Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

TAJUK:

KAJIAN TENTANG PERANAN UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN (ICU) SEBAGAI

AGENSI UTAMA DALAM PELAKSANAAN DASAR – DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

BAGI PEMBASMIAN KEMISKINAN DI TERENGGANU

OLEH:

WAN FASIHAH BINTI WAN MOHD BAHARUDIN (906885)


1.1 PENGENALAN

Pembasmian kemiskinan berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi

adalah instrumen paling penting bagi mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan kualiti

hidup di negara membangun. Oleh itu, dasar-dasar ekonomi yang di buat dapat menentukan

bahawa pembasmian kemiskinan dapat dikurangkan atau tidak. Terdapat banyak usaha dan

dasar yang diambil kerajaan Malaysia untuk membasmi kemiskinan sejak tahun 1970-an. Di

Malaysia, tahap kemiskinan adalah lebih tinggi di kawasan luar bandar berbanding di kawasan

bandar. Tahap kemiskinan dapat dikategorikan sebagai miskin tegar dan miskin melalui

penilaian Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

Rajah 1: PGK 2019

PGK ialah pendapatan isi rumah bulanan yang disediakan oleh Unit Perancang

Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) setiap dua tahun sekali. PGK boleh

dikategorikan kepada tiga iaitu Miskin Tegar, Miskin, dan Terkeluar. Berdasarkan rajah 1, PGK

bagi penduduk di bandar dan luar bandar adalah berbeza. Bagi keseluruhan Malaysia, penduduk

yang dikategorikan sebagai miskin tegar di bandar mempunyai PGK sebanyak RM 1176.

Manakala penduduk yang dikategorikan sebagai miskin tegar di luar bandar mempunyai PGK

sebanyak RM 1142. Justeru, kajian perlu dijalankan bagi mengenal pasti peranan unit

penyelarasan pelaksanaan (ICU) sebagai agensi utama dalam pelaksanaan dasar – dasar

pembangunan negara bagi pembasmian kemiskinan.

1
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Sejak beberapa dekat yang lalu, banyak kajian lepas telah mengkaji tentang isu pembasmian

kemiskinan di Malaysia. Isu pembasmian kemiskinan adalah isu yang dihadapi oleh seluruh

dunia termasuklah Malaysia. Isu kemiskinan biasanya diteliti daripada perspektif ekonomi.

Oleh itu, pelbagai dasar-dasar pembangunan telah diperkenalkan bagi mengurangkan kadar

kemiskinan di Malaysia.

Pada tahun 1971, sebuah Unit Penyelarasan, Pelaksanaan dan Penilaian (ICEU) telah

ditubuhkan. Unit ini kemudiannya diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan kini

dikenali sebagai Unit Penyelarasan Pelaksana (ICU). ICU menjadi agensi utama dalam dasar-

dasar pembangunan Malaysia sebagai penyelaras utama program pembasmian kemiskinan

yang juga dikenali sebagai program kesejahteraan rakyat. Selain itu, ICU juga bertindak sebagai

agensi utama dalam pengurusan pangkalan data kemiskinan (e-kasih) di Malaysia.

Sejak tahun 1970, Malaysia telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan mutlak dan

berubah daripada sebuah negara miskin kepada sebuah negara berpendapatan sederhana. Selain

itu, ekonomi Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan berkala walaupun menghadapi

pelbagai cabaran luaran. Namun begitu, jumlah penduduk di Malaysia yang dikategorikan

sebagai miskin tegar semakin meningkat kesan daripada masalah Covid-19. Oleh itu, kajian ini

cuba mengkaji tentang peranan ICU sebagai agensi utama dalam pelaksanaan dasar – dasar

pembangunan negara bagi pembasmian kemiskinan di Terengganu.

1.3 PERMASALAHAN KAJIAN

Sejak kebelakangan ini, kerajaan menyasarkan untuk mencapai kadar sifar bagi kategori miskin

tegar di Malaysia menjelang tahun 2025. Ini kerana covid-19 memberi impak yang besar kepada

ekonomi Malaysia sehingga menyebabkan kenaikan kadar rakyat miskin di Malaysia.

