Bab 1 Keusahawanan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 96

.

BAB 1
KEUSAHAWANAN
BAB 1: KEUSAHAWANAN

1.1 Pengenalan Keusahawanan


1.2 Memulakan dan menjalankan
perniagaan
1.3 Daya cipta dan pembaharuan
1.4 Rancangan Perniagaan
1.1: PENGENALAN KEUSAHAWANAN

a. DEFINISI USAHAWAN DAN KEUSAHAWANAN

USAHAWAN

Merupakan s e s e o r a n g y a n g m e m u l a k a n
sesuatu usaha teroka atau sentiasa mencuba
atau mencipta sesuatu yang baru.
1.1: PENGENALAN KEUSAHAWANAN

a. DEFINISI USAHAWAN DAN KEUSAHAWANAN

KEUSAHAWANAN
Keusahawanan merupakan proses menggabungkan
sumber-sumber ekonomi untuk memperkenalkan
sesuatu yang baharu, keupayaan untuk mengesan
peluang-peluang perniagaan, menjana idea-idea
perniagaan dan membuat pembaharuan demi
menjayakan sesuatu perniagaan.
1.1: PENGENALAN KEUSAHAWANAN
b. BEZA ANTARA USAHAWAN, PENIAGA DAN PENGURUS
ASPEK USAHAWAN PENIAGA PENGURUS

Definisi • Menjalankan perniagaan • Merupakan pihak yang • Individu yang


yang mementingkan menjalankan aktiviti jual dilantik oleh
keuntungan disamping beli barangan dengan syarikat untuk
sumbangan, jasa dan mementingkan menjalankan fungsi
tanggungjawab sosial keuntungan semata- pengurusan
kepada masyarakat dan mata tanpa perniagaan dalam
negara. mengambilkira syarikat tersebut.
sumbangan kepada
• Keluaran dihasilkan
masyarakat.
berdasarkan inovasi.

Peranan • Terlibat dalam aktiviti jual • Terlibat dalam aktiviti jual • Bertanggungjawab
beli barangan disamping beli barangan. untuk menjalankan
sentiasa berusaha kerja pengurusan,
mengenalpasti peluang dan penyeliaan dan
melakukan inovasi. tugas pengagihan
dalam organisasi
1.1: PENGENALAN KEUSAHAWANAN
b. BEZA ANTARA USAHAWAN, PENIAGA DAN PENGURUS
ASPEK USAHAWAN PENIAGA PENGURUS
Pengembangan • Mempunyai kemahuan, • Berpuashati dengan • Bertindak mengikut arahan
Perniagaan semangat yang tinggi keadaan sedia ada pihak atasan untuk
dan cita-cita tinggi dan tidak mengembangkan
untuk mengembangkan mempunyai perniagaan, hanya
perniagaan yang keinginan untuk menjalankan tugas
dijalankan. mengembangkan mengikut skop jawatan
dan membesarkan dan huraian kerja sahaja.
perniagaannya.

Sumbangan • Menjalankan • Tanggungjawab • Menjalankan


tanggungjawab sosial sosial bukan tanggungjawab sosial
dengan memberikan orientasi utama kepada masyarakat dan
sumbangan kepda perniagaan. negara mengikut arahan
masyarakat yang telah ditetapkan.
• Hanya bertaggungjawab
untuk menjalankan tugas
yang diamanahkan oleh
pihak organisasi sahaja
1.1: PENGENALAN KEUSAHAWANAN
C. TEORI-TEORI KEUSAHAWANAN

PENDEKATAN
EKONOMI

PENDEKATAN PENDEKATAN
SOSIOLOGI PSIKOLOGI
1.1: PENGENALAN KEUSAHAWANAN
C. TEORI-TEORI KEUSAHAWANAN

1. TEORI KEUSAHAWANAN MENGIKUT PENDEKATAN EKONOMI


- Dalam bidang ekonomi, keusahawanan menekankan aspek keuntungan
dan kekayaan.
- Kedua-dua aspek ini akan mendorong seseorang untuk melibatkan diri
dalam aktiviti keusahawanan. Usahawan akan berusaha untuk mengenal
pasti dan mencari peluang perniagaan yang dapat menjana keuntungan
untuk organisasinya.
- Usahawan adalah sebahagian daripada input pengeluaran selain
daripada buruh, tanah dan modal.
- Keuntungan adalah harga yang dibayar kerana risiko yang diambil oleh
seseorang usahawan.
1.1: PENGENALAN KEUSAHAWANAN
C. TEORI-TEORI KEUSAHAWANAN

2. TEORI KEUSAHAWANAN MENGIKUT PENDEKATAN PSIKOLOGI

- Bidang psikologi mengkaji bidang keusahawanan


dari aspek ciri-ciri personaliti seseorang usahawan.
Seorang usahawan adalah berbeza daripada seorang
yang bukan usahawan dari segi pencapaian dan
kawalan dalaman.
-
Seorang usahawan memiliki ciri-ciri penting seorang
uahawan seperti kreatif, inovatif, berfikkiran
optimistik, berani mengambil risiko
1.1: PENGENALAN KEUSAHAWANAN
C. TEORI-TEORI KEUSAHAWANAN

