Artikel Ggge2123 Kumpulan 34

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

KURSUS

GGGE2123 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

SEMESTER 1 2023/2024

TAJUK

ARTIKEL: KAJIAN TENTANG KEBERKESANAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN

MENGGUNAKAN TEKNOLOGI AI MENYUMBANG KECEMERLANGAN KEPADA

MAHASISWA DI IPTA DAN IPTS

PENSYARAH

LT. KOL. MOHD JASMY BIN ABD RAHMAN

NAMA AHLI KUMPULAN 34

NURUL QAISARAH BT HAMDAN (A200174)

SHAHIDAH ALIYAH BT ABDUL KADIR (A201226)

SUMAYYAH MAWARDAH BT SHAMION (A202296)

NURUL WIDAD BT ZAHARI (A202543)

NUR ARINA ALYSHA BT ZABIDI (A202936)

1
ISI KANDUNGAN
ABSTRAK 3
1.0 PENGENALAN 4
2.0 METODOLOGI KAJIAN 6
3.0 PERNYATAAN MASALAH 7
4.0 OBJEKTIF KAJIAN 8
5.0 DAPATAN KAJIAN 8
6.0 PERBINCANGAN 12
7.0 KESIMPULAN 13
8.0 RUJUKAN 15

2
ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mendapatkan respon daripada pelajar di IPTA dan IPTS
mengenai keberkesanan pembelajaran atas talian menggunakan teknologi AI. Objektif kajian
ini adalah untuk menyelidik bagaimana penggunaan teknologi AI dalam pembelajaran atas
talian mempengaruhi pencapaian akademik mahasiswa dalam pelbagai bidang pengajian,
membincangkan cabaran yang dihadapi oleh mahasiswa sewaktu penggunaan platform AI
dalam pembelajaran atas talian dan mengkaji bagaimana penggunaan teknologi AI dalam
pembelajaran atas talian memberi impak kepada kebolehpasaran mahasiswa selepas tamat
pengajian. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kuantitatif, iaitu suatu kaedah yang
bersifat angka dan numerikal dengan menggunakan Google Form sebagai borang soal selidik.
Seramai 30 orang responden telah diminta untuk memberi maklum balas terhadap borang
soal selidik yang telah diedarkan dalam aplikasi WhatsApp kepada pelajar yang masih
melanjutkan pelajaran di IPTA dan IPTS. Berdasarkan hasil kajian, majoriti responden
berpendapat bahawa penggunaan teknologi AI dalam pembelajaran atas talian membantu
meningkatkan kemahiran yang berkaitan dengan kebolehpasaran mereka.

Kata kunci : Teknologi AI, kajian, kaedah

3
1.0 PENGENALAN

Dalam dunia modernisasi kini, teknologi digital semakin berkembang pesat pada era
globalisasi. Ini dapat dilihat daripada penciptaan Artificial Intelligence (AI) yang semakin
penting dalam kehidupan harian kita yang boleh berfokuskan kepada kepelbagaian bidang
menerusi penggunaan sistem komputer. Teknologi secara maya ini secara tidak langsung
memberi impak kebolehpasaran apabila penggunaan ini mampu untuk melatih manusia untuk
mengasah skill dalam pekerjaan, pendidikan, berinteraksi dan membuat sesuatu keputusan.
Misalnya, dalam pembelajaran mesin AI ialah merupakan kajian mengenai komputer yang
dapat dipelajari daripada data dan meningkatkan prestasi mereka secara berperingkat.
Menurut kamus dewan edisi Keempat digital menyatakan Artificial Intelligence (AI) merujuk
kepada kecerdasaan buatan dimana kecerdasaan membawa maksud kesempurnaan akal
untuk berfikir, mengerti, dan lain-lain seperti kepandaian, kepintaran, kecerdikan. Manakala,
bagi maksud buatan ialah hasil pekerjaan sesuatu yang dikerjakan yang membuahkan hasil
seperti membuat rumah. Hal ini amat berkait apabila penggunaan teknologi ini amat
memberikan kepentingan kepada manusia untuk menyelesaikan kerja-kerja yang kompleks
bagi menjimatkan masa dan tenaga.
Penggunaan platform AI ini memiliki pelbagai manfaat dalam membantu manusia
berfokuskan input untuk membuat kajian kejuruteraan serta menggalakkan untuk
menyelesaikan masalah. Kajian telah dibuat berdasarkan teknologi pembelajaran mesin
berjaya dalam mengenal pasti masalah seperti kanser paru-paru, projek bioakustik dan
sebagainya. Justeru, dalam galakan untuk menyelesaikan masalah ia boleh dikenalpasti
menerusi penggunaan aplikasi sistem terbuka seperti Tensor Flow dengan memberi latihan
dalam menyelesaikan masalah sosial dan organisasi. Misalnya kita dapat melihat melalui
cabaran sosial yang dihadapi oleh para petani dalam sub bidang pertanian. Menurut Stuart
J.Russell menakrifkan AI sebagai satu sistem yang mampu membina entiti kecerdikan dalam
masa yang sama untuk memahaminya. Ini dapat dilihat kebaikan platform AI yang membawa
pelbagai manfaat kepada manusia dari segala aspek. Oleh itu, kemajuan ini secara tidak
langsung membantu kajian dalam menyelidik para mahasiswa di IPTA dan IPTS dalam
menyesuaikan penggunaan platform AI berfokuskan terhadap pembelajaran secara talian. Ini
bermakna IPTA membawa maksud Institusi Pengajian Tinggi Awam manakala IPTS
membawa maksud Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Justeru, pemikiran manusia yang
terbatas tidak mampu mengalahkan kemajuan teknologi AI dalam mencari maklumat dengan

