincangan:

1. Magnesium terbakar dalam oksigen dan menghasilkan asap yang berwarna


putih.
2. Persamaan bagi eksperimen diwakili dengan:
Pengoksidaan (penambahan oksigen)

2Mg(p) + O (g)
2 2MgO(p)
Agen Pengoksidaan

3. Magnesium menerima oksigen dan membentuk magnesium oksida. Hal ini


membuktikan bahawa magnesium telah dioksidakan kepada magnesium
oksida.
4. Gas oksigen merupakan agen pengoksidaan dalam eksperimen ini. Hal ini
kerana gas oksigen yang menyebabkan berlakunya proses pengoksidaan.

B. Pemanasan logam oksida dengan logam

Bahan: Kuprum(II) oksida, serbuk karbon.

Alat radas: Mangkuk pijar, segi tiga tanah liat, tungku kaki tiga, spatula, pununu
Bunsen.

Prosedur:

1. Satu spatula kuprum(II) oksida ditambah ke dalam sebuah mangkuk pijar.


2. Satu spatula serbuk karbon kemudian ditambah ke dalam kuprum(II) oksida.
3. Kedua-dua bahan tersebut dicampurkan dengan sekata dan dipanaskan dengan
kuat.
4. Pemerhatian direkodkan.
Pemerhatian:

Bintil-bintil warna perang terhasil dalam campuran yang berwarna hitam.

Perbincangan:

1. Apabila kuprum(II) oksida dipanaskan dengan karbon, bintil-bintil yang


berwarna perang iaitu kuprum terhasil.
2. Persamaan yang mewakili tindak balas yang berlaku:

Penurunan (kehilangan oksigen)

2CuO(p) + C(p) 2Cu(p) + CO2(g)


Agen Pengoksidaan Agen Penurunan

Pengoksidaan (penambahan oksigen)

3. Kuprum(II) oksida menderma atom oksigen untuk membentuk kuprum. Ini


bermakna kuprum(II) oksida telah mengalami proses penurunan.
4. Kuprum(II) oksida telah diturunkan oleh karbon. Oleh itu, karbon merupakan
agen penurunan dalam tindak balas ini.
5. Sementara itu, karbon menerima oksigen untuk membentuk karbon dioksida.
Ini membuktikan bahawa karbon telah mengalami proses pengoksidaan.
6. Karbon dioksidakan oleh kuprum(II) oksida. Maka, kuprum(II) oksida
bertindak sebagai agen pengoksidaan dalam tindak balas ini.

Kesimpulan:

1. Apabila logam dibakar dalam oksigen, logam akan dioksidakan kepada logam
oksida.
2. Apabila logam oksida dipanaskan dengan serbuk karbon, kuprum(II) oksida
akan diturunkan oleh karbon, manakala karbon dioksidakan oleh kuprum(II)
oksida.

Pengoksidaan dan Penurunan dari segi Penerimaan dan Kehilangan Oksigen


atau Hidrogen.

1. Pengoksidaan merupakan tindak balas kimia di mana oksigen ditambah ke


dalam bahan tersebut. Apabila suatu bahan menerima oksigen semasa tindak
balas, maka ia dikatakan telah dioksidakan.
Contoh:
2Ca(p) + O2 ® 2CaO(p)

penambahan oksigen

(pengoksidaan)
Penjelasan: (a) proses ini dikenali sebagai pengoksidaan.

(b) Kalsium dioksidakan menjadi kalsium oksida kerana ia menerima oksigen dalam
tindak balas ini.

2. Pengoksidaan juga ditakrifkan sebagai kehilangan hidrogen dari suatu bahan.


Apabila suatu bahan kehilangan hidrogen dalam suatu tindak balas, maka ia
dikatakan telah dioksidakan.

Contoh:

Apabila gas hidrogen sulfida dicampurkan dengan gas klorin pada suhu bilik,
mendakan kuning sulfur terhasil dan gas hidrogen klorida terbebas.

H2S(g) + Cl2 ® 2HCl(g) + S(p)

kehilangan hidrogen

(pengoksidaan)

Dalam tindak balas ini, hidrogen sulfida kehilangan hidrogen dan dioksidakan kepada
sulfur.

3. Proses penurunan ditakrifkan sebagai kehilangan oksigen dalam suatu bahan.


Apabila bahan tersebut kehilangan oksigen semasa tindak balas berlaku, maka
ia dikatakan terlah diturunkan.
Contoh:
Apabila campuran serbuk zink dengan kuprum(II) oksida dipanaskan, tindak
balas berikut berlaku:

kehilangan oksigen

(penurunan)

Zn(p) + CuO(p) ® ZnO(p) + Cu(p)


Dalam tindak balas ini, kuprum(II) oksida telah kehilangan oksigen. Maka ia
dikatakan diturunkan kepada logam kuprum.

4. Penurunan juga ditakrifkan sebagai penambahan hidrogen bagi suatu bahan.


Apabila suatu bahan menerima hidrogen dalam suatu tindak balas, maka ia
dikatakan telah diturunkan.
Contoh:
Apabila campuran hidrogen dengan klorin didedahkan kepada cahaya
matahari, satu tindak balas cepat berlaku dan menghasilkan asap hidrogen
klorida yang berwarna putih.
penambahan hidrogen

(penurunan)

H2(g) + Cl2(g) ® 2HCl(g)


Dalam tindak balas ini, klorin telah menerima hidrogen. Ini bermakna bahawa
klorin telah diturunkan.

Tindak balas Redoks Berdasarkan Perubahan Nombor Pengoksidaan

1. Nombor pengoksidaan ialah bilangan cas pada ion atau unsur dalam suatu
sebatian akibat pemindahan elektron. Pemindahan elektron adalah
lengkap(dalam sebatian ionik) atau separa(dalam sebatian kovalen).
2. Nombor pengoksidaan dituliskan dengan satu angka dan tanda ‘+’ atau ‘-’.
3. Biasanya unsur logam mempunyai nombor pengoksidaan positif manakala
unsur bukan logam mempunyai nombor pengoksidaan negatif.
4. Nombor-nombor pengoksidaan ini diberikan oleh ahli-ahli kimia mengikut
satu set peraturan.

Peraturan memberikan nombor pengoksidaan

Peraturan 1: Nombor pengoksidaan untuk satu unsur yang tidak bergabung adalah
sifar. Contoh: nombor pengoksidaan untuk setiap atom dalam Cu, Mg, Zn, Cl2, H2, O2
adalah sifar.

Peraturan 2: Bagi ion monoatom, nombor pengoksidaannya adalah sama dengan cas
ion tersebut.

Ion K+ Zn2+ Al3+ Cl- S2- N3-


Nombor +1 +2 +3 -1 -2 -3
Pengoksidaan

Peraturan 3: Dalam sebatian, atom yang lebih elektronegatif diberikan nombor


pengoksidaan negatif. Manakala atom yang lebih elektropositif diberikan nombor
pengoksidaan yang positif.