2. TEORI KEUSAHAWANAN MENGIKUT PENDEKATAN PSIKOLOGI

CIRI-CIRI PERSONALITI USAHAWAN

1. Keperluan kepada pencapaian


• mempunyai kehendak yang kuat untuk
menyelesaikan masalah dengan sendiri
• meletakkan matlamat dan mencapainya
• Contoh : Matlamat untuk menyelesaikan
hutang sebab melibatkan diri dalam aktiviti
perniagaan untuk mencari dana.
1.1: PENGENALAN KEUSAHAWANAN
2. TEORI KEUSAHAWANAN MENGIKUT PENDEKATAN PSIKOLOGI
CIRI-CIRI PERSONALITI USAHAWAN

2. Lokus kawalan

• lokus kawalan luaran iaitu percaya bahawa apa yang berlaku


ke atas mereka adalah secara kebetulan, nasib atau
disebabkan oleh sesuatu di luar kawalan mereka.
• lokus kawalan dalaman iaitu percaya bahawa mereka yang
mengawal sebahagian besar masa depan mereka melalui
usaha sendiri.
• Contoh : Seorang Pilot diberhentikan kerja semasa pademik
Covid-19 menyebabkan beliau survive mencari pendapatan
dengan menceburi aktiviti perniagaan menjual ‘Kapten
Burger’.
1.1: PENGENALAN KEUSAHAWANAN
C. TEORI-TEORI KEUSAHAWANAN
2. TEORI KEUSAHAWANAN MENGIKUT PENDEKATAN
PSIKOLOGI

CIRI-CIRI PERSONALITI USAHAWAN

3. Kecenderungan mengambil risiko


• Usaha penerokaan baru merupakan aktiviti yang berisiko tinggi

• Modal pembiayaannya dikenali sebagai modal berisiko.


• Contoh : Usahawan berani menceburi aktiviti perniagaan yang
baharu yang belum ada peniaga lain yang laksanakan
perniagaan tersebut dan tak pasti sama ada dapat diterima
pengguna atau tidak mendapat sambutan.
1.1: PENGENALAN KEUSAHAWANAN
C. TEORI-TEORI KEUSAHAWANAN
3. TEORI KEUSAHAWANAN MENGIKUT PENDEKATAN
SOSIOLOGI

• Menjelaskan bahawa keadaan atau situasi sosial yang


boleh mempengaruhi seseorang usahawan.

• Misalnya faktor sosial seperti budaya, kewujudan model


peranan, galakan masyarakat, pengalaman dan latar
belakang pendidikan.
1.1: PENGENALAN KEUSAHAWANAN
C. TEORI-TEORI KEUSAHAWANAN
3. TEORI KEUSAHAWANAN MENGIKUT PENDEKATAN
SOSIOLOGI
FAKTOR DORONGAN IALAH
a. Tarikan positif:
✓ Galakan daripada rakan kongsi
✓ Idea perniagaan yang diperolehi daripada pelanggan
✓ Mentor memberi ruang perniagaan
✓ Pelabur yang menyumbangkan modal
b. Tolakan positif:
✓ Dorongan daripada ibu bapa
✓ Minat keusahawanan kerana pulangan lumayan
✓ Pengalaman tempat kerja dahulu
✓ Pendidikan yang diterima di sekolah dan di universiti
1.1: PENGENALAN KEUSAHAWANAN
C.TEORI-TEORI KEUSAHAWANAN
3. TEORI KEUSAHAWANAN MENGIKUT PENDEKATAN
SOSIOLOGI
FAKTOR DORONGAN IALAH
c. Pengalihan negatif:
✓ Penyisihan daripada masyarakat dan hilang tempat
bergantung seperti bercerai atau kematian pasangan
✓ Imigran atau status pendatang
✓ Diberhentikan kerja disebabkan oleh polisi pengecilan
organisasi dan kegawatan ekonomi
✓ Bosan bekerja mungkin kerana tiada kebebasan
1.1: PENGENALAN KEUSAHAWANAN
C. TEORI-TEORI KEUSAHAWANAN
3. TEORI KEUSAHAWANAN MENGIKUT PENDEKATAN
SOSIOLOGI
FAKTOR DORONGAN IALAH
d. Tempoh peralihan:
✓ Menunggu keputusan peperiksaan samada
sekolah atau universiti
✓ Bebas dari penjara
✓ Keluar dari pusat latihan kemahiran
✓ Tentera kepada orang awam
1.2 MEMULAKAN DAN
MENJALANKAN PERNIAGAAN
1.2: MEMULAKAN DAN MENJALANKAN
PERNIAGAAN
a. Menjelaskan kaedah memulakan
sesebuah perniagaan iaitu:
i. Memulakan sendiri

• Bergantung kepada tahap kemahiran dan


pengetahuan yang dimiliki seorang usahawan
mengenai persekitaran perniagaan yang bakal
diceburi.