2
Berdasarkan statistik Unit Perancang Ekonomi (UPE), kadar peratusan miskin tegar di Malaysia

telah menurun daripada 49.3% pada tahun 1970 kepada 5.6% pada tahun 2019. Namun begitu,

kadar peratusan miskin tegar di Malaysia telah meningkat secara drastik kepada 8.4% pada

tahun 2020. Bagi negeri Terengganu, peratusan miskin tegar telah meningkat daripada 6.1%

pada 2019 kepada 12.0% pada tahun 2020. Ini kerana terdapat ramai rakyat yang kehilangan

pendapatan sejak berlakunya Covid-19.

Kejayaan Malaysia dalam mengurangkan kemiskinan adalah disebabkan oleh dasar

pembasmian kemiskinan menjadi sebahagian daripada dasar-dasar pembangunan ekonomi

yang telah diperkenalkan serta program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan bersama

dengan rancangan pembangunan dan peruntukan kewangan dalam rancangan Malaysia

(Hatta:2013). Program inisiatif pembangunan merupakan tulang belakang kepada

pembangunan ekonomi yang memegang kunci kepada kemungkinan dalam pemulihan

pertumbuhan ekonomi dan pembasmian kemiskinan. Untuk membasmi kemiskinan, kerajaan

Malaysia telah memperkenalkan pelbagai dasar-dasar pembangunan.

MODEL BARU
EKONOMI
DASAR (MBE)
WAWASAN •2011 - 2020
DASAR NEGARA (DWN) •RMK 10 - RMK
PEMBANGUNA •2001 - 2010 11
N NASIONAL •RMK 8 - RMK 9 •10 tahun
DASAR
EKONOMI (DPN) •10 Tahun
BARU (DEB) •1991 - 2000
•1971 - 1990 •RMK 8 - RMK 9
•RMK 2 - RMK 5 •10 Tahun
•20 Tahun
Rajah 2: Dasar - Dasar Pembangunan Malaysia

Proses perancangan pembangunan Malaysia ini dilaksanakan menggunakan

pendekatan hibrid teori bagi memastikan dasar dan strategi negara dapat direalisasikan melalui

mengoptimumkan sumber serta pembangunan seimbang dalam pelbagai aspek dapat

dilaksanakan dan diintegrasikan sepenuhnya dengan teras pembangunan negara. Hibrid teori

3
cuba untuk mengatasi jurang antara atas-bawah teori dan bawah-atas teori dengan

menggabungkan atas-bawah teori dan bawah-atas (Pulzl & Treib : 2007; Chand : 2011). Teori

ini membawa kepada dua inovasi penting kepada atas-bawah teori dan bawah-atas. Pertama,

mereka cuba mengatasi kelemahan konseptual dalam teori atas-bawah dan bawah-atas dan

sebaliknya memberi tumpuan pada hujah empirikal yang betul tentang pengkonsepan proses

pelaksanaan dan secara pragmatik menggabungkan hujah-hujah teori atas-bawah dan bawah-

atas. Kedua, sebahagian daripada ahli teori hibrid menunjukkan faktor penting yang selama ini

kurang mendapat perhatian. (Fischer, Miller & Sidney : 2007)