Berikut menunjukkan urutan keelektronegatifan bagi beberapa unsur:

Fluorin, Oksigen, Nitrogen, Klorin, Bromin, Iodin

Keelektronegatifan bertambah

(a) Nombor pengoksidaan fluorin dalam semua sebatiannya ialah -1 kerana


fluorin paling elektronegatif.
(b) Nombor pengoksidaan halogen lain (klorin, bromin dan iodin) dalam sebatian
mereka ialah -1 kecuali apabila bergabung dengan unsur yang lebih
elektronegatif seperti oksigen dan nitrogen. Misalnya,
HCl Cl2O7

Nombor
Pengoksidaan: +1 -1 +7 -2

(c) Nombor Pengoksidaan hidrogen dalam sebatian sentiasa +1, kecuali dalam
logam hidrida. Logam hidrida merupakan sebatian yang mengandungi
hidrogen dan logam sahaja. Maka nombor pengoksidaan bagi hidrogen dalam
logam hidrida ialah -1.

H2 O MgH2

Nombor
Pengoksidaan: +1 -2 +7 -1
(d) Nombor pengoksidaan oksigen dalam semua sebatian adalah -2 kecuali dalam
sebatian fluorin dan peroksida. Nombor pengoksidaan bagi oksigen dalam
peroksida ialah -1.

PbO F2 O

Nombor
Pengoksidaan: +2 -2 -17 +2

Peraturan 4: Hasil tambah nombor pengoksidaan bagi semua atom yang hadir dalam
suatu sebatian adalah sifar. Sebatian ini boleh merupakan sebatan ion atau sebatian
kovalen.

CO2 Jumlah nombor


Pengoksidaan
Nombor = (+4) + 2(-2)
Pengoksidaan: +4 -2 =0

Zn(NO3)2 Jumlah nombor


Pengoksidaan
Nombor = (+2) + 2[(+5) + 3(-2)]
Pengoksidaan: +2 +5 -2 = (+2) + 2(-1)
=0

Peraturan 5: Bagi ion poliatom, hasil tambah nombor pengoksidaan bagi semua
atom sama dengan cas bagi ion. Contohnya:

NH4+ Jumlah nombor


Pengoksidaan
Nombor = (-3) + 4(+1)
Pengoksidaan: -3 +1 = +1
SO42- Jumlah nombor
Pengoksidaan
Nombor = (+6) + 4(-2)
Pengoksidaan: +6 -2 = -2

Nombor Pengoksidaan dan Penamaan Sebatian

1. Bagi sebatian ion atau sebatian kovalen yang mengandungi logam yang
mempunyai lebih daripada satu nombor pengoksidaan, nombor
pengoksidaan ion logam dinyatakan dalam angka Roman dalam kurungan
selepas nama logam.
Contohnya
Formula Nombor Pengoksidaan Nama IUPAC
Ion Logam
FeCl2 +2 Ferum(II) klorida
FeCl3 +3 Ferum(III) klorida
CuSO4 +2 Kuprum(II) sulfat

2. Unsur logam dalam kumpulan 1, 2 dan 3 sentiasa mempunyai nombor


pengoksidaan +1, +2 dan +3. Maka, mengikut penamaan IUPAC, angka
Roman adalah tidak digunakan.
3. Bagi ion negatif yang mengandungi logam dan mempunyai lebih daripada
satu nombor pengoksidaan, angka Roman biasanya ditulis di dalam
kurungan selepas nama logam.
Formula Nombor pengoksidaan Nama IUPAC
sebatian bagi logam dalam anion
K2MnO4 +6 Kalium manganat(VI)
KmnO4 +7 Kalium manganat(VII)
K2CrO4 +6 Kalium kromat(VI)
K2Cr2O7 +6 Kalium dikromat(VI)

4. Oksoanion merupakan anion yang mengandungi satu atom oksigen dan


atom bukan logam. Bagi bukan logam yang mempunyai lebih daripada
satu nombor pengoksidaan dalam oksoanion, angka Roman ditulis dalam
kurungan di sebelah nama ion yang mengandungi unsur tersebut.
Formula Nama sistematik Nama tradisional
KNO2 Kalium nitrat(III) Kalium nitrit
KNO3 Kalium nitrat(V) Kalium nitrat
HNO2 Asid nitrik(III) Asid nitrus
HNO3 Asid nitrik(V) Asid nitrik
Tindak Balas Redoks Berdasarkan Perubahan Nombor Pengoksidaan

1. Semasa tindak balas redoks, pemindahan elektron berlaku dan ini


menyebabkan sesetengah atom mengalami perubahan dalam nombor
pengoksidaannya.
2. Pengoksidaan ditakrifkan sebagai penambahan dalam nombor pengoksidaan.
3. Manakala penurunan ditakrifkan sebagai pengurangan dalam nombor
pengoksidaan.
4. Jadual di bawah menunjukkan beberapa tindak balas redoks yang diterangkan
dengan perubahan nombor pengoksidaan.

Tindak Balas Penerangan


• Nombor pengoksidaan bagi zink bertambah
dari 0 kepada +2. Ini bermakna bahawa zink
telah mengalami proses pengoksidaan.
• Zink telah dioksidakan oleh oksigen. Maka,
oksigen merupakan agen pengoksidaan.
• Manakala nombor pengoksidaan bagi oksigen
berkurang dari 0 kepada -2. Ini membuktikan
bahawa oksigen telah mangalami proses
penurunan.
• Oksigen diturunkan oleh zink, maka zink
ialah agen penurunan.

• Nombor pengoksidaan bagi magnesium


bertambah dari 0 kepada +2. Ini bermakna
bahawa magnesium telah mengalami proses
pemgoksidaan.
• Magnesium dioksidakan kepada ion
magnesium oleh karbon dioksida. Maka
karbon dioksida merupakan agen
pengoksidaan.
• Nombor pengoksidaan bagi karbon dioksida
pula berkurang dari +4 kepada 0.
• Ini membuktikan bahawa karbon dioksida
telah diturunkan oleh magnesium.
• Maka magnesium bertindak sebagai agen
penurunan.

• Nombor pengoksidaan bagi iodin bertambah


dari -1 kepada 0. Ini kerana asid hidroiodik
telah dioksidakan kepada iodin.
• Asid hidroiodik dioksidakan oleh bromin.
Maka bromin merupakan agen pengoksidaan.
• Nombor pengoksidaan bagi bromin pula
berkurang dari 0 kepada -1. Ini bermakna
bahawa bromin diturunkan kepada asid
hidrobromik.
• Bromin diturunkan oleh asid hidroiodik. Oleh
itu, asid hidroklorik bertindak sebagai agen
penurunan.

