Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

KOD & NAMA KURSUS:

PPPY1282 KAEDAH PENYELIDIKAN

TAJUK TUGASAN:
KONSEP POLIGAMI MENURUT
PERSPEKTIF ISLAM

NAMA PELAJAR & NOMBOR MATRIK:


NUR IMANINA NABILAH BINTI MUHAMMAD RIDHUAN RAJENDRAN (A186991)
NIK NUR HIDAYAH BINTI NIK KAMARAZAMAN (A188483)
KHAIRUNNISA’ BINTI BAHARUDDIN (A187108)
IMAN BINTI RAZALI (A189348)

NAMA PENSYARAH:
DR NORHONEYDAYATIE BINTI ABDUL MANAP

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


1

ABSTRAK

Amalan poligami di Malaysia kini bukan lagi suatu perkara yang asing dan isu ini tidak
pernah berhenti dibicarakan dari tahun ke tahun. Isu poligami merupakan suatu isu yang sensitif
dalam kalangan masyarakat terutamanya kaum wanita. Islam mengharuskan bagi lelaki untuk
berpoligami, namun Islam telah menetapkan garis panduan dan syarat-syarat yang tertentu bagi
mereka yang ingin berpoligami. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti konsep
poligami menurut syariat Islam disebalik pensyariatannya yang diharuskan dalam perkahwinan.
Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan kaedah kajian kepustakaan melalui
penyelidikan terhadap maklumat primer seperti buku dan kitab fiqh, serta data sekunder seperti
jurnal, artikel, dan akhbar. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa poligami dibolehkan
sekiranya memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Al-Quran, namun hukum poligami
ini boleh berubah menjadi sunat, makruh, dan haram mengikut situasi dan keadaan seseorang
individu yang menginginkan poligami. Bahkan dalam kajian ini juga didapati beberapa faktor dan
hikmah berpoligami, peruntukan poligami dalam undang-undang keluarga di Malaysia serta
beberapa cabaran dalam poligami.

Kata Kunci: Poligami, Perkahwinan, Sensitif, Syariat Islam, Al-Quran.


2

ISI KANDUNGAN

ABSTRAK 1

ISI KANDUNGAN 2

1.0 PENDAHULUAN 3

2.0 METODOLOGI KAJIAN 4

2.1 Reka Bentuk Kajian ........................................................................................................... 4


2.2 Jenis Kajian ......................................................................................................................... 4
3.0 DEFINISI POLIGAMI 4

4.0 HUKUM POLIGAMI 4

5.0 SYARAT BERPOLIGAMI 5

5.1 Berlaku Adil Terhadap Isteri ............................................................................................ 5


5.2 Kemampuan Memberikan Nafkah ................................................................................... 6
5.3 Kemampuan Menjaga Kehormatan Isteri-Isterinya....................................................... 6
6.0 FAKTOR BERPOLIGAMI 7

6.1 Kekuatan Nafsu Kaum Lelaki ........................................................................................... 7


6.2 Isteri Yang Tidak Dapat Memberikan Zuriat (Mandul) ................................................ 7
6.3 Bilangan Kaum Wanita Yang Lebih Ramai Dari Kaum Lelaki .................................... 7
7.0 HIKMAH BERPOLIGAMI 7

8.0 POLIGAMI DALAM UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA 8

9.0 CABARAN BERPOLIGAMI 9

10.0 KESIMPULAN 10

11.0 RUJUKAN 12
3

1.0 PENDAHULUAN

Poligami merupakan suatu ikatan perkahwinan di mana satu pihak iaitu seorang lelaki berkahwin
melebihi daripada seorang perempuan pada waktu yang sama. Poligami juga merupakan salah satu
daripada bentuk perkahwinan yang telah disyariatkan dalam Islam. Bahkan poligami ini telah
wujud sejak dahulu lagi yang mana kitab oleh lihat melalui sabda Nabi Muhammad SAW, dari
Ibnu Umar membicarakan mengenai Ghailan As-Tsaqafi yang mana sebelum dia memeluk Islam,
dia mempunyai 10 orang isteri dan ketika dia memeluk Islam, ke sepuluh orang isterinya turut
memeluk Islam bersamanya. Namun dalam syariat Islam, seorang lelaki hanya boleh mempunyai
4 orang isteri sahaja maka Nabi telah memerintahkannya untuk memilih 4 orang antara mereka
dan selebihnya diceraikan (Khairuddin Haiyon 2018).

Namun begitu, pada masa kini isu poligami ini sering dijadikan topik yang hangat
diperbincangkan. Terdapat mereka yang menyokong dan juga menolak poligami ini. Apabila
dibahaskan tentang poligami, majoriti kaum lelaki menyukainya, manakala kaum wanita pula tidak
menyukainya (Azizah Kasim 1985). Bahkan terdapat juga kaum wanita yang sanggup meminang
bakal madu mereka untuk suami mereka. Manakala bagi kaum wanita yang menolak pula adalah
kerana mereka beranggapan bahawa poligami ini membuatkan rumah tangga mereka tidak lagi
seperti dulu dan ianya terus dianggap sebagai mimpi ngeri dalam alam perkahwinan bagi
sesetengah wanita. Hal ini disebabkan kerana terdapat beberapa isu yang berkaitan dengan
poligami yang berlaku dalam kalangan masyarakat pada masa kini.

