Trial PSPM 1 - KMKN

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

JAWAB SEMUA SOALAN

Soalan 1:
(a) Syarikat Pro Print Sdn Bhd. mengeluarkan 10,000 naskah buku bacaan kanak
kanak. Encik Iman ditugaskan untuk melihat samada Syarikat Pro Print Sdn
Bhd. memperolehi keuntungan jika kos tetap yang terlibat dalam pengeluaran
buku berkenaan adalah RM45,000 setahun. Harga jualan senaskah buku
berkenaan adalah RM28.00 dan kos berubah adalah RM13.00.
i. Terangkan maksud Titik Pulang Modal
ii. Hitung Titik Pulang Modal (TPM) unit. [4 markah]

(b) Syarikat Bina Padu Berhad terlibat dalam beberapa projek pembinaan jalan
raya dan jambatan di Pulau Pinang. Struktur organisasi asal syarikat ini adalah
berbentuk fungsian yang terdiri daripada pengurus besar, dan seorang
pengurus bagi setiap jabatan iaitu kejuruteraan, kewangan dan sumber
manusia. Dengan ini, pihak pengurusan perlu menstrukturkan semula
organisasi supaya semua projek pembinaan dapat dikawal dengan lebih
berkesan dan efektif.
i. Kenalpasti dan lakarkan carta organisasi baharu yang lebih sesuai bagi
Syarikat Bina Padu Berhad. [7 markah]
ii. Huraikan 3 (tiga) kelemahan struktur organisasi dalam (i) [6 markah]
iii. Berdasarkan kes di atas, pilih samada syarikat ini sesuai mengamalkan
pemusatan autoriti atau pemencaran autoriti. Berikan alasan anda.
[3 markah]
Soalan 2:
(a) Syarikat Hexagon Bhd mengalami masalah kekurangan modal untuk
melaksanakan projek baru yang telah dicadangkan dan amat berpotensi untuk
menjana keuntungan yang besar.
i. Apakah sumber pembiayaan jangka panjang yang boleh digunakan oleh
Syarikat Hexagon Bhd, di mana sumber pembiayaan itu tidak mempunyai
tempoh matang dan pembayaran dividen adalah mengikut keuntungan.
[1 markah]
ii. Jelaskan satu (1) kos pembiayaan yang akan ditanggung oleh
SyarikatHexagon Bhd untuk mendapatkan sumber pembiayaan di atas.
[2 markah]
(b) Apakah Badan Kawal Selia yang perlu Pengurus Kewangan Syarikat Hexagon
berurusan dalam membuat pembiayaan jangka panjang tersebut dan berikan
satu (1) fungsi Badan Kawal Selia tersebut. [2 markah]

(c) Penyata Kewangan Syarikat Berkat World Sdn. Bhd bagi tahun berakhir 31
Disember 2021 adalah seperti berikut:

Syarikat Berkat World Sdn. Bhd


Penyata Pendapatan
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021
Item/ Tahun RM

Jualan 350 000

(-) Kos Jualan (215 000)

Untung Kasar 135 000

(-) Belanja Operasi (76 000)

Untung Operasi 59 000

(-) Belanja Faedah (12 000)

Pendapatan sebelum cukai 47 000

(-) Cukai syarikat (25%) (11 750)

Pendapatan Bersih Selepas Cukai 35 250


Syarikat Berkat World Sdn. Bhd
Kunci Kira-Kira
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021
Item/ Tahun RM

