Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

040329121374

TAJUK

KAJIAN TENTANG PENGARUH PERSEKITARAN UMUM KEPADA OPERASI


PERNIAGAAN DAN PERANAN INTERNET DALAM MELUASKAN PELUANG-
PELUANG PERNIAGAAN THE COCA-COLA COMPANY

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan ke atas sebuah Syarikat yang mempunyai pengaruh persekitaran umum
kepada operasi perniagaan serta peranan internet dalam meluaskan peluang-peluang
perniagaan. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti beberapa pengaruh
dalam persekitaran umum yang digunakan oleh Syarikat The Coca-Cola Company dalam
operasi perniagaan. Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk menjelaskan bagaimana
internet berperanan dalam meluaskan peluang-peluang perniagaan dalam operasi tersebut.
Dalam kajian ini, pengkaji hanya menggunakan data sekunder untuk mendapatkan maklumat
iaitu daripada internet, jurnal dan buku rujukan. Pengkaji menjalankan kajian ini setelah
melalui penelitian laman sesawang dan jurnal serta buku rujukan yang boleh didapati dalam
ruangan laman sesawang yang berkaitan. Dengan adanya pengaruh persekitaran umum
kepada operasi perniagaan, The Coca-cola Company dapat meningkatkan keuntungan mereka
dan dapat mengekalkan Syarikat mereka sebagai pengeluar minuman yang terunggul di
seluruh negara. Dengan adanya peranan internet dalam meluaskan pemasaran, The Coca-cola
Company yakin bahawa perkhidmatan penyediaan minuman ini akan mendapat sambutan
yang ramai. Mereka percaya bahawa dengan ini, The Coca-cola Company yang ditubuhkan
akan sentiasa terus berkembang.
040329121374

PENGHARGAAN

Pengkaji ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana atas limpah kurnia-Nya,
pengkaji dapat menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna. Tidak dapat dinafikan bahawa
pelbagai rintangan terpaksa dialami oleh pengkaji semasa menjalankan kajian ini, namun atas
pertolongan dan rahmat-Nya kajian ini telah disiapkan dengan sempurna dan sedia dihantar
pada tarikh yang telah ditetapkan.

Pada kesempatan ini juga, pengkaji ingin merakamkan sejuta penghargaan kepada
Encik Azlan Bin Haji Salfie selaku Pengetua SMK Kudat atas sokongan moral yang
diberikan sepanjang pengkaji menjalankan kajian ini. Begitu juga dengan guru mata pelajaran
Pengajian Perniagaan iaitu Puan Zuriana Binti Ariffin yang banyak memberikan tunjuk ajar
dan bimbingan dalam menjalankan kajian ini. Hanya Tuhan yang mampu membalas jasa
baik mereka.

Tidak lupa juga, pengkaji ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penjaga
pengkaji yang telah memberikan sokongan moral dan kewangan kepada pengkaji bagi
menyelesaikan kajian ini. Tanpa mereka, kajian ini tidak dapat disempurnakan dengan baik.

Buat rakan-rakan seperjuangan, pengkaji ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi
berkongsi maklumat serta pertolongan yang diberikan semasa pengkaji menjalankan kajian
ini. Semoga usaha keras kita akan membuahkan hasil dan sentiasa dirahmati Tuhan.

Akhir sekali, pengkaji ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
para guru dan semua pihak yang terbabit sepanjang proses penyiapan projek ini sama ada
secara langsung ataupun tidak langsung. Semoga selalu dirahmati dan beroleh kehidupan
yang sejahtera.
040329121374

SENARAI KANDUNGAN
Bil Kandungan Muka Surat

Abstrak

Penghargaan

1.0 Pengenalan

2.0 Objektif Kajian

3.0 Latar Belakang Kajian

4.0 Kaedah Kajian

5.0 Dapatan Kajian

6.0 Penutup

Rujukan

Lampiran
040329121374

1.0 PENGENALAN

Dalam kajian ini, pengkaji mengkaji tentang awalnya kewujudan Coca-Cola. Pada 8 May
1886, Dr. John Pemberton menyajikan Coca-cola pertama di dunia di Jacob’s Pharmacy di
Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat. Pada awalnya , Coca-cola dijual sebagai ubat. Pemberton
menjual minuman tersebut sebagai minuman tanpa bergas, ia dijual melalui dispenser soda
yang sangat popular di Amerika Syarikat pada ketika itu, kerana dia percaya bahawa air
berkarbonat adalah baik untuk kesihatan. Pemberton mendakwa bahawa Coca-Cola dapat
mengubati banyak penyakit termasuklah ketagihan morfin, dispepsia, neurastenia, sakit
kepala dan sebagainya. Pada tahun 1887 Pemberton menjual sebahagian hak milik
syarikatnya kepada Asa Griggs Candler yang memperbadankannya menjadi Perbadanan
Coca-Cola pada tahun 1888. Pada tahun tersebut Pemberton menjual haknya buat kali kedua
kepada tiga usahawan J.C Mayfield, A.O Murphey, dan E.H Bloodworth. Pada musim panas
1888, Candler menjual minumannya di bawah nama “YUM YUM” dan “Koke”. Selepas
kedua-dua nama itu gagal menerima sambutan yang baik Candler mula membuat tuntutan ke
atas nama “Coca-Cola” dan ingin menutup perniagaan pesaingnya.