• Memerlukan keberanian, jati diri serta semangat jitu


dan kental.
1.2: MEMULAKAN DAN MENJALANKAN
PERNIAGAAN
a. Menjelaskan kaedah memu lakan sesebuah
perniagaan iaitu:

ii. Mengambil alih perniagaan sedia ada(contoh Francais


dan Pakatan Strategik)

• Pengambilalihan perniagaan dilakukan dengan mengganti,


membeli atau mewarisi perniagaan keluarga.
• Faktor yang diambil kira dalam pengambilalihan:
i. Persaingan
ii. Keadaan pasaran
iii. Pembangunan masyarakat masa hadapan
iv. Komitmen undang-undang
v. Bangunan dan kemudahan fikzikal
vi. Harga produk
1.2: MEMULAKAN DAN MENJALANKAN
PERNIAGAAN
ii. Mengambil alih perniagaan sedia ada(contoh Francais
dan Pakatan Strategik)

Contoh :Francais

• Pemberian satu pakej di mana syarikat lain (francaisi) dibenar


mengguna tanda niaga perniagaan, perkhidmatan dan produk,
prinsip-prinsip pengoperasian atau pengurusan syarikat,
peraturan pengurusan dan khidmat nasihat dalam segala aspek
yang berkaitan dengan perjalanan syarikat daripada syarikat
induk (francaisor).

• Francaisi dikehendaki membayar yuran dan royalti kepada


francaisor.
1.2: MEMULAKAN DAN MENJALANKAN
PERNIAGAAN

ii. Mengambil alih perniagaan sedia ada(contoh Francais


dan Pakatan Strategik)

Contoh :Pakatan Strategik


• Satu kerjasama atau penggabungan antara dua
atau lebih firma dalam pasaran.
• Bertujuan untuk mengembangkan fikrma secara cepat
dan cekap disamping mendapat keuntungan yang
maksimum.
• Penggabungan teknologi, keluaran, kemahiran dan
pengetahuan mampu meningkatkan daya saing fikrma
dalam pasaran.
1.2: MEMULAKAN DAN MENJALANKAN
PERNIAGAAN
b. Menjelaskan sumber modal formal & Tidak
Formal

Merupakan punca bagi usahawan mendapatkan dana untuk


membiayai perniagaan.

SUMBER
MODAL
Tidak
Formal Formal
1.2: MEMULAKAN DAN MENJALANKAN
PERNIAGAAN
b. Menjelaskan sumber modal formal & Tidak
Formal

1. SUMBER MODAL FORMAL


• Melibatkan proses pendokumentasian yang rumit untuk
mendapatkan kelulusan pinjaman.
• Memerlukan ikatan perjanjian secara rasmi antara
pihak pembiaya dengan pihak peminjam.
Bantuan kerajaan
JENIS
SUMBER Pelabur
MODAL
Pinjaman
FORMAL Bank
Overdraf
1.2: MEMULAKAN DAN MENJALANKAN

PERNIAGAAN
1. SUMBER MODAL FORMAL

i. Bantuan kerajaan
• Kerajaan menyediakan pelbagai kaedah untuk membantu
usahawan mendapatkan modal. Bantuan yang diberikan
oleh kerajaan dilaksanakan menerusi agensi tertentu.
1.2: MEMULAKAN DAN MENJALANKAN
PERNIAGAAN

• Antara agensi yang menawarkan bantuan modal adalah seperti


berikut:

a. Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional)


oleh Kementerian pertanian dan Asas Tani
b. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
c. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
d. Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Bank)
e. Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
1.2: MEMULAKAN DAN MENJALANKAN
PERNIAGAAN

ii. Pelabur
• Usahawan boleh mendapatkan suntikan modal dari
para pelabur. Pelabur ialah individu atau organisasi
yang melaburkan wangnya kedalam perniagaan
usahawan.

• Untuk mendapatkan modal dari pelabur perniagaan


yang dijalankan oleh usahawan mestilah berbentuk
syarikat. Syarikat akan menerbitkan saham biasa dan
di jual kepada pelabur.
1.2: MEMULAKAN DAN MENJALANKAN
PERNIAGAAN
iii. Bank
• Merupakan sumber formal yang popular di kalangan usahawan.
Bank menyediakan pelbagai kaedah pembiayaan kepada
usahawan. Kaedah yang disediakan oleh pihak bank adalah
seperti pinjaman dan overdraf
a. Pinjaman
- Ditawarkan oleh bank perdagangan
- Dalam bentuk pinjaman jangka panjang dan
pinjaman jangka pendek
- Pembayaran pinjaman dan faedah atas pinjaman akan
dibayar oleh usahawan mengikut tempoh masa tertentu
1.2: MEMULAKAN DAN MENJALANKAN
PERNIAGAAN
b. Overdraf
- Ditawarkan oleh pihak bank kepada pemegang akaun
semasa yang dipercayai.
- Overdraf adalah kebenaran menggunakan sejumlah
wang yang melebihi jumlah simpanan yang ada dalam
sejumlah wang yang melebihi jumlah simpanan yang
ada dalam akaun semasa.
- Faedah akan dikenakan berdasarkan jumlah wang
yang dikeluarkan, bukan jumlah dibenar untuk
dikeluarkan.
1.2: MEMULAKAN DAN MENJALANKAN PERNIAGAAN

