Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

30 M

UBM3252
WACANA AKADEMIK BAHASA MELAYU

KEBAIKAN DIET HARIAN PENGAMBILAN MAKANAN SEIMBANG DALAM


KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA

NAMA PELAJAR NO.MATRIK


KHOIRUNNISA IZZATY BINTI D20202096235
SAMSUDIN
KUMPULAN KULIAH BG
NAMA PENSYARAH PUAN ROHAIZAH BINTI AB.KARIM

PENERANGAN MARKA
H
KERANGKA /12
FORMAT /9
BAHASA /5
PEBYUNTINGAN /4
JUMLAH KESELURUHAN /30
ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 1

2.0 Kebaikan Diet Harian Pengambilan Makanan Seimbang dalam 1

Kalangan Pelajar di Malaysia

2.1 Mencapai Tahap Pembelajaran dengan baik 1-2

2.2 Meningkatkan Kualiti Kesihatan Mental 2

2.3 Mencukupkan Nutrisi dalam Badan 3

2.4 Mencegah dari Penyakit Berbahaya 3

3.0 Kesimpulan 3-4

Rujukan 4-5

Lampiran 6-9
1.0 PENGENALAN

Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan.
Hal ini demikian kerana, setiap manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk
pembesaran dan menjaga kesihatan. Seperti yang kita sedia maklum bahawa, makanan
seimbang harus mempunyai semua bahan makanan yang diperlukan oleh tubuh untuk
berfungsi dengan normal. Hal ini kerana media massa turut mempopularkan pemakanan
seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat
ini Menurut Baysal, (2002) :

Mendefinisikan pemakanan yang mencukupi dan seimbang membawa maksud


sebagai pengambilan yang cukup bagi setiap nutrien yang diperlukan dan penggunaan
yang betul bagi setiap kelas makanan untuk pertumbuhan, pemulihan, dan fungsi
badan. (ms.72)

Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada kepentingan pemakanan seimbang yang utama
ialah sikap ini menjadikan pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.

2.0 KEBAIKAN DIET HARIAN PENGAMBILAN MAKANAN SEIMBANG DALAM


KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA

Terdapat pelbagai kebaikan yang remaja dapat sekiranya mengamalkan diet harian
pengambilan makanan seimbang, iaitu mencapai tahap pembelajaran dengan baik,
meningkatkan kualiti kesihatan mental, mencukupkan nutrisi badan dan mencegah dari
penyakit berbahaya.

2.1 MENCAPAI TAHAP PEMBELAJARAN DENGAN BAIK


Antara kebaikan dalam pengambilan makanan seimbang dalam kalangan pelajar ialah dapat
mencapai tahap pembelajaran dengan baik. Umumnya, apabila seorang pelajar mengamalkan
gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian mereka, apabila waktu belajar, mereka lebih
senang untuk fokus terhadap apa yang diajar. Apabila sentiasa melakukan aktiviti yang sihat,
seperti berjogging, bersenam dan melakukan aktiviti-aktiviti riadah, otak dan badan akan
sentiasa aktif dan senang untuk belajar dan fokus. Maka, kesannya, pelajar akan dapat
meningkatkan prestasi mereka samada dalam akademik dan kokurikulum. Menurut Mohamad

