Kisah Bonia 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Untuk pengetahuan anda, Bonia adalah sebuah jenama mewah yang menawarkan

pelbagai rangkaian beg dan kasut yang diperbuat daripada kulit berkualiti tinggi.

Diusahakan oleh Bonia Corporation Berhad, jenama ini adalah pengeluar fesyen
mewah yang berpusat di Malaysia yang kini mempunyai lebih daripada 883 pusat
jualan dan 103 rangkaian butik di seluruh dunia termasuk Malaysia, Singapura,
Brunei, Vietnam, Taiwan, Japan, Hong Kong, China, Indonesia, Thailand, Myanmar,
Saudi Arabia dan Kuwait.

Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1974 yang memfokuskan kepada jualan barangan
kulit dengan tiga kriteria penting iaitu Moden, Elegan dan Kontemporari.

Dengan kehadiran tiga kriteria ini, anda dapat melihat untuk setiap produk yang
ditampilkan hadir dengan pesonanya yang tersendiri. Antara koleksi barangan kulit
Bonia yang masih relevan sehingga kini adalah Koleksi Monogram yang direka khas
untuk lelaki dan wanita dengan hasil seni halus yang sesuai untuk setiap gaya.
Potongan khas ini dibuat dengan ciri yang unik selain dapat dikongsi dan diturunkan
dari generasi ke generasi.

Di sebalik penghasilan produk yang berkualiti ini, pasti akan ada seorang individu
penting yang menjadi titik tolak untuk setiap jenama. Individu penting bagi jenama
Bonia adalah Sang Sem Chiang iaitu Ketua Eksekutif Bonia Corporation Berhad.

Beliau dilantik sebagai Ketua Eksekutif pada tahun 1994. Dengan adanya perancangan
dan juga pelan strategi yang baik, Sang Sem Chiang berjaya membawa nama Bonia ke
persada antarabangsa.

Penglibatannya dalam industri fesyen mewah sehingga kini sudah lebih dari 45 tahun.
Sang Sem Chiang memiliki pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang mendalam
dalam semua aspek perdagangan pakaian kulit. Beliau bertanggungjawab untuk
keseluruhan pengembangan perniagaan dan mengetahui tentang trend fesyen dan
perubahan teknologi yang sedang berlaku dalam industri pakaian kulit dan aksesori
fesyen.
Jika diteliti pada bahagian logo Bonia, anda akan melihat sebuah ayat yang bertulis
“The Italian Inspiration”.

Ya benar, idea yang mencetuskan jenama Bonia bermula apabila Sang Sem Chiang
mendapat inspirasi dari karya seni Giambologna di Bologna, Itali. Daripada situ, beliau
mulai merancang dan memborong barang-barang kulit di Singapura. Untuk
pengetahuan anda, untuk barangan kulit yang dihasilkan Bonia, mereka menggunakan
kulit jenis Nubuck dan juga Suede.

Apa itu kulit jenis Nubuck? Untuk barangan yang menggunakan kulit Nubuck, anda
akan mendapati ia mempunyai tekstur halus dan velvety. Hal ini kerana, kulit ini
mempunyai bulu halus yang memberikan tekstur yang unik berbanding kulit yang lain.

Apa itu jenis kulit Suede? Sementara kulit Suede pula adalah jenis kulit yang dibuat
dari bahagian bawah kulit haiwan yang menghasilkan permukaan yang lembut. Suede
biasanya dibuat dari kulit kambing biri-biri. Suede juga biasanya lebih tipis dan lebih
lembut.

Setelah beberapa tahun beroperasi secara aktif, pada tahun 1980, Bonia Corporation
Sdn Bhd telah berjaya menjadi peneraju pasaran di Malaysia dan Singapura. Selepas
itu, secara perlahan Bonia mula mengeksport barangan mereka ke Indonesia, Vietnam
dan beberapa lagi negara Asia yang lain.

Menurut Bonia, mengikut data pelanggan mereka, ia menunjukkan jualan antarabangsa


cenderung membuat pesanan yang jauh lebih besar berbanding pembeli tempatan.
Maka, tidak hairanlah mengapa Bonia hadir dengan strategi ini bagi meningkatkan
penjualan syarikat dan kemudian meningkatkan keuntungan dengan kadar yang lebih
pantas.
Selain memperluaskan rangkaian ke negara lain, Bonia turut melancarkan laman atas-
talian mereka iaitu Bonia.com pada tahun 2015 untuk akses yang lebih menyeluruh
untuk pelanggan dari seluruh dunia. Melaluinya, aktiviti jual beli menjadi lebih aktif
selain memberikan jenama peluang untuk memperkenalkan produk mereka kepada
pasaran baru.

Tidak berhenti di situ, Bonia seterusnya memulakan pengenalan sub-jenama lain iaitu
Sembonia dan CarloRino. Kedua-dua jenama itu juga menjual produk fesyen yang
seakan sama iaitu beg tangan, kasut dan juga aksesori fesyen yang lain. Namun apa
yang membezakannya Bonia dan dua sub-jenama lain adalah strategi harga yang
berbeza kerana mereka menyasarkan di pasaran dan pengguna yang berbeza.

You might also like