2. SUMBER MODAL TIDAK FORMAL

Tidak memerlukan proses pendokumentasian yang


rumit. Antara sumber modal tidak formal adalah:
a. Simpanan sendiri
b. Pinjaman dari keluarga/rakan
1.2: MEMULAKAN DAN MENJALANKAN
PERNIAGAAN
c. Pihak yang memberikan kemudahan dan bantuan
kepada usahawan
• Pihak yang terlibat dalam memberikan kemudahan dan bantuan
kepada usahawan adalah seperti Agensi Kerajaan dan Badan-badan
Berkanun.
• Antara Agensi Kerajaan yang terlibat ialah :

i. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan


Kepenggunaan (KPDNKK)

ii. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)

iii. Kementerian Sains ,Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

iv. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah(KKLW)


1.2: MEMULAKAN DAN MENJALANKAN
PERNIAGAAN
c. Pihak yang memberikan kemudahan dan bantuan
kepada usahawan
• Pihak yang terlibat dalam memberikan kemudahan dan bantuan
kepada usahawan adalah seperti Agensi Kerajaan dan Badan-badan
Berkanun.
• Antara kemudahan dan bantuan yang diberikan oleh Badan
Berkanun ialah :

i. Bantuan Kewangan
✓ Bantuan kewangan boleh diberi dalam bentuk subsidi,
pinjaman, dll. Cth: Skim Kredit IKS (Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani). Bantuan Kewangan
usahawan bumiputra melalui MARA.
1.2: MEMULAKAN DAN MENJALANKAN
PERNIAGAAN

ii. Tapak Kilang


✓ Suatu lokasi uang dipilih oleh sesebuah firma perniagaan untuk
mendirikan kilang atau tempat beroperasi.
✓ Tapak kilang yang dipilih mestilah berada di lokasi yang
strategik.
✓ Cth: Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)
menyediakan ruang niaga pada kadar sewa yang rendah.
Perbadanan Pembangunan Luar Bandar (UDA) menyediakan
ruang niaga dan pejabat kepada uashawan di kawasan bandar.
1.2: MEMULAKAN DAN MENJALANKAN
PERNIAGAAN

iii. Khidmat Nasihat dan Perundingan


✓ Diberikan bagi memastikan usahawan memperlengkap diri dengan
ilmu dan kemahiran dalam bidang perniagaan.
✓ Aspek ditekankan termasuk:
➢ Perundingan pemasaran, sumber manusia, perundangan,
kewangan dan perakaunan.
➢ Kaedah peningkatan kualiti keluaran dan produktiviti
➢ Pembangunan dan reka bentuk keluaran.
✓ Cth: UDA, MEDEC, MARDI, SIRIM.
1.2: MEMULAKAN DAN MENJALANKAN
PERNIAGAAN

iv. Pembangunan Usahawan

✓ Menyediakan kursus selaras dengan dasar kerajaan untuk


mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian
Bumiputra di Malaysia.
✓ Bentuk program yang dilaksanakan seperti:
➢ Program Pembangunan Vendor
➢ Program Mentor-Mentee
➢ Program Latihan Keusahwanan
✓ Cth: Latihan teknikal GIATMARA anjuran MARA.
1.3 DAYA CIPTA DAN
PEMBAHARUAN
1.3: DAYACIPTA DAN PEMBAHARUAN

a. Menjelaskan sumber yang boleh memberi


idea baharu seperti:

• Merujuk pada punca-punca sesuatu idea baharu yang


diperolehi atau dicetuskan oleh seseorang usahawan.

• Idea-idea baharu yang diperolehi boleh digunakan untuk


membuka perniagaan baru a t a u mengembangkan
perniagaan ke peringkat yang lebih baik.
1.3: DAYACIPTA DAN PEMBAHARUAN

i.Pelanggan
ii.Produk sedia ada

Iii, Syarikat Sedia ada


Sumber-sumber
iv.Saluran pengedaran
Idea Baharu vi.Penyelidikan dan pembangunan
1.3: DAYACIPTA DAN PEMBAHARUAN
1. Pelanggan

● Ialah pihak yang akan membeli produk yang dihasilkan oleh


usahawan.
● Pelanggan mempunyai cita rasa dan pendapat yang berlainan
terhadap sesuatu produk.
● Usahawan boleh membuat tinjauan dan kaji selidik untuk
mendapatkan maklum balas tentang keluaran sedia ada atau
jenis produk yang diperlukan oleh pelanggan dalam pasaran
● Berdasarkan maklum balas yang diterima dari pelanggan,
usahawan akan dapat meningkatkan kualiti pengeluaran
dengan melakukan pengubahsuaian dan penambahbaikan.
1.3: DAYACIPTA DAN PEMBAHARUAN

2. Produk Sedia Ada

• Produk sedia ada merupakan keluaran yang sedia ada dalam


pasaran dan boleh digunakan sebagai sumber idea untuk
menghasilkan sesuatu produk baru.

• Dibuat melalui pengubahsuaian dengan melakukan inovasi


terhadap produk yang terlibat.