Apabila DEB diperkenalkan, ICU atau dikenali sebagai Unit Penyelarasan,

Pelaksanaan dan Penilaian (ICEU) ketika itu telah ditubuhkan dan dipertanggungjawabkan

untuk memantau pencapaian pelaksanaan dasar dan program serta projek kerajaan pada

peringkat persekutuan, negeri dan daerah. Proses perancangan pembangunan ini dapat

dikaitkan dengan teori institutionalisme di mana ICU mempunyai kuasa yang sah bagi

melaksanakan dasar-dasar yang telah diluluskan oleh pihak kerajaan. Teori institutionalisme

ini berkaitan dengan satu kegiatan institusi kerajaan yang terlibat secara langsung dalam proses

perancangan, pembuatan, pelaksanaan, penguatkuasaan dan juga penilaian (buku tahun). Teori

institutionalisme merujuk ICU sebagai institusi yang berperanan penting supaya pihak kerajaan

berupaya menyalurkan dasar yang telah diperkenalkan sampai kepada semua lapisan

masyarakat. Berdasarkan Reich (2002), teori institutionalisme mempunyai 4 pendekatan utama

iaitu sejarah institutionalisme, institutionalisme ekonomi baharu, institusi sebagai kerangka

kognitif, dan institusi sebagai aktor.

Dengan ini, kita dapat lihat bahawa pelbagai dasar-dasar pembangunan telah

diperkenalkan bagi membasmi kemiskinan. Oleh itu, ICU memainkan peranan penting sebagai

satu agensi penting dalam memastikan dasar-dasar itu berjaya. Tambahan pula, kadar inflasi

negara bakal bertambah mulai 2022 (Bank Negara Malaysia : 2022). Sehubungan dengan itu,

kadar peratusan miskin tegar di Malaysia dijangkakan akan meningkat. Terdapat banyak kajian

lepas yang mengkaji tentang dasar-dasar pembangunan dan pembasmian kemiskinan. Namun,

tiada kajian khusus yang menyentuh tentang peranan ICU itu sendiri sebagai agensi utama

4
dalam pelaksanaan dasar – dasar pembangunan negara bagi pembasmian kemiskinan. Oleh itu,

kajian ini bertujuan untuk mengkaji peranan ICU sebagai agensi utama dalam pelaksanaan

dasar – dasar pembangunan negara bagi pembasmian kemiskinan.

1.4 PERSOALAN KAJIAN

1) Apakah dasar-dasar pembangunan yang telah diperkenalkan bagi membasmi kemiskinan?

2) Kenapakah ICU memainkan peranan penting sebagai agensi utama dalam pelaksanaan

dasar – dasar pembangunan negara bagi pembasmian kemiskinan di Terengganu?

3) Apakah implikasi dasar – dasar pembangunan negara dan peranan ICU kepada

pembasmian kemiskinan di Terengganu?

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

1) Untuk mengkaji dasar-dasar pembangunan yang telah diperkenalkan bagi membasmi

kemiskinan?

2) Untuk mengkaji tentang peranan ICU sebagai agensi utama dalam pelaksanaan dasar –

dasar pembangunan negara bagi pembasmian kemiskinan di Terengganu?

3) Untuk mengkaji tentang implikasi dasar – dasar pembangunan negara dan peranan ICU

kepada pembasmian kemiskinan di Terengganu?

1.6 KONSEPTUAL

KEMISKINAN

Kemiskinan bermaksud ketidakupayaan untuk memenuhi standard minimum keperluan asas

yang merangkumi keperluan makanan dan bukan makanan. Golongan miskin ialah orang yang

berada di bawah batas tertentu atau disebut sebagai garis kemiskinan. Menurut Bank Dunia

(2000), kemiskinan disifatkan sebagai kekurangan dalam kesejahteraan. Kemiskinan timbul

apabila orang tidak mempunyai keupayaan utama serta tidak mempunyai pendapatan atau

5
pendidikan yang mencukupi atau kesihatan yang lemah, atau tidak selamat, atau keyakinan diri

yang rendah, atau rasa tidak berdaya, atau ketiadaan hak.

