Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Rujuk Kami : SKSB.

700-10/1/2 ( )
Tarikh : 21 Ogos 2023

Kepada :
…………………………………………….
…………………………………………….
Tuan / Puan,
Makluman Pembayaran Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing
Rakan Sebaya
Perkara di atas dengan hormatnya adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah, Pengawas
Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya. Berikut ialah butir-butir kem tersebut :
Tarikh : 28 Oktober 2023
Hari : Sabtu
Masa : 7.00 pagi-5.00 petang
Tempat : Sekolah Kebangsaan Subang Bestari
Jalan Nova U5/81, Subang Bestari, Bandar Pinggiran Subang
Shah Alam, Selangor.
3. Setiap murid yang ingin menyertai kursus ini akan dikenakan bayaran sebanyak RM60.00 seorang. Bayaran
tersebut merangkumi kos konsultan, makan dan minum, bahan-bahan LDK dan sijil. Program ini terbuka kepada
Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya dan mendapat kebenaran ibu bapa.
4. Pembayaran boleh dibuat dengan menggunakan borang pembayaran yang telah kami sediakan. Borang
dan bayaran perlu diserahkan kepada Puan Robiatul Adawiyah binti Abd Razak atau Puan Fadila binti Abdul Hamid
(013-2718550) pada atau sebelum 2 Oktober 2023.
Kerjasama daripada pihak tuan / puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………..
(AZMAN BIN MOHD ARIS)
Guru Besar
SK Subang Bestari,
40150, Shah Alam Selangor Darul Ehsan.
Kepada :
.........................................................................
.........................................................................
.........................................................................
Tarikh : …………………………………………..

Tuan,
PEMBAYARAN KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

Perkara di atas dengan hormatnya adalah dirujuk.

2. Saya ..................................................................................................................... ibu / bapa / penjaga kepada


....................................................................................................................................... kelas : .......................................
dari unit :
Pengawas Sekolah

Pengawas Pusat Sumber

Pembimbing Rakan Sebaya

3. Bersama ini saya sertakan bayaran sebanyak RM ………………… untuk anak saya mengikuti Kursus
Kepimpinan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya anjuran Sekolah
Kebangsaan Subang Bestari.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………………………….
Nama :
No. Tel :

You might also like