Selain itu, pengkaji mengkaji perkembangan Coca-Cola saat diperkenalkan pada tahun
1892, Candler memperbadankan Syarikat keduanya Syarikat Coca-Cola “The Coca-Cola
Company” dan kemudian Candler mula memasarkan produk itu secara agresif namun kesan
melalui kempen pengiklanan tidak mendapat sambutan yang baik. Pada 12 Mac 1984 Coca-
Cola mula dijual dalam bentuk botol kemudian dalam bentuk tin aluminium buat pertama
kalinya pada tahun 1955. Apabila Amerika Syarikat menyertai Perang Dunia Kedua, Syarikat
Coca-Cola memberikan minuman percuma kepada askar-askar Tentera Amerika Syarikat.
Coca-Cola membina banyak kilang pembotolan di luar negeri untuk memastikan
minumannya dapat dibekalkan kepada askar-askar, dengan itu menjadikan salah satu
perkembangan Syarikat diluar negeri selepas peperangan.
040329121374

Kemudian Pengkaji mengkaji mengenai persaingan dan cabaran yang dihadapi oleh The
Coca-Cola Company. Sewaktu era 80-an, Pepsi-Cola telah menayangkan beberapa siri iklan
di televisyen yang membuatkan orang ramai lebih cenderung menyukai Pepsi-Cola
berbanding Coke. Sebagai gerak balasan, Coca-Cola telah melancarkan “Perang Cola” keatas
Pepsi. Salah satu iklan yang ditayangkan ialah Coke membandingkan cabaran Pepsi dengan
dua ekor cimpanzi dalam memutuskan mana satu bola tenis yang lebih berbulu. Selepas itu,
Coca-Cola merampas semula kedudukannya daripada Pepsi-Cola sebagai ketua pasaran.

Pengkaji mengkaji tentang strategi yang digunakan oleh Syarikat The Coca-Cola
Company dalam meluaskan perniagaan. Terdapat banyak strategi yang digunakan Coca-Cola
sehingga berjaya melepasi sempadan antarabangsa walaupun hanya dengan menjual air
minuman. Strategi yang digunakannya ialah pada awalnya mereka menggunakan strategi
unik iaitu dengan memberikan sampel minuman kepada orang ramai. Selepas itu, orang ramai
akan memberikan pendapat mereka maka dengan itu resepi unik Coca-Cola telah dicipta
untuk memenuhi citarasa pelanggan. Resepi rahsia Coca-Cola masih tersimpan di dalam peti
besi di Atlantia, Amerika Syarikat. Kemudian, untuk memastikan Coca-Cola kekal dipasaran
walaupun sudah mencecah lebih daripada 100 tahun The Coca-Cola Company membuat logo
dan jenama seperti bentuk tulisan berangkai agar orang ramai tahu bahawa ianya ialah produk
minuman yang digelar Coca-Cola.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan adalah untuk mencapai 2 objektif utama yang berkaitan dengan
The Coca-cola Company.
040329121374

2.1 Menjelaskan pengaruh persekitaran umum perniagaan dalam operasi perniagaan Coca-
Cola dari aspek:

i. persekitaran persaingan dan jaringan

ii. persekitaran politik dan perundangan

iii. persekitaran ekonomi

iv. persekitaran sosiobudaya

v. persekitaran antarabangsa

2.2 Menjelaskan peranan internet iaitu e-dagang dan e-pemasaran dalam meluaskan peluang-
peluang perniagaan organisasi tersebut melalui:

i. e-pemasaran

ii. e-dagang

3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN


040329121374

Pengkaji telah mengkaji keatas pengaruh persekitaran umum dalam operasi


perniagaan ialah, berdasarkan persekitaran persaingan dan jaringan, menurut Michael Porter
(1980) terdapat beberapa factor yang memberikan persaingan kepada sesebuah firma
perniagaan yang berpotensi dalam mengurangkan ROI firma perniagaan. Pesaing secara
langsung kepada sesebuah firma perniagaan merupakan firma lain yang menceburi
perniagaan atau mengeluarkan barang yang sama. Firma-firma ini bersaing untuk menarik
perhatian pelanggan melalui pelbagai strategi seperti promosi dan pengiklanan, menawarkan
harga yang rendah ataupun melalui Pembangunan dan pengeluaran produk baru.

