Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LAMACU KMK SEM 1

JAWAB SOALAN-SOALAN DI BAWAH.

BAHAGIAN A :

Baca Gurindam Taat Setia Raja dan Rakyat dan jawab soalan yang mengikutinya.

a) Huraikan mesej terdapat pada gurindam di atas. [16m]


b) Nyatakan jenis puisi tersebut dan jelaskan tiga ciri-ciri yang terdapat dalam puisi
tersebut. [7]
(c) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri raja atau pemimpin yang dapat dijadikan teladan
oleh
orang bawahannya. [6]

Baca puisi SELOKA PANDAI PAK PANDIR dan jawab soalan-soalan yang
mengikutinya.

(a) Jelaskan unsur perulangan yang terdapat dalam puisi di atas. [9]

(b) Bincangkan kritikan sosial seperti yang terdapat dalam puisi di atas. [16]

1.Baca sajak Seorang Jemaah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

(a) Jelaskan TIGA gaya bahasa perulangan dan kesannya berdasarkan sajak di atas. [9]
(b) Huraikan EMPAT persoalan yang terdapat dalam sajak di atas [16]
(c) Jelaskan tiga sifat manusia yang terdapat dalam sajak di atas. [9]
(d) Bincangkan empat mesej yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan anda hari ini
[16]

2.Baca sajak Di Titian Kemerdekaan dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

(a) Jelaskan unsur estetika yang memberi kesan estetik terhadap sajak di atas [9]

(b) Bincangkan empat pemikiran masyarakat yang ingin disampaikan dalam sajak
di atas.[16]

BAHAGIAN B : Prosa Tradisional

1. Berdasarkan “Hikayat Hang Tuah ( Bab XIX )” yang termuat dalam Permata Sastera
Melayu :
(a) Huraikan TIGA peristiwa kehebatan Hang Tuah di Benua China. [ 9 ]
(b Jelaskan pemikiran yang terdapat dalam “Hikayat Hang Tuah (Bab XIX)”. [16]
2.Berdasarkan “Hikayat pelanduk Jenaka (Syeikh Alam Berlawan Dengan Raksasa)” yang
termuat dalam Permata Sastera Melayu, Bincangkan mesej yang terkandung dalam cerita
tersebut. [25m]

3.Berdasarkan petikan “Rupanya Sang Badak itu berdusta kepada kita sekalian”, huraikan
tiga sifat Sang Badak, menyebabkan sahabat-sahabatnya berpendapat demikian. [9]

4. Bincangkan tiga pengajaran yang dapat dipetik daripada watak Tuan Syeikh Alam di-
Rimba berdasarkan keseluruhan cerita.
[12]
5. Jelaskan fungsi cerita binatang [9]

BAHAGIAN C : Prosa Moden


1.Baca petikan di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Demikianlah perihalnya. Dia jatuh. Mereka ikut dukacita. Ada yang membunuh diri. Tiba-
tiba dia mengetuk pintu rumahku. Mengetuk pintu rumah kita, kata ayah. Atau mengetuk
semua pintu rumah dua puluh ribu penghuni kampung kecil ini? Dan pertanyaanku itu
jatuh dan tenggelam ke dalam dadaku. Malam-malam berikutnya aku tidur kurang
nyenyak. Teringatakan kejatuhannya. Dia yang jatuh dan ikut melibatkan aku dan
penghuni kampung kecil kami. Ketika aku mulai terlelap, tiba-tiba aku dikejutkan oleh
sentuhan tangan. Aku terperanjat dan hampir melaung. Ayah dan ibu berada disisiku. “Dia
berada di pintu kita. Dengar suaranya. Dengar!” Ayah berbisik ke telingaku. Aku
menajamkan pendengaranku. Sahlah, fikirku. Dia berada di pintuku. Aku mendengar
keluhannya. Aku mendengar rintihannya. “Ya Tuhan. Perteguhkan imanku. Biarlah aku
tidak terjejas oleh kejatuhan kertas tisu seharga emas itu. Ikan di laut dan burung di udara
masih bebas berterbangan mencari makan tanpa mempedulikan dia yang jatuh. Selama ini
pun Engkau, ya Allah, yang memberi rezeki, bukan dia. Perteguhkan imanku. Kaulah yang
memberi rezeki itu. Bukan dia.” Aku tiba-tiba berasa fana dalam kekuasaan Allah yang
memberi rezeki seluruh makhluk!

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012 Cerpen “ Mitos Secekak
Kertas Tisu” dalam Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka
hlm 136-137).
a) Jelaskan TIGA perwatakan ‘aku’ yang terdapat dalam petikan.[9 m]
b) Huraikan EMPAT teknik penceritaan berdasarkan petikan. [16m]

2. Baca petikan di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

ASIAH SAMIAH : Anak kita, bang! Anak kita, Si Laila Anurisah. Abang ingat anak kita.
Ah! Matanya macam mata saya, kata abang , hidungnya sebiji macam abang!
Hidungnya, kata abang, saling tak tumpah, arwah mak abang, Leha Kuncup, anak
Salim Pangki, cucu Mat Upih dari Kuala Raga. Ah, tengok dia bang, dia tersenyum, dia
menjuihkan bibir kecilnya kepada kita. Dalam kekecilan dan rengeknya dia meminta
sesuatu.
Atau memberi tahu sesuatu. Agaknya dia mahu mengistiharkan bahawa dia lahir
dari bukti cinta kita. Eh, kenapa basah ni…Ah, dia kencing bang, ah, menjauh bang,
nanti terkena baju abang. Kan abang nak ke surau. Tu bulan, tu bintang, tu pokok kayu
ara, tu ayah sudah datang, bawa kasih bawa ria!
MARGA TUA : Lihat! Kalian saksikan sendiri sama ada saya berkata benar atau tidak! Dia
bukan sepenuhnya gila, macam saya kata, dia separuh siuman.

(a) Jelaskan punca Asiah Samiah menjadi kurang siuman?[9m]


(b) Huraikan penggunaan teknik penceritaan yang terdapat di dalam Drama Asiah
Samiah. [16m]

(c) Huraikan unsur pengajaran yang boleh dijadikan teladan oleh pengarang dalam drama
“Asiah Samiah” yang terdapat dalam Permata Sastera Melayu. [16]

Nilaikan perwatakan yang ada pada Asiah Samiah dalam drama "Asiah Samiah" seperti
yang
terdapat dalam Permata Sastera Melayu. [25]

You might also like