Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN

HBML3203

TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

SEMESTER SEPTEMBER 2016

NAMA : ROSLAN BIN BETAAN

ID PELAJAR : 740105125701001

IC NO : 740105125701

NOMBOR TELEFON : 0128322155

E-MEL : roslan5701@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH LEARNING

CENTRE
1.0 Pengenalan

Bahasa melayu merupakan salah satu matapelajaran teras di semua sekolah


rendah dan menengah mengikut dasar pendidikan kebangsaan yang termaktub dalam
Akta pendidikan 1996. Bahasa melayu merupakan bahasa rasmi negara kita Malaysia
dan merupakan bahasa yang telah wujud di nusantara sejak awal lagi. Sebagai bahasa
rasmi yang digunakan di Malaysia , bahasa melayu bukan sahaj merupakan bahasa
pertuturan namun juga merupakan bahasa yang menjadi symbol perpaduan antara
kaun melayu, cina dan india serta etnik sabah dan Sarawak kerana melalui bahasa
melayu, semua pihak boleh berhubung dan berinteraksi satu sama lain membentuk
satu negara yang aman damai serta maju jaya. Bahasa melayu dijadikan bahasa teras
di sekolah bagi memupuk semangat cintakan bahasa melayu dan juga semangat cinta
akan tanah air. Kurikulum bahasa melayu di sekolah rendah diperkenalkan bagi
memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek,emosi, rohani dan jasmani.Kurikulum bahasa
melayu ini digubal dengan menyediakan satu kaedah yang membantu murid untuk
menguasai teknik berbahasa dan berkonumikasi dngan teknik yang tepat serta
menggunakan teknik peraturan tatabahasa secara tepat. Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu sekolah rendah merangkumi kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar
dan Bertutur,Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis.

Di dalam aspek kemahiran mendengar, bertutur membaca dan menulis ini


sebenarnya terdapat satu aspek yang mengikat dan bertanggungjawab
menyempurnakan kesemua aspek kemahiran bahasa ini iaitu kemahiran pengunaan
tatabahasa. Di dalam tatabahasa terdapat beberapa peraturan yang perlu difahami dan
juga dipatuhi untuk menghasilkan satu karya atauun wacana yang sempurna dan dapat
difahami. Wacana merupakan satu gabungan unit bahasa yang mana akan membentuk
satu penulisan yang lengkap. Wacana terbahagi kepada beberapa jenis yang mana
akan dijelaskan dengan lebih lanjut di dalam huraian ini.
2.0 Konsep wacana

Liguistik adalah satu cabang yang mengkaji tentang unit bahasa. Dalam
pengertian linguistik, wacana adalah unit bahasa yang lebih besar daripada kalimat.
Apa sahaja perkara yang mempunyai ayat dan perkataan yang emlibatkan bahasa
adalah wacana. Wacana adalah satu hasil akhir gabungan daripada beberapa ayat dan
perkataan. Wacana oleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu wacana lisan dan juga
wacana penulisan.

Henry Guntur Tarigan (1987), mengemukakan bahwa wacana adalah satuan


bahasa yang paling lengkap, lebih tinggi dari klausa dan perkataan, memiliki kohesi
dan koherensi yang baik, mempunyai awal dan akhir yang jelas, berkesinambungan,
dan dapat disampaikan secara lisan atau tertulis.

Stubbs, 1983 mengatakan wacana merupakan kesatuan bahasa yang lebih


besar daripada ayat atau klausa. Dengan perkataan lain wacana wacana merupakan
unit-unit linguistik yang lebih besar daripada ayat atau klausa, seperti pertukaran-
pertukaran percakapan atau teks-teks tulisan.

Edmondson, 1981 mengatakan wacana merupakan satu peristiwa yang


berstruktur yang dimanifestasikan dalam perilaku linguistik (atau yang lainnya),
sedangkan teks adalah suatu urutan ekspresilinguistik yang berstruktur dan
membentuk suatu keseluruhan yang padu atau unit.

Wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat, kerana itu ia boleh
terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, dialog, siri buku dan
sebagainya yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan
perkembangan fikiran yang berturutan. Menurut beliau lagi, wacana merupakan
kesatuan bahasa yang lengkap. (Raminah Haji Sabran, 1984)

Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat, yang di dalamnya
memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan
seperti ayat, sejumlah ayat, ceraian, perenggan, bab, buku, novel, cerpen, cerita,
dialog, siri buku (cerita) dan sebagainya.(Asmah Hj Omar,1982)
Terdapat lapan unsur-unsur penting dalam wacana iaitu :

1. satuan bahasa

2. terlengkap

3. mengatasi ayat atau klausa

4. teratur atau tersusun rapi

5. berkesinambungan

6. kohesi

7. lisan atau tulisan

8. awal dan akhir yang nyata.