Seterusnya, ialah persekitaran politik dan perundangan. Menurut Nik Rahimah Nik
Yacob et al (1992), Semua negara mempunyai undang-undang yang mengawal aktiviti
perniagaan. Kadangkala terdapat kerajaan asing yang mempunyai undang-undang yang
berbeza untuk firma asing yang melabur di negara tersebut.Disebabkan persekitaran politik
dan perundangan yang berbeza ini, sesebuah firma perlu mempertimbangkan sekurang-
kurangnya empat factor sebelum keputusan untuk mengadakan perniagaan di negara itu
dibuat. Salah satu faktornya adalah sikap terhadap pembelian antarabangsa, sesetengah
negara sangat menggalakkan pelaburan dari firma asing, sementara ada pula negara yang
tidak begitu menyukai kedatangan mereka. Misalnya, Malaysia telah menyediakan pelbagai
insentif untuk menarik minat ramai pelabur asing untuk membuka Syarikat mereka. Tetapi
india telah mengadakan pelbagai halangan kepada firma asing seperti kuota import,
mneghalang aliran keluar masuk mata wang asing dan lain-lain lagi. Akibatnya, banyak firma
asing seperti IBM dan Coca-cola meninggalkan India.

Selain itu, ialah persekitaran ekonomi. Ahli pemasaran mesti mengkaji ekonomi setiap
negara. Menurut Philip Kotler (2009) telah mengenal pasti dua faktor ekonomi yang
menggambarkan daya pemikatan pasaran sesebuah negara. Faktor yang pertama ialah
struktur ekonomi atau perindustrian. Struktur perindustrian membentuk keperluan keluaran
dan perkhidmatan, peringkat pendapatan dan peringkat pekerjaan sesebuah negara tersebut.
Kotler telah mengenal pasti empat jenis struktur perindustrian. Antaranya ialah, ekonomi sara
hidup. Menurutnya dalam ekonomi sara hidup, keseluruhan penduduk terlibat dalam
pertanian. Mereka mengguna kebanyakan daripada hasil mereka dan selebihnya ditukarkan
bagi mendapatkan barangan dan perkhidmatan. Peluang yang ditawarkan adalah sedikit.
040329121374

Kemudian, ialah persekitaran sosiobudaya. Menurut Dr. Tarsisius Hani Handoko


(1987) pengaruh persekitaran sosiobudaya dalam mempengaruhi perilaku konsumen
kebudayaan ialah perilaku manusia juga ditentukan oleh kebudayaan yang tercermin pada
cara hidup, kebiasaan, tradisi, dalam permintaan akan barang dan jasa di pasar. Di sini
perusahaan dituntut untuk mengerti implikasi dari kebudayaan dimana perusahaan tersebut
beroperasi agar produk perusahaan dapat diterima oleh kebudayaan konsumen. Kebudayaan
juga sebagai faktor penentu keinginan dan perilaku seseorang yang saling mendasar dan
pengaruhnya akan selalu berubah sesuai dengan kemajuan zaman dari kelompok sosial
tersebut.

Persekitaran antarabangsa, Menurut Nik Rahimah Nik Yacob et al (1992), sebelum


sesebuah firma boleh membuat keputusan sama ada untuk menjual atau sebaliknya di pasaran
antarabangsa, firma tersebut mesti memahami dengan mendalam tentang persekitaran
pemasaran antarabangsa. Persekitaran antarabangsa kini telah banyak berubah dan sekarang
telah membentuk peluang dan masalah yang baru. Ekonomi dunia telah semakin
disejagatkan. Dagangan dan pelaburan dunia tumbuh begitu cepat dengan membuka peluang
pasaran yang menarik di Eropah Barat dan Timur, China, Rusia dan lain-lain lagi. Pasaran
Rusia, misalnya, yang mana telah dibuka luas bagi menggalakkan perdagangan bebas
merupakan satu peluang pemasaran yang baik yang tidak patut dilepaskan oleh firma-firma
antarabangsa.

Peranan internet dalam meluaskan peluang-peluang perniagaan Syarikat Coca-cola.


Peranan internet dalam meluaskan peluang perniagaan melalui e-pemasaran merupakan
penggunaan medium yang semakin berkembang. Menurut Ibrahim Ali (2015), e-pemasaran
adalah merupakan satu proses pembelian dan juga penjualan yang dibuat melalui elektronik.
Proses yang terlibat seperti pengiklanan, pesanan, penghantaran, pembayaran dan juga
khidmat selepas jualan bagi perkhidmatan dan juga barangan. Berikutan perkembangan
teknologi ini, usahawan lebih memilih untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka
secara online. Antara matlamat strategi pemasaran tersebut bagi menarik pelanggan membeli
barangan dengan lebih mudah, menjimatkan masa dan tenaga. Hal ini berlaku demikian
kerana pemasaran yang berkesan dapat menarik lebih ramai pelanggan terhadap sesuatu
produk dan perkhidmatan (Ismail et al, 2019).
040329121374

Peranan internet dalam meluaskan peluang perniagaan melalui e-dagang. Menurut


Kalakota dan Whinston (1997), dari prespektif komunikasi, e-dagang adalah penghantar
informasi, produk/perkhidmatan, atau pembayaran melalui talian telefon, rangkaian
komputer, atau sebarang perkakasan elektronik yang berfungsi untuk menghantar maklumat.
Dari prespektif proses perniagaan, e-dagang adalah aplikasi teknologi ke arah automasi
transaksi perniagaan dan aliran kerja. Dari prespektif servis (perkhidmatan), EC adalah
peralatan (tool) untuk menyatakan keinginan firma, pelanggan dan pengurusan untuk
memotong perbelanjaan servis dan pada masa yang sama meningkatkan kualiti produk dan
meningkatkan kepantasan penghantaran servis. Selain itu, dari prespektif atas talian (Online),
EC menyediakan kebolehan untuk membeli dan menjual produk serta informasi di dalam
internet dan servis atas talian (online) yang lain.