5. Sekiranya bahan tindak balas tidak mengalami sebarang perubahan nombor


pengoksidaan, maka tindak balas tersebut bukan tindak balas redoks.

Penukaran Ion Ferum(II) kepada Ion Ferum(III) dan Sebaliknya

1. Ion ferum(II) boleh ditukarkan menjadi ion ferum(III) melalui tindak balas
pengoksidaan.
2. Persamaan setengah untuk pengoksidaan ion Fe2+:
Fe2+(ak) ® Fe3+(ak) + e¯
3. Agen pengoksidaan yang boleh digunakan untuk mengoksidakan Fe2+
kepada Fe3+ ialah:
(a) Klorin
(b) Bromin
(c) Kalium manganat(VII) berasid
(d) Kalium dikromat(VI) berasid
4. Sebagai agen pengoksidaan,
(a) Cl2(ak) + 2e¯ ® 2Cl-(ak)
(b) Br2(ak) + 2e- ® 2Br-(ak)
(c) MnO4-(ak) + 8H+(ak) + 5e- ® Mn2+(ak) + 4H2O(c)
(d) Cr2O72-(ak) + 14H+(ak) 6e- ® 2Cr3+(ak) + 7H2O(c)
5. Penurunan Fe3+ kepada Fe2+:
Persamaan setengah bagi penurunan Fe3+:
Fe3+(ak) + e- ® Fe2+
6. Agen penurunan yang boleh digunakan untuk menurunkan Fe3+ kepada
Fe2+:
(a) Zink
(b) Magnesium
(c) Larutan stanum(II)
(d) Kalium iodida
7. Sebagai agen penurunan,
(a) Zn(p) ® Zn2+ (ak) + 2e-
(b) Mg(p) ®Mg2+ (ak) + 2e-
(c) Sn2+ (ak) ® Sn4+ (ak) + 2e-
(d) 2I- (ak) ® I2(ak) + 2e-
Aktiviti 3.2

Tujuan: Mengkaji pengoksidaan ion Fe2+ kepada ion Fe3+ dan penurunan ion Fe3+
kepada ion Fe2+.

Bahan: Larutan ferum(II) sulfat, larutan ferum(III) sulfat, larutan kalium


manganat(VII) berasid, serbuk zink, larutan natrium hidroksida.

Alat radas: Penitis, spatula, tabung uji, penunu Bunsen, corong turas, rak tabung uji.

Prosedur:

A. Penukaran ion ferum(II) kepada ion ferum(III)

1. 2 cm3 larutan ferum(II) sulfat dituang ke dalam tabung uji.


2. 2 cm3 larutan kalium manganat(VII) berasid ditambah sedikit demi sedikit
kepada larutan ferum(II) sulfat.
3. Tabung uji digoyangkan dengan cermat.
4. Larutan natrium hidroksida kemudian ditambah ke dalam campuran itu
dengan perlahan sehingga berlebihan.
5. Perhatian direkodkan.

B. Penukaran ion ferum(III) kepada ion ferum(II)

1. 2 cm3 larutan ferum(III) sulfat dituang ke dalam tabung uji.


2. 2 g serbuk zink ditambah kepada larutan tersebut.
3. Campuran dituras.
4. Larutan natrium hidroksida ditambah ke dalam hasil turasan dengan perlahan
sehingga berlebihan.
5. Pemerhatian direkodkan.

Pemerhatian:

Aktiviti Bahan Uji Pemerhatian


A Larutan kalium Warna hijau pucat larutan ferum(II) sulfat bertukar
manganat(VII) menjadi perang. Warna ungu larutan kalium
berasid manganat(VII) berasid dinyahwarnakan.
Larutan natrium Mendakan perang yang tidak larut dalam larutan
hidroksida natrium hidroksida berlebihan terhasil.
B Serbuk zink Sebahagian serbuk zink melarut. Warna perang larutan
ferum(III) sulfat bertukar menjadi hijau pucat.
Larutan natruim Mendakan hijau kotor yang tidak larut dalam larutan
hidroksida natrium hidroksida berlebihan terhasil.

Perbincangan:

A. Penukaran ion ferum(II) kepada ion ferm(III)


1. Ion ferum(II) dioksidakan oleh larutan kalium manganat(VII) berasid kepada
ion ferum(III).
2. Kehadiran ion ferum(III) telah disahkan melalui pembentukan mendakan
perang yang tidak larut dalam larutan natrium hidroksida berlebihan.
3. Ion ferum(II) menderma elektron untuk membentuk ion ferum(III).
4. Persamaan setengah pengoksidaan boleh diwakili dengan:
Fe2+(ak) ® Fe3+(ak) + e-
5. Ion manganat(VII) dalam larutan kalium manganat(VII) berasid telah
menerima elektron untuk membentuk ion mangan(II).
6. Persamaan setengah bagi proses penurunan ini boleh diwakili dengan
MnO4- (ak) + 8H+(ak) + 5e- ® Mn2+ (ak) + 4H2O (ce)
7. Dalam tindak balas ini, larutan kalium manganat(VII) berasid bertindak
sebagai agen pengoksidaan manakala ion ferum(II) sebagai agen penurunan.
8. Persamaan ion keseluruhan bagi tindak balas ini ialah:
MnO4- (ak) + 8H+ (ak) + 5Fe2+ (ak) ® Mn2+ (ak) + 5Fe3+ (ak) + 4H2O (ce)

B. Penukaran ion ferum(III) kepada ion Ferum(II)

1. Ion ferum(III) diturunkan oleh serbuk zink kepada ion ferum(II).


2. Kehadiran ion ferum(II) telah disahkan oleh pembentukan mendakan hijau
kotor yang tidak dilarut dalam larutan natrium hidroksida berlebihan.
3. Atom zink menderma elektron untuk membentuk ion zink. Inilah yang
membuktikan bahawa serbuk zink larut dalam larutan ferum(III) sulfat.
4. Persamaan setengah pengoksidaan atom zink kepada ion zink diwakili dengan:
Zn(p) ® Zn2+(ak) + 2e
5. Manakala ion ferum(III) telah menerima elektron untuk membentuk ion
ferum(II).
6. Persamaan penurunan ion ferum(III) kepada ion ferum(II) diwakili dengan:
Fe3+(ak) + e- ® Fe2+(ak)
7. Dalam tindak balas ini, ion ferum(III) betindak sebagai agen pengoksidaan
manakala zink bertindak sebagai agen penurunan.
8. Persamaan ion keseluruhan boleh diwakili dengan:
Zn(p) + 2Fe3+(ak)® Zn2+(ak) + 2Fe2+(ak)

Kesimpulan:

1. Larutan kalium manganat(VII) berasid bertindak sebagai agen pengoksidaan


untuk menukarkan ion ferum(II) kepada ion ferum(III).
2. Zink bertindak sebagai agen penurunan untuk menukarkan ion ferum(III)
kepada ion ferum(II).