1
(2006),perkembangan intelek juga dipengaruhi oleh tahap pemakanan yang baik. Manakala,
menurut Mohd Azlan Abdullah, (2011) bahawa golongan pelajar mudah terdedah kepada
bahaya apabila pengambilan budaya makanan yang tidak sihat diamalkan, ia juga turut
memberi kesan kepada cara pemikiran pelajar. Pelajar akan menjadi lesu dan sukar untuk
memberi tumpuan semasa sesi pembelajaran.
Di samping itu, di akui bahawa melalui amalan gaya hidup sihat dalam kalangan
pelajar khususnya akan memberikan impak yang sangat baik dan berguna. Keadaan ini akan
membantu proses perkembangan otak mereka. Melalui pengamalan pemakanan contohnya,
jika pelajar mengamalkan pemakanan yang seimbang, maka ia akan memberi impak yang
bagus kepada otak kita dan otak kita akan berkembang dengan baik. Apabila otak
berkembang dengan baik, otak sentiasa aktif, kita dapat mencerna dan menerima maklumat
dengan cepat. Hal ini kerana, otak yang sentiasa aktif, akan membuatkan kita berasa segar
dan cerdas. Menurut Prof Madya Dr Mohd Nasir Hashim (1992), cara terbaik amalan
pemakanan ialahdengan memastikan makanan seimbang diperolehi ketika bersarapan, makan
tengah haridan makan malam, ia juga penting untuk membolehkan pelajar menghadapi detik
pentingiaitu mengulangkaji, tubuh yang sihat, tidur yang cukup dan persekitaran
yangmenggalakkan pembelajaran iaitu faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian
pelajardalam sesuatu peperiksaan. Oleh itu, amalan ini perlu diterapkan seawal usia kanak-
kanak lagi ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya. Amalan gaya hidup sihat perlu
dilakukan secara konsisten dan berterusan.

2.2 MENINGKATKAN KUALITI KESIHATAN MENTAL

Selain itu, kebaikan dalam pengambilan makanan seimbang dalam kalangan pelajar ialah
dapat meningkatkan kualiti kesihatan mental. Seperti yang kita sedia maklum bahawa
kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup
cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami semasa
meneroka liku-liku kehidupan. Situasi ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk
menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif dan rasional berbanding dengan individu
yang seimbang aspek pemakanannya. Hal ini terbukti melalui kisah Ashabul Kahfi, iaitu
sekumpulan pemuda yang bukan hanya memiliki keupayaan fizikal yang luar biasa, tetapi
juga kekuatan mental dan spiritual yang jauh ke hadapan berbanding dengan anggota
masyarakat pada zaman mereka. Menurut setengah ahli tafsir, dalam surah al-Kahfi
dijelaskan tentang bagaimana corak pemakanan yang diambil oleh penghuni gua (Ashabul

2
Kahfi). Justeri itu, pemakanan yang diambil memberi impak yang besar kepada kesihatan
mental, fizikal dan spiritual seseorang.

2.3 MENCUKUPKAN NUTRISI DALAM BADAN

Antara kebaikan dalam pengambilan makanan seimbang dalam kalangan pelajar ialah dapat
mencukupkan nutrisi dalam badan. Umum mengetahui bahawa makanan yang berkhasiat
amat penting bagi kanak-kanak dan remaja kerana pada ketika ini mereka mengalami proses
tumbesaran yang memerlukan nutrisi yang cukup di dalam badan mereka. Seperti yang kita
sedia maklum bahawa, kebanyakan kanak-kanak tidak bernutrisi ini mempunyai masalah
terbantut tumbesaran hingga menyebabkan masalah ini menjadi permasalahan yang utama
dalam kebanyakan negara kelas ke-3. Kurang nutrisi yang kronik akan menjadikan masalah
tumbesaran terbantut sewaktu tempoh pertumbuhan yang paling kritikal dalam kehidupan
awal kanak-kanak (United Nations Childrens’ Fund, 2013).

2.4 MENCEGAH DARI PENYAKIT BERBAHAYA

Antara kebaikan dalam pengambilan makanan seimbang dalam kalangan pelajar ialah dapat
mencegah dari penyakit berbahaya. Hal ini kerana, pengambilan makanan buah-buahan dan
sayur-sayuran yang tinggi kandungan vitamin C, dapat mencegah penyakit selesema, masalah
kulit dan sebagainya. Keadaan ini dapat mencegah penyakit daripada mudah menyerang kita
dan mencegah itu lebih baik daripada mengubatlnya. Selain itu, penyakit kanser juga terbukti
dapat dielakkan dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang, terutamanya kanser payu
dara, kanser buah pinggang dan kanser hati. Menurut John A. Romas & Manoj Sharma
(2017), makan makanan yang seimbang adalah penting untuk mengekalkan gaya hidup yang
sihat Oleh itu, memang tidak dapat dinafikan bahawa jikalau kita mengambil semua nutrien,
bahan mineral dan zat yang diperlukan oleh tubuh badan dalam kuantiti yang tepat, kita akan
mengurangkan risiko diri untuk dijangkiti berbagai-bagai penyakit yang bukan sahaja
menderitakan malah juga berpotensi membawa maut.