4.0 KAEDAH KAJIAN


Menurut Ahmad Mazhab Ayob (1985), kaedah kajian ialah soal bagaimana tiap-tiap
suatu objektif atau penyelidikan itu hendak dicapai. Dalam bahagian ini pengkaji akan
menerangkan kaedah kajian yang diguna pakai oleh pengkaji dalam menjalankan kerja kursus
ini. Kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji ialah hanyalah data sekunder sahaja.

4.1 Data Sekunder


040329121374

Data sekunder adalah jenis data tambahan yang tidak diperoleh dari sumber
utama. Sumber sekunder ini juga terdiri daripada bahan atau dokumen yang dikaji
melalui pembacaan bahan bertulis seperti buku dan jurnal.

4.1.1 Rujukan Kepustakaan

Pengkaji menggunakan kaedah rujukan kepustakaan dengan merujuk kepada beberapa buah
buku rujukan untuk mendapatkan maklumat berkaitan tajuk kajian ini. Antara buku yang
dirujuk oleh pengkaji ialah Asas Pemasaran, Rahimah Nik Yacob (1992), Principles Of
Marketing A Global Perspective, Philip Kotler (2009) dan Manajemen Pemasaran Analisa
Perilaku Konsumen (1987) untuk mendapatkan maklumat yang jelas dan lengkap berkaitan
dengan pengaruh persekitaran umum dalam operasi perniagaan dan peranan internet dalam
meluaskan peluang-peluang perniagaan.

4.1.2 Laman Sesawang

Laman sesawang boleh ditakrifkan sebagai satu pengantara maya untuk


menjalinkan komunikasi sesama manusia secara global yang dikuasakan dengan
teknologi internet dan multimedia. Pengkaji turut menggunakan kaedah ini untuk
mendapatkan maklumat tambahan berkaitan kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji.
040329121374

Antara laman sesawang yang dilayari oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat
ialah:

i. https://www.sinarharian.com.my/article/139348/bisnes/ramai-terjejas-pendapatan-
jika-ada-usaha-boikot-coca-cola

ii. https://www.spglobal.com/marketintelligence/en/news-insights/latest-news-
headlines/coca-cola-leans-into-growing-e-commerce-sales-as-covid-19-hits-other-channels-
58129744

iii. https://www.simplilearn.com/tutorials/marketing-case-studies-tutorial/coca-cola-
marketing-strategy

iv. https://www.wfla.com/bloom-tampa-bay/zero-sugar-two-choices-which-is-right-
for-you-coke-zero-or-diet-coke

v. https://www.sprintzeal.com/blog/coca-cola-marketing-strategy

4.1.3 Jurnal

Pengkaji telah mengkaji beberapa buah jurnal untuk dijadikan sebagai bahan
rujukan. Terdapat beberapa jurnal yang telah digunakan untuk dirujuk bagi
menyiapkan kajian ini.
040329121374

5.0 DAPATAN KAJIAN

5.1 Diantara persekitaran umum yang mempengaruhi operasi perniagaan Coca-Cola


ialah:

i) Faktor Ekonomi

Merujuk kepada keadaan kestabilan ekonomi The Coca-Cola Company yang membawa
kesan positif kepada dunia perniagaan Coca-Cola. Ekonomi menurut Kamus Dewan ialah
bahawa ekonomi itu bermaksud ilmu berkenaan pengeluaran, pengagihan, penggunaan
barang-barang dan perkhidmatan, sistem pengendalian sumber kekayaan (kewangan,
perindustrian, perdagangan) sesebuah negara. Oleh itu, kegiatan ekonomi boleh ditakrifkan
sebagai aktiviti berkenaan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang dan
perkhidmatan. Kegiatan ini merupakan sumber pendapatan untuk memperoleh keuntungan.
Keadaan ekonomi yang baik memberikan kesan kuasa beli pengguna yang positif dan
mampu meningkatkan permintaan melalui pertambahan penawaran perniagaan Coca-cola.
Sebagai contoh, Raksasa industry India, Reliance, memutuskan untuk menghidupkan
Kembali jenama minuman cola local di negara, itu untuk bersaing dengan raksasa minuman
asal Amerika Syarikat (AS), Coca-cola dan Pepsi. Beberapa analisis mengatakan untuk
melawan Coca-cola dan Pepsi di Negeri Hindustan, setiap pebisnis akan menemui jalan yang
terjal. Para penulis terkenal lainnya telah mencuba head-to-head dengan dua jenama itu dan
gagal, bahkan sekelas Richard Branson dengan Virgin Cola-nya. “Kini, Cola-cola merupakan
antara pengusaha terbesar di Rantau tersebut,” kata kenyataan itu. Dalam pada itu, kenyataan
itu menjelaskan, Coca-cola Malaysia prihatin terhadap pergolakan yang berlaku di antara
Israel dan Gaza dan kesannya terhadap penduduk di Rantau Timur Tengah. “Matlamat kami
adalah untuk memberi kesegaran kepada semua lapisan Masyarakat melalui produk minuman
yang dikeluarkan”. (Sinar Harian.com, 2021).