DASAR AWAM

Dasar awam bermaksud apa juga projek, program atau rancangan daripada pihak kerajaan

untuk faedah dan kepentingan satu kelompok rakyat. Dasar awam hanya terhad kepada projek,

program atau rancangan yang dilakukan kerajaan sahaja. Menurut Thomas R. Dye (1995:3),

dasar awam adalah apa jua pilihan yang diambil oleh kerajaan sama ada untuk melakukan atau

tidak melakukan sesuatu. Terdapat pelbagai definisi dasar awam yang diutarakan oleh para

sarjana. Oleh itu, kesimpulan yang dapat dilakukan ialah (i) dasar awam merupakan tindakan

kerajaan yang bertujuan dan bermatlamat (goal-oriented) dan bukannya tindakan kerajaan

secara rawak atau nasib (chances). Oleh itu, dasar yang dicadangkan berbentuk hipotesis, iaitu

tindakan-tindakan ini boleh diuji (can be tested). (ii) Setiap dasar mengandungi siri tindakan

yang dilakukan sepanjang masa oleh kerajaan dan ini bermaksud bahawa dasar bukan setakat

menerima pakai undang-undang tetapi meliputi keputusan yang di buat ekoran daripadanya.

(iii) Dasar awam melibatkan apa yang sebenarnya dilakukan oleh kerajaan dan bukannya apa

yang dihasratkan atau apa yang dikatakan akan dilakukan. (iv) Dasar awam melibatkan pihak

yang membuat keputusan dan pihak yang melaksanakan keputusan tersebut. Pihak ini boleh

terdiri sama ada individu atau kumpulan yang mempunyai kuasa untuk memutuskan keputusan

dasar dan diberi mandat untuk melaksanakan dasar berkenaan.

DASAR-DASAR PEMBANGUNAN

Dasar pembangunan merupakan asas atau tapak, panduan besar, falsafah yang mempunyai

matlamat dihujungnya dan peraturan mengenai cara mencapai matlamat dasar tersebut.

Pembangunan berkait rapat dengan usaha dalam mengubah masyarakat atau negara daripada

keadaan mundur kepada maju. Oleh itu, dasar pembangunan bermaksud apa juga projek,

program atau rancangan daripada pihak kerajaan bagi mengubah masyarakat atau negara

6
daripada keadaan mundur kepada maju. Terdapat empat dasar pembangunan utama di

Malaysia.

i. Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan dalam tahun 1970 sebagai tindak balas atau reaksi

kepada peristiwa 13 Mei 1969. DEB diperkenalkan dan dilancarkan bagi tempoh 20

tahun iaitu pada tahun 1971 hingga 1990. DEB termasuk di dalam Rangka Rancangan

Jangka Panjang 1. Matlamat utama DEB diperkenalkan ialah bagi mewujudkan

perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan,

penempatan dan sebagainya. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar

Ekonomi Baru adalah disusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata

iaitu mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan

peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum serta penyusunan

semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan

kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

ii. Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

DPN telah dilancarkan pada 17 Jun 1991 dan termasuk dalam Rangka Rancangan

Jangka Panjang 2. DPN diperkenalkan sebagai satu langkah ke arah membolehkan

Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi

keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan

pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi. DPN masih lagi meneruskan

strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.

Namun, DPN bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih

seimbang yang merangkumi aspek - aspek kritikal dan mengandungi beberapa

peralihan pendekatan dengan tujuan mengadakan satu dimensi baru dalam usaha

pembangunan, terutamanya dalam membasmi kemiskinan dan menyusun semula

masyarakat.

7
iii. Dasar Wawasan Negara (DWN)

DWN diperkenalkan untuk tempoh 10 tahun bermula pada tahun 2001 hingga 2010 di

dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang 3. DWN memberi tumpuan terhadap

peningkatan keutuhan dan daya saing negara serta meningkatkan kualiti pembangunan

dan menjana pertumbuhan tinggi yang mapan supaya rakyat dapat menikmati

kemakmuran. Terdapat empat matlamat utama DWN iaitu (i) Membina negara yang

berdaya tahan, (ii) Mengekalkan usaha membasmi kemiskinan, (iii) Membangunkan

masyarakat berasaskan pengetahuan atau k-ekonomi, dan (iv) mengurangkan

ketidakseimbangan sosial, ekonomi dan juga wilayah.