Antara isu-isu yang berkaitan dengan poligami ialah isu tingkah laku atau sikap suami yang
berpoligami tidak melaksanakan tanggungjawabnya dengan sepenuhnya. Tanggungjawabnya
termasuklah untuk memberi keadilan dari semua aspek serta nafkah kepada isteri-isteri dan anak-
anaknya. Hal ini disebabkan kerana para suami kurang memahami konsep poligami serta syarat-
syarat poligami yang telah ditetapkan oleh syarak. Bukan itu sahaja, masyarakat juga memandang
enteng dan tidak pernah mengambil tahu dengan lebih mendalam tentang ilmu poligami. Datuk Dr
Mohd Na'im Mokhtar, Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah
Malaysia (JKSM) ada mengatakan bahawa berpoligami perlu difahami dengan sebaik mungkin,
bukan sekadar hanya mengikut hawa nafsu yang ingin beristeri lebih daripada satu (Berita Harian
2021). Tidak salah bagi seseorang suami yang ingin berpoligami, tetapi yang salahnya adalah
suami tersebut telah mengabaikan tanggungjawabnya dalam berpoligami. Bahkan ia juga turut
memberi kesan sampingan yang negatif kepada isteri dan anak-anak seperti kesihatan mental
terjejas, kurang kasih sayang, kemurungan berpanjangan dan sebagainya. Oleh itu, penting bagi
masyarakat terutamanya para suami untuk mengetahui dan memahami garis panduan yang sebenar
dalam mengamalkan poligami supaya dapat membentuk keluarga bahagia dan harmoni.

Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk membincangkan mengenai konsep poligami menurut
syariat Islam yang merangkumi hukum hakam berkaitan dengan poligami, syarat-syarat, faktor
dan hikmah berpoligami, peruntukan poligami dalam undang-undang keluarga di Malaysia serta
beberapa cabaran dalam poligami.
4

2.0 METODOLOGI KAJIAN


2.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini dibuat menggunakan metode kualitatif dengan kaedah kajian kepustakaan melalui
penyelidikan terhadap maklumat data primer dan sekunder yang berkaitan. Metode ini digunakan
sebagai pengukur untuk menyelidik dan memahami individu atau suatu masyarakat yang terlibat
dengan poligami dalam Islam (Ahmad Munawwar, Mohd Nor Shahizan 2020). Oleh itu, Al-Quran
dan Hadis dijadikan sebagai sumber utama agar kajian tidak terkeluar dari skop perspektif Islam.

2.2 Jenis Kajian


Kajian ini mengaplikasikan jenis kajian analisis kandungan dengan mengumpul serta mengenal
pasti data maklumat kajian yang relevan dengan kajian. Seterusnya analisis dilakukan terhadap
dokumen-dokumen yang diperolehi dari sumber yang boleh dipercayai. Kemudian
menghuraikannya dengan lebih terperinci serta memberi tumpuan kepada signifikan hubungannya
dengan masyarakat sepanjang kajian dijalankan. Antara bahan analisis yang diambil adalah
melalui buku, jurnal, dokumen literatur dan laman sesawang yang berkaitan dengan poligami. Bagi
mengenal pasti konsep poligami menurut Islam misalnya, buku dan kitab karya ulama muktabar
seperti Fiqh Al-Manhaji juga dijadikan sebagai sumber. Bukti-bukti lain dari akhbar berita yang
berautoriti juga diperlukan bagi menyokong dan mengaitkan kajian ini dengan isu semasa. Justeru
melalui metodologi ini, pengkaji dapat mengenal pasti konsep poligami menurut perspektif Islam
disebalik pensyariatannya yang diharuskan dalam sesebuah perkahwinan.

3.0 DEFINISI POLIGAMI


Poligami dari sudut bahasa adalah menghimpunkan berbilang isteri dalam satu masa. Mengikut
Kamus Dewan, poligami bererti amalan beristeri lebih daripada seorang pada masa yang sama.
Dalam bahasa arab, poligami disebut Ta’addad al-Zawjat (‫)تعدد الزوجات‬. Maksud perkataan
Ta’addad (‫ )تعدد‬ialah bilangan, manakala perkataan al-zawjat (‫ )الزوجات‬diambil dari perkataan al-
zawjat (‫ )الزوجة‬yang bermaksud isteri. Dua perkataan tersebut apabila digabungkan membawa erti
isteri yang banyak atau berbilang-bilang. Maka poligani bolehlah dimaksudkan sebagai berkahwin
lebih daripada seorang iaitu lawan kepada perkataan monogami yang membawa erti berkahwin
dengan seorang wanita sahaja.