4
pantas dan mempunyai jawapan yang tepat. Dengan bantuan komputer AI dapat mengoleh
pelbagai maklumat dan data yang mampu menyelesaikan pelbagai pertikaian pandangan.
Oleh hal demikian, kajian ini secara realiti membantu dalam menganalisis tentang
keberkesanan pembelajaran atas talian menggunakan teknologi AI menyumbang
kecemerlangan kepada mahasiswa IPTA dan IPTS. Dengan ini melalui kaedah pembelajaran
menggunakan platform AI membuka peluang kepada pelajar untuk mempelajari bidang
teknologi secara maya. Hal ini secara tidak langsung memberi kesan yang positif kepada
pelajar dan pengajar kerana masa nya adalah fleksibel untuk berinteraksi dengan persekitaran.
Namun tidak dinafikan juga terdapat cabaran-cabaran kepada mahasiswa dalam penggunaan
teknologi AI semasa menjalankan pembelajaran di atas talian. Menurut Metro, kemajuan AI
ini akan dibangunkan dan mampu untuk menganalisis pelanggan, kelakuan pengguna dan
berinteraksi mengikut kesesuaian. Daripada ini kita dapat melihat kemajuan teknologi ini giat
berkembang pesat khususnya kegunaan dalam industri. Secara tidak langsung ini membuka
peluang terhadap kemajuan ekonomi negara dan pembangunan kebolehpasaran graduan baru
yang memiliki kemahiran dalam penggunaan teknologi AI yang amat laris kepada
syarikat-syarikat perniagaan besar.
Kesimpulannya, kajian ini dapat menjawab kepelbagaian pertikaian yang berfokuskan
pada penggunaan AI dalam kalangan mahasiswa dapat memberikan kecemerlangan secara
tidak langsung kepada mereka. Teknologi AI dapat dikelaskan sebagai potensi yang amat
besar dalam meningkatkan kecekapan dan ketetapan dalam kepelbagaian bidang. Namun,
penggunaan teknologi platform AI ini juga membawa kepada kebaikan kepada pengguna
dalam mengimplikasi penggunaannya dalam kegiatan harian terutama kepada para pelajar.
Hal ini juga dapat dilihat cabaran bagi mereka dalam menangani cabaran-cabaran dalam
kemajuan penggunaan teknologi AI dapat menghasilkan kebolehpasaran dalam kalangan
graduan. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkat kemahiran kepada pelajar sama ada
daripada Universiti Awam mahupun Swasta. Ini jelas memberi impak yang positif kepada
para mahasiswa dalam memiliki kualiti diri dari pelbagai aspek sosial, ekonomi dan politik
melalui pengasahan kemajuan penggunaan melalui platform AI.