CIRI- CIRI WACANA

Menurut Beaugrande dan Dressler (1981), terdapat tujuh ciri ketekstualan yang perlu
dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang utuh, iaitu;

1. tautan (kohensi)

2. runtutan (koheren)

3. tujuan

4. penerimaan

5. maklumat

6. keadaan

7. interteks
Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan edisi Ketiga pula, ciri-ciri dalam
sebuah wacana yang utuh iaitu,

1. kohesi (tautan)

2. koheren (runtutan)

3. tujuan sesuatu wacana

4. penerimaan oleh pendengar atau pembaca,

5. maklumat yang terkandung,

6. keadaan yang mewujudkan wacana

7. Interteks (peranan wacana–wacana lain yang membantu pendengar atau


pembaca memahami apa yang didengar atau dibaca)

Setiap wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan perlu
mempunyai tujuan. Tujuan sesuatu wacana ini ditentukan oleh penghasil wacana
tersebut sama ada penulis atau pembicaranya. Sesuatu wacana perlu mempunyai
tujuan untuk menimbulkan interaksi yang komunikatif. Tujuan ini akan menentukan
jenis wacana yang digunakan. Jika tujuan seseorang adalah untuk mendapatkan
maklumat, ayat yang sering digunakan ialah ayat Tanya, tetapi jika seseorang itu ingin
menyatakan atau menerangkan sesuatu, ayat yang digunakan ialah ayat penyata.
3.0 Konsep Koheren

Konsep koheren adalah kaitan antara satu perenggan dengana perenggan yang
lain yang mana akan menjadikan satu wacana itu mempunyai makna. Oleh itu,
koheren merupakan asas dalam pembinaan wacana kerana sesuatu teks itu dianggap
sebagai wacana jika teks tersebut mempunyai makna.

4.0 Konsep Kohesi

Tautan atau kohesi ialah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik
dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana untuk menghasilkan
wacana yang mantap. Keserasian hubungan ini lazimnya dilihat melalui
hubungan antara sesuatu perkataan, frasa atau ayat dengan perkataan, frasa
atau ayat lain yang terdapat dalam wacana tersebutKohesi juga merujuk
kepada idea atau esei yang dijalin rapi hingga menjadi bersepadu.

 Contoh menunjukkan
kesinambungan idea melalui
Penyakit kencing manis
perkataan kencing manis,
merupakan salah satu
penyakit dan masalah ini.
penyakit yang merbahaya.
Contoh ayat-ayat yang Kesinambungan idea ini telah
Penyakit kencing manis
kohesi: menjadikan ayat-ayat
adalah salah satu penyakit
tersebut bertaut di antara satu
yang menyumbang kepada
sama lain untuk membentuk
kes kematian di negara kita
wacana yang bermakna.
Malaysia.

Berdasarkan teks, setiap ayat


mempunyai tautan. Tetapi
Laila memakai tudung
teks tersebut tidak
berwarna biru. Laila
merupakan wacana kerana
Contoh ayat-ayat yang tidak merupakan pelajar universiti
teks tersebut tidak bermakna
kohesi Malaysia sabah. Laila pergi
dan tidak difahami. Malahan,
ke pasar menggunakan kereta
teks tersebut tidak
ayahnya.
mempunyai kesinambungan
idea atau tidak koheren.
5.0 Wacana dalam penulisan argumentatif

Penulisan argumentative ataupun wacana argumentative adalah satu wacana

yang bertujuan untuk mempengaruhi pembaca untuk menerrima idea-idea, pendapat

ataupun pertanyaan yang diberikan oleh penulis. Secara langsung, penulisan ataupun

wacana yang berbentuk argumentatif adalah wacana yang digunakan untuk menarik

minat pembaca ataupun audiens. Tujuan penulisan ini adalah untuk menjadikan

pembaca yakin dan tertarik dengan seseatu wacana yang cuba untuk disampaikan.

Terdapat beberapa ciri di dalam wacana argumentatif iaitu

1. Terdapat satu pernyataan ataupun pendapat

2. Terdapat alasan dan juga fakta yang boleh menyokong

3. Hujah dan kebenaran dalam pendapat wacana yang ditulis.

Tujuan yang ingin dicapai melalui wacana argumentatif ialah :

1. Melontarkan pandangan / pendirian

2. Mendorong atau mencegah

3. Mengubah tingkah laku pembaca

4. Menarik simpati
6.0 Wacana dalam penulisan deskriftif

Wacana deskripsi adalah wacana yang menggambarkan sesuatu dengan jelas

dan terperinci. Wacana deskripsi bertujuan melukiskan atau memberikan gambaran

terhadap sesuatu dengan sejelas-jelasnya sehingga pembaca seolah-olah dapat

melihat, mendengar, membaca atau merasakan hal yang dideskripsikan. Oleh sebab

itu deskripsi yang baik adalah deskripsi yang dilengkapi dengan hal-hal yang dapat

merangsang panca indra. Contoh : seperti keadaan banjir, suasana dipasar dan

sebagainya.

Ciri karangan ataupun wacana deskriftif

1. Menentukan topik karangan deskripsi.

2. Merumuskan tujuan mengarang desskripsi.

3. Mencari, mengumpulkan ataupun memilih bahan.

4. Membuat kerangka karangan.

5. Mengembangkan karangan.

You might also like