Assignment CTU

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Bahagian 3 : Pengurusan dan Pemuliharaan Sisa

Pengurusan bermaksud pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu orang
atau lebih untuk tujuan menyeleraskan dan mengharmonikan untuk mencapai sesuatu
matlamat manakala pemuliharaan ialah langkah langkah membiakkan tumbuhan dan
haiwan bagi mengelakkan hidupan tersebut terus pupus. Menurut syariat Islam, menjaga
dan memelihara alam sekitar sama seperti kita menjaga nyawa (hifz al-nafs). Oleh kerana
betapa pentingnya pelancongan alam semula jadi maka agama Islam menitikberatkan agar
pemuliharaan alam menjadi tanggungjawab kepada setiap individu Muslim untuk
menjaganya sesuai dengan Sabda Rasulullah Saw yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah
SWT itu baik dan menyukai yang baik, bersih dan menyukai yang bersih, mulia, pemurah
dan menyukai kemurahan” (Riwayat Tirmizi). Namun, masih terdapat segelintir pihak yang
tidak bertanggungjawab untuk memuliharakan alam sekitar kerana adanya sikap
mementingkan diri sendiri dan tiada kesedaran dalam diri masing-masing.

Di Malaysia, pengurusan sisa pepejal telah dilaksanakan pada tahun 2006 yang dirangka
oleh kerajaan yang dinamakan Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara sebagai suatu
inisiatif untuk meningkatkan keberhasilan dalam mengurusan sisa pepejal di negara kita.
Sehubungan dengan itu, Kerajaan juga telah mewartakan dua akta khusus bagi sektor
pengurusan sisa pepejal iaitu Akta 672 ( Akta Pengurusan Sisa Pepejal ) dan Akta 673 ( Akta
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 ) dimana ianya
memberi juga inisiatif kepada Kerajaan untuk menubuhkan dua agensi khas iaitu Jabatan
Pengurusan Sisa Pepejal Negara ( JSPN ) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam ( SWCorp ) yang dipertanggungjawabkan untuk memantau dan meneliti
setiap aspek serta berkuat kuasa terhadap pengurusan sisa pepejal yang dijalankan di
Malaysia.

Namun begitu, pengurusan sisa pepejal yang dijalankan di Malaysia boleh diperkatakan
masih berada di tahap yang minimum. Merujuk kepada statisik yang dikeluarkan oleh United
Nations Environmental Program (UNEP), Malaysia tergolong dalam 5 negara teratas di
seluruh Asia Tenggara yang tertinggi menghasilkan sisa pepejal sehingga tahun 2017
secara tahunan iaitu ianya dianggarkan sebanyak 13 juta tan metrik setahun dan secara
tidak langsung menempatkan Malaysia sebagai negara ketiga di Asia Tenggara dalam
penjanaan sisa pepejal per Kapitan tertinggi iaitu sebanyak 1.17-kilogram sehari. Untuk
pengetahuan, Malaysia masih mengamalkan kaedah tapak pelupusan yang mempunyai
banyak keburukan seperti gangguan infrastruktur, pencemaran air dan pencemaran bau.
Sekiranya tiada tindakan proaktif yang diambil oleh semua pihak sama ada Kerajaan,
individu atau masyarakat, maka situasi ini akan membimbangkan dari semasa ke semasa
kerana kesan yang bakal dialami bukan sahaja menjejaskan kelestarian alam sekitar malah
turut menjejaskan kesihatan dan keharmonian penduduk.

Antara inisiatif yang boleh dilakukan untuk mengurangkan sisa daripada aktivti melancong
adalah dengan menggunakan konsep 3R iaitu Reduce (Pengurangan), Reuse (Guna
Semula) dan Recyle (Kitar Semula). Di Malaysia, konsep 3R mendapat kurang sambutan
kerana tidak diperincikan pemahamannya dari segi sudut Islam sedangkan agama Islam
merupakan agama Persekutuan dan majoriti masyarakat kita terdiri daripada penganut
agama Islam. Jika kita fahami konsep 3R secara mendalam berasaskan intipati Islam maka
sebenarnya konsep 3R ini mempunyai asas yang kukuh dan didokong dalam syariat Islam.
Konsep 3R dari perspektif Islam adalah mustahak kerana ianya bukan sahaja dapat
definisikan sebagai suatu tindakan yang dipuji dari segi moral malahan dapat dijadikan
sebagai tuntutan bagi setiap Muslim untuk diambil cakna agar kita sedar bahawa terdapat
tanggungjawab yang ditugaskan kepada kita untuk kita perbaiki lagi.