4.0 HUKUM POLIGAMI


Pada asalnya, hukum poligami adalah harus berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah Al-Nisa’
ayat 3:
ِ ِ ِ ِ
َ َ‫اب لَ ُكم ِِّم َن النِ َسآء َمثْ ََن َوثُل‬
‫ث َوُربَ َع‬ ُ ‫َوإِن خ ْفتُ ْم أَالَّ تُ ْقسطُوا ِِف اليَ تَ َامى فَانك‬
َ َ‫حوا َماط‬
[Surah Al-Nisa’:3]
Maksudnya: dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap anak yatim, maka berkahwinlah
dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan, dua, tiga atau empat
5

Namun begitu, hukum poligami ini boleh berubah menjadi sunat, makruh, dan haram mengikut
situasi dan keadaan seseorang individu yang menginginkan poligami. Hukum poligami jatuh
menjadi sunat apabila seseorang lelaki memerlukan isteri lain dengan keadaan bahawa isterinya
itu sakit atau mandul dan dia menginginkan seorang anak bahkan yakin mampu untuk berlaku adil
kepada kedua-duanya. Hal ini kerana terdapat maslahat yang dibenarkan oleh syara malahan para
sahabat juga berkahwin lebih daripada seorang isteri. Seterusnya sekiranya poligami berlaku tanpa
sebarang keperluan, hanya untuk menambah keseronokan maka hukumnya adalah makruh. Ia juga
menjadi makruh sekiranya suami itu ragu-ragu dengan keupayaannya untuk berlaku adil terhadap
isteri-isterinya. Hal ini dapat menyebabkan berlakunya kemudaratan akibat tidak berlaku adil.
Yang terakhir, hukum poligami menjadi haram apabila seorang lelaki berasa ragu atau yakin tidak
mampu berlaku adil sekiranya berkahwin lebih daripada seorang perempuan sama ada disebabkan
oleh kefakirannya, kelemahannya atau tidak yakin dapat mengelakkan dirinya daripada cenderung
kepada mana-mana isteri atau bersikap aniaya. Hal ini kerana ia akan menimbulkan kemudharatan
kepada orang lain. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Nisa’ ayat 3:
ۗ ِ ِ ِ ِ ِ
‫ك اَْد ٰىٰن اََّال تَعُ ْولُْوا‬ ْ ‫فَا ْن خ ْفتُ ْم اََّال تَ ْعدلُْوا فَ َواح َدةً اَْو َما َملَ َك‬
َ ‫ت اَْْيَانُ ُك ْم ۗ ٰذل‬
[Surah Al-Nisa’:3]
Maksudnya: Tetapi jika kamu khawatir tidak akan mampu berlaku adil, maka (nikahilah) seorang
saja, atau hamba sahaya perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu lebih dekat agar kamu
tidak berbuat zalim
Walaupun begitu, sekiranya seseorang lelaki berpoligami dalam dua keadaan terakhir iaitu
makruh dan haram, aqad perkahwinan tersebut tetap sah yang mana ia menghalalkan pergaulan,
mewajibkan pemberian mas kahwin, nafkah dan seumpama dengannya. Bagi poligami dalam
keadaan ketiga pula, walaupun hukumnya haram ianya tidak membatalkan akad namun hanya
berdosa sahaja.

5.0 SYARAT BERPOLIGAMI


Sebagai sesuatu perkara yang dihalalkan syarak, maka poligami juga mempunyai beberapa syarat-
syarat terhadap pelakunya. Antara syarat- syarat tersebut ialah:

5.1 Berlaku Adil Terhadap Isteri


Berlaku adil merupakan syarat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT sebagai syarat untuk
melakukan poligami di mana para suami perlulah berlaku adil dan memberi layanan yang sama
rata terhadap isteri-isterinya selari dengan Firman Allah SWT dalam Surah Al-Nisa’ ayat 3:
ِ ‫ث ورَبع فَإِ ْن ِخ ْفتُم أََّال تَع ِدلُوا فَو‬ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ
ً‫اح َدة‬َ ْ ْ َ َ ُ َ َ ‫اب لَ ُك ْم م َن النِّ َساء َمثْ َ َٰن َوثََُل‬ َ َ‫حوا َما ط‬ ُ ‫َوإ ْن خ ْفتُ ْم أََّال تُ ْقسطُوا ِِف الْيَ تَ َام ٰى فَانْك‬
ِ
‫ٰن أََّال تَعُولُوا‬ َ ‫ت أَْْيَانُ ُك ْم ۚ ٰذَل‬
َٰ ‫ك أ َْد‬ ْ ‫أ َْو َما َملَ َك‬
[Surah Al-Nisa’:3]
Maksudnya: “Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan
yang yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu
senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka
(kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih
dekat kepada tidak berbuat aniaya.”
6