iv. Model Baru Ekonomi (MBE)

MBE diperkenalkan pada Rancangan Malaysia kesepuluh pada tahun 2011. MBE

bertujuan untuk melonjakkan ekonomi negara menjadi negara maju menjelang tahun

2020 dan meningkatkan pendapatan rakyat. MBE memberi keutamaan terhadap

menangani masalah jurang pendapatan dan membasmi kemiskinan tanpa mengira

kaum. MBE juga menumpukan usaha untuk meningkatkan tahap pendapatan semua

golongan berpendapatan rendah.

1.7 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini berbentuk kaedah campuran di mana pendekatan ini menggabungkan atau

mengaitkan kedua-dua bentuk kualitatif dan kuantitatif. Pengumpulan data primer kajian akan

dijalankan melalui analisis, tinjauan, temu bual dan soal selidik di negeri Terengganu.

Manakala, pengumpulan data sekunder akan dijalankan melalui sumber perpustakaan, sumber

dalam talian, buku rujukan, dan artikel jurnal yang disertakan.

Kawasan kajian bagi kertas kerja ini tertumpu kepada organisasi ICU serta penduduk

di negeri Terengganu. Ini kerana kertas kerja ini memberi tumpuan kepada peranan unit ICU

8
sebagai agensi utama dalam pelaksanaan dasar – dasar pembangunan negara bagi pembasmian

kemiskinan di Terengganu.

Bagi pengumpulan data, kertas ini menggunakan data primer dan sekunder dalam

kajian ini. Bagi data primer, data di kumpul melalui analisis, tinjauan, temu bual dan soal

selidik. Bagi data sekunder, data di kumpul melalui sumber perpustakaan, sumber dalam talian,

buku rujukan, dan artikel jurnal yang disertakan.

Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji peranan unit ICU sebagai agensi utama

dalam pelaksanaan dasar – dasar pembangunan negara bagi pembasmian kemiskinan di

Terengganu. Justeru, data yang di kumpul daripada kajian dan tinjauan akan dianalisis dengan

menggunakan data analisis Korelasi yang akan diwakili oleh penjelasan dan rajah. Pengkaji

akan dapat mengguna pakai satu kaedah menganalisis data iaitu analisis inferens. Analisis

inferens akan digunakan oleh pengkaji untuk menguji hipotesis yang telah dibangunkan dan

juga cuba menganalisis faktor-faktor yang mungkin berlaku terhadap data yang diwakili.

1.8 LIMITASI KAJIAN

Kajian ini terhad kepada penduduk yang tinggal di negeri Terengganu sahaja. Dalam

penyelidikan ini, kajian akan dijalankan dengan mengumpul data di Terengganu seperti

tinjauan, temu bual dan soal selidik. Selain itu, had masa juga mungkin menjejaskan

penyelidikan ini oleh kerana masa yang singkat untuk menjalankan tinjauan. Walau

bagaimanapun, keterbatasan akan menjadikan kami lebih prihatin untuk menjalankan

penyelidikan ini dan mencapai matlamat dengan jayanya.

1.9 SIGNIFIKAN/KEPENTINGAN KAJIAN

Dasar yang dilaksanakan adalah penting bagi menangani isu pembasmian kemiskinan. Namun

begitu, tiada kajian khusus yang menyentuh tentang peranan ICU itu sendiri sebagai agensi

utama dalam pelaksanaan dasar – dasar pembangunan negara bagi pembasmian kemiskinan.

9
Selaras dengan rancangan kerajaan untuk mencapai sifar kemiskinan mutlak menjelang 2025,

kajian ini akan menyumbang dari segi peranan ICU sebagai agensi utama dalam pelaksanaan

dasar – dasar pembangunan negara bagi pembasmian kemiskinan. Pertama sekali, kajian ini

dapat menilai sama ada dasar-dasar pembangunan yang diperkenalkan membantu dalam

pembasmian kemiskinan. Kedua, kajian ini dapat menilai sama ada ICU berjaya memainkan

peranan sebagai agensi utama dalam pelaksanaan dasar – dasar pembangunan negara bagi

pembasmian kemiskinan. Ketiga, kajian ini dapat menilai implikasi dasar-dasar pembangunan

serta peranan ICU bagi membasmi kemiskinan.