Penyesaran Logam daripada Larutan Garamnya


1. Siri elektrokimia menyenaraikan logam-logam menurut kelektropositifan,
iaitu menurut keupayaan logam menghilangkan elektron untuk membentuk ion
positif.

2. Semakin tinggi kedudukan logam dalam siri elektrokimia:

(a) Semakin elektropositif logam tersebut.


(b) Semakin mudah logam itu untuk menderma elektron dan membentuk ion
positif.
(c) Semakin mudah untuk melakukan tindak balas pengoksidaan.
(d) Semakin baik sebagai agen penurunan.
3. Satu logam yang lebih elektropositif akan menyesarkan satu logam yang
kurang elektropositif daripada larutan garamnya.
4. Contoh:
(a) Mg(p) + CuSO4 (ak) ® MgSO4(ak) + Cu(p)
Persamaan ion: Mg(p) + Cu2+(ak) ® Mg2+(ak) + Cu(p)
Penjelasan: Magnesium lebih elektropositif daripda kuprum. Maka
magnesium meyesarkan kuprum daripada larutan kuprum(II) sulfat.
(b) ZnSO4 (ak) + Cu(p) ® ZnSO4 (ak) + Cu(p)
Logam kuprum tidak menyesarkan zink daripada larutan zink sulfat
kerana zink adalah lebih elektropositif daripada kuprum.

5. Logam yang lebih eletropositif akan bertindak sebagai agen penurunan. Hal
ini kerana logam yang lebih elektropositif mudah menderma elektron dan
mengalami tindak balas pengoksidaan.
6. Sebaliknya, logam yang kurang elektropositif pula bertindak sebagai agen
pengoksidaan. Logam yang kurang elektropositif mudah menerima elektron
dan mengalami tindak balas penurunan.

Aktiviti 3.3

Tujuan: Mengkaji tindak balas redoks dalam penyesaran logam dari larutan
garamnya.
Bahan: Larutan kuprum(II) sulfat, larutan argentum nitrat, kepingan zink, kepingan
kuprum.

Alat radas: Tabung uji, rak tabung uji.

Prosedur:

1. Sekeping zink dan sekeping kuprum dibersihkan dengan kertas pasir.


2. 2 cm3 larutan kuprum(II) sulfat dituang ke dalam tabung uji X dan 2 cm3
larutan argentum nitrat dituang ke dalam tabung uji Y.
3. Kepingan zink direndam ke dalam larutan kuprum(II) sulfat, dan kepingan
kuprum direndam ke dalam larutan argentum nitrat.
4. Campuran dibiarkan selama 30 minit.
5. Perubahan warna dan keadaan logam diperhatikan dan direkodkan.

Pemerhatian:

Tabung Uji Pemerhatian


X • Kepingan zink larut.
• Enapan berwarna perang terhasil.
• Warna biru larutan kuprum(II) sulfat menjadi tidak berwarna.

Y • Kepingan kuprum larut.


• Enapan berwarna kelabu berkilat terhasil.
• Warna larutan tanpa warna berubah menjadi biru.

Perbincangan:

1. Dalam tabung uji X, zink menyesarkan kuprum daripada larutan kuprum(II)


sulfat.
(a) Zink lebih elektropositif daipada kuprum. Maka zink bertindak sebagai
agen penurunan dengan menderma elektron untuk membentuk ion zink.
Persamaan setengah peroksidaan:
Zn(p) ® Zn2+(ak) + 2e-
(b) Ion kuprum(II) pula bertindak sebagai agen pengoksidaan dengan
menerima elektron yang diderma oleh zink dan menjadi logam kuprum.
Kehadiran logam kuprum disahkan oleh pepejal enapan yang berwarna
perang di tabung uji X. Persamaan setengah penurunan:
Cu2+(ak) + 2e- ® Cu(p)
(c) Warna biru larutan kuprum(II) sulfat semakin berkurang disebabkan oleh
kepekatan ion kuprum(II) dalam larutan semakin berkurang.
(d) Persamaan ion keseluruhan: Zn(p) + Cu2(ak) ® Zn2+(ak) + Cu(p)

2. Dalam tabung uji Y, kuprum menyesarkan argentum daripada larutan


argentum nitrat.
(a) Kuprum lebih elektropositif daripada argentum. Maka kuprum bertindak
sebagai agen penurunan dengan menderma elektron untuk membentuk ion
kuprum(II). Persamaan setengah pengoksidaan:
Cu(p) ® Cu2+(ak) + 2e-
(b) Ion argentum akan bertindak sebagai agen pengoksidaan dengan menerima
elektron yang diderma oleh kuprum dan menjadi logam argentum.
Persamaan setengah penurunan:
Ag+(ak) + e- ® Ag(p)
(c) Larutan tanpa warna berubah menjadi biru kerana kepekatan ion
kuprum(II) dalam larutan semakin bertambah.
(d) Persamaan ion keseluruhan:
Cu(p) + 2Ag+(ak) ® Cu2+(ak) + 2Ag(p)

Kesimpulan:

Semasa tindak balas penyesaran, logam yang lebih elektropositif akan bertindak
sebagai agen penurunan. Logam yang lebih elektropositif akan menyesarkan ion
logam yang kurang elektropositif untuk membentuk logam.

Pemindahan Elektron pada Satu Jarak

1. Pemindahan elektron pada suatu jarak berlaku apabila agen pengoksidaan dan
agen penurunan dipisahkan.
2. Apabila berlakunya tindak balas pengoksidaan, elektron akan diderma.
Manakala apabila tindak balas penurunan berlaku, eketron diterima.
3. Agen pengoksidaan bertindak sebagai elektrod positif manakala agen
penurunan bertindak sebagai elektrod negatif.
4. Agen penurunan iaitu elektrod negatif akan menderma elektron. Dan elektron
yang diderma itu akan diterima oleh agen pengoksidaan iaitu elektrod positif.

5. Rajah di atas menujukkan satu contoh pemindahan elektron pada suatu jarak.
6. Tiub-U adalah digunakan untuk memisahkan agen pengoksidaan dan agen
penurunan.
7. Asid sulfurik pula digunakan sebagai elektrolit untuk membenarkan ion-ion
mengalir melaluinya.
8. Dalam tindak balas ini, larutan kalium manganat(VII) berasid bertindak
sebagai agen pengoksidaan manakala larutan ferum(II) sulfat bertindak
sebagai agen penurunan.
9. Larutan ferum(II) sulfat mengalami tindak balas pengoksidaan dengan
menderma elektron. Persamaan setengah pengoksidaan:
Fe2+ ® Fe3+ + e-
10. Larutan kalium manganat(VII) berasid mengalami penurunan untuk menerima
elektron. Persamaan setengah penurunan:
MnO4- (ak) + 8H+(ak) + 5e- ® Mn2+ (ak) + 4H2O (ce)
Aktiviti 3.4

Tujuan: Mengkaji pengoksidaan dan penurunan dalam pemindahan elektron pada


satu jarak.