Berlaku adil terhadap para isteri di sini adalah dari segi pemberian nafkah seperti pakaian dan
tempat tidur, penggiliran dan juga perkara yang bersifat lahiriah. Seperti contoh, jika suami
bermalam di rumah isteri pertama selama tiga hari berturut-turut, maka hendaklah dilakukan
perkara yang sama terhadap isterinya yang kedua, ketiga dan keempat. Sama juga seperti
pemberian nafkah hendaklah adil dan tidak berlaku bias terhadap para isteri. Jika tidak mampu
berlaku adil, maka cukup hanya dengan seorang isteri sahaja sepertimana firman Allah juga dalam
Surah Al-Nisa’ ayat 129:
َّ ‫حوا َوتَتَّ ُقوا فَإِ َّن‬ ِ ُ‫ولَن تَستَ ِطيعوا أَ ْن تَع ِدلُوا بْي النِِّس ِاء ولَو حرصتم فَ ََل ََتِيلُوا ُك َّل الْمي ِل فَتَ َذروها َكالْمعلَّ َق ِة ۚ وإِ ْن ت‬
َ‫اَّلل‬ ُ ‫صل‬
ْ َ َُ َ ُ َْ ُ ْ َ َ ْ َ َ ََْ ْ ُ ْ َْ
ِ
ً ‫َكا َن غَ ُف ًورا َرح‬
ْ‫يما‬ Commented [NM1]: format font??

[Surah Al-Nisa’:129]
Maksudnya: “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu),
walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung
(kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu
mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang”

5.2 Kemampuan Memberikan Nafkah


Dalam Islam, seseorang yang hendak berpoligami perlulah mempunyai kemampuan untuk
memberikan nafkah kepada isteri-isterinya. Hal ini kerana, Islam merupakan agama yang suci dan
mudah serta tidak pula ia membebankan seseorang. Maka, kemampuan merupakan salah satu
syarat untuk berpoligami. Apabila seorang lelaki berkahwin dengan lebih dari seorang isteri, maka
kewajipan dan tanggungjawabnya bertambah lebih-lebih lagi dari segi pemberian nafkah.
Pemberian nafkah terhadap isteri dari segi bahasa membawa maksud harta yang diinfaqkan atau
dibelanjakan kepada seseorang manakala dari segi istilah ialah perkara yang diwajibkan ke atas
suami untuk memberikan isteri dan anak-anaknya, pakaian, makanan, tempat tinggal yang
sebaiknya.
‫ْس َوَها إِذَا‬ ِ ِ َ َ‫َح ِد ََن َعلَْي ِه ق‬ ِ ِ َ ‫ال قُلْت َي رس‬
َ ‫ال أَ ْن تُطْع َم َها إِذَا طَع ْم‬
ُ ‫ت َوتَك‬ َ ‫ول هللا َما َح ُّق َزْو َجة أ‬ ُ َ َ ُ َ َ‫ي ق‬ ِِّ ‫َع ْن ُم َعا ِويَةَ الْ ُق َش ِْْي‬
ُ ْ‫ب الْ َو ْجهَ َوالَ تُ َقبِِّ ْح َوَال ََت‬
‫ج ْر إِالَّ ِِف الْبَ ْيت‬ ْ ‫ض ِر‬ َ ‫ا ْكتَ َسْي‬
َ ‫ت أ َْو ا ْكتَ َسْب‬
ْ َ‫ت َوالَ ت‬ Commented [NM2]: gaya ukm

[Hadis riwayat Abu Daud 2142]


Yang bermaksud: “Dari Mu’awiyah al Qusyairi Radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: Aku berkata:
“Wahai, Rasulullah. Apa hak isteri salah seorang dari kami yang menjadi kewajiban suaminya?”
Beliau menjawab”Engkau memberi makan kepadanya, jika engkau makan. Engkau memberi
pakaian kepadanya, jika engkau berpakaian. Janganlah engkau pukul wajahnya, janganlah
engkau memburukkannya, dan janganlah engkau meninggalkannya kecuali di dalam rumah”. [HR
Abu Dawud no. 2142, Ibnu Majah no. 1850. Syaikh al Albani mengatakan: “Hasan shahih”].

5.3 Kemampuan Menjaga Kehormatan Isteri-Isterinya


Para suami yang ingin berpoligami juga hendaklah berkemampuan dari segi memberikan nafkah
batin di mana jika tidak mampu ianya boleh membawa kepada kerosakan dalam institusi rumah
tangga. Seperti Hadis Nabi SAW:
ٌ‫لص ْوِم فَإِنَّهُ لَهُ ِو َجاء‬
َّ ‫استَطَاعَ ِمنْ ُك ْم الْبَاءَةَ فَلْيَ تَ َزَّو ْج َوَم ْن ََلْ يَ ْستَ ِط ْع فَ َعلَْي ِه َِب‬ ِ َ‫ََي َم ْع َشر الشَّب‬
ْ ‫اب َم ْن‬ َ
[Hadis riwayat Bukhari 5065]
7

“Wahai jama’ah para pemuda, barangsiapa di antara kamu mampu menikah, hendaklah dia
menikah. Dan barangsiapa tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa, karena puasa itu pemutus
syahwat” [HR Bukhari, no. 5065, Muslim, no. 1400].

