Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN

KAMPUNG (JKKK)
Kampung Bukit Kinyau
96100 Sarikei Sarawak.
Emel : bukitkinyau4@gmail.com

Ruj. Kami : JKKK/BK/SURAT/(22)


Tarikh : 15 Ogos 2023

BAHAGIAN PENGURUSAN BENCANA,


Pejabat Daerah Sarikei,
Tingkat 8, Wisma Jubli Mutiara, Jalan Bersatu,
96100 Sarikei,
SARAWAK

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN AIR MINUMAN BAGI KEGUNAAN PENDUDUK KAMPUNG


BUKIT KINYAU SARIKEI [70 BUAH KELUARGA].
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, saya ingin memohon sumbangan air minuman
daripada pihak tuan bagi kegunaan penduduk kampung ini.

2. Untuk makluman pihak tuan, bekalan air bersih atau air hujan penduduk kampung telah
berkurangan kerana cuaca panas disebabkan kadar hujan turun yang amat rendah pada ketika ini. Hal
ini juga amat perlu memandangkan kampung ini tiada sistem bekalan air terawat dan hanya
bergantung kepada air telaga yang tidat terawat bagi kegunaan harian.

3. Oleh itu, amat besar harapan saya agar permohonan ini mendapat perhatian dan pertimbangan
daripada pihak tuan, dan dengan itu saya dahului setinggi-tinggi terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Yang menjalankan tugas,

(KK ALBAHRI BIN JUKI)


Ketua Kampung,
Kampung Bukit Kinyau, Sarikei Sarawak.

s.k. Fail SU JKKK

JBY/jby_mohon_minuman_desktop

You might also like