Bahan: Larutan kalium manganat(VII) berasid, larutan ferum(II) sulfat, asid sulfurik,
larutan kalium iodida, larutan kalium dikromat(VI) berasid, larutan kanji 1%, larutan
natrium hidroksida.

Alat radas: Tiub-U, penitis, elektrod karbon, galvanometer, kaki retort, wayar
penyambung dengan klip buaya.

Prosedur:

1. Sebuah tiub-U diisi dengan asid sulfurik cair sehingga separuh penuh.
2. Dengan menggunakan penitis, larutan ferum(II) sulfat ditambah di sebelah kiri
tiub-U sehingga 2 cm tinggi dari permukaan asid sulfurik cair.
3. Dengan menggunakan kaedah yang sama, larutan kalium manganat(VII)
berasid ditambah di sebelah kanan tiub-U.
4. Dua elektrod karbon dimasukkan secara asing di kedua-dua lengan tiub-U.
5. Elektrod-elektrod disambungkan ke galvanometer melalui wayar penyambung.
6. Elektrod yang bertindak sebagai terminal positif atau terminal negatif boleh
dikenal pasti melalui pesongan galvanometer.
7. Susunan radas tersebut dibiarkan selama 30 minit dan perubahan yang berlaku
direkodkan.
8. Dengan menggunakan penitis, sedikit larutan ferum(II) sulfat dikeluarkan dan
dicampurkan dengan larutan natrium hidroksida.
9. Langkah 1 hingga 7 diulangi dengan menggunakan larutan kalium iodidia dan
larutan kalium dikromat(VI) berasid untuk menggantikan larutan kalium
manganat(VII) berasid dan larutan ferum(II) sulfat.
10. Sedikit larutan kalium iodida dikeluarkan dan dicampurkan dengan beberapa
titis larutan kanji 1%.
Keputusan:

1. Larutan ferum(II) sulfat dan larutan kalium manganat(VII) berasid


Pemerhatian Inferens
Elektrod karbon yang dicelup dalam Elektron mengalir dari terminal negatif
larutan kalium manganat(VII) berasid ke terminal positif. Elektron mengalir
bertindak sebagai terminal positif, dari larutan ferum(II) sulfat ke larutan
manakala elektrod karbon yang dicelup kalium manganat(VII) berasid.
dalam larutan ferum(II) sulfat bertindak
sebagai terminal negatif.
Warna hijau muda larutan ferum(II) sulfat Ion Fe2+ dioksidakan menjadi ion Fe3+.
berubah menjadi kuning.
Warna ungu larutan kalium Kepekatan ion manganat(VII) dalam
manganat(VII) berasid dinyahwarnakan. larutan berkurang.
Mendakan merah perang yang tidak larut Ion Fe2+ dioksidakan menjadi ion Fe3+.
dalam larutan natrium hidroksida
berlebihan terhasil.

2. Larutan yang digunakan: Larutan kalium iodida dan larutan kalium


dikromat(VI) berasid

Pemerhatian Inferens
Elektrod karbon dalam larutan kalium Elektron mengalir dari terminal negatif
dikromat(VI) berasid bertindak sebagai ke teminal positif. Elektron mengalir dari
terminal positif, manakala elektrod larutan kalium iodida ke larutan kalium
karbon dalam larutan kalium iodida dikromat(VI) berasid.
bertindak sebagai terminal negatif.
Lartan kalium iodida tanpa warna Ion iodida dioksidakan menjadi molekul
berubah menjadi perang. iodin.
Warna jingga larutan kalium Ion dikromat(VI) telah berubah menjadi
dikromat(VI) berasid berubah menjadi ion kromium(III).
warna hijau.
Warna biru tua terhasil degan larutan Ion iodida dioksidakan menjadi molekul
kanji. iodin.
Perbincangan:

1. Larutan ferum(II) sulfat dan larutan kalium manganat(VII) berasid

(a) Pada terminal negatif,


(i) Ion Fe2+ dioksidakan menjadi ion Fe3+ dan elektron dibebaskan.

Nombor pengoksidaan bagi ferum


meningkat dari +2 kepada +3. Ion
+2 +3
Fe2+ ialah agen penurunan.
Fe2+ ® Fe3+ + e-
hijau perang

(ii) Elektrod karbon yang dicelup ke dalam larutan ferum(II) sulfat adalah
bercas negatif kerana elektron dibebaskan.
(iii) Elektron mengalir dari terminal positif ke terminal negatif melalui
wayar penyambung.
(iv) Warna hijau larutan ferum(II) sulfat berubah menjadi kuning apabila
ion Fe2+ dioksidakan menjadi ion Fe3+
(b) Pada terminal positif
(i) Ion manganat(VII) diturunkan kepada ion mangan(II). Elektron
diterima oleh ion mangan(VII).
MnO4-(ak) + 8H+(ak) + 5e- Mn2+(ak) + 4H2O(ce)
(ungu) (tidak berwarna)

(ii) Warna ungu larutan kalium manganat(VII) berasid dinyahwarnakan.

Persamaan ion keseluruhan:


5Fe2+(ak) + MnO4(ak) + 8H+(ak) 5Fe3+(ak) + Mn2+(ak) + 4H2O(ce)
2. Larutan kalium iodida dan larutan kalium dikromat(VI) berasid
(a) Pada terminal negatif
(i) Ion iodida dioksidakan menjadi iodin.

-1 0
Nombor pengoksidaan bagi iodin
2I (ak) ® I2 (ak) + 2e
- - meningkat dari -1 kepada 0. Ion
tanpa warna perang
iodide ialah agen penurunan.

(b) Pada terminal positif


(i) Ion dikromat(VI) diturunkan menjadi ion kromium(III).
penurunan

+6 +3

Cr2O7 (ak) + 14H (ak) + 6e ® 2Cr (ak) + 7H2O (ce)


2- + - 3+

jingga hijau

(ii) Nombor pengoksidaan bagi kromium berkurang dari +6 kepada +3.

Persamaan ion keseluruhan:

Cr2O2-(ak) + 6Fe2+(ak) + 14H+(ak) ® 2Cr3+(ak) + 6Fe2+(ak) + 7H2O(ce)

Kesimpulan:

Pemindahan elektron berlaku dari terminal negatif ke terminal positif melalui wayar
penyambung.