6.0 FAKTOR BERPOLIGAMI


Bagi faktor-faktor poligami, tidak terdapat perbincangan yang terperinci dalam penulisan-
penulisan kitab fiqh dalam Islam. Namun, perbincangan tentang faktor-faktor berpoligami ini
muncul di kemudian hari yang memenuhi fungsi demografi, sosio-budaya dan kehendak seksual
dalam kalangan masyarakat yang menunjukkan bahawa terdapat kelompok masyarakat yang
berpoligami atas faktor-faktor berikut.

6.1 Kekuatan Nafsu Kaum Lelaki


Menurut Fiqh Al- Manhaji dalam bahagian kekeluargaan dalam Islam, jika seseorang lelaki
yang mempunyai nafsu yang kuat terhadap perempuan dan isterinya pula tidak mempunyai
keinginan secara fitrah atau sakit, maka adalah lebih baik dia melaksanakan poligami dalam
kehidupannya. Hal ini adalah bertujuan untuk mengelakkan lelaki seperti ini yang mempunyai sifat
nafsu yang kuat menghancurkan agama dengan berzina dan membiarkan keinginannya terpendam
yang boleh membawa kepada kerosakan yang lebih besar.

6.2 Isteri Yang Tidak Dapat Memberikan Zuriat (Mandul)


Dalam keadaan ini, apabila suami dan isteri tersebut saling menyanyangi namun si isteri
tidak dapat memberikan zuriat atau dalam kata lain si isteri tersebut mandul, maka jalan
penyelesaian yang terbaik bagi menjaga kepentingan pasangan suami isteri tersebut adalah dengan
membenarkan lelaki tersebut mengahwini wanita lain di samping lelaki tersebut menjaga isterinya
yang pertama dan tidak menganiaya.

6.3 Bilangan Kaum Wanita Yang Lebih Ramai Dari Kaum Lelaki
Keadaan sekarang di mana kaum wanita lebih ramai daripada kaum lelaki telah
mengharuskan pelaksanaan poligami terhadap lelaki. Hal ini adalah dilihat sebagai suatu usaha
yang bersifat kemanusiaan yang dituntut oleh maruah dan juga naluri dengan cara memberikan
kasih sayang terhadap wanita, melindunginya serta menyara kehidupan, memberikannya zuriat
dan juga memenuhi keinginan dan keperluan wanita. Kita juga tidak boleh menolak kenyataan
bahawa Nabi Muhammad juga mengahwini lebih daripada seorang wanita atas dasar bersifat
kemuliaan dan melindungi wanita-wanita tersebut. Terdapat keadaan di mana bangsa Eropah yang
beragama Nasrani mengharamkan poligami lalu berlakulah pengkhianatan dalam hubungan
perkahwinan dan menyebabkan ramai perempuan tidak berumahtangga.

7.0 HIKMAH BERPOLIGAMI


Setiap pensyariatan hukum Allah sudah pasti mempunyai hikmah dan kemaslahatan yang
tersendiri. Begitu juga dengan poligami yang mempunyai hikmahnya tersendiri. Tuan Guru Haji
Abdul Hadi Awang telah menerangkan dalam kitab Tafsir at-Tibyan mengenai hikmah dan
kelebihan berpoligami menurut Islam, antaranya ialah kaum lelaki dapat mencegah diri mereka
8