ii) Faktor Politik dan Perundangan

Semua negara mempunyai undang-undang yang mengawal aktiviti perniagaan.


Kadangkala terdapat kerajaan asing yang mempunyai undang-undang yang berbeza untuk
040329121374

firma asing yang melabur di negara tersebut.Disebabkan persekitaran politik dan


perundangan yang berbeza ini, sesebuah firma perlu mempertimbangkan sekurang-kurangnya
empat factor sebelum keputusan untuk mengadakan perniagaan di negara itu dibuat.
Kepastian hukum di dalam suatu negara merupakan momen yang sangat mempengaruhi
pelaku pasar. Kebijakan negara yang dituangkan dalam peraturan Perundang-Undangan
secara tidak langsung akan menentukan arah strategi perusahaan. Coca-cola juga sempat
terhalang oleh kebajikan pemerintah India yang melarang penjualan produk Coca-cola di
negaranya, petani di india melakukan protes terhadap pabrik Coke Botting di india yang
menyebabkan air sumur kering. “Untuk makluman Coca-cola juga telah beroperasi lebih
daripada 85 tahun di negara ini dan telah menjadi keutamaan kami untuk terus komited dalam
membantu rakyat Malaysia dari segi bantuan sosial dan lain-lain,”Kata Syarikat itu dalam
satu kenyataan pada Rabu. Syarikat Coca-cola beroperasi di lebih dari 200 buah negara dan
wilayah di seluruh dunia dengan sistem politik,agama dan Sejarah yang berbeza.
Minuman Coca-Cola di Malaysia telah memperoleh sijil perakuan halal daripada Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi tempoh 2022 hingga 2024. Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan bahawa kesemua produk minuman jenama Coca-Cola
sebagai halal diminum umat Islam di negara ini. (Sinar Harian.com, 2021).

iii) Faktor Antarabangsa

Persekitaran antarabangsa kini telah banyak berubah dan sekarang telah membentuk peluang
dan masalah yang baru. Ekonomi dunia telah semakin disejagatkan. Dagangan dan pelaburan
dunia tumbuh begitu cepat dengan membuka peluang pasaran yang menarik di Eropah Barat
dan Timur, China, Rusia dan lain-lain lagi. Kesuksesan Coca-cola Zero pada penjual di
Australia dan Thailand. Di Amerika Latin, tiga pasar terbesar Coke diantaranya ialah United
States, Mexico, dan Brazil. Fokus Coke di Amerika Latin ialah pada penambahan air, jus, dan
minuman olaraga. Coca-cola merupakan Syarikat yang memiliki salah satu sistem
pengedaran yang paling meluas di dunia, yang menawarkan hamper 400 produk minuman
dan lebih daripada 200 negara di seluruh dunia. Selama lebih 125 tahun, empayar Coca-cola
telah menyegarkan dunia. Ini merupakan kisah yang luar biasa tentang evolusi jenama yang
sangat ikonik dan Coca-cola telah membawa nama ini ke serata dunia. “Pencapaian ini
merupakan rangsangan tambahan kepada Kumpulan setelah berjaya mencapai pemulihan
pada 2021 dan mempercepatkan pengembangan MSM ke pasaran yang lebih luas di seluruh
rantau ini. Paling utama, memandangkan kami telah menyatakan komitmen untuk
mempergiatkan rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), sebagai permulaan
040329121374

MSM akan menyediakan bekalan gula mentah Lestari untuk pasaran domestic Coca-cola,”
Katanya dalam kenyataan. Untuk kontrak dua tahun dengan Coca-cola Bottlers (Malaysia)
Sdn.Bhd ini, MSM akan membekalkan bekalan gula bertapis untuk 2022 dan 2023 sebanyak
148,000 tan bagi pengeluaran domestik dan antarabangsa. Kontrak itu juga terpakai untuk
eksport yang bermula pada Disember 2021, di mana bekalan gula bertapis akan dihantar ke
destinasi antarabangsa yang berbeza di mana Coca-cola mempunyai kehadiran yang kukuh.
(Astro Awani.com,2022).