3.2 Pengaratan Sebagai Tindak Balas Redoks

Kakisan logam

1. Kakisan logam ialah tindak balas redoks di mana logam kehilangan elektron
untuk membentuk ion positif.
M Mn+ + ne-
logam ion logam

2. Logam memindahkan elektron kepada gas oksigen dan air yang bertindak
sebagai agen pengoksidaan untuk menerima elektron.
Pengoksidaan: M®Mn+ + ne-
Penurunan: O2 (g) + 2H2O (ce) + 4e- ® 4OH-
3. Terdapat dua keadaan yang diperlukan untuk pengaratan berlaku:
(a) Kehadiran oksigen
(b) Kehadiran air
4. Menuruni siri elektrokimia, kelektropositifan logam semakin berkurang. Maka
semakin tinggi kedudukan logam dalam siri elektrokimia, semakin
elektropositif logam tersebut dan semakin mudah terkakis melalui pendermaan
elektron.

Pengaratan besi
1. Pengaratan ferum merupakan proses elektrokimia yang berlaku secara spontan.
Apabila ferum bertemu dengan air, sebuah sel kimia ringkas terhasil.

2. Rajah di atas menunjukkan tindak balas yang berkaitan dengan penghasilan


karat.
3. Permukaan di tengah-tengah titisan air merupakan kawasan permukaan ferum
yang kekurangan oksigen. Maka kawasan ini bertindak sebagai terminal
negatif (anod).
4. Kawasan tepi titisan air pula merupakan permukaan ferum yang kaya dengan
oksigen. Maka ia bertindak sebagai terminal positif (katod).
5. Peringkat pengaratan besi:
(a) Di bahagian anod:
Ferum berkarat disebabkan oleh proses pengoksidaan yang menghasilkan
ion ferum(II). Ferum menderma elektron untuk membentuk ion ferum(II).
Fe(p) ® Fe2+ (ak) + 2e-
Elektron mengalir ke tepi titisan air melalui permukaan ferum.
(b) Di bahagian katod:
Oksigen menerima alektron daripada proses pengoksidaan ferum dan
diturunkan oleh ion hidroksida.
O2 (g) + 2H2O (ce) + 4e- ® 4OH- (ak)
(c) Pembentukan Fe(OH)2:
Ion Fe2+ dan ion OH- di dalam titidan air bergabung untuk membentuk
ferum(II) hidroksida.
Fe2+ (ak) + 2OH- (ak) ® Fe(OH)2 (p)

(d) Pembentukan karat


Ferum(II) hidroksida yang terhasil dioksidakan oleh oksigen untuk
membentuk ferum(III) hidroksida, dan seterusnya diurai menjadi ferum(III)
oksida terhidrat yang berwarna perang.
pengoksidaan

4Fe(OH)2 + 2H2O + O2 ® 4Fe(OH)3


penguraian

Fe(OH)3 ® Fe2O3× xH2O


karat

Eksperimen 3.1

Tujuan: Mengkaji kesan pada pengaratan besi apabila ia bersentuhan dengan logam
lain.

Penyataan masalah: Apakah kesan persentuhan dengan logam lain terhadap


pengaratan besi?

Pemboleh ubah:

(a) Pemboleh ubah yang dimanipulasikan: Jenis logam yang bersentuhan


dengan paku besi
(b) Pemboleh ubah yang bergerak balas: Perubahan warna dalam larutan jeli
(c) Pemboleh ubah yang dimalarkan: Paku besi

Definisi secara operasi: Pewarnaan biru tua menunjukkan pengaratan ferum.

Bahan: Paku ferum, kepingan magnesium, kepingan kuprum, kepingan zink,


kepingan timah, fenolftalein, larutan kalium heksasianoferat(III), larutan jeli panas,
kertas pasir.

Alat radas: Tabung uji, rak tabung uji.


Prosedur:

1. Kelima-lima paku besi dibersihkan dengan kertas pasir.


2. Empat paku besi masing-masing dililitkan dengan magnesium, kuprum, zink
dan timah.
3. Kesemua paku besi masing-masing dimasukkan ke dalam tabung uji.
4. 10 cm3 larutan jeli dituang ke dalam setiap tabung uji.
5. Larutan kalium heksasianoferat(III) dan beberapa titis penunjuk fenolftalein
ditambahkan ke dalam setiap tabung uji.
6. Tabung-tabung uji dibiarkan selama beberapa hari.
7. Perubahan diperhatikan dan direkodkan.

Keputusan:

Tabung uji A B C D E

Pemerhatian
Logam Fe Fe + Mg Fe + Cu Fe + Zn Fe + Sn
Keamatan warna Rendah Tiada Tinggi Tiada Tinggi
biru tua
Keamatan warna Tiada Tinggi Rendah Tinggi Rendah
merah muda
Gelembung gas Tiada Sedikit Banyak Sedikit Banyak

Perbincangan:

1. (a) Larutan kalium heksasianoferat(III) adalah digunakan untuk mengesan


kehadiran ion Fe2+. Warna biru tua akan terhasil sekiranya terdapat kehadiran
ion Fe2+.
(b) Fenolftalein pula digunakan untuk mengesan kehadiran ion OH-. Warna
merah jambu terhasil apabila ion OH- hadir.
(c) Gelembung gas yang terhasil adalah gas hidrogen.
2. Tabung uji A
(a) Tabung uji A merupakan radas kawalan.
(b) Dengan kehadiran air dan oksigen, pengaratan besi berlaku untuk
menghasilkan ion ferum(II) dan ion hidroksida.
pengoksidaan