daripada melakukan kemaksiatan, mendapatkan zuriat anak yang lagi ramai dan mengatasi
bilangan wanita yang semakin ramai daripada bilangan lelaki (Syamimi Amira & Najah Nadiah
2021).
Hikmah poligami yang pertama iaitu kaum lelaki dapat mencegah diri mereka daripada
melakukan kemaksiatan. Hal ini disebabkan kerana mereka mempunyai nafsu syahwat yang tinggi
dan terdapat sesetengah para suami tidak cukup baginya seorang isteri sahaja. Zaini Nasohah
(2000) ada menjelaskan beberapa faktor bagi para suami yang merasakan seorang isteri sahaja
tidak memadai baginya. Antaranya ialah keuzuran semulajadi pada wanita seperti haid dan nifas.
Disebabkan isterinya berada dalam keadaan-keadaan seperti itu, suami tidak dapat menahan nafsu
dan tidak dapat mengawal nafsunya. Bukan itu sahaja, usia isteri yang semakin berusia atau tidak
mampu memenuhi kewajibannya sebagai seorang isteri juga merupakan salah satu faktor
daripadanya. Oleh hal demikian, Islam membenarkan dan mengharuskan suami untuk berpoligami
supaya tidak terjerumus kepada penzinaan.
Selain itu, hikmah poligami yang kedua iaitu untuk mendapatkan zuriat anak yang lagi
ramai daripada isteri yang baharu. Hal ini disebabkan kerana isteri pertama disahkan mandul atau
terdapat penyakit lain yang menghalangnya untuk mengandung seperti usia isteri sudah terlalu tua,
memasuki tempoh menopause iaitu haidnya terputus atau mempunyai penyakit yang lain. Maka,
suami itu dibenarkan untuk berkahwin lagi dengan wanita lain dan tidak menceraikan isteri yang
sedia ada. Bahkan Islam juga telah menerangkan dalam konteks pemilihan calon isteri mestilah
didahulukan wanita yang boleh melahirkan anak yang ramai berbanding dengan wanita yang
mandul (Zaini Nasohah 2000).
Di samping itu, hikmah berpoligami juga adalah untuk mengatasi bilangan wanita yang
semakin ramai daripada bilangan lelaki. Ini disebabkan kerana kaum lelaki kehilangan nyawa
mereka ketika menyertai peperangan dan telah menyebabkan bilangan wanita semakin bertambah
berbanding lelaki (Zaini Nasohah 2000). Oleh hal demikian, ramai wanita menjadi janda dan tidak
dilupakan juga bagi para gadis yang kehilangan tunangnya. Dan sudah tentu mereka juga
memerlukan perlindungan, kasih sayang dan mereka juga ingin merasa nikmat kehidupan berumah
tangga serta berkeluarga. Justeru itu, disebabkan kekurangan kaum adam, maka para lelaki atau
para suami yang mempunyai kemampuan yang cukup dibolehkan untuk menikahi para gadis atau
wanita janda.

8.0 POLIGAMI DALAM UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA


Semua negeri di Malaysia mempunyai peruntukan khusus tentang amalan berpoligami dalam
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam masing-masing. Sebelum penyeragaman Akta atau
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam negeri-negeri dilaksanakan, prosedur permohonan
poligami di beberapa buah negeri didapati tidak seragam. Namun pada bulan Mac 2001, Majlis
Raja-Raja telah mempersetujui penyeragaman Akta dan Enakmen Undang-Undang Keluarga
Islam negeri-negeri berdasarkan Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan yang
mana telah membawa kepada beberapa pindaan penting dalam peruntukan undang-undang tentang
poligami di kebanyakkan negeri di negara ini.
Dalam undang-undang Islam, seorang suami dibenarkan untuk berpoligami sekiranya
mendapat kebenaran daripada Mahkamah Syariah. Perkara ini diperuntukkan dalam Seksyen 23(1)
Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 yang mana menurut
seksyen 23(3) AUKI 1984, permohonan suami hendaklah dikemukakan kepada mahkahmah
9

mengikut cara yang ditetapkan dan disertai dengan suatu akuan. Akuan tersebut hendaklah
mengandungi alasan untuk berpoligami ini patut dan perlu, keadaan kewangan suami dengan
memberi butir komitmennya dan kewajipan dan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan
serta bilangan tanggungan termasuk orang yang akan ditanggungnya berikutan dengan
perkahwinan baru yang dicadangkan. Pemohon juga kena menyatakan sama ada izin atau
pandangan isteri atau isteri-isteri telah diperoleh mengenai perkara tersebut. Mahkamah dalam
memberi pertimbangan akan mengambil kira empat syarat kebenaran berpoligami sebagaimana
yang diperuntukkan dalam seksyen 23(4) AUKI 1984 iaitu:
a. Perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu memandang kepada keadaan
isteri dari segi kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk
persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi untuk pemulihan hak-hak persetubuhan atau gila.
b. Pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak syarak untuk menanggung semua
isteri dan tanggungannya termasuk orang yang bakal ditanggungnya berikutan dari
perkahwinan yang baru.
c. Pemohon berupaya memberikan layanan sama rata kepada semua isteri mengikut kehendak
hukum syarak.
d. Perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syari’e kepada isteri.