• Sebagai contoh Samsung mengeluarkan Galaxy Notes 10 yang


diubahsuai daripada model Galaxy Notes terdahulu.
1.3: DAYACIPTA DAN PEMBAHARUAN

3. Syarikat Sedia Ada

● Sebelum menubuhkan peniagaan baharu atau anak syarikat


baharu, usahawan perlu menilai kekuatan syarikat sedia ada
yang dimilikinya.

● Suatuidea baharu boleh dikaji dengan mendapatkan


pandangan daripada pekerja syarikat sendiri bagi
menubuhkan perniagaan seterusnya.

● Pekerjasyarikat yang berpengalaman boleh memberi


pandangan yang bernas berasaskan pengalaman dan
kemahiran masing- masing.
1.3: DAYACIPTA DAN PEMBAHARUAN

4. Saluran Pengedaran

● Saluran pengedaran terdiri drpd pemborong, ejen, peruncit


dan pihak lain yang rapat dengan pengguna.
● Maklumbalas p e n g g u n a y g d i p e r o l e h d a r i p a d a s a l u r a n
pengedaran mengenai setiap produk dalam pasaran dpt dijadikan
sumber idea dengan membandingkan produknya dengan produk
lain.
●M a k l u m a t b o l e h d i j a d i k a n i d e a u n t u k
melakukan penambahbaikan produk.
● Usahawan perlu mengekalkan hubungan yang baik
dengan pembekal atau pengedar produknya.
1.3: DAYACIPTA DAN PEMBAHARUAN
5. Paten

• Merupakan hak cipta yang dilindungi oleh undang-undang


sesebuah negara termasuk Malaysia.

• Pemberian hak cipta dapat melindungi produk usahawan


drpd diplagiat, ditiru, atau dicetak rompak.

• Perlindungan hak cipta yang disediakan di bawah undang-


undang menjadikan paten sebagai satu aset yang sangat
bernilai dalam mencetuskan idea-idea perniagaan.
1.3: DAYACIPTA DAN PEMBAHARUAN

6. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

• R&D merujuk kepada usaha mencari dan menghasilkan


idea baharu atau mengatasi sesuatu masalah perniagaan
secara saintifikk.

• Usahawan boleh menggunakan pelbagai sumber dalam


membuat penyelidikan dan penemuan baharu.

• Hasil penyelidikan merupakan satu idea baharu dalam


perniagaan usahawan.
1.3: DAYACIPTA DAN PEMBAHARUAN

b. Menjelaskan kaedah menjana dan mengembangkan idea.

▪ Pelbagai cara dan kaedah yang digunakan oleh


usahawan untuk membentuk atau menjana idea
bagi membuka perniagaan baru atau
mengembangkan perniagaan ke peringkat yang
lebih baik.
Kaedah menjana dan mengembangkan idea.

1.Soal selidik
2.Sumbangsaran
3.Pemerhatian
4.Kumpulan sasaran
1.3: DAYACIPTA DAN PEMBAHARUAN
1. Soal selidik
• Soalan disediakan secara teratur dan sistematik bagi
secara formal. Orang ramai atau pelanggan tertentu diminta
menjawab soalan yang dikemukakan.
• Dapatan daripada soal selidik ini akan memberikan
gambaran secara jelas tentang kehendak sebenar pelanggan
terhadap produk yang dikeluarkan oleh syarikat.
• Melalui dapatan ini, idea-idea produk baharu dapat
dikenalpasti dengan lebih berkesan.
• Soal selidik boleh dijalankan secara formal atau tidak
formal. Temuramah dilakukan bagi kaedah tidak formal.
1.3: DAYACIPTA DAN PEMBAHARUAN
2. Sumbang saran

• Satu kaedah berkumpulan bagi mengenalpasti pelbagai


idea dan jalan penyelesaian baru.
• Seorang ketua dilantik untuk mencatatkan semua idea yang
dijana oleh ahli kumpulan.
• Setiap individu dilarang membuat sebarang kritikan negatif
terhadap pandangan daripada ahli lain.
• Dalam sesi sumbangsaran kuantiti idea yang disumbangkan
dititikberatkan dalam usaha menggabungkan idea-idea penting
dan menambah- baik.
• Banyak idea baru dapat dihasilkan digabungkan untuk
penambahbaikan.
1.3: DAYACIPTA DAN PEMBAHARUAN

3. Pemerhatian

• Kaedah pemerhatian dilaksanakan dengan memantau dan


memerhatikan persekitaran umum untuk menghasilkan
idea-idea baru bagi memenuhi keperluan dan kehendak
pelanggan.

• Idea-idea yang bernas dapat membantu meningkatkan


kualiti produk perniagaan.
1.3: DAYACIPTA DAN PEMBAHARUAN

4. Kumpulan Sasaran

• Kaedah ini menggunakan sekumpulan individu yang


menyumbangkan maklumat dalam format berstruktur. Setiap
kumpulan fokus terdiri daripada individu yang mempunyai
pelbagai kemahiran dan pengetahuan.