iv) Faktor Sosiobudaya

Pengaruh persekitaran sosiobudaya dalam mempengaruhi perilaku konsumen kebudayaan


ialah perilaku manusia juga ditentukan oleh kebudayaan yang tercermin pada cara hidup,
kebiasaan, tradisi, dalam permintaan akan barang dan jasa di pasar. Di sini perusahaan
dituntut untuk mengerti implikasi dari kebudayaan dimana perusahaan tersebut beroperasi
agar produk perusahaan dapat diterima oleh kebudayaan konsumen.. Matlamat kami adalah
untuk memberi kesegaran kepada semua lapisan masyarakat melalui produk minuman yang
dikeluarkan. Kami tidak menyokong atau menentang mana-mana tujuan berkaitan agama,
mahupun memihak kepada mana-mana negara lebih daripada yang lain di peringkat
antarabangsa, kata kenyataan itu lagi. “Memandangkan cita rasa pengguna berkembang,
begitu juga dengan rangkaian minuman kami. Kami yakin satu cara terbaik untuk kami
menyokong pertumbuhan variasi minuman Coca-cola rendah gula dan tiada gula adalah
untuk meletakkannya di bawah warna ikonik Coca-cola supaya semua produk Coke
berkongsi kegemilangan yang sama. Syarikat Coca-cola mengiktiraf permintaan yang
semakin meningkat untuk minuman yang rendah kalori apabila pengguna lebih
mementingkan kesihatan . Diet Coke bukan semata-mata versi bebas gula Coca-cola klasik
tetapi formula baharu sepenuhnya. Ia merupakan lanjutan pertama tanda dagangan Coca-cola
dan ditujukan terutamanya kepada Baby Boomers yang mula mencari pilihan yang lebih
sihat. (Bloom tampabay.com, 2023).

v) Faktor persaingan dan jaringan

Terdapat beberapa factor yang memberikan persaingan kepada sesebuah firma perniagaan
yang berpotensi dalam mengurangkan ROI firma perniagaan. Pesaing secara langsung kepada
sesebuah firma perniagaan merupakan firma lain yang menceburi perniagaan atau
mengeluarkan barang yang sama. Lingkungan industry adalah serangkaian faktor-faktor yang
040329121374

merupakan ancaman dari pelaku bisnis baru, supplier, pembeli, produk pengganti, dan
intensitas persaingan di antara para pesaing yang secara langsung mempengaruhi perusahaan.
Pepsi mendapatkan namanya dari Pepsis atau Pepsin yang dari Bahasa Yunani yang artinya
pencernaan. Walaupun belum bersaing sengit, sejak dari mula Pepsi sememangnya dituduh
sebagai “peniru” Coca-cola. Coca-cola dan Pepsi merupakan bisnis yang memiliki persamaan
dalam hal industry konsumen ideal, dan produk unggul dalam industry minuman, Meskipun
di industry yang sama, sebenarnya terdapat perbezaan utama antara cara kedua bisnis dalam
beroperasi. Coca-cola dan PepsiCo adalah pesaing sengit yang memiliki pendekatan yang
sedikit berbeza dalam upaya mereka untuk merebut pangsa pasar. Coca-cola adalah
perusahaan minuman yang menawarkan lebih dari 200 jenama minuman yang berbeza.
Tentunya jangkauan yang dimiliki oleh Coca-cola serupa dengan PepsiCo. Hal ini dibuktikan
dengan lebih dari 1,9 milion minuman Coca-cola dikonsumi setiap hari. Coca-cola bersaing
dengan PepsiCo secara internasional, meskipun Coca-cola mendekati segmentasi pasarnya
secara berbeza. Dari segi penetapan harga Coca-cola menyebut strategi penetapan harga
mereka sebagai “penetapan harga saingan.” Penetapan harga untuk strategi persaingan
seringkali lebih mengandalkan keunggulan produksi, layanan yang lebih baik, atau elemen
pemasaran lain yang menarik pelanggan ke produk mereka kerana penetapan harga akan
sebanding dengan persaingan. (Paperblog.com, 2022)

5.2 Saluran media yang digunakan syarikat Coca-cola dalam meluaskan peluang-peluang
perniagaan organisasi tersebut melalui:

i) Peranan internet e-dagang

Prespektif komunikasi, e-dagang adalah penghantar informasi, produk/perkhidmatan,


atau pembayaran melalui talian telefon, rangkaian komputer, atau sebarang
perkakasan elektronik yang berfungsi untuk menghantar maklumat. Kami telah
mereka bentuk sistem komunikasi untuk menyokong penjualan jenama Coca-Cola di
saluran e-dagang utama: daripada Amazon ke runcit berskala besar, daripada kedai
rasmi ke platform penghantaran makanan, sehingga tapak rakan kongsi dan peruncit.
Coca-cola menjangkakan jualan e-dagang yang semakin meningkat memainkan
peranan penting ketika negara mengalami wabak virus. Jualan e-dagang Syarikat itu
melonjak dengan kadar pertumbuhan dua kali ganda di banyak negara, Coca-cola
telah mempercepatkan kehadiran e-dagangnya agar minuman tersebut boleh dibeli
secara dalam talian. “Saya teruja untuk berpindah ke Rantau ini dan akan meneruskan
040329121374