Reduce (Pengurangan) dari segi bahasa bermaksud pengurangan manakala dari segi istilah
pula ialah mengurangkan pengunaan produk yang berpotensi untuk menjadi sampah seperti
kertas, plastik dan tisu. Apabila kita memahami maksud perkataan itu, kita boleh
mengaitkannya dari segi perspektif Islam iaitu Islam tidak membenarkan perbuatan
membazir umatnya untuk mengurangkan penjanaan sisa pepejal dimana pada
pengakhirannya ianya akan memakan diri sendiri. Allah SWT menegaskan bahawa
perbuatan membazir ini sama seperti saudara kita iaitu syaitan kerana sifat syaitan adalah
suka membazir dan tindakan tersebut bukan sahaja boleh mendatangkan kemurkaan
daripada Allah SWT tetapi dapat juga memberi kemudaratakan kepada manusia dan alam
yang didiami. Ayat ini dapat dibuktikan dalam Surah Al-Isra 17:27 berbunyi :

‫ِإَّن ٱۡل ُمَبِّذ ِريَن َك اُنٓو ْا ِإۡخ َٰو َن ٱلَّش َٰي ِط يِۖن َو َك اَن ٱلَّش ۡي َٰط ُن ِلَر ِّبِهۦ َك ُفوٗر ا‬
“Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara kepada syaitan dan syaitan itu
sangat kufur kepada Allah SWT.” (Al-Isra 17:27)

Larangan terhadap sifat boros dan membazir ini disampaikan secara umum dan meliputi
semua jenis sisa yang dihasilkan dalam kehidupan seharian tidak kiralah barang pakaian,
peribadi mahupun makanan. Sekiranya barangan yang dimiliki dibeli secara tidak berlebihan
dan menepati keperluan maka ianya tidak dikategorikan sebagai membazir kerana tiada
penghasilan dan pembuangan sisa berlebihan. Oleh itu, perbuatan membazir ini berkait
rapat dengan penghasilan sisa pepejal yang berlebihan dimana sisa ini sepatutnya dapat
dielakkan dengan membeli sekadar memenuhi keperluan sahaja supaya barangan yang
dibeli dapat memberikan manfaat jika digunakan secara keseluruhan. Begitu juga dengan
penekanan Islam secara khusus terhadap sisa makanan yang dihasilkan turut diperkatakan
melalui hadis-hadis yang menyaratkan kepada umat Islam untuk tidak membazir dengan
rezeki yang diberikan oleh Allah SWT. Antara sunnah dan adab yang diperlakukan oleh
Rasulullah SAW setiap kali selepas makan ialah :

Rasulullah SAW apabila selesai makan, Baginda akan menjilat ketiga jarinya sambil
bersabda: “Apabila suapan salah seorang dari kalian terjatuh, hendaklah dia bersihkan
kotoran padanya dan kemudian memakannya. Jangan biarkan makanan itu untuk syaitan
(memakannya).” Juga, Baginda berpesan kepada kami agar membersihkan (habiskan) sisa
makanan yang berada di atas pinggan. Baginda bersabda: “Kerana sesungguhnya kalian
tidak tahu pada bahagian mana daripada makanan kamu yang mengandungi keberkatan.”
(Riwayat Muslim)

Merujuk kepada hadis tersebut, Rasulullah SAW mengajarkan kepada para sahabat untuk
tidak meninggalkan sebarang sisa makanan yang terdapat malahan sisa makanan yang
tertumpah sekalipun perlulah dibersihkan dan dihabiskan kerana pasti ada keberkatan di
sebaliknya. Dinyatakan juga sekiranya makanan itu sudah terkena najis maka bersihkan
sedaya yang mampu dan berikan kepada haiwan dan jangan sesekali memberikan kepada
syaitan kerana makanan merupakan salah satu rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT
kepada hambanya. Oleh itu sebagai Muslim seharusnya bersyukur di atas pemberian yang
dikurniakan oleh Allah SWT dan memanfaatkan sebaik mungkin.