• Seorang fasilitator akan dilantik untuk memandu kumpulan


tersebut dalam sesuatu sesi perbincangan terbuka dan
mendalam bagi mengenalpasti idea produk baru.
1.3: DAYACIPTA DAN PEMBAHARUAN

• Kumpulan fokus membenarkan pembentukan korum yang


melibatkan penyertaan ahli kumpulan berlainan pada sesuatu
masa tertentu dalam usaha menghasilkan pelbagai idea.

• Kumpulan ini terdiri dari 8 hingga 14 orang peserta


dirangsangkan dengan komen-komen dari kumpulan lain bagi
membangunkan idea produk baru yang dapat memenuhi
keperluan pasaran.
1.4 RANCANGAN
PERNIAGAAN
1.4: RANCANGAN PERNIAGAAN
a. Mentakrif rancangan perniagaan dan
kepentingannya
• Merupakan satu dokumen bertulis yang dirangka oleh
usahawan untuk merancang aktiviti perniagaan yang
akan dijalankan pada masa akan datang.
• Memperincikan tujuan sesuatu usaha penerokaan
perniagaan dan juga menerangkan operasi dan jenis
aktiviti perniagaan yang akan dijalankan.
• Juga dikenali sebagai kertas kerja atau cadangan
pinjaman.

5454
1.4: RANCANGAN PERNIAGAAN
a. Mentakrif rancangan perniagaan dan
kepentingannya.

Kepentingan RP:
a. Menyediakan garis panduan dalam usaha memulakan perniagaan
b. Mengurangkan kesilapan
c. Memudahkan kawalan
d. Alat komunikasi
e. Menggalakan penggunakan sumber dengan cekap
f. Menyediakan strategi perniagaan
g. Menilai prestasi
h. Mengenal pasti risiko-risiko kritikal
1.4: RANCANGAN PERNIAGAAN
b. Menjelaskan kegunaan rancangan perniagaan kepada
usahawan dan pihak berkepentingan
• Rancangan perniagaan mempunyai kegunaan tersendiri terutama
kepada usahawan dan pihak-pihak berkepentingan.

• Pihak yang menggunakan rancangan perniagaan:

a. Usahawan
b. Pihak berkepentingan
i. Pihak dalam organisasi
ii. Pihak luaran organisasi
1.4: RANCANGAN PERNIAGAAN
1. Kegunaan RP kepada usahawan

a. Menjadi garis panduan untuk mencapai matlamat


b. Menerangkan langkah untuk merealisasikan idea perniagaan
c. Menerangkan proses pengeluaran produk
d. Menghuraikan strategi pemasaran produk
e. Menerangkan perancangan kewangan
1.4: RANCANGAN PERNIAGAAN
i. Pihak Dalam Organisasi
a. Pihak pengurusan dan usahawan

➢ Garis panduan menentu hala tuju


➢ Membantu untuk mencapai kejayaan dalam
perniagaan

b. Pekerja
➢ Untuk melaksanakan strategi
➢ Melihat prospek masa depan organisasi
➢ Memberi motivasi kepada pekerja
1.4: RANCANGAN PERNIAGAAN
Kegunaan RP kepada pihak berkepentingan

ii. Pihak Luaran Organisasi


a. Bakal Pelabur
➢ Menilai potensi masa depan perniagaan dan unjuran
keuntungan.

b. Pembekal
➢ Kelulusan kredit perdagangan
➢ Menentukan jenis, kualiti dan kuantiti bahan mentah
yang diperlukan
1.4: RANCANGAN PERNIAGAAN
c.Pembiaya
➢ Keupayaan bayar balik pinjaman
➢ Jumlah modal yang diperlukan
d.Pelanggan
➢ Kualiti produk yang dihasilkan
e.Bakal Pekerja
➢ Potensi masa depan perniagaan.
➢ Menarik minat bakal pekerja yang berkelayakan.
f.Kerajaan
➢ Mengenal pasti keperluan yang diperlukan oleh usahawan.
1.4: RANCANGAN PERNIAGAAN
c. Menyediakan rancangan perniagaan

FORMAT RANCANGAN PERNIAGAAN


i.Ringkasan Eksekutif
ii.Pengenalan
iii.Objektif Syarikat
iv.Latar belakang syarikat
v.Latar belakang pemilik atau rakan kongsi
vi.Latar belakang projek/produk
vii.Rancangan organisasi
viii.Rancangan pemasaran
ix.Rancangan pengeluaran/Operasi
x.Rancangan kewangan
xi.Kesimpulan
xii.Lampiran
1.4: RANCANGAN PERNIAGAAN
Halaman Hadapan
Antara perkara yang perlu ada di halaman
hadapan:

1. Tajuk Rancangan Perniagaan


2. Nama usahawan
3. Nama, alamat dan nombor telefon syarikat
4. Tarikh Rancangan Perniagaan disediakan
1.4: RANCANGAN PERNIAGAAN
i. Ringkasan Eksekutif
Sinopsis atau abstrak yang akan memberi gambaran secara
keseluruhan, ringkas dan padat terhadap projek yang akan
diusahakan.
Antara maklumat yang perlu dinyatakan dalam ringksan
eksekutif:
a. Tujuan rancangan perniagaan disediakan
b. Misi syarikat
c. Produk yang dihasilkan oleh perniagaan
d. Sasaran pelanggan
e. Jumlah dan bentuk pelaburan yang diperlukan
f. Prospek masa hadapan perniagaan, syarikat dan industri.
1.4: RANCANGAN PERNIAGAAN
ii. PENGENALAN
● Pembuka tirai dalam sesuatu RP-dicatatkan maklumat asas
perniagaan untuk pengetahuan pembaca seperti nama syarikat,
lokasi perniagaan, jenis perniagaan dan jenis barang atau
perkhidmatan yang ditawarkan.