pertumbuhan serta transformasi luar biasa dalam operasi Coca-cola Singapura,


Malaysia dan Brunei di samping memperkukuh kedudukan daya saing kami menerusi
inovasi seterusnya bagi pembungkusan dan produk,”. Cebe, warganegara Turkiye,
juga memegang jawatan Ketua Pegawai Komersial BIG (meliputi 13 negara di Asia
dan Timur Tengah) dengan melaksanakan peranan penting dalam meneraju agenda
pertumbuhan komersial berdasarkan perancangan jangka masa Panjang di seluruh
vertical pengurusan pertumbuhan, laluan ke pasaran, juara di titik jualan, perdagangan
moden, e-dagang serta transformasi digital berpusatkan sekitar e-perniagaan kepada
perniagaan (eB2B). (Berita Harian.com, 2023).

ii) Peranan internet e-pemasaran

Menurut daripada Manajemen Pemasaran, Philip Kotler (1990). Peranan internet


dalam meluaskan peluang perniagaan melalui e-pemasaran merupakan penggunaan
medium yang semakin berkembang. Antara matlamat strategi pemasaran tersebut bagi
menarik pelanggan membeli barangan dengan lebih mudah, menjimatkan masa dan
tenaga. Hal ini berlaku demikian kerana pemasaran yang berkesan dapat menarik
lebih ramai pelangga terhadap sesuatu produk dan perkhidmatan. Untuk menghantar
satu mesej kepada massa, Coca-Cola mengekalkan muzik sebagai faktor biasa.
Strategi pemasaran Coca-cola direka bentuk dengan tepat sehingga mempunyai asas
jenama yang kukuh serta pengiktirafan global. Strategi yang direka dengan baik boleh
membantu mana-mana Syarikat berjalan di landasan yang betul ke arah kejayaan
Syarikat. Pelan Pemasaran yang bagi tepat bagi pertumbuhan Coca-cola masih
menjadi misteri. Dalam artikel, Syarikat Coca-cola akan mencuba memecahkan
strategi pemasaran Coca-cola yang telah dirancang. Kejayaan untuk Syarikat hanya
boleh dicapai dengan mereka bentuk kempen pemasaran yang dirancang dengan
betul. Pemasaran adalah kunci kejayaan mana-mana Syarikat atau projek. Kejayaan
Coca-cola di seluruh dunia hanya boleh dicapai dengan strategi pemasaran yang
dirancang dengan betul. Pemasaran Coca-cola kebanyakannya mula-mula dicuba
sebelum merancang. Strategi pengiklanan Coca-cola adalah salah satu contoh.
Strategi pemasaran Coca-cola memastikan keperluan pelanggan dipenuhi.
Penggunaan social media seperti Facebook, Instagram, Tiktok dan Twitter semakin
berkembang dari hari ke hari. Akaun social media digunakan bermula dari personal
040329121374

account sehinggalah peniaga-peniaga kecil dan juga besar termasuklah syarikat Coca-
Cola. (Sprintzeal.com, 2023).

6.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, setelah pengkaji melaksanakan kajian terhadap pengaruh


persekitaran umum seperti ekonomi, persaingan dan jaringan, politik dan perundangan,
sosiobudaya dan antarabangsa memainkan peranan penting dalam mempengaruhi operasi
perniagaan The Coca-cola Company. Hal ini dikatakan demikian kerana, agar The Coca-cola
Company sentiasa terus kekal dalam pasaran dan mampu bersaing dengan perniagaan lain.
Selain itu, dalam operasi perniagaan dan peranan internet dalam meluaskan peluang-peluang
perniagaan bagi syarikat yang dikaji The Coca-cola Company seperti e-dagang dan e-
pemasaran. Hal ini dikatakan demikian kerana, agar the Coca-cola Company sentiasa terkenal
diseluruh pasaran dan mampu meraih keuntungan yang maksimum. Kajian ini dilaksanakan
bagi menjelaskan pengaruh persekitaran umum perniagaan dalam operasi perniagaan Coca-
Cola dan menjelaskan peranan internet iaitu e-dagang dan e-pemasaran dalam meluaskan
peluang-peluang perniagaan organisasi tersebut. Di samping itu, dengan gabungan kedua-dua
faktor ini telah membuka peluang baru dan mampu mencetuskan inovasi dalam dunia
perniagaan dan mampu bersaing dengan pesaing lain seperti Pepsi-Cola.