3R yang seterusnya adalah berkaitan dengan reuse (Guna semula) yang membawa maksud
kepada pengunaan semula. Langkah ini mengajar kita untuk menggunakan semula produk
yang telah digunakan sama ada produk itu sendiri memang dihasilkan untuk diguna pakai
semula ataupun kita sendiri yang mengolahnya untuk diguna pakai semula. Sebagai
contohnya, botol sabun mandi boleh dipakai berkali kali dengan membeli pek isi semula bagi
mengurangkan penghasilan sisa pepejal dari segi botol plastik. Langkah ini juga bukan
sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan harian malahan dapat juga memberi impak yang
positif iaitu menyumbang kepada kelesterian alam sekitar. Hal ini demikian kerana untuk
menghasilkan sesuatu produk itu memerlukan bahan mentah yang digunakan seperti
thermoplastik, getah dan pokok dimana dapat menjejaskan alam sekitar. Maka dengan
menggunakan langkah reuse atau guna semula dapat meminimumkan penghasilan produk
atas permintaan yang sedikit sekaligus mengurangkan sisa pepejal yang bakal terhasil.
Mengikut ajaran Islam, amalan pengunaan semula juga ditekankan kepada umat Islam
kerana ianya ditonjolkan melalui perbuatan Rasulullah SAW yang memperbaiki semula
barangan peribadinya untuk digunakan semula. Hal ini disebut oleh isteri Baginda iaitu
Saidatina Aisyah Ra di dalam sebuah hadis di mana

Daripada Aisyah, beliau ditanya: Apakah yang Nabi SAW lakukan di rumahnya? Berkata
Aisyah: “Baginda menjahit bajunya sendiri, membaiki sepatunya sendiri dan melakukan
pekerjaan di rumahnya seperti apa yang lelaki lakukan di rumah mereka.”

(Riwayat al-Bukhari: 539)

Apa yang boleh didapati daripada hadis tersebut adalah lebih kepada untuk bayangan sifat
terpuji Rasulullah SAW yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya di rumah
walaupun Baginda juga merupakan seorang utusan yang dihantar Allah SWT untuk memikul
tanggungjawab yang lebih berat. Imam al-Bukhari juga merekodkan bahawa hadis Riwayat
al-Bukhari di dalam kitabnya iaitu al-Adab al-Mufrad yang menghimpunkan hadis mengenai
adab sebagai seorang Muslim. Secara jelasnya, hadis ini juga mengajarkan kita sebagai
umat Islam untuk bersederhana saja dalam kehidupan dengan menggunakan semula
barangan yang sedia ada tanpa terburu-buru untuk menggantikan dengan barangan yang
baharu. Langkah ini juga menunjukkan bahawa kita menggambarkan sikap bersyukur yang
tinggi atas nikmat pemberian dari Allah SWT kepada hamba-Nya kerana menggunakan
sebaik mungkin dan semaksima mungkin terhadap barangan yang sedia ada. Sikap yang
ditunjukkan oleh Rasullulah SAW ini pada hakikatnya mempunyai hikmah di sebaliknya
kerana perbuatan ini juga dapat mengurangkan penjanaan sisa pepejal dan mengajar kita
bagaimana untuk menguruskan sisa pepejal sekaligus dapat mengelakkan pengunaan
sumber alam berlebihan yang dapat menyebabkan kemusnahan alam sekitar.

Langkah yang terakhir adalah recycle yang membawa maksud mengitar semula bahan
buangan kepada bahan yang baharu. Kebolehkitaran semula ini bergantung kepada
keupayaan sesuatu bahan untuk mengembalikan sifat bahan itu kepada yang sedia kala.
Langkah ini merupakan langkah yang paling penting kerana langkah ini merupakan asas
yang paling kukuh dalam hierarki pengurusan sisa yang Lestari. Kitar semula juga boleh
definisikan sebagai inisiatif moden dalam pengurusan sisa pepejal hasil daripada
perkembangan teknologi pada masa kini dan pertambahan populasi di muka bumi sehingga
memerlukan pengawalan kegunaan sumber hasil bumi. Jika diperhatikan secara terperinci
terhadap amalan kitar semula ini, ianya bertujuan bagi memperoleh manfaat kembali
daripada bahan mentah menjadi sisa yang menjalani beberapa proses seperti pembersihan
sisa, pengeringan, pemotongan dan pembentukan acuan sebelum menjadi produk yang
ingin dihasilkan.

Apabila kita meneliti tentang proses menghasilkan sesuatu produk itu, uanya berkait rapat
dengan salah satu unsur yang terdapat dalam instrument fiqh di mana instrument yang
dimaksudkan ialah istihalah atau transformasi sesuatu bahan kepada bahan yang lain.
Secara mata kasarnya, pengunaan instrument fiqh ini lebih tertumpu kepada makanan dan
minuman di mana ianya merupakan perubahan sesuatu bahan yang hukumnya haram
menjadi halal seperti bangkai khinzir yang diubah menjadi garam dan penghasilan cuka
daripada arak. Kebanyakan ulama turut mendefinisikan istihalah akan berlaku jika
berlakunya perubahan zat asal kepada zat yang baharu. Ada juga yang berpendapat
bahawa istihalah merujuk kepada perubahan terhadap sifat dan fizikal sahaja tanpa
berlakunya perubahan zat tetapi secara amnya, pendapat yang dinyatakan ini sebenarnya
mempunyai hubungan yang sama dengan amalan kitar semula di mana ianya memfokuskan
terhadap merubah sesuatu bahan kepada bahan yang lain yang sama dari segi zatnya
tetapi berbeza dari segi sifat dan fizikal. Cumanya bahan yang terhasil daripada kitar semula
ini tidak berkait rapat dengan halal dan haram kerana ianya tidak terikat dengan makanan
atau minuman sahaja malah ianya meliputi dari segi semua aspek.