Fe(p) ® Fe2+ (ak) + 2e-


penurunan

O2 (g) + 2H2O (ce) + 4e ® -


4OH- (ak)
(c) Ion Fe2+ bertindak balas dengan larutan kalium heksasianoferat(III) untuk
menghasilkan mendakan biru tua.
(d) Fenolftalein tidak menghasilkan warna merah jambu kerana ion OH- yang
terhasil bertindak balas dengan ion Fe2+ untuk membentuk Fe(OH)2.
3. Tabung uji B dan D
(a) Warna biru tua tidak terbentuk dalam kedua-dua tabung uji B dan D. Ini
mewakili bahawa ion Fe2+ tidak terhasil, maka ferum tidak berkarat.
(b) Magnesium dan zink adalah lebih elektropositif daripada ferum. Maka,
magnesium dan zink bertindak sebagai terminal negatif dan ferum
bertindak sebagai terminal positif.
(i) Pada anod: Magnesium dioksidakan menjadi ion Mg2+ dan zink
dioksidakan menjadi ion Zn2+. Elektron dibebaskan.
Mg(p) ® Mg2+ (ak) + 2e-
Zn(p) ® Zn2+ (ak) + 2e-
Magnesium dan zink terkakis. Elektron yang dibebaskan mengalir
ke paku ferum dan mencegah pembentukan ion Fe2+.
(ii) Pada katod: Molekul air diasingkan untuk membentuk ion hidrogen
dan ion hidroksida.
H2O (ce) Û H+ (ak) + OH- (ak)
Ion hidrogen menerima elektron dan diturunkan menjadi gas
hidrogen
2H+ (ak) + 2e- ® H2 (g)
Apabila ion hidrogen diturunkan menjadi gas hidrogen, kepekatan
ion hirdroksida dalam air bertambah. Dengan itu, sekitar paku besi
menjadi beralkali dan menyebabkan warna fenolftalein berubah
dari tanpa warna menjadi merah muda.
4. Tabung uji C dan E
(a) Warna biru tua terhasil. Ini membuktikan bahawa ion Fe2+ terhasil,
pengaratan ferum berlaku. Keamatan warna biru yang tinggi ini
menunjukkan bahawa pengaratan besi berlaku dengan cepat.
(b) Ferum adalah lebih elektropositif daripada kuprum dan stanum. Maka
ferum lebih cenderung untuk menghilangkan elektron dan bertindak
sebagai terminal negatif(anod). Dan sebaliknya kuprum dan stanum
bertindak sebagai terminal positif(katod).
(i) Pada anod: ferum dioksidakan menjadi ion Fe2+ dan elektron
dibebaskan.
Fe(p) ® Fe2+ (ak) + 2e-
(ii) Pada katod: Elektron dibebaskan daripada ferum mengalir ke
stanum dan kuprum yang bertindak sebagai terminal positif. Ion
hidrogen daripada air menerima elektron dan diturunkan kepada
gas hidrogen.
2H+ (ak) + 2e- ® H2(g)
Dengan itu, kuprum dan stanum tidak terkakis.
(c) Apabila ion hidrogen dinyahcas, kepekatan ion hidroksida dalam air
bertambah. Namun, kebanyakan ion OH- yang terhasil bergabung dengan
ion Fe2+ untuk membentuk karat. Dengan itu, bahagian kuprum dan
stanum adalah sedikit beralkali dan sedikit warna merah muda
diperhatikan.

Kesimpulan:

Pengaratan besi boleh dicegah sekiranya besi bersentuh dengan logam yang lebih
elektropositif daripadanya seperti magnesium dan zink. Sebaliknya, pengaratan besi
berlaku dengan cepat apabila besi bersentuhan dengan logam yang kurang
elektropositif seperti kuprum dan stanum.

Langkah Mencegah Pengaratan Besi

1. Untuk mencegah pengaratan besi, lapisan pelindung boleh dibentuk untuk


menghalang oksigen dan air daripada bersentuhan dengan besi.
Berikut menunjukkan beberapa kaedah untuk membentuk lapisan pelindung:
Kaedah Penjelasan
Mengecat Cat dapat melindungi besi daripada
kakisan.
Pengaloian Penambahan unsur logam lain seperti
kromium dan nikel dapar membentuk
lapisan oksida yang tahan kakisan.
Penyaduran Elektrolisis digunakan untuk
menyadurkan satu lapisan logam lengai
yang nipis seperti timah.
Pengalvanian Besi disadurkan dengan satu lapisan zink
untuk menghasilkan lapisan pelindung
yang bertindak sebagai logam korban.
3.3 Siri Kereaktifan Logam Terhadap Oksigen dan Aplikasinya

1. Logam-logam disusun mengikur kereaktifannya dengan oksigen dalam Siri


Kreaktifan Logam.
2. Siri Kreaktifan Logam serupa dengan siri elektrokimia kerana kereaktifan
logam terhadap oksigen berkaitan dengan keupayaan logam untuk menderma
elektron.
3. Menuruni Siri Kreaktifan Logam, tindak balas antara logam dengan oksigen
semakin berkurang.
4. Kebanyak logam reaktif tidak wujud sebagai unsur tetapi telah bergabung
dengan unsur lain dan membentuk sebatian.
5. Logam yang reaktif mudah dioksidakan dan membentuk oksida logam.
Logam + oksigen ® oksida logam
Contoh: 2Mg(p) + O2® 2MgO(p)
6. Lapisan oksida ini akan menyebabkan logam tersebut kehilangan permukaan
yang berkilat.
7. Logam yang lengai seperti emas dan perak mempunyai permukaan berkilat
kerana tidak dioksidakan.
8. Semakin reaktif logam terhadap oksigen, semakin terang nyalaan dan semakin
cepat pembakaran logam dalam oksigen.

elektrolisis

9. Kereaktifan logam terhadap oksigen boleh dikenal pasti melalui tindak balas
antara satu logam dengan oksida logam lain.
(a) Jika logam X lebih reaktif daripada logam Y terhadap oksigen, maka
logam X akan menyesarkan logam Y daripada oksida logam Y apabila
campuran serbuk logam X dan Y dipanaskan.
lebih reaktif kurang reaktif

X + oksida Y ® oksida X +Y

(b) Jika logam A tidak dapat menurunkan oksida logam B, maka logam A
adalah kurang reaktif daripada logam B.
Contohnya: Cu + MgO panas Tiada tindak balas

Oleh itu, Cu adalah kurang reaktif daripada Mg.


10. Kedudukan karbon dalam siri kereaktifan boleh ditentukan dengan tindak
balas antara satu logam dengan karbon.

(a) Apabila campuran serbuk karbon dan oksida logam X dipanaskan


dengan kuat, suatu tindak balas akan berlaku sekiranya karbon adalah
lebih reaktif daripada logam X. Dalam tindak balas ini, karbon
bertindak sebagai agen penurunan dan oksida logam X diturunkan
kepada logam X.
penurunan

Karbon+ oksida logam X ® logam X + karbon dioksida

pengoksidaan
Sebaliknya, jika karbon tidak menyinkirkan oksigen daripada oksida
logam X, maka ini bermakna bahawa karbon adalah kurang reaktif
daripada logam X.

11. Kedudukan hidrogen dalam siri kereaktifan boleh ditentukan dengan


mengalirkan gas hidrogen kering melalui oksida logam yang dipanaskan.

(a) Jika hidrogen adalah lebih reaktif daripada logam M, hidrogen akan
menurunkan oksida logam M menjadi logam M.
penurunan

Hidrogen + oksida logam M ® air + logam M

Jika gas hidrogen kering dialirkan bertindak balas dengan oksida logam M,
maka oksida logam akan berbara dan menghasilkan logam.
(b) Namun, sekiranya gas hidrogen tidak menyingkirkan oksigen dari oksida
logam M, maka ini bermakna hidrogen adalah kurang reaktif terhadap
oksigen daripada logam M.