10
1.10 RUJUKAN

Chand, B. (2011). Public Policy: Implementation Approaches. SSRN Electronic Journal, 1–5.

https://doi.org/10.2139/ssrn.1744286.

Dye, T. R. (1995). Understanding Public Policy, Boston: Longman

Economic Planning Unit (EPU). (2004). 30 Years of Poverty Reduction, Growth and Racial

Harmony. Worldbank. https://documents1.worldbank.org/curated/ar/

839661468758680322/ pdf/307820Malaysia01see0also0307591.pdf.

Fischer, F., Miller, G. J. & Sidney, M. S. (2007). Handbook of Public Policy Analysis Theory,

Politics, and Methods. United States : Terbitan CRC Press.

Hatta, Z. A. & Ali, I. (2013). Poverty Reduction Policies in Malaysia: Trends, Strategies and

Challenges. Asian Culture and History journal, 5(2).

http://dx.doi.org/10.5539/ach.v5n2p48.

Pengajian Malaysia. (n.d.). Bab 12: Dasar Ekonomi. https://malaysiastudies.yolasite.com/bab-

12-dasar-ekonomi.php.

Pulzl, H., & Treib, O. (2007). Implementing Public Policy. In F. Fischer & G. J. Mille. (Eds.)

Handbook of public policy analysis: Theory, politics, and methods (pp. 89-108). Boca

Raton, N.W.: Taylor & Francis Group.

Rakan07sarawak. (2021). Pelan Pembangunan Lima Tahun Malaysia (RMK8 – RMK12).

https://www.rakansarawak.com/v3/2021/11/23/pelan-pembangunan-lima-tahun-

malaysia-rmk8-rmk12/.

Rakan07sarawak. (2021). Pelan Pembangunan Lima Tahun Malaysia (RMK1 – RMK7).

https://www.rakansarawak.com/v3/2021/11/23/latar-belakang-pelan-pembangunan-

lima-tahun-malaysia-rmk1-rmk7/.

Salleh, H. M. (2012). MPW: Dasar Pembangunan Negara.

http://hamdanmendan.blogspot.com/2012/06/mpw-dasar-pembangunan-

negara.html#:~:text=Dasar%20pembangunan%20merupakan%20asas%20atau,mempun

yai%20pelbagai%20maksud%20dan%20dimensi.

11
Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU). (n.d.). Buku Laporan.

https://www.icu.gov.my/?pg=terbit&type=laporan.

Unit Perancang Ekonomi (EPU). (2019). Pendapatan Isi Rumah, Kemiskinan Dan

Perbelanjaan Isi Rumah. https://www.epu.gov.my/ms/statistik-

sosioekonomi/pendapatan-isi-rumah-kemiskinan-dan-perbelanjaan-isi-rumah.

Unit Perancang Ekonomi (EPU). (n.d.). Model Baru Ekonomi.

https://www.epu.gov.my/ms/pembangunan-ekonomi/rancangan-pembangunan/model-

baru-ekonomi.

Unit Perancang Ekonomi (EPU). (n.d.). Perancangan Terdahulu.

https://www.epu.gov.my/ms/pembangunan-ekonomi/rancangan-

pembangunan/rmk/perancangan-terdahulu.

United Nations Development Programme (UNDP). (2006). Malaysia International Trade,

Growth, Poverty Reduction And Human Development. Malaysia : Terbitan UNDP.

United Nations Development Programme (UNDP). (2008). Malaysia Measuring And

Monitoring Poverty And Inequality. Malaysia : Terbitan UNDP.

12

You might also like