5
2.0 METODOLOGI KAJIAN
Bahagian ini mengandungi huraian tentang kaedah kajian yang digunakan untuk
mengumpul dan menganalisis data bagi menyiapkan artikel ini. Kajian ini dilakukan untuk
mengkaji tentang keberkesanan pembelajaran atas talian menggunakan teknologi AI
menyumbang kecemerlangan kepada mahasiswa dan mahasiswi di IPTA dan IPTS. Oleh itu ,
pengkaji memerlukan responden untuk mendapatkan data dan membuat penyelidikan dengan
lebih tepat serta bukti yang relevan.
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dimana menurut John W. Cresswell (2008),
penyelidikan kuantitatif ialah sejenis penyelidikan pendidikan dimana penyelidik
memutuskan perkara yang hendak dikaji, mengemukakan soalan khusus, mengecilkan skop
masalah, dan mengumpul data kuantitatif daripada peserta. Kaedah ini digunakan untuk
menganalisis data dan statistik serta bersifat objektif dan numerikal yang berorientasikan
hasil. Pengkaji menggunakan kaedah ini kerana data dan hasil kajian lebih mudah untuk
didapati memandangkan kajian ini merangkumi kesemua para pelajar IPTA dan IPTS. Para
pengkaji menyediakan borang soal selidik dalam bentuk “ Google Form” untuk diagihkan
secara atas talian kepada responden. Responden perlu menjawab soal selidik berikut supaya
objektif pengkaji dalam kajian ini dapat dihuraikan selaras dengan jawapan responden
terhadap pembelajaran atas talian menggunakan teknologi AI. Pemilihan responden
bergantung kepada kelapangan mereka dalam menjawab soal selidik ini.
Setelah maklumat dan data dikumpul berdasarkan kaedah yang dijalankan, pengkaji
telah menyediakan analisis kuantitatif. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan kaedah
kekerapan dan peratusan. Justeru, bagi data yang menggunakan skala likert, point diberikan
adalah seperti berikut:

SKALA POINT
Sangat tidak setuju 1
Tidak setuju 2
Sederhana 3
Setuju 4
Sangat setuju 5

6
3.0 PERNYATAAN MASALAH
Tujuan kajian ini adalah untuk memfokuskan kepada persepsi atau pandangan pelajar
mahasiswa mahasiswi di IPTA dan IPTS terhadap keberkesanan pembelajaran atas talian
menggunakan teknologi AI menyumbang kepada kecemerlangan kepada mahasiswa
mahasiswi di IPTA dan IPTA. Melalui kajian ini, kami sebagai pengkaji dapat mengetahui
tentang sejauh mana tahap cabaran yang dihadapi oleh mahasiswa sewaktu penggunaan
platform AI dalam pembelajaran atas talian. Selain itu, kajian ini juga untuk mengkaji
bagaimana penggunaan teknologi AI dalam pembelajaran atas talian memberi impak kepada
kebolehpasaran mahasiswa selepas tamat pengajian. Di samping itu, kajian ini juga
mengambil berat mengenai cadangan yang diutarakan oleh pelajar mahasiswa mahasiswi di
IPTA dan IPTS untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh mahasiswa dalam bagaimana
penggunaan teknologi AI dalam pembelajaran atas talian mempengaruhi pencapaian
akademik di pelbagai bidang pengajian.
Akhirnya, kajian ini juga penting untuk membantu kami sebagai pengkaji untuk
memahami mahasiswa mahasiswi di IPTA dan IPTS yang mengalami cabaran sewaktu
penggunaan platform AI dalam pembelajaran atas talian di mana mereka sesetengah waktu
tidak boleh lagi menjalankan kegiatan pengajaran dan pembelajaran secara talian kerana dari
sudut kelancaran talian Internet serta kekangan dalam penggunaan gajet. Hal ini dikatakan
demikian kerana melalui kajian ini kami dapat mencari cara penyelesaian yang efektif
terhadap masalah- masalah mengenai keberkesanan pembelajaran atas talian menggunakan
teknologi AI yang membelenggu mahasiswa serta penyumbangan kecemerlangan kepada
mahasiswa mahasiswi di IPTA dan IPTS.