Aplikasi Siri Kereaktifan Terhadap Oksigen dalam Pengekstrakan Logam

1. Untuk mengekstrak logam reaktif yang berada di atas karbon dalam siri
kereaktifan, kaedah elektrolisis digunakan untuk mengekstrak logam daripada
bijihnya.
2. Kaedah penurunan dengan karbon yang digunakan untuk mengekstrak logam
daripada bijihnya adalah digunakan oleh logam di bawah karbon dalam siri
kereaktifan.
3. Jadual di bawah menunjukkan beberapa kaedah pengekstrakan logam:
Logam Kaedah pengekstrakan
Kalium, natrium, kalsium, magnesium, Elektrolisis
aluminium
Zink, ferum, stanum, plumbum, kuprum Penurunan dengan karbon
Argentum, aurum Wujud dalam bentuk unsur
Pengekstrakan Ferum (besi)

1. Bijih yang diperlukan dalam pengekstrakan adalah haematit yang


mengandungi ferum(III) oksida, Fe2O3 dan magnetit, Fe3O4.
2. Besi diekstrakkan melalui penurunan karbon. Dalam kaedah ini, besi
diekstrakkan dengan memanaskan besi dengan kok dalam relau bagas.
3. (a) Campuran bijih yang dipekatkan, arang ,kok dan kalsium karbonat
dimasukkan ke dalam relau bagas. Semburan udara yang amat panas
dipamkan ke dalam relau dari bahagian bawah relau itu.

(c) Pembentukan karbon dioksida


Di bahagian bawah relau bagas, oksigen di dalam udara yang panas
bertindak balas dengan kok untuk membentuk karbon dioksida.
C(p) + O2(g) ® CO2(g)

Pada suhu yang tinggi, kalsium karbonat diurai menjadi kalsium oksida
dan karbon dioksida.
CaCO3 (p) ® CaO(p) + CO2(g)

(d) Pembentukan karbon monoksida


Pada bahagian atas relau bagas, karbon dioksida bertindak balas dengan
kok untuk membentuk karbon monoksida.
C(p) + CO2 (g) ® 2CO (g)

(e) Penurunan ferum oksida


(i) Suhu pada bahagian atas relau bagas adalah 400°C-800°C, dan
ferum oksida diturunkan oleh karbon monoksida kepada ferum.
Fe2O3 (p) + 3CO (g) ® 2Fe(ce) + 3CO2 (g)
haematit

Fe3O4 (p) + 4CO (g) ® 3Fe(ce) + 4CO2 (g)


magnetit

(ii) Di bahagian bawah relau bagas, ferum oksida diturunkan oleh kok
kepada ferum
2Fe2O3(p) + 3C(p) ® 4Fe(p) + 3CO2(g)

Fe3O4(p) + 2C(g) ® 3Fe(p) + 2CO2(g)

4. Leburan ferum dikumpulkan dibawah relau. Dari semasa ke semasa, leburan


itu dituang keluar ke dalam acuan dan dibiarkan menyejuk. Hasil tersebut
dipanggil sebagai besi tuangan.
5. Kalsium karbonat ditambah untuk menyingkirkan bendasing seperti pasir.
6. Pada suhu yang tinggi, kalsium karbonat diuraikan menjadi kalsium oksida
dan karbon dioksida.
CaCO3(p) ® CaO(p) + CO2(g)
7. Seterusnya, kalsium oksida akan bergabung dengan bendasing pasir dan
membentuk kalsium silikat atau leburan sanga yang akan terapung di atas
leburan ferum.
8. Pada akhir, sanga dan leburan ferum boleh disalurkan keluar secara berasingan.

kapur

Sanga

3.4 Sel Elektrolisis dan Sel Kimia

1. Tindak balas redoks berlaku dalam sel elektrolisis dan sel kimia.
2. Jadual berikut menunjukkan perbezaan antara sel elektrolisis dengan sel kimia:
Jenis sel Sel elektrolisis Sel kimia
Pertukaran Tenaga elektrik ® tenaga Tenaga kimia ® tenaga
tenaga kimia elektrik
Elektrod Anod - terminal positif Anod - terminal negatif
Katod - terminal negatif Katod - terminal positif
Pemindahan Dari anod ke katod Dari katod ke anod
elektron
Arus elektrik Memerlukan sumber Tidak memerlukan sumber
elektrik elektrik
Pengoksidaan / Elektrod positif: Elektrod positif:
penurunan pengoksidaan penurunan
Elektrod negatif: Elektrod negatif:
penurunan pengoksidaan
Tindak balas redoks dalam sel elektrolisis

1. Semasa elektrolisis, pengoksidaan berlaku di anod dan penurunan berlaku di


katod.
(a) Anod: An- ® A + ne-
(b) Katod: Bn+ + ne- ® B
2. Dalam sel elektrolisis, elektron-elektron mengalir dari anod ke katod melalui
wayar penyambung.
3. Contoh: Elektrolisis leburan plumbum(II) bromida.
(a) Di anod, ion bromida, Br- menderma elektron untuk membentuk gas
bromin.
2Br- (ce)® Br2 (g) + 2e-
Tindak balas berikut merupakan tindak balas pengoksidaan kerana nombor
pengoksidaan telah meningkat dari -1 kepada 0.
(b) Di katod, ion plumbum(II), Pb2+ menerima elektron untuk menjadi
plumbum.
Pb2+ (ce) + 2e- ® Pb (p)
Tindak balas ini adalah penurunan kerana nombor pengoksidaan berkurang
dari -2 kepada 0.
(c) Br- ialah agen penurunan yang menderma elektron manakala Pb2+ ialah
agen pengoksidaan yang menerima elektron.
(d) Elektron dipindahkan dari Br- kepada Pb2+.
(e) Persamaan ion keseluruhan: Pb2+ (ce) + 2Br- (ce) ® Pb (p) + Br2 (g)

Tindak balas redoks dalam sel kimia

1. Dalam sel kimia, arus elektrik dihasilkan daripada tindak balas kimia yang
berlaku di dalam sel. Contoh sel kimia termasuklah:
(a) Sel daniell
(b) Sel kering
(c) Akumulator asid-plumbum
2. Dalam sel kimia, pengoksidaan berlaku di terminal negatif (anod) manakala
penurunan berlaku di pengoksidaan(katod).
3. Bagi sel kimia, logam yang lebih elektropositif akan menjadi terminal negatif.
Sebaliknya, logam yang kurang elektropositif akan menjadi terminal positif.
4. Contoh: Satu sel ringkas mengandungi dua logam yang berbeza, iaitu zink dan
kuprum.
(a) Zink adalah lebih elektropositif daripada kuprum. Maka zink adalah
terminal negatif.
(b) Zink bertindak sebagai agen penurunan dan mengalami pengoksidaan
untuk menjadi Zn2+. Zink menderma elektron bagi membentuk Zn2+.
Zn(p) ® Zn2+ (ak) + 2e-
(c) Kuprum pula menjadi agen pengoksidaan dan diturunkan menjadi logam
kuprum. Cu2+ menerima elektron dan membentuk logam kuprum.
Cu2+ (ak) + 2e- ® Cu(p)
(d) Persamaan ion keseluruhan: Zn(p) + Cu2+ (ak) ® Zn2+ (ak) + Cu (p)

You might also like