Jika Islam membenarkan proses perubahan perkara yang haram kepada perkara yang halal
mengikut syarak maka Islam juga membenarkan proses yang diamalkan dalam amalan kitar
semula. Hal ini demikian kerana yang pertama, produk daripada amalan kitar semula tidak
terhad kepada makanan dan minuman sahaja tetapi ianya meliputi dari semua aspek. Yang
keduanya adalah terdapat proses pembasuhan secara berskala besar terhadap sisa pepejal
yang ingin dikitar semula berdasarkan kaedah fiqh yang disampaikan oleh al-Suyuti (1983)
iaitu “‫اض اذإ‬GG‫ ”عستا رماْل ق‬yang membawa maksud ‘jika sempit (sukar) sesuatu perkara itu,
luaskan (lapangkan)”. Apa yang difahami daripada maksud tersebut adalah membasuhkan
secara memadai jika terdapat najis atau kotoran yang terdapat pada sisa pepejal yang ingin
dikitar semula itu dan yang ketiga adalah bahan yang akan dikitar semula adalah terdiri
daripada bahan-bahan mentah yang halal seperti plastik, kaca, aluminum, fabrik, kertas dan
sebagainya. Sudah jelas bahawa asas kepada amalan kitar semula ini adalah untuk
memanfaatkan suatu bahan yang melalui proses perubahan bahan kepada bahan yang lain
dan ianya diiktiraf oleh syariat Islam. Firman Allah SWT dalam surah al-Anbiya mengatakan :

‫َو َم ٓا َأۡر َس ۡل َٰن َك ِإاَّل َر ۡح َم ٗة ِّلۡل َٰع َلمين‬


“Dan Kami tidak mengutuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi
sekian alam.” (Al-Anbiya 21:
107)

Ayat di atas menjelaskan bahawa Islam adalah sebuah agama rahmat yang sentiasa
relevan tanpa mengira tempat dan waktu. Dasar yang terkandung dalam Islam terdiri
daripada ketentuan khusus dan umum dan ketentuan ini menjadikan setiap perkembangan
dan permasalahan manusia dapat diselesaikan mengikut perspektif agama Islam. Ketentuan
khusus ini berkait rapat seperti akidah dan ibadah yang telah dijelaskan secara khusus di
dalam Islam manakala ketentuan umum berkait rapat dengan hal duniawi di mana Allah
SWT tidak menetapkan kaedah asalkan objektif sesuatu kaedah itu adalah untuk mencapai
garis panduan yang ditetapkan oleh Allah SWT. Dalam hal ini, kitar semula didefinisikan
sebagai satu ibadah yang dituntut oleh Allah SWT kepada umatnya kerana objektif amalan
kitar semula membawa kepada matlamat pensyariatan Islam iaitu untuk memelihara alam
sekitar sejagat. Tambahan pula, amalan kitar semula turut menepati dengan prinsip Islam
iaitu bertujuan untuk memperoleh manfaat serta menghindari kemudaratan demi mencapai
kesejahteraan manusia secara keseluruhan. Oleh itu, Islam menerima idea untuk
mengalakkan amalan kitar semula ini dilakukan kerana wujudnya kebaikan iaitu demi
menjaga kelestarian alam sekitar serta menghindari kemudaratan seperti kekurangan
sumber alam dan kemusnahan habitat makhluk Allah SWT.

Selain itu, pemuliharaan air juga boleh dijadikan sebagai salah satu langkah memulihara
alam sekitar. Sungai merupakan salah satu anugerah alam yang dikurniakan oleh Allah
SWT. Sungai juga merupakan sumber minuman, makanan, medium pengangkutan dan
perhubungan serta dijadikan juga sebagai sumber untuk aktiviti pertanian. Malangnya,
kegiatan manusia yang membuatkan sumber air ini semakin terancam akibat daripada
aktiviti pembalakan dan pembuangan sampah merata rata. Islam amat menghargai sumber
air seperti sungai sehingga kehidupan di syurga pun tidak dapat digambarkan oleh umat
Islam. Oleh itu, kaedah pemuliharaan air ini perlu dipertingkatkan lagi untuk memastikan
sungai-sungai yang terdapat di negara Malaysia ini terhindar daripada pencemaran.