9.0 CABARAN BERPOLIGAMI


Kehidupan rumah tangga berpoligami atau bermadu tidak seperti manisnya madu yang dihasilkan
lebah. Pasti akan ada cabaran yang perlu dihadapi bagi pihak suami dan isteri-isteri dalam
menguruskan rumah tangga. Berdasarkan kajian Samsiah Jayos dan Atikah Yadzi (2020) terdapat
dua skop cabaran yang umumnya dihadapi isteri-isteri dalam menjalani perkahwinan poligami
iaitu cabaran dalaman dan juga cabaran luaran.
Cabaran dalaman adalah dari segi emosi, mental dan rohani. Menurut mereka, terdapat
lapan jenis perasaan yang dirasai oleh responden dari pihak isteri yang dipoligami. Ia terdiri
daripada sifat marah, sakit hati, cemburu, takut, malu, gembira, dihargai serta sayang. Hal ini
kerana seorang wanita akan memasuki siri-siri cabaran emosi yang rumit apabila suami berkahwin
lagi (Nurul Adni 2012). Tidak dinafikan tindakan sesetengah suami yang berkahwin lain secara
rahsia tanpa makluman isteri akan menganggu kesejahteraan rumah tangga seterusnya muncul
perasaan sakit hati dan benci kepada madunya (Rizki Zulaikha 2008, Lathifah Nur Lailiyah et. Al
2015). Selain itu, cabaran mental yang dihadapi oleh isteri adalah kerana agama, jodoh, anak-anak,
prinsip hidup, kehidupan tanpa seorang suami, pasrah dan redha. Justeru, melalui pemikiran-
pemikiran yang timbul ini mereka membuat keputusan untuk melangsungkan kehidupan dengan
menerima amalan poligami dalam rumah tangga mereka (Samsiah Jayos & Atikah Yadzi 2020).
Manakala dari segi rohani, peribadi dalaman dan jiwa rohaniah yang tinggi memberi kekuatan
kepada seorang wanita untuk menghadapi kehidupan bermadu (Hushim Salleh). Para isteri yang
mengamalkan poligami dalam Jemaah Global Ikhwan misalnya berpegang kepada prinsip takdir
dan ketentuan yang ditetapkan kepada manusia. Melalui keyakinan dan kecintaan kepada Allah,
poligami merupakan jalan yang membenarkan individu itu lebih berpaut pada Allah berbanding
kepada suami. Yang demikian konsep cinta bagi mereka adalah kedudukan kecintaan Allah
sebagai cinta yang terbaik dan suami adalah alat untuk menggapai nikmat cinta Agung itu (Farrah
Wahida, Adam Badrulhisham 2018).
10

Seterusnya, cabaran luaran menurut Samsiah Jayos dan Atikah Yadzi (2020) dalam
berpoligami adalah disebabkan faktor jasmani, ekonomi dan interaksi sosial. Tahap kesihatan
fizikal umpamanya amat penting bagi suami untuk memberi nafkah zahir serta batin kepada isteri-
isterinya (Falen 20208). Malah keadaan tubuh badan yang baik mampu mempengaruhi kesihatan
mental seseorang untuk kekal positif dalam mengatasi sebarang rintangan dalam hidup bermadu
(Idha 2007, Irfan 2014, Samsiah Jayos & Atikah Yadzi 2020). Kemudian, cabaran berpoligami
dari faktor ekonomi adalah status kewangan suami atau para isteri. Menurut Raihanah Abdullah
(1997) taraf ekonomi sesebuah keluarga dapat ditingkatkan dengan perkahwinan poligami apabila
pihak isteri-isteri dijadikan sebagai sumber tenaga kerja. Contohnya, antara faktor pengamal
poligami dalam Jemaah Global Ikhwan berkahwin lebih daripada seorang adalah untuk
mengumpul kekuatan ekonomi dan pembentukan sebuah ‘company’ yang berjaya sebagai satu aset
yang besar (Farrah Wahida, Adam Badrulhisham 2018). Namun begitu, asas perkahwinan seperti
ini tidak terletak pada perasaan dan cinta (Raihanah Abdullah 1997). Walau bagaimanapun,
masalah pengabaian nafkah juga sering berlaku dalam perkahwinan poligami. Suzana Ghazali
sebagai Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie menyatakan beliau menerima banyak
kes melibatkan isu poligami yang membabitkan isu nafkah dan giliran (Berita Harian 2021). Akhir
sekali, cabaran berpoligami dari sudut interaksi sosial antara hubungan seorang isteri dengan
suami, anak-anak, isteri lain serta anak tiri. Jika masalah ini tidak diatasi dengan baik, objektif
sebuah perkahwinan yang dibina yang berhajatkan kepada keluarga bahagia seperti dinyatakan
Faezah Musthapar, Raihanah Azahari dan Bahiyah Ahmad (2020) akan sukar dicapai. Malah
keharmonian sebuah keluarga akan terganggu dan sulit dalam menggapai hikmah berumah tangga
ۚ ۡ
iaitu sakinah, mawaddah dan rahmah seperti yang difirmankan Allah SWT:
ۡ ۡ ۡ ِ ‫َوِم ۡن ءايٰتِ ِهىۦ أ َۡن خلَق لَ ُكم ِم ۡن أَنف ِس ُك ۡم أ َۡزو‬
‫ٰت لَِِّق ۡوٍم يَتَ َف َّك ُرون‬
ٍ ‫ك ََلىي‬ِٰ
َ َ ‫ٰجا لِّتَس ُكنُ ىواْ إِلَي َها َو َج َع َل بَي نَ ُكم َّم َوَّدةً َوَرۡحَةً إِ َّن ِِف ذَل‬
ًَ ُ ِّ َ َ ََ َ
[Surah Al-Rum: 21]
Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya, bahawa
Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya
kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami
isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”.
Justeru komunikasi dan interaksi sosial yang baik adalah elemen penting yang perlu
dikuasai dalam hubungan antara suami dan isteri-isteri khususnya. Melalui komunikasi ia mampu
mengelak salah faham di samping meningkatkan kasih sayang dengan menzahirkan perkataan dan
perbuatan yang mesra kepada pasangan (Hariyati Ariffin 2013). Hal ini seterusnya dapat
membentuk keluarga bercirikan sakinah iaitu ketenangan yang dimainkan melalui peranan
hubungan erat suami isteri (Faezah Musthapar, Raihanah Azahari & Bahiyah Ahmad 2020).

