Teks Ucapan Hari Kanak-Kanak

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

UCAPAN SEMPENA HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH (PKHEM)

Assalamualaikum w.b.t,
Salam sejahtera,
Salam Malaysia Madani,
Salam ABC, Anak yang Baik lagi Cerdik.

Yang berusaha, Puan Zatul Bazamah binti Abu Bakar, Guru Besar SK
TUDM Subang,
Puan Siti Ruhaiza binti Mohd Siran, Guru Penolong Kanan Kurikulum,
Puan Fadzilah binti Zainu Hasri, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Encik Noor Azman bin Hashim, Guru Penolong Kanan PPKI,
Kol.Yusri bin Jamari TUDM, Yang Dipertua PIBG SK TUDM Subang,
Guru-guru dan murid-murid yang saya kasihi.

Kita bersyukur kepada Allah s.w.t kerana kita dapat bersama-sama pada
hari ini untuk menyambut Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat
sekolah bagi tahun 2023.
Hadirin sekalian,
Di Malaysia, Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia telah mula
disambut pada 8 Oktober 1959, bertempat di Stadium Negara Kuala
Lumpur, iaitu sebaik sahaja Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
mengisytiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan
kefahaman dalam kalangan kanak-kanak seluruh dunia.
Pada dasarnya, Hari Kanak-kanak Sedunia mempunyai dua objektif
utama, iaitu:
i. merupakan penghormatan dan pengiktirafan masyarakat terhadap
kanak-kanak dan hak mereka.
ii. menyedarkan setiap golongan masyarakat akan tanggungjawab
mereka dalam memelihara hak dan masa depan kanak-kanak.
Sambutan Hari Kanak-kanak merupakan satu cara bagi umat manusia
mewujudkan sebuah dunia yang aman dan sejahtera bagi kanak-kanak.
Melalui kenyataan ini, adalah sangat penting untuk menyediakan segala
keperluan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial kanak-kanak kerana
mereka merupakan bakal pelapis kepemimpinan negara serta aset
berharga bagi sesebuah negara.
Oleh itu, dalam kesempatan ini, saya ingin mengambil perhatian
daripada semua guru yang saya kasihi supaya lebih prihatin ke atas
kesejahteraan kanak-kanak supaya masa hadapan mereka akan terjamin
dalam suasana di sekolah yang bahagia dan harmoni dengan
menerapkan nilai-nilai murni dalam proses tumbesaran kanak-kanak
kerana mereka ialah aset masa depan kita.
Kepada murid-murid yang saya sayangi pula, jagalah diri masing-
masing. Jauhi perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah serta
memudaratkan diri sendiri supaya kalian dapat menjadi orang yang
berguna kepada negara, bangsa dan agama kelak.
Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada guru-guru serta murid-murid yang telah berusaha gigih
untuk menjayakan Sambutan Hari Kanak-kanak pada tahun ini.
Akhir kata,
Anak Cina bakar setanggi,
Bakar di dalam periuk kera;
Kanak-kanak perlu disayangi,
Agar hidup aman sejahtera.
Sekian, terima kasih.
UCAPAN SEMPENA HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH (YDP)

Assalamualaikum w.b.t,
Salam sejahtera,
Salam Malaysia Madani,
Salam ABC, Anak yang Baik lagi Cerdik.

Yang berusaha, Puan Zatul Bazamah binti Abu Bakar, Guru Besar SK
TUDM Subang,
Puan Siti Ruhaiza binti Mohd Siran, Guru Penolong Kanan Kurikulum,
Tuan Haji Zaidi bin Zakariya, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Puan Fadzilah binti Zainu Hasri, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Encik Noor Azman bin Hashim, Guru Penolong Kanan PPKI,
Guru-guru dan murid-murid yang diraikan pada hari ini.

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, kita dapat


bersama-sama pada pagi yang indah ini untuk menyambut Sambutan
Hari Kanak-kanak peringkat SK TUDM Subang bagi tahun 2023.

Untuk pengetahuan murid-murid dan pada guru, Sambutan Hari Kanak-


kanak mula disambut di negara kita pada 8 Oktober 2023, iaitu sebaik
sahaja Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan Hari
Kanak-kanak Sedunia dan meminta semua negara meraikannya setiap
tahun sebagai “Satu Hari Persaudaraan Dunia dan Persefahaman dalam
kalangan kanak-kanak”. Malaysia merupakan antara 150 buah negara
yang meraikan kanak-kanak.
Bagi membuktikan keprihatinan masyarakat terhadap kebajikan dan
kesejahteraan kanak-kanak, SK TUDM juga turut serta meraikan Hari
Kanak-kanak peringkat sekolah.

Hadirin sekalian,
Antara objektif sambutan ini adalah untuk menghargai sumbangan dan
peranan kanak-kanak di sekolah serta mewujudkan kesedaran dalam
kalangan masyarakat untuk memelihara hak dan masa depan kanak-
kanak. Melalui Sambutan Hari Kanak-kanak juga, saya berharap agar
murid berasa lebih dihargai dan sedar bahawa mereka ialah sebahagian
daripada aset sekolah, seterusnya meningkatkan perasaan sayang akan
sekolah dalam diri masing-masing. Secara tidak langsung, hubungan
antara guru dan murid SK TUDM Subang akan bertambah erat melalui
sambutan ini juga.

Saya dimaklumkan bahawa terdapat pelbagai aktiviti dan persembahan


menarik yang telah dirancang dan akan dijalankan pada hari ini. Oleh
itu, saya berharap agar murid-murid dapat memberi tumpuan dan
mendengar arahan guru supaya segala program yang dirancang dapat
dijalankan dengan lancarnya.

Bagi mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan sekalung tahniah


kepada SK TUDM Subang kerana dapat merealisasikan sambutan pada
hari ini.

Oleh itu, dengan sukacitanya saya merasmikan majlis Sambutan Hari


Kanak-kanak peringkat SK TUDM Subang. Sekian, terima kasih.

You might also like