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, Pemakanan berkualiti adalah faktor penting bagi menjamin kesihatan mental
dan fizikal seseorang. Bagi seseorang pelajar, pengambilan diet makanan yang seimbang

3
serta jadual pemakanan yang konsisten perlu dititik beratkan dalam kehidupan seharian.
Walaupun seseorang pelajar terpaksa makan di premis makanan siap, namun mereka perlu
sedar dan peka terhadap kualiti makanan dan amalan diet seimbang. Terdapat juga
kecenderungan pelajar untuk mengabaikan waktu makan yang penting dalam sehari, tidak
bersarapan pagi, makan sekali sahaja dalam sehari atau makan lewat malam. Akibatnya,
amalan tersebut akan meninggalkan kesan buruk kepada kesihatan pelajar seterusnya
menjejaskan aktiviti pembelajaran mereka. Fenomena sedemikian haruslah dielakkan dengan
mengamalkan jadual pemakanan yang teratur dan konsisten. Walaupun pelajar dihimpit
dengan jadual aktiviti akademik atau ko-kurikulum yang ketat serta kekangan kewangan,
fenomena tidak makan atau mengamalkan diet tidak seimbang harus dihindari kerana
mungkin menjejaskan pembelajaran pelajar sendiri.

RUJUKAN

Siti Norlina Muhamad, Assoc. Prof. Dr, Farahwahida Mohd Yusof, Prof. Dr, Ahmad Ziyaadi
Al-Hatim Bin Mahpuz, Hanisah Binti Abdul Rahman dan Asma Nurul ‘Aqilah Binti
Mahpuz. (2019). Pola Pemakanan Dan Kesannya Terhadap Gaya Hidup Dan
Pemikiran Individu: Analisis Terhadap Surah Al-Kahfi. ULUM ISLAMIYAH THE
MALAYSIAN JOURNAL OF ISLAMIC SCIENCES. MS 1-9, VOL.26. Di peroleh
daripada https://uijournal.usim.edu.my/index.php/uij/article/download/115/75/377

Masitah Musa, Noor Sharina Mohammad Shah, Nurul Sabreena Rosli dan Siti Nur Nadirah
Ibrahim. (2021). KESEDARAN IBU BAPA TERHADAP AMALAN
PEMAKANAN SEIMBANG TERHADAP ANAK-ANAK. Jurnal Selangor,
Humaniora Review, M 251-259, Vol.4, No.1. Di peroleh daripada
http://share.journals.unisel.edu.my/ojs/index.php/share/article/view/149/46

Amey Rozalina Azeman , Nurul Farhana Mohd Raduan & Nur Farhana Othman. (2016).
PEMILIHAN MAKANAN DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ UNIVERSITI
ISLAM MELAKA: SATU TINJAUAN. Journal of Hospitality and Networks, MS 71
80,Vol.1.Di peroleh daripada
https://www.kuim.edu.my/journal/index.php/JHN/article/download/342/292

4
HALIPAH BINTI HAMZAH, HANANI BINTI AHMAD ZUBIR. (2019). PEMAKANAN
DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PEMBANGUNAN INSAN: SATU ANALISIS
BERDASARKAN KITAB FI ZILAL AL-QURAN. Borneo Akademika UiTM
Cawangan, Sabah. Vol.3, No.2, MS 1-11. Di peroleh daripada
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35313/1/35313.pdf

JASON FUNG, MD. (2016). THE OBESITY CODE : UNLOCKING THE SECRETS OF
WEIGHT LOSS. GREYSTONE BOOKS. Diperoleh daripada
https://www.pdfdrive.com/the-obesity-code-unlocking-the-secrets-of-weight-loss-
d158055759.html

5
LAMPIRAN

Dokumen sebelum di sunting.

6
7
8
9
10

You might also like