Pemuliharaan air seperti sungai merupakan salah satu aspek penting dalam kehidupan
manusia dan ianya juga dititikberatkan dalam agama Islam. Hal ini demikian untuk
mewujudkan keharmonian dan keselesaan dalam kehidupan seharian seseorang umat
Muslim. Hal ini berkait rapat kerana Islam juga mementingkan aspek kebersihan dalam
kehidupan seharian dan sudah tentu ianya menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam
untuk memastikan punca bekalan air bersih seperti sungai sentiasa terpelihara kerana ianya
juga menjadi sumber untuk kita beribadat. Seterusnya Islam melarang manusia untuk
melakukan kerosakan terhadap alam sekitar berdasarkan firman Allah SWT :

‫ب ِّم َن‬ٞ‫َو اَل ُتۡف ِس ُد وْا ِفي ٱَأۡلۡر ِض َبۡع َد ِإۡص َٰل ِح َها َو ٱۡد ُع وُه َخ ۡو ٗف ا َو َطَم ًع ۚا ِإَّن َر ۡح َم َت ٱِهَّلل َقِري‬
‫ٱۡل ُم ۡح ِسِنيَن‬
Maksud: Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah)
memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan
harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya Rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang
yang berbuat baik.

(Surah Al-A’raf :
56)

Berdasarkan surah di atas, jelaslah bahawa pemuliharaan air merupakan satu tuntutan
daruriyat dalam penjagaan nyawa kerana sumber air yang bersih bukan sahaja dapat
menjamin kesihatan malah dapat juga menjamin kesejahteraan masyarakat dalam menjalani
kehidupan seharian seseorang umat Muslim. Tambahan pula, sumber air seperti sungai
merupakan nadi kehidupan manusia kerana makhluk-makhluk hidup yang berbeza beza
membuktikan bahawa sebanyak 80 hingga 90 peratus air yang terkandung dalam sesuatu
makhluk.

Antara kaedah pemuliharaan sungai yang diamalkan oleh negara kita adalah seperti
pembersihan sungai yang dilakukan oleh kerajaan negeri Terengganu. Pembersihan sungai
ini dilakukan demi mengelakkan sampah sarap untuk masuk ke dalam sungai Terengganu.
Salah satu caranya adalah dengan memasang perangkap sampah sarap di kawasan hilir
sungai yang bertujuan untuk menghalang sampah-sampah seperti botol, plastic dan sampah
sarap yang lain tidak dibawa masuk terus ke dalam sungai.
Kesimpulan

Seperti yang disimpulkan di atas, terdapat pelbagai inisiatif mesra alam yang difokuskan
dalam pelancongan Islam dari segi aspek penginapan dan infrastruktur, pengurusan sisa
dan pemuliharaan dan amalan pengangkutan di mana semua inisiatif ini dilakukan untuk
memberi manfaat kepada alam sekitar. Alam sekitar dan pelacongan merupakan aset
negara. Oleh itu alam sekitar memainkan peranan utama dalam industri pelancongan
kerana ianya boleh membawa perkembangan yang positif dari segi semua aspek yang perlu
diteliti. Dalam konteks ini, sebarang transformasi kepada alam sekitar bukanlah perkara
yang dapat dielakkan sepenuhnya tetapi ianya tidak bermakna kemusnahan yang berlaku
tidak dapat diminimumkan dengan meneruskan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan
yang efektif.

Amalan perlancongan ini bukan sahaja dapat memberikan kita kesedaran terhadap alam
sekitar tetapi ianya dapat juga memelihara budaya kita iaitu budaya Melayu dan
pembangunan ekonomi. Sebagai contohnya, dari segi pembangunan ekonomi, pelbagai
jenis pekerjaan dapat diperkenalkan seperti pemandu pelancong, jurugambar dan
sebagainya dimana ianya dapat meningkatkan pendapatan negara serta mengurangkan
kadar kemiskinan dan pengangguran. Dari segi aspek budaya pulak adalah amalan
pelancongan dapat menunjukkan keunikan dan kepelbagaian budaya melalui seni bina,
bahasa, adat resam dan sebagainya yang dapat meningkatkan kebanggaaan dan
kesedaran masyarakat terhadap nilai-nilai budaya. Oleh itu, kita sebagai manusia dan umat
Islan perlu Bersama-sama membangunkan sektor perlancongan ini secara lestari dan
mengikut syariah Islam supaya ianya dapat terus berkembang dan diredhai Allah SWT.

You might also like