7
4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian merupakan salah satu perkara yang penting dalam membuat sesuatu kajian.
Objektif kajian haruslah menjawab persoalan tajuk yang dikaji. Kajian ini dilakukan untuk
mencapai beberapa objektif utama yang berkaitan iaitu:
I. Menyelidik bagaimana penggunaan teknologi AI dalam pembelajaran atas talian
mempengaruhi pencapaian akademik mahasiswa dalam pelbagai bidang pengajian.
II. Membincangkan cabaran yang dihadapi oleh mahasiswa sewaktu penggunaan
platform AI dalam pembelajaran atas talian.
III. Mengkaji bagaimana penggunaan teknologi AI dalam pembelajaran atas talian
memberi impak kepada kebolehpasaran mahasiswa selepas tamat pengajian.

5.0 DAPATAN KAJIAN

5.1 Jadual 1: Bagaimana penggunaan teknologi AI dalam pembelajaran atas talian


mempengaruhi pencapaian akademik mahasiswa dalam pelbagai bidang pengajian.

Item Sangat Tidak sederhana setuju Sangat


tidak setuju setuju
setuju

Adakah anda 0.00% 3.3% 20% 56.7% 20%


menggunakan platform
pembelajaran atas
talian yang melibatkan
teknologi AI?

Adakah terdapat 0.00% 0.00% 40% 36.7% 23.3%


perbezaan pencapaian
akademik sebelum dan
selepas anda
menggunaan teknologi
AI dalam pembelajaran
atas talian?

8
Adakah anda 0.00% 6.70% 20% 40% 33.3%
berpendapat
penggunaan teknologi
AI dapat
mempengaruhi
motivasi mahasiswa
untuk belajar?

5.2 Jadual 2: Cabaran yang dihadapi oleh mahasiswa sewaktu penggunaan platform AI dalam
pembelajaran atas talian.

Item Sangat Tidak baik sederhana baik Sangat


tidak baik baik

Adakah anda 0.00% 0.00% 53.3% 30% 16.7%


menghadapi kesulitan
teknikal semasa
menggunakan platform
AI untuk pembelajaran
atas talian?

Adakah penggunaan 0.00% 23.3% 33.3% 36.7% 6.7%


teknologi AI dalam
pembelajaran atas
talian memberikan
tekanan tambahan
kepada anda?

Bagaimana 0.00% 0.00% 30% 36.7% 33.3%


pengalaman anda
berinteraksi dengan
sistem AI dalam
konteks pembelajaran?
Adakah anda

9
mengalami cabaran
dalam memahami atau
berkomunikasi dengan
teknologi ini?

5.3 Jadual 3: Bagaimana penggunaan teknologi AI dalam pembelajaran atas talian


memberi impak kepada kebolehpasaran mahasiswa selepas tamat pengajian.

Item Sangat Tidak sederhana setuju Sangat


tidak setuju setuju setuju

Adakah teknologi AI 0.00% 0.00% 16.7% 66.7% 16.7%


dalam pembelajaran
atas talian membantu
meningkatkan
kemahiran (hard skills)
yang berkaitan dengan
kebolehpasaran anda?

Dengan menggunakan 0.00% 6.7% 20% 50% 23.3%


teknologi AI dalam
pembelajaran atas
talian, adakah ia
mempersiapkan anda
untuk menyesuaikan
diri dengan perubahan
dalam pasaran
pekerjaan?

Adakah penggunaan 0.00% 0.00% 23.3% 40% 36.7%


teknologi AI dalam
pembelajaran
mempengaruhi
pemahaman anda

10
terhadap trend dan
inovasi dalam industri
yang berkaitan dengan
bidang pengajian
anda?