● Ia juga menerangkan latar belakang perniagaan seperti jenis


perniagaan dan keadaan perniagaan terutama dari segi
perkembangan dan potensi perniagaan pada masa depan.

● Bahagian pengenalan ini akan menjawab beberapa persoalan


iaitu apa, di mana, siapa, mengapa dan bagaimana.
1.4: RANCANGAN PERNIAGAAN
c. MENYEDIAKAN RANCANGAN PERNIAGAAN

iii. Objektif Syarikat


• Menyatakan tujuan RP di sediakan. Matlamat jangka pendek dan
matlamat jangka panjang turut diperjelaskan.

• Lazimnya objektif RP adalah untuk menerangkan kaedah


mengendalikan sesebuah perniagaan yang boleh digunakan oleh
pihak pengurusan dan pekerja dalam organisasi tersebut.
1.4: RANCANGAN PERNIAGAAN
iv. Latar belakang syarikat
Merupakan perihal penubuhan syarikat. Antara aspek penting yang perlu
dinyatakan ialah:

a. Nama Syarikat h. Bentuk perniagaan


b. Nombor pendaftaran syarikat i. Bentuk pemilikan perniagaan
c. Alamat syarikat j. Kegiatan utama
d. Alamat surat menyurat k. Tarikh pendaftaran
e. Nombor telefon l. Modal permulaan
f. Alamat e-mel m. Nama dan alamat pemegang saham
g. Alamat laman web n. Nama bank
o. Jenis akaun
1.4: RANCANGAN PERNIAGAAN
c. MENYEDIAKAN RANCANGAN PERNIAGAAN
v. Latar belakang pemilik/rakan kongsi

• Senarai nama rakan kongsi dan butir-butir peribadi rakan kongsi


bagi perniagaan perkongsian.
• Senarai nama ahli lembaga pengarah dan pemegang saham utama
bagi perniagaan syarikat.
• Maklumat berkaitan pemilik adalah penting kerana memberikan
gambarn tentang kekuatan dan potensi masa depan perniagaan.
1.4: RANCANGAN PERNIAGAAN
vi. Latar belakang projek/produk

• Menerangkan jenis perniagaan diceburi dan sebab-sebab


kewujudan perniagaan tersebut.

• usahawan perlu menerangkan jenis, kos dan potensi masa


depan projek tersebut.

• Usahawan dikehendaki ambilkira lokasi projek, jenis dan


struktur bangunan, kadar sewa, kemudahan asas dan lain-
lain.
1.4: RANCANGAN PERNIAGAAN
vii. Rancangan organisasi
• Rancangan yang berkaitan dengan pengurusan dan
pentadbiran sesebuah perniagaan secara menyeluruh.

• Antara aspek penting yang perlu diterangkan ialah:


i. Matlamat perniagaan
ii. Objektif perniagaan
iii. Misi perniagaan
iv. Strategi perniagaan
v. Struktur organisasi
1.4: RANCANGAN PERNIAGAAN
viii. Rancangan pemasaran
● Rancangan Pemasaran lebih tertumpu pada penerangan tentang
strategi pemasaran yang akan digunakan untuk mencapai
matlamat pemasaran perniagaan.

● Perkara penting dalam Rancangan Pemasaran ialah:


a. Pelanggan atau pembeli keluaran
i. Lokasi dan sasaran pasaran
ii. Anggaran bilangan pelanggan
iii. Ciri-ciri dan kumpulan pelanggan
iv. Jenis keputusan yang boleh mempengaruhi gelagat
pembeli
1.4: RANCANGAN PERNIAGAAN
b. Saluran Agihan
i. Penggunaan orang tengah untuk mengedarkan keluaran.
ii. Pembentukan strategi pengedaran yang berkesan untuk
menyaingi keluaran lain dalam pasaran.

c.Rancangan bayaran jualan – kaedah pemberian ganjaran dan


imbuhan kepada pengedar dan jurujual.
i. Gaji tetap
ii. Bonus
iii. Komisen
iv. Campuran gaji tetap, bonus dan komisen
d. Strategi penetapan harga
i. Tindakbalas pesaing dan persaingan dari segi harga
ii. Ramalan kewangan daripada hasil jualan.
1.4: RANCANGAN PERNIAGAAN
e. Konsep Promosi
i. Strategi promosi
ii. Sokongan terhadap aktiviti promosi daripada pihak luar
seperti pihak kerajaan dan pihak bank

f. Ramalan Jualan
i. Nisbah syer pasaran firma berbanding dengan pesaing lain
dalam industri
ii.Ramalan mengenai kadar dan jumlah jualan, kuantiti dan
jumlah hasil secara harian, bulanan dan tahunan.
iii.Ramalan berasaskan analisis pasaran iaitu dari segi saiz
pasaran dan aliran pasaran; jenis keluaran yang ditawarkan;
bilangan pesaing dalam pasaran; kuasa beli pengguna.
1.4: RANCANGAN PERNIAGAAN
g. Persaingan

i. Senarai nama pesaing dan lokasi pesaing serta


keupayaan pesaing untuk mempengaruhi jualan.