10.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji berkaitan dengan konsep
poligami dapat memberikan sumbangan dalam penemuan ilmu baru. Hal ini demikian kerana,
kajian yang dibuat adalah berkaitan dengan mendalami konsep poligami menurut perspektif Islam
yang tidak dikaji oleh mana-mana pengkaji lagi. Secara keseluruhannya, melalui kajian ini,
pengkaji dapat mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan konsep poligami menurut perspektif
Islam.
11
12

11.0 RUJUKAN

Al-Quran
Ab Rahim Md Arshad, Nasrul Hisyam Nor Muhamad & W Zainuzzaman Wan Abdullah. 2018.
Pengajian Fiqh: Muamalat, Munakahat, Mirath & Jenayah. Tech Production, Kuala
Lumpur.
Ahmad Munawwar Ismail & Mohd Nor Shahizan Ali. 2020. Mengenali Kuantitatif & Kualiti
Dalam Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi: Penerbit FPI Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Hariyati Ariffin. 2013. Strategi Pujuk Rayu Dalam Perkahwinan: Tanggapan dan Pengalaman
Lelaki Melayu Dalm Konteks Komunikasi Interpersonal. Prosiding Seminar Penyelidikan
Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013, 107-118.
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Edisi keempat. Maksud Poligami.
https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=poligami [29 Mei 2022].
Khairuddin bin Haiyon. 2018. Bicara Poligami Siri 2. Jabatan Agama Islam Selangor,16 Oktober:
https://www.jais.gov.my/v2/page.php?id=390&k=poligami [3 Jun 2022].
Nabila Farhana Yahya & Mek Wok Mahmud. 2020. Antara Kewajipan dan Keinginan Nafsu
Berpoligami Dalam Membentuk Keluarga Bahagia. Journal of Islam in Asia 17(3), 241-
267.
Nur Faezah Musthapar, Raihanah Azahari & Bahiyah Ahmad. 2020. Sakinah Mawaddah dan
Rahmah Dalam Perhubungan Suami Isteri: Analisis Literautur. Jurnal Syariah 28(1), 81-
104.

Raiham Mohd Sanusi. 2021. Suami Boleh Berpoligami Walau Isteri Tak Setuju. Sinar Harian, 8
Januari: https://www.sinarharian.com.my/article/118135/KHAS/Wacana/Suami-boleh-
berpoligami-walau-isteri-tak-setuju [31 Mei 2022].

Raihanah Haji Abdullah. 1997. Amalan Poligami di Kalangan Orang-Orang Islam di Malaysia.
In: Seminar Kakitangan Jabatan Syariah dan Undang-Undang Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya: Universiti Malaya.

Saadiah Ismail. 2021. Fahami Urusan Poligami Demi Perkukuh Institusi Keluarga. Berita Harian,
2 Mac: https://www.bharian.com.my/wanita/keluarga/2021/03/791717/fahami-urusan-
poligami-demi-perkukuh-institusi-keluarga [31 Mei 2022].
Samsiah Jayos & Nur Atikah Mohd Yadzi. 2018. Perkongsian Cabaran Perasaan dan Pemikiran
Klien Wanita Hidup Bersama Suami Yang Berpoligami. Jurnal At-Taujih Bimbingan dan
Konseling Islam 1(1), 32-49.
Samsiah Jayos & Nur Atikah Mohd Yadzi. 2020. Perkongsian Cabaran Dalaman dan Luaran
Klien Wanita Berpoligami Oleh Kaunselor Muslim di Pualu Pinang Malaysia. Jurnal At-
Taujih Bimbingan dan Konseling Islam 3(1), 1-13.
Siti Zubaidah Bt Ramli, Hana Duerama & Farrah Wahida Bt Mustafar. 2018. Realiti Keluarga
Poligami: Komunikasi Nafkah Menurut Perspektif Mazhab Syafi’i. Jurnal ‘Ulwan.
Syamimi Amira Shamsul Baharin & Najah Nadiah Amran. 2021. Pendekatan Penafsiran Tuan
Guru Haji Abdul Hadi Awang Berkaitan Isu Wanita dan Perkahwinan. Tinta Artikulasi
Membina Ummah 7(2), 24-39.
Zaini Nasohah. 2000. Poligami: Hak Keistimewaan Menurut Syariat Islam. Cheras: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
13

Zulkifli Mohamad Al-Bakri. 2017. Al-Fiqh Al-Manhaji: Kekeluargaan Islam Dalam Fiqh Al
Syafi’i. Darul Syakir Enterprise. Kuala Lumpur.

You might also like