Kesimpulannya, Pengkaji mencadangkan untuk penambahbaikan Syarikat Coca-cola untuk


mengurangkan kandungan minuman yang bergas iaitu minuman isotonic agar peminumnya
sihat seperti kali pertama minuman Coca-cola diperkenalkan dan dibungkus dalam bentuk
040329121374

minuman kotak yang mudah lupus bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar, hal ini tidak
akan membuatkan pelanggan lupa dengan bentuk coca-cola kerana coca-cola sudah
mempunyai jenama dan logo yang terkenal diseluruh dunia. Selain itu pengkaji juga
mencadangkan agar The Coca-cola Company mengeluarkan minuman coca-cola yang
berbeza warna dan berperisa lain dari sebelumnya. Hal ini dikatakan adalah untuk menarik
perhatian pengguna untuk mencuba Coca-cola yang berwarna lain dari Coca-cola asal.
Cadangan yang terakhir, pengkaji mencadangkan untuk perniagaan tersebut mengeluarkan
produk Coca-cola dalam bentuk makanan manisan iaitu Cola-cola Candy. Hal ini
dicadangkan kerana kandungan Coca-cola yang tinggi gula sesuai sekiranya dikeluarkan
dalam bentuk makanan manisan. Hal ini perlu dititikberat agar penambahbaikan bagi Syarikat
Coca-cola semakin berkembang pesat dan mampu bersaing dalam pasaran.

RUJUKAN

Buku
Nik Rahimah Nik Yacob, Ghazali Jaffar dan Zaharah Bakar, 1992. Asas Pemasaran. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Philip Kotler, 2009. Principles Of Marketing A Global Perspective. Singapore: Published by
Pearson Education South Asia Pte Ltd.
Dr. Tarsisius Hani Handoko,1987. Manajemen Pemasaran Analisa Perilaku Konsumen:
Penerbit Liberty, Yogyakarta, Edisi Pertama 1987.

Jurnal
Greg Felker dan Rajah Rasiah, 1999 (eds). Industrial Technology Development in Malaysia.
Heka Ananda Putri Suhermin, 2022. Jurnal Ilmu dan Riset Manajemen, Sekolah Tinggi Ilmu
Ekonomi Indonesia (STIESIA) Surabaya. Halaman 1-4.

Atas Talian
Syahidatul Akmal Dunya 2021, Sinar harian
https://www.sinarharian.com.my/article/139348/bisnes/ramai-terjejas-pendapatan-jika-ada-
usaha-boikot-coca-cola (di lawati pada 17 september 2023)
Wave Design & Comumunication 2020, https://www.waveteam.it/en/progetti/coca-cola-e-
commerce/ (di lawati pada 23 september)
Zarqoon Amin 2022, 9 Strategi Pemasaran Coca-cola Untuk Mencapai Kejayaan Global
https://squeezegrowth.com/ms/coca-cola-marketing-strategy/ (di lawati pada 23 september)
Michael O’Connor 2020, S&P Global Market Intelligence
040329121374

https://www.spglobal.com/marketintelligence/en/news-insights/latest-news-headlines/coca-
cola-leans-into-growing-e-commerce-sales-as-covid-19-hits-other-channels-58129744 (di
lawati pada 24 september)
Rahul Arun 2023, Simplilearn
https://www.simplilearn.com/tutorials/marketing-case-studies-tutorial/coca-cola-marketing-
strategy/ (di lawati pada 24 september)
NurSafiqah Abdul Rahim 2021, Scribd
https://www.scribd.com/document/355328126/Takrifan-Kegiatan-Ekonomi/ (di lawati pada
24 september)

Pinter Politik 2021,


https://www.pinterpolitik.com/sejarah/sejarah-perang-coca-cola-vs-pepsi/. (di lawati pada 8
Oktober)

Syahidatul Akmal Dunya 2021, Sinar Harian

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2022/12/1045905/coca-cola-mahu-terus-
melabur-di-malaysia/ (di lawati pada 9 Oktober)

Tommy Patrio Sorongan 2023, CNBC Indonesia.com

https://www.cnbcindonesia.com/news/20230324185646-4-424377/orang-terkaya-asia-racik-
minuman-pembunuh-coca-cola (di lawati pada 9 Oktober)

Syahidatul Akmal Dunya 2021, Sinar Harian

https://www.sinarharian.com.my/article/139348/bisnes/ramai-terjejas-pendapatan-jika-ada-
usaha-boikot-coca-cola (di lawati pada 9 Oktober)

Brody Wooddell 2023, Bloom tampabay.com

https://www.wfla.com/bloom-tampa-bay/zero-sugar-two-choices-which-is-right-for-you-
coke-zero-or-diet-coke/ (di lawati pada 9 Oktober)

Dagang News 2022, Astro Awani

https://www.astroawani.com/berita-bisnes/msm-peroleh-kontrak-rm290-juta-bekal-gula-
bertapis-untuk-coca-cola-340489 (di lawati pada 9 Oktober)
040329121374

Berita Harian 2023,

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2023/06/1119607/coca-cola-bottlers-malaysia-
lantik-tolga-cebe-sebagai-ceo (di lawati pada 9 Oktober)

Sushmith Published 2023, Sprintzeal

https://www.sprintzeal.com/blog/coca-cola-marketing-strategy (di lawati pada 9 Oktober)

Paperblog 2022,

https://www.paper.id/blog/bisnis/coca-cola-vs-pepsi-perang-abadi-2-minuman-ternama-
dunia/ (di lawati pada 9 Oktober)

LAMPIRAN
040329121374
040329121374

You might also like