Aset Semasa

Tunai 1 000

Sekuriti boleh pasar 2 000

Akaun belum terima 50 000

Inventori 91 000

Jumlah Aset Semasa 144 000

Aset Tetap

Bangunan 104 000

Peralatan 52 000

Jumlah Aset Tetap 156 000

Jumlah Aset 300 000

Liabiliti Semasa

Akaun belum bayar 138 000

Jumlah Liabiliti Semasa 138 000

Liabiliti Jangka Panjang

Hutang jangka panjang 45 900

Jumlah Liabiliti Jangka Panjang 45 900

Jumlah Liabiliti 183 900

Ekuiti Pemilik

Saham biasa 116 100

Jumlah Liabiliti dan Ekuiti Pemilik 300 000


Berdasarkan maklumat kewangan Syarikat Jurassic World Sdn. Bhd, hitung
nisbah kewangan untuk tahun 2021. (Andaikan 365 hari)
i. Margin untung bersih [2 markah]
ii. Nisbah semasa [2 markah]
iii. Nisbah hutang atas asset [2 markah] iv. Pusing ganti inventori
[2 markah]
iv. Pulangan atas aset [2 markah]
v. Tempoh purata kutipan [2 markah]

(d) Berikan ulasan anda terhadap nisbah aktiviti Syarikat Berkat World Sdn. Bhd bagi
tahun 2021 berbanding nisbah kewangan bagi tahun 2020 seperti yang
ditunjukkan dalam jadual dibawah. [3 markah]

Item Item

Margin untung bersih 14.25% Nisbah semasa 2.31 kali

Nisbah hutang atas aset 72.4% Pusing ganti inventori 3.64 kali

Pulangan atas aset 10.23% Tempoh purata kutipan 64 hari

Soalan 3:
(a) Jumlah pelaburan RM1,200 telah menjadi RM2,262.72 setelah dikompaunkan
dengan kadar 5% setahun. Berapa tahunkah wang itu telah dilaburkan. [2
markah]

(b) Hanafi akan bersara pada penghujung tahun 2022. Beliau dijangka menerima
bayaran anuiti persaraan daripada MAAB Assurance Berhad sebanyak
RM12,000.00 setiap tahun selama-lamanya. Jika kadar diskaun yang diberikan
ialah 8% setahun, berapakah jumlah nilai kini anuiti yang akan diterimanya.
[2 markah]

(c) Azman telah melabur sebanyak RM7,500 untuk tempoh 5 tahun dengan kadar
faedah 6% setahun. Pada penghujung tahun kelima, Azman telah melaburkan
semula semua wang yang terkumpul tersebut itu ke dalam akaun pelaburan
lain dengan kadar faedah 8% setahun selama 3 tahun lagi. Dengan bantuan
garis masa, hitung amaun terkumpul dalam akaun Azman pada akhir tahun 8.
[5 markah]

(d) Sofiya telah membuat pinjaman komputer berjumlah RM6,000. Kadar faedah
yang dikenakan ialah 7% setahun selama 2 tahun.
i. Hitung ansuran tahunan yang perlu dibayar oleh Sofiya. [2 markah] ii.
Sediakan jadual pelunasan pinjaman komputer tersebut. [4 markah]
iii. Quepart Sdn Bhd telah ditawarkan sebuah kontrak untuk membekalkan
komponen kereta kepada Quemobil Holdings Berhad selama 3 tahun.
Kos pembinaan kilang bagi menjalankankan projek itu ialah RM2.5 juta.
Kos pembelian mesin pula dianggarkan sebanyak RM1.5 juta.
Berdasarkan syarat kontrak, syarikat akan memperolehi pendapatan
sebelum cukai (EBT) tahunan seperti berikut:

Tahun 1 2 3

Pendapatan Sebelum Cukai RM 3.5 RM 4.5 RM 6.0


(EBT) juta juta juta

Kadar cukai korporat semasa ialah 27%. Bagi membiayai projek


berkenaan, syarikat akan menggunakan sumber modal daripada hutang
jangka panjang dan ekuiti yang mempunyai kos modal purata sebanyak
12% setahun.
Berdasarkan maklumat di atas, hitung:
i. Aliran tunai bersih tahunan [5 markah]
ii. Tempoh bayar balik [4 markah]
iii. Nilai Kini Bersih [4 markah]
iv. Indeks Keberuntungan [2 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like