Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Burung (Jawi: ‫ )ﺑﻮروڠ‬merupakan haiwan vertebrata bersayap, berkaki dua, berdarah panas dan

bertelur dalam kelas Aves yang besar dan pelbagai terdapat di serata dunia, dari
kawasan gurun sehinggalah di Kutub Utara, juga di kawasan hutan hujan Amazon,
dan Greenland. Terdapat lebih daripada 8,600 spesies burung yang telahpun dikenal pasti yang
dibahagikan kepada 27 order. Selain itu, terdapat banyak subspesies yang jika dikira berserta
dengan spesies yang diketahui mengandungi lebih 3,200 jenis.

Burung merupakan homoioterma, berdarah panas, dengan suhu tetap 40-44 °C. Tulang burung
adalah ringan dan berongga di kebanyakan tempat untuk mengurangkan ketumpatan dan
beratnya. Semua burung mempunyai paruh, yang berbeza hanyalah bentuk dan saiz paruh
mereka. Kebanyakan burung mempunyai bulu pelepah kecuali sedikit yang tidak mempunyai
bulu pelepah. Burung jenis teropod dipercayai berevolusi daripada reptilia, seperti dinosaur, yang
hidup kira-kira 180 juta tahun yang lampau. Burung berubah dan kehilangan gigi dan ciri reptilia
yang lain, semasa mengalami proses evolusi yang mengambil masa berjuta-juta tahun. Pada
masa yang sama, bulu pelepah tumbuh pada ekornya dan sayapnya.

Walaupun kebanyakan burung mampu terbang, terdapat beberapa spesies yang tidak mampu
seperti burung unta, rea, emu, kiwi dan penguin. Kesemua burung mempunyai sayap walaupun
pada burung yang tidak dapat terbang, sungguhpun ia mungkin kecil dan tidak berguna. Burung
boleh mengeluarkan telur. Pada kebiasaannya burung betina akan mengeram telur, kadangkala
kedua-dua pasangan akan bergilir, dan dalam sesetengah spesies burung hanya burung jantan
yang akan mengeramkan telur tersebut. Terdapat juga spesies burung yang bertelur dalam
sarang burung lain untuk dieramkan oleh keluarga burung angkat.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]


Ciri-ciri utama burung adalah seperti berikut :-

• Badan dilitupi oleh bulu pelepah.


• Mempunyai paruh yang tidak bergigi dan dua kepak.
• Mempunyai sisik pada kakinya.
• Bertelur dan telurnya dilindungi oleh cangkerang keras.
• Bernafas melalui peparu.
• Berdarah panas.

Taburan[sunting | sunting sumber]


Burung hidup dan berkembang biak di sebahagian besar habitat darat dan pada
tujuh benua sehingga membentuk koloni di kawasan ekstrem mereka seperti di
pedalaman Antartika.[6] Taburan biokepelbagaian tertinggi burung adalah di wilayah tropika.
Keadaan ini juga sudah diduga sebelumnya bahawa kepelbagaian burung paling ketara adalah
hasil daripada penspesiesan di daerah tropika; walau bagaimanapun, kajian baharu menemukan
penspesiesan tahap tertinggi di kawasan latitud tinggi yang diimbangi dengan darjat kepupusan
lebih besar daripada kawasan tropika.[7] Beberapa keluarga burung telah beradaptasi dalam
menjalani hidup di lautan dunia, dengan beberapa spesies burung laut datang ke darat hanya
demi tujuan pembiakan[8] dan beberapa penguin telah tercatat menyelam sedalah 300 meter
(980 ka).[9]

Banyak spesies burung yang telah membentuk populasi di wilayah kerana dibawa atau
diperkenalkan oleh manusia ke kawasan-kawasan baharu. Beberapa kes memang disengajakan
seperti Phasianus colchicus yang diperkenalkan dan dibiak sebagai burung buruan.[10] Selain itu,
ada beberapa kes yang berlaku secara tak sengaja seperti pembentukan populasi Myiopsitta
monachus liar di beberapa bandar Amerika Utara setelah melepaskan diri daripada
kurungan.[11] Beberapa spesies, termasuk burung bangau kendi,[12] Milvago chimachima[13] dan
burung galah,[14] telah membiak meluas merentasi kawasan habitat asal berikutan amalan-
amalan pertanian yang membentuk habitat baharu yang sesuai.

Kelas burung[sunting | sunting sumber]


Kelas burung (Class:Aves) pula terbahagi kepada beberapa aturan seperti berikut :-

• Struthioniformes, Burung Unta, Kesuari, Emu, Kiwi, dan seumpamanya.


• Tinamiformes, Kesuari-Ayam
• Anseriformes, Itik, Angsa dan seumpamanya.
• Galliformes, Ayam, Kuang dan seumpamanya.
• Sphenisciformes, Penguin
• Gaviiformes, Seselam
• Podicipediformes, Tetimbul
• Procellariiformes, Albatros, Merpati-Laut dan seumpamanya.
• Pelecaniformes, Undan, Pucung dan seumpamanya.
• Ciconiiformes, Burung Botak, Upih dan seumpamanya.
• Phoenicopteriformes, Flamingo
• Accipitriformes, Helang dan seumpamanya.
• Falconiformes, Rajawali dan seumpamanya.
• Gruiformes, Keria, Sintar dan seumpamanya.
• Charadriiformes, Rapang, Kedidi dan seumpamanya.
• Pteroclidiformes, Merbuk-Gurun
• Columbiformes, Merpati, Pergam, Punai dan seumpamanya.
• Psittaciformes, Nuri, Bayan, Kakaktua dan seumpamanya.
• Cuculiformes, Sewah, Burung Mati Anak, Cenuk, Bubut dan seumpamanya.
• Strigiformes, Burung Hantu
• Caprimulgiformes, Burung Tukang dan seumpamanya.
• Apodiformes, Layang-layang Sabit dan Burung Madu.
• Coraciiformes, Pekaka, Berek-berek dan seumpamanya.
• Piciformes, Belatuk dan seumpamanya.
• Trogoniformes, Kesumba
• Coliiformes, Tetupai
• Passeriformes, Ciak, Pipit dan seumpamanya.

You might also like