ii.Kebersaingan perniagaan maju berbanding dengan


perniagaan baru.

ii.Faktor-faktor persaingan seperti keluaran,


kebolehpercayaan, gaya, perkhidmatan penghantaran dan
perkhidmatan selepas jualan.
1.4: RANCANGAN PERNIAGAAN
ix. Rancangan pengeluaran/operasi

• Merupakan kaedah input ditukarkan ke output dan kaedah


pemprosesan yang digunakan oleh usahawan.

• Maklumat penting mengenai bahagian pengeluaran seperti


berikut:
a. Produk yang dihasilkan oleh perniagaan
✓ Jenis produk yang ditawarkan samada barang atau
perkhidmatan
✓ Kuantiti atau keupayaan keluaran alam seminggu,
sebulan, setahun
✓ Produk sampingan
1.4: RANCANGAN PERNIAGAAN
ix. Rancangan pengeluaran/operasi

b. Kapasiti mesin
✓ keupayaan pengeluaran yg dihasilkan oleh setiap mesin
dalam tempoh masa mengikut jam, hari, minggu, bulan,
tahun
✓ asas penetapan keupayaan pengeluaran.

c. Perabot dan kelengkapan


✓ diperlukan dibahagian ini tetapi tidak digunakan secara
langsung dalam proses pengeluaran

✓ senarai perabot, harga, tarikh, susut nilai, pembekal


perabot
1.4: RANCANGAN PERNIAGAAN

d. Susun atur loji dan mesin


✓ Lakaran susun atur loji dan mesin dalam bahagian
pengeluaran

e. Bahan mentah yang diperlukan


✓ Nama bahan mentah
✓ Harga seunit bahan mentah
✓ Kuantiti yang diperlukan untuk setiap unit pengeluaran
✓ Simpanan/stok bahan mentah
1.4: RANCANGAN PERNIAGAAN
f. Tenaga kerja bahagian pengeluaran
✓ Senarai nama pekerja yang terlibat secara langsung
dalam proses pengeluaran
✓ Senarai jawatan
✓ Senarai gaji
✓ Huraian spesifikkasi kerja
✓ Status pekerja samada buruh tempatan atau asing

g. Kos teknikal pengeluaran


✓ Lain-lain kos seperti kos pengangkutan, kos telefon dll.
1.4: RANCANGAN PERNIAGAAN
x. Rancangan kewangan
● Melibatkan perancangan untuk mencari sumber pembiayaan dan
penggunaan dana jangka pendek dan jangka panjang yang sedia
ada.

● Butiran penting dalam rancangan kewangan ialah:


a. Kos Projek
i. Kos hartanah
ii. Kos mesin dan peralatan
iii. Kos kelengkapan
iv. Modal pusingan
1.4: RANCANGAN PERNIAGAAN
x. Rancangan kewangan

b. Sumber pembiayaan

i. Modal sendiri
ii. Pinjaman jangka pendek dan jangka panjang
iii. Sewa beli
iv. Sewa pajak
1.4: RANCANGAN PERNIAGAAN
c. Pinjaman
i. Tujuan pinjaman
ii. Jadual pembayaran balik
iii. Bentuk cagaran seperti tanah, penjamin peribadi, mesin,
peralatan, saham, akaun belum terima, nota belum terima
dan simpanan tetap.

d. Sewa beli dan sewa pajak


i. Kaedah pembayaran

e. Susut nilai aset tetap


i. Jenis aset tetap
ii. Jadual susut nilai dan kaedah pengiraan susut nilai
iii. Rumus pengiraan susut nilai dan jalan pengiraan.
1.4: RANCANGAN PERNIAGAAN
xi. Kesimpulan

• Bahagian penutup RP
• Memberi penekanan pada fakkta dan maklumat yang
menyatakan tentang keunikan produk, nilai tambah dan
daya saing.
• Merupakan kesimpulan kepada keseluruhan bahagian
dalam isi kandungan RP.
• Perlu padatdan ringkas
1.4: RANCANGAN PERNIAGAAN
xii. Lampiran
• Perlu menyertakan lampiran dan dokumen sokongan
• Antara dokumen yang perlu dilampirkan ialah:
-Surat penilaian dan geran tanah
-Cth iklan dan brosur
-Gambar dan lukisan produk
-Lakaran lokasi
-Surat pengesahan pendaftaran
-Senarai harga barang
-Apa-apa dokumen tambahan untuk menyokong sesuatu
tujuan
-TAMAT-

You might also like