Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SK ULU MACHAN

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET BIL.1 2022 BAGI SUKU TAHUN KEEMPAT TAHUN 2021

Tempat : SKUM Smart Room


Tarikh : 10 Januari 20226
Masa : 02:30 petang
Hari : Isnin

Agenda :

1. Perutusan Pengerusi Cikgu Peter anak John , Guru Besar SK Ulu Machan
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Bil.4/2021 bagi Suku Tahun Ketiga 2021
3. Perkara – perkara berbangkit
4. Makluman dari Pegawai Aset
4.1 Kedudukan semasa aset
4.2 KEW-PA7
4.3 Aset belum daftar

5. Hal-hal lain
6. Penangguhan mesyuarat

Kehadiran Kakitangan Jawatan:


1. Cikgu Peter anak John Guru Besar
2. Cikgu Diana anak Hangih Penolong Kanan Pentadbiran
3. Cikgu Wesley anak Galau Penolong Kanan HEM
4. Cikgu Ibrahim bin Paridin Penolong Kanan Kokurikulum
5. Cikgu Gloria anak Ringka Guru Akademik
6. Cikgu Victoria Sendi anak Michael Guru Akademik
7. Cikgu Joanes anak Louis Guru Akademik
8. Cikgu Mathius anak Tadong Guru Akademik
9. Cikgu Benedine anak Sandin Guru Akademik
10. Puan Betty anak Muli PPM Asrama
11. Cik Rebya anak Joan PPM Asrama
12. Puan Norlia binti Ratbah PPM Prasekolah
13. Catherine anak Rendang Pembantu Operasi
14. Puan Bibidiana anak Ronald Penyelia Asrama
15. Puan Patricia anak Friday Pembantu Tadbir
16. Encik Peterson anak Anthony Pembantu Operasi
17. Loh Wen Ling Pembantu Operasi

1. Perutusan Pengerusi Cikgu Peter anak John , Guru Besar SK Ulu Machan.
1.1 Mesyuarat ini merupakan mesyuarat aset yang pertama bagi tahun 2022

1.2 Pengurusan Aset Sekolah adalah pada tahap yang baik dan harapan agar prestasi ini dipertingkatkan
lagi.

1.3 Beliau mengingatkan kepada pegawai aset agar sentiasa bersedia dan peka kepada setiap pulangan
yang perlu dihantar ke PPDK dan mengelakkan daripada melakukan kerja pada saat akhir.

Makluman :
Semua Kakitangan

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Bil 4 Tahun 2021

Disahkan oleh : Cikgu Victoria Sendi anak Michael

Disokong Oleh : Cikgu Mathius anak Tadong

3. Perkara – perkara berbangkit

3.1 Aset di dalam rumah tidak boleh dialihkan sesuka hati bagi mengelakkan kecelaruan data.

3.2 Tilam murid asrama yang dipinjamkan perlu direkodkan peminjam dan jumlah tilam yang dipinjam.

3.3 Katil dan tilam yang baharu harus dipastikan sudah direkod dan diberikan nombor pendaftaran

4. Makluman dari Pegawai Aset

4.1 Tiada aset baru yang dibeli atau diterima untuk sukuan terkini.

4.2 Kad Kew- PA7 perlu diletak dan dilekatkan pada setiap bangunan dan bilik –bilik tertentu.
4.2.1 Sediakan Kew-PA7 untuk setiap guru di bilik guru

4.3 Tilam baru 20 buah belum didaftarkan dan perlu meminta kebenaran dari PPD. Lampu dan kipas yang
baru dipasang belum didaftar sebab masih diselenggara dan belum disahkan

5. Hal-hal lain

5.1 Pemakluman majlis apresiasi (cenderahati untuk perasmi majlis).

5. 2 Semua warga sekolah dijemput hadir untuk memeriahkan suasana sambutan hari lahir di dewan Sri
Mangut.

5.3 Printer sekolah sudah siap dan boleh dibawa ke sekolah.

5.4 Raptai majlis apresisasi akan diadakan dan semua warga sekolah dijemput hadir.
5.5 Guru besar mengarahkan untuk membudayakan penggunaan blazer untuk majlis sekolah.

5.6 Guru besar memaklumkan Cikgu Victoria Sendi untuk membuat surat aduan untuk kuarters yang
terdapat kerosakan.

5.7 Guru besar memaklumkan kedatangan guru baharu dari Sabah selepas cuti.

Makluman:
Semua Kakitangan

Penangguhan mesyuarat

Daripada Guru Besar meminta semua pegawai yang dilantik agar bersama-sama memikul tanggungjawab
yang telah diamanahkan dengan penuh tanggungjawab.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 05:00 Petang

Disediakan oleh , Disemak oleh:

[ GLORIA ANAK RINGKA ] [ PETER ANAK JOHN ]


Pegawai Pengurusan Aset Guru Besar
SK Ulu Machan, Kanowit SK Ulu Machan, Kanowit
19 Januari 2022 19 januari 2022

You might also like