Berdasarkan borang soal selidik yang telah diedarkan, terdapat tiga bahagian soalan
yang perlu dinilai oleh responden berdasarkan objektif kami dalam kajian ini. Jadual 1
menunjukkan bahawa majoriti responden bersetuju bahawa teknologi AI dalam pembelajaran
atas talian mempengaruhi pencapaian akademik mahasiswa dalam pelbagai bidang pengajian.
Sebanyak 56.7% responden bersetuju bahawa mereka menggunakan platform pembelajaran
atas talian yang melibatkan teknologi AI. Dapatan ini menunjukkan bahawa penggunaan
platform yang melibatkan teknologi AI semakin meluas dalam kalangan pelajar di IPTA dan
IPTS.
Seterusnya, berdasarkan jadual 2, responden menilai cabaran yang sering dihadapi
oleh mereka sewaktu penggunaan platform AI dalam pembelajaran atas talian adalah mereka
menghadapi kesulitan teknikal semasa menggunakan platform AI. Sebanyak 53.3%
responden menilai bahawa mereka tidak menghadapi kesulitan teknikal, tetapi juga tidak
terlalu lancar semasa menggunakan platform AI untuk pembelajaran atas talian. Dapatan ini
menunjukkan bahawa cabaran yang dihadapi oleh mahasiswa dipengaruhi oleh beberapa
faktor.
Jadual 3 merupakan bahagian untuk menilai adakah penggunaan teknologi AI dalam
pembelajaran atas talian memberi impak kepada kebolehpasaran mahasiswa selepas tamat
pengajian. Sebanyak 66.7% responden bersetuju bahawa penggunaan teknologi AI dalam
pembelajaran atas talian dapat membantu meningkatkan kemahiran (hard skills) yang
berkaitan dengan kebolehpasaran mahasiswa. Hard skills, contohnya seperti kemahiran
menggunakan teknologi komputer merupakan kemahiran yang sangat dititikberatkan oleh
kebanyakan majikan dalam dunia pekerjaan pada zaman sekarang.

11
6.0 PERBINCANGAN

Dalam membuat kajian ini, kami sebagai pengkaji membincangkan dan mengemukakan
tentang keberkesanan pembelajaran atas talian menggunakan teknologi AI yang mana
teknologi AI menyumbang kepada kecemerlangan mahasiswa dan mahasiswi di IPTA dan
IPTS. Berteraskan arus kemodenan, teknologi AI berkembang pesat termasuk dalam bidang
pendidikan, di mana mahasiswa dan mahasiswi menggunakan AI sebagai platform untuk
membuat rujukan dan mencari bahan pembelajaran.
Maklumat data dalam kajian ini didapati melalui borang soal selidik yang diedarkan
melalui google form di mana seramai 30 orang responden telah menjawab soal selidik ini . Di
sini kita dapat melihat adakah teknologi AI ini mempengaruhi pencapaian akademik
mahasiswa dan mahasiswi di pelbagai bidang pengajian atau tidak. Melalui data yang kita
peroleh, kita dapat mengenal pasti peratusan mahasiswa dan mahasiswi bersetuju bahawa
mereka menggunakan platform pembelajaran atas talian yang melibatkan teknologi AI.
Sebanyak 56.7% mahasiswa dan mahasiswi bersetuju dan 20% sangat bersetuju dengan
pernyataan tersebut. Hal ini memberikan perbezaan kepada mereka kerana tahap pencapaian
akademik mereka berubah setelah menggunakan teknologi AI. Di mana majoriti peratusan
mahasiswa yang bersetuju sebanyak 23.3% - 40% setelah menggunakan teknologi ini.
daripada mahasiswa IPTA dan IPTS. 20% - 40% mahasiswa dan mahasiswi berpendapat
bahawa teknologi AI dapat meningkatkan motivasi mahasiswa untuk menyambung
pembelajaran mereka. Akan tetapi terdapat juga pandangan sebanyak 6.70% mahasiswa
yang tidak setuju dengan pernyataan tersebut.
Justeru, berdasarkan hasil daripada kajian responden terdapat pula responden yang
menjawab tidak setuju dengan peratusan 23.3% serta responden yang menjawab sederhana
dengan peratusan 30% hingga 53.3% atas cabaran yang dihadapi oleh mereka sewaktu
penggunaan AI dalam pembelajaran atas talian ini bermakna segelintir mahasiswa dapat
menggunakan teknologi AI dalam pembelajaran dengan baik. Seterusnya terdapat beberapa
orang pelajar dalam peratusan 6.7% hingga 36.7% yang bersetuju bahawa mereka
menghadapi kesulitan teknikal semasa menggunakan platform AI untuk pembelajaran atas
talian serta terdapat juga penggunaan teknologi AI dalam pembelajaran atas talian
mempunyai pengalaman yang negatif memberikan tekanan tambahan kepada mahasiswa
yang boleh dirujuk dalam data kajian ini. Hal ini membuktikan bahawa penggunaan teknologi
AI dalam konteks pembelajaran atas talian memberikan pengalaman impak yang positif serta

12
juga negatif kepada majoriti mahasiswa untuk mengembangkan kemahiran kritikal seperti
penyelesaian masalah atau pemikiran secara kreatif dan kritis supaya menjadi lebih inovatif
dalam menggunakan teknologi AI untuk mempersiapkan diri dalam alam pekerjaan realiti.
Selain itu, kajian ini juga mendapati hasil bagaimana penggunaan teknologi AI dalam
pembelajaran atas talian memberi impak kepada kebolehpasaran mahasiswa selepas tamat
pengajian. Peratusan daripada responden yang bersetuju sebanyak 66.7% , mereka bersetuju
bahawa mahasiswa dapat meningkatkan kemahiran (hard skills) mereka melalui penggunaan
teknologi AI di dalam bidang kebolehpasaran mereka. Kami sebagai pengkaji juga ingin
melihat adakah penggunaan teknologi ini dapat mempersiapkan diri mahasiswa dalam
menyesuaikan diri terhadap perubahan pasaran pekerjaan mereka. Oleh itu, disini kita dapat
simpulkan 20% yang sederhana, 50% yang setuju dan 23.3% sangat setuju manakala 6.7%
tidak bersetuju. Mahasiswa dan mahasiswi menggunakan teknologi AI dalam pembelajaran
mereka bukan sahaja untuk dijadikan rujukan malah dapat membantu mereka untuk lebih
berinovasi dalam industri yang berkaitan dengan pengajian mereka serta industri pada hari ini
sedia untuk membangunkan pusat pembangunan kecerdasan buatan (AI) dengan
menggabungkan kepakaran institusi pendidikan tinggi, selaras dengan aspirasi perdana
menteri yang mahu melihat institusi pendidikan tempatan mempunyai pusat pembanguann
khusus dalam bidang AI. Hal ini memberikan pemahaman yang mendalam kepada mereka
mengikut jurus kemodenan dunia pada hari ini. Demikian itu,peratusan bagi persetujuan hal
ini sebanyak 23.3% bagi yang sederhana setuju, 40% setuju dan 36.7% sangat setuju.
Secara tuntasnya, penggunaan teknologi AI dalam pembelajaran atas talian ini memberi
impak yang besar kepada mahasiswa dan mahasiswi terhadap penyumbangan kecemerlangan
mereka.Walaupun kaedah ini membuahkan impak yang positif dan negatif, kita sebagai
pengguna teknologi perlu bersikap rasional dan bertanggungjawab dalam mengendalikan
sesuatu peranti.

7.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, penggunaan teknologi AI telah menyebabkan Institusi


Pendidikan Tinggi Awam dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta maju kehadapan dalam
sektor pendidikan seiring dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi yang ingin
melahirkan mahasiswa yang inovatif serta mempunyai nilai harga diri yang tinggi serta
teknologi AI dapat mewujudkan graduan yang lebih bersedia untuk menghadapi cabaran

13
global dan menguatkan daya saing negara dalam ekonomi digital, hal ini akan memberikan
kesan yang baik kepada tahap penguasaan mahasiswa dalam penggunaan teknologi AI kerana
dalam era pemodenan hari ini mahasiswa seharusnya memanfaatkan segala teknologi di
sekeliling kita agar dapat meningkatkan lagi prestasi kecemerlangan akademik serta
mahasiswa juga berpeluang menyertai latihan industri bersama syarikat-syarikat maju dan ini
akan membolehkan mereka mempunyai nilai tambah serta kebolehpasaran dalam memenuhi
keperluan pekerjaan. Oleh itu, pembelajaran penggunaan AI digunakan sebagai salah satu
alternatif untuk membolehkan sesi pengajaran dan pembelajaran diteruskan serta dapat
meningkatkan pengurusan integriti dan profesionalisme dalam kalangan mahasiswa yang
bakal melangkah ke alam pekerjaan. Teknologi AI tidak akan mengurangkan peluang
pekerjaan, malah dapat melahirkan peluang pekerjaan yang memerlukan kemahiran yang
ditetapkan untuk melaksanakan sistem yang baharu dalam kalangan graduan-graduan
mahasiswa . mahasiswa tidak seharusnya bimbang kerana kajian menunjukkan AI akan
dimanfaatkan supaya masyarakat dapat ditingkatkan kepada satu tahap lain namun, kaedah
ini juga telah mewujudkan beberapa cabaran serta kebimbangan baharu bukan sahaja kepada
pensyarah yang mengajar tetapi malah juga kepada mahasiswa itu sendiri perlindungan
privasi mesti diwujudkan untuk melindungi data mahasiswa dan pensyarah daripada akses
atau penyalahgunaan yang tidak dibenarkan. Justeru, ia menjadi tanggungjawab semua pihak
yang terlibat iaitu mahasiswa di IPTA dan IPTS serta pensyarah dalam memberikan
kerjasama dan komitmen bagi membolehkan aktiviti pembelajaran dan pengajaran
menggunakan AI berjalan lancar di semua institusi dalam memastikan perkhidmatan yang
diberikan sentiasa berada pada tahap yang cemerlang dan hasil kerja yang sangat sistematik.

14
8.0 RUJUKAN

1. Abdullah, N. (2020). Penggunaan Aplikasi Kepintaran Buatan (AI) dalam PDP-Satu


Kajian Kepustakaan . https://penerbit.unimap.edu.my/images/pdf/IMC%202020/265-272.pdf
2. Hassan, M. S. (2023, September 4). Ambil Fungsi Manusia. Harian Metro.
https://www.hmetro.com.my/itmetro/2023/09/1006448/ambil-fungsi-manusia
3. Terra. (2023, December 18). Teknologi AI: Pengertian Artificial Intelligence Dan
Kelebihannya. Number 1 Google Maps Partner Indonesia.
https://terralogiq.com/pengertian-artificial-intelligence-teknologi-ai/
4. Russell, S. J. (2023, October). “teachers’ work may change but we will always need
them.” Stuart J. Russell Teachers facing AI | The UNESCO Courier.
https://courier.unesco.org/en/articles/stuart-j-russell-teachers-work-may-change-we-will-alwa
ys-need-them
5. John W. Cresswell. 2008. Buku Educational Research- Planning, Conducting, and
Evaluating Quantitative Research (3rd Edition)
6. Ihsaniah, O. (2023, July 24). Impak Ai Terhadap pendidikan Negara.
MalaysiaGazette.
https://malaysiagazette.com/2023/07/24/impak-ai-terhadap-pendidikan-negara/
7. Hazilah, O. (2023). POTENSI DAN MASA DEPAN KECERDASAN BUATAN (AI)
DALAM PEMBELAJARAN MASA KINI. Tinta Minda.
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=2244331
8. Rohaniza, I. (2023). Mara Akan Bangunkan Pusat Pembangunan AI. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/12/1189754/mara-akan-bangunkan-pusat-p
embangunan-ai
9. Muhamat, N. A. (2022, April 3). Akademik Tumpu Teknologi AI, Tingkat
Kebolehpasaran graduan. Sinar Bestari.
https://sinarbestari.sinarharian.com.my/buletin/akademik-tumpu-teknologi-ai-tingkat-keboleh
pasaran-graduan
10. Saleha, S. (2023). Kecerdasan Buatan Dan Nilai integriti warga universiti - bernama.
Tinta Minda. https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=2175666
11. Educational Contexts,” Int. J. Learn. Dev., vol. 8, no. 4, p. 106, (2018), doi:
10.5296/ijld.v8i4.14057. R. S. Sutton and A. G. Barto, Rei
12. Y. Zhao and G. Liu, “How Do Teachers Face Educational Changes in Artificial
Intelligence Era,” vol. 300, no. Erss 2018, pp. 47–50, (2019), doi: 10.2991/erss-18.2019.9.
13. S. Jaskarn, “Research Article Artificial Intelligent in Teaching and Learning
Scenario,” Asian J. od Sci. Technol., vol. 09, no. 05, pp. 8256–8261, (2018)
14. R. Murphy, “Artificial Intelligence Applications to Support K-12 Teachers and
Teaching: A Review of Promising Applications, Challenges, and Risks,” January, (2019), doi:
10.7249/pe315.
15. M. Fahimirad, “A Review on Application of Artificial Intelligence in Teaching and
Learning in Educational Contexts,” Int. J. Learn. Dev., vol. 8, no. 4, p. 106, (2018), doi:
10.5296/ijld.v8